The first 200 lines.
Ini cerita tentang seorang budak bernama...
...Charlie Bucket.
Dia bukannya lebih pantas, kuat atau cerdik berbanding budak-budak lain.
Keluarga dia bukannya kaya, berkuasa atau berpengaruh.
Sebenarnya, mereka makan pun tak cukup.
Charlie Bucket budak yang paling bertuah di dunia.
Cuma dia belum tahu.
-Selamat petang. -Selamat petang.
Ayah.
Sup dah hampir siap.
Ada apa-apa yang boleh dimasukkan?
Tak apa, sup kubis pun cukup.
Charlie.
Ayah jumpa sesuatu. Mungkin awak akan suka.
Ayah Charlie bekerja di kilang ubat gigi.
Waktu kerja panjang dan gaji rendah.
Tapi ada kalanya dapat benda yang berguna.
Inilah yang saya mahu.
Apa itu, Charlie?
Ayah yang jumpa. Cukup tepat.
-Bahagian mana? -Kepala Willy Wonka.
-Bagus. -Sama seperti dia.
-Yakah? -Atuk fikir begitu juga?
Sudah tentu. Saya pernah jumpa Willy Wonka.
Saya pernah bekerja untuknya.
-Benarkah? -Ya.
-Benar. -Memang.
Saya suka buah anggur.
Ketika itu, saya sangat muda.
Willy Wonka hanya ada kedai kecil di Jalan Cherry.
Tapi semua orang mahu gula-gula dia.
-Encik Wonka. -Ya?
Kita perlukan lebih coklat Wonka dan coklat burung dah habis.
Burung? Baiklah.
Kita buat lagi.
Buka mulut.
Dia seorang genius.
Dia cipta aiskrim coklat yang tetap sejuk walaupun...
...tak perlukan peti sejuk.
Jika dibiarkan tengah panas pun, ia takkan cair.
-Itu mustahil. -Tapi Willy Wonka berjaya buat.
Kemudian dia bina kilang coklat.
Kilang coklat terbesar dalam sejarah.
50 kali lebih besar daripada kilang-kilang lain.
Datuk, menjijikkan.
Beritahu dia tentang putera India. Tentu dia suka dengar.
Putera Pondicherry.
Putera Pondicherry menulis surat minta Encik Wonka pergi ke India...
...untuk bina istana daripada coklat.
Ia ada 100 buah bilik.
Segalanya diperbuat daripada coklat gelap atau putih.
Tembok dan simen diperbuat daripada coklat.
Dinding dan siling juga diperbuat daripada coklat.
Termasuk juga permaidani, gambar dan perabot.
Ia cukup sempurna.
Ya, tapi ia takkan kekal lama. Baik awak makan sekarang.
Mengarut. Saya takkan makan istana saya.
Ini tempat tinggal saya.
Tapi kata-kata Encik Wonka terbukti benar.
Tidak lama kemudian, tiba hari yang sangat panas.
Putera itu hantar telegram dan minta istana baru.
Tapi Willy Wonka juga hadapi masalah.
Semua pengilang coklat lain iri hati dengan Encik Wonka.
Mereka hantar pengintip untuk curi resipi rahsianya.
Resipi rahsia.
Fickelgruber buat aiskrim yang takkan cair.
Prodnose pula buat gula-gula getah yang tak hilang rasa.
Slugworth pula buat gula-gula yang boleh ditiup sebesar belon.
Banyak resipi yang dicuri.
Tiba-tiba satu hari, Encik Wonka suruh semua pekerja dia balik.
Dia nak tutup kilang buat selama-lamanya.
Saya akan tutup kilang coklat buat selama-lamanya.
Maafkan saya.
Tapi ia tidak ditutup selamanya. Ia masih beroperasi sekarang.
Bila orang dewasa kata buat selamanya bermaksud...
...untuk jangka masa yang lama.
Contohnya, dah lama saya makan sup kubis.
-Ayah. -Kilang itu memang ditutup.
Rasanya seperti ditutup buat selama-lamanya.
Tiba-tiba pada satu hari, kami nampak asap...
...keluar dari serombong. Kilang dibuka semula.
-Datuk dapat kerja semula? -Tiada siapa dapat kerja.
Pasti ada orang bekerja di sana.
Pernah nampak sesiapa keluar atau masuk kilang itu?
Tidak. Pagar sentiasa tertutup.
Tepat sekali.
-Siapa kendalikan mesin? -Tiada siapa tahu.
Itu memang misteri.
Ada sesiapa tanya Encik Wonka?
Tiada sesiapa nampak dia. Dia tak pernah keluar.
Hanya gula-gula keluar dari kilang itu.
Semuanya siap dibungkus untuk dihantar.
Saya sanggup buat apa saja untuk masuk dan lihat...
...kilang istimewa itu.
Tapi tak boleh. Tiada siapa boleh masuk.
Ia akan kekal misteri buat selama-lamanya.
Kilang buatan awak itu saja yang dapat kita lihat.
Biar datuk dan nenek berehat.
-Selamat malam, Datuk George. -Selamat malam, Charlie.
Selamat malam, Datuk Joe.
Selamat malam, Nenek Georgina.
Tiada yang mustahil, Charlie.
-Selamat malam. -Selamat malam.
Pada malam itu, perkara yang mustahil telah bermula.
Penduduk dunia, saya Willy Wonka, akan benarkan lima kanak-kanak...
...melawat kilang saya.
Seorang daripada mereka akan terima hadiah istimewa.
Lima keping tiket emas telah dimasukkan ke dalam...
...coklat Wonka biasa.
Ia mungkin berada di mana saja.
Boleh muncul di kedai di mana-mana negara.
Pasti hebat jika dapat jumpa tiket emas dalam coklat.
Saya tahu, tapi saya hanya dapat satu setiap tahun untuk...
-...hari jadi saya. -Hari jadi awak minggu depan.
Awak pun ada peluang seperti orang lain.
Mengarut. Budak yang dapat tiket emas pasti mampu beli coklat setiap hari.
Charlie hanya dapat satu setiap tahun.
Tiada peluang.
Semua orang ada peluang.
Percayalah, budak yang dapat tiket itu pastinya gemuk.
-Augustus. -Lihat sini.
Saya makan coklat Wonka dan...
...terasa sesuatu yang bukan coklat.
Kelapa atau walnut? Mungkin mentega kacang.
Mungkin nougat, ketulan mentega atau karamel.
Mungkin hiasan berwarna.
Saya keluarkan dan lihat.
Saya dapat tiket emas!
Augustus, macam mana awak meraikannya?
Saya makan coklat yang lebih.
Kami yakin Augustus akan dapat tiket emas.
Dia makan banyak coklat setiap hari.
-Mustahil jika dia tak dapat. -Tunjukkan tiket itu.
Saya dah kata, gemuk.
Budak itu menjijikkan.
Empat tiket emas saja lagi.
Tiket pertama dah ditemui. Orang pasti semakin gila.
Veruca, tolong eja nama awak.
V-E-R-U-C-A, Veruca Salt.
Veruca kata mahu tiket emas ini.
Saya beli semua coklat Wonka yang ada.
Beratus ribu.
Saya pengilang kacang. Saya beritahu pekerja saya.
Selamat pagi.
Berhenti bungkus kacang. Mula buka bungkusan coklat.
Selepas tiga hari, masih tak jumpa.
Veruca semakin sedih setiap hari.
Mana tiket emas saya? Saya nak tiket emas saya.
Saya tak mahu lihat anak saya sedih.
Saya cari sehingga dapat apa yang dia mahu.
Akhirnya, dapat juga.
Ayah, saya nak kuda.
Dia lebih teruk daripada budak gemuk itu.
Itu tidak adil. Bukan dia yang jumpa tiket emas.
Jangan risau, Charlie. Budak itu terlalu dimanjakan.
Tiada faedahnya bila anak dimanjakan seperti itu.
Charlie, mungkin awak ingin buka hadiah hari jadi awak.
Ini dia.
Mungkin saya harus tunggu pagi esok.
-Mengarut. -Ayah.
Usia kita jumlahnya 381 tahun. Jangan tunggu lagi.
Charlie, jangan kecewa jika tak dapat.
Masih ada coklat.
Tak apa.
-Kita makan bersama. -Tidak, Charlie.
Ini hadiah hari jadi awak.
Ini coklat saya. Saya boleh buat apa saja.
Terima kasih.
Terima kasih, Charlie.
Siapa dapat?
Tiket ketiga ditemui Violet Beauregarde.
Ini hanya sebahagian daripada 263 trofi yang Violet menang.
Saya suka gula-gula getah tapi saya beli coklat...
...untuk dapatkan tiket ini.
Dia gadis yang bersemangat. Entah mana datangnya.
Saya juara mengunyah gula-gula getah.
Gula-gula getah ini dah tiga bulan saya kunyah.
Itu rekod baru.
Saya pun ada trofi. Kebanyakkan dalam acara baton.
Salah seorang akan dapat hadiah istimewa.
Saya tak peduli siapa mereka yang lain.
-Saya pasti dapat. -Beritahu sebabnya.
Sebab saya juara.
-Begitu ganas. -Cukup keji.
Awak tak tahu apa yang kami cakap.
Pepatung?
Tiket emas keempat telah ditemui budak lelaki bernama...
...Mike Teavee.
Hanya perlu periksa tarikh ia dikeluarkan dan...
...dibandingkan dengan cuaca serta indeks Nikkei.
Budak bodoh pun boleh dapat.
Biasanya saya tak faham apa yang dia cakap.
Budak-budak sekarang dan teknologi.
Mati!
Mereka cepat membesar.
Saya hanya perlu beli satu coklat.
-Macam mana rasanya? -Saya tak tahu.
Saya benci coklat.
Pergilah kilang coklat, budak tak guna.
Siapa akan dapat tiket emas terakhir?
No comments yet. Be the first to leave one.