The first 200 lines.
15 JULAI 2022
Syukur Tuhan, kerana pertemukan kami.
Syukur Tuhan, kerana mengurniakan kami kebijaksanaan.
Kami yakin dengan-Mu, Tuhan, untuk membimbing dan melindungi kami
dalam segala yang akan kami lakukan untuk-Mu.
- Amin. - Amin.
Sewaktu kita dilahirkan, ayah langsung tiada duit.
Namun...
Dia ialah orang paling kaya di dunia.
Dia orang paling kaya kerana dia ada kita.
Kamu rasa ayah sedang melihat dan bangga dengan pencapaian kita?
Tentu dia sangat bangga dengan kita.
Dia tentu tersenyum.
Mereka buat untuk dia. Kerusi kosong ini penghormatan untuknya.
Dia sedang duduk di situ.
Asal-usul saya, segala yang telah saya lalui dalam hidup,
keluarga adalah perkara yang paling penting,
paling dekat dengan hati saya.
Orang mungkin akan kata saya merupakan salah seorang pemain terbaik di NBA,
tapi saya tak rasa begitu.
Saya cuma seorang yang bekerja keras untuk meneruskan hidup
kerana saya takut untuk berpatah balik.
Saya takut kehilangan semua ini.
Nama saya Giannis Antetokounmpo.
Saya mahu menjadi pemain NBA.
Ramai yang rasa saya ekstrim.
Saya mahu anugerah MVP.
Sebab itu saya di sini. Mentaliti saya takkan berubah.
Saya juga membesar melihat semua perkara itu.
Apa pun yang mereka kata, keluarga saya tak terkesan.
- Giannis. - Giannis.
Sebab itu mereka panggil dia Raksasa.
Mak, ayah, ucap helo kepada kamera.
Saya mahu buat sesuatu untuk buat ayah saya bangga.
Awak mempunyai kelebihan untuk membuat kebaikan.
Antetokounmpo!
Antetokounmpo!
Antetokounmpo!
Aduhai.
Kegagalan tak wujud.
Langkah-langkah menuju kejayaan.
GIANNIS GEMURUH PERJALANAN
Siapa itu? Siapa jejaka kacak itu?
AYUH GREECE!
Menjelang pertandingan EuroBasket 2022,
empat adik-beradik Antetokounmpo...
NIKOS PAPADOJANNIS PENULIS SUKAN
...dipanggil menyertai skuad senior kebangsaan buat kali pertama.
Perasaan dapat menyertai dan mewakili negara kami,
dan menyarungkan jersi bersama adik-beradik saya, menakjubkan.
Itu kisah yang boleh disampaikan hingga ke anak cucu.
Melihat Giannis, Thanasis, Alex dan Kostas dalam pasukan yang sama...
HARRIS STAVROU WARTAWAN, SPORT24
...sangat menakjubkan.
Kadangkala mereka tak bercakap apa-apa dengan satu sama lain.
Mereka berkomunikasi dengan mata.
kolos kai vraki
KOSTAS ADIK GIANNIS
Itu pepatah Yunani, ibarat seluar dalam dengan punggung.
Hubungan awak dengan ahli keluarga begitu rapat,
ibarat Kolos kai vraki.
Seperti seluar dalam dengan punggung.
Itu pepatah yang biasa digunakan oleh orang Yunani.
Thanasis selalu cuba untuk melindungi dan menjaga saya,
dan saya buat perkara yang sama untuk kedua-dua adik saya
sebab itu cara ayah kami besarkan kami.
Semua anak saya bermain untuk skuad kebangsaan
tempat di mana saya sendiri tiada permit penduduk tetap.
Sangat hebat.
VERONICA IBU GIANNIS
Sangat bagus.
Menyarung jersi itu,
beban yang berat.
Papanikolaou, hantaran tinggi kepada Giannis! Jaringan yang hebat!
Tiada apa yang percuma dalam hidup ini.
Semua hasil yang kita dapat harus diusahakan.
Kami memang begitu sejak kecil lagi.
BABAK I
TIDAK BIASA - TIDAK DIKENALI ORANG ASING
Saya membesar di Daerah Delta di Nigeria.
Saya dari Igbo. Suami saya dari Yoruba.
Suami saya kata kami perlu berhijrah.
Hidup di Nigeria pada tahun 80-an dan 90-an...
...sangat mencabar.
Terdapat tumpahan minyak yang mula mencemari air.
Warga tempatan tiada akses kepada air minuman yang bagus.
Pegawai kesihatan kata jelaga di dalam air
telah menyebabkan peningkatan penyakit berkaitan pernafasan di sana.
Jangka hayat wilayah itu ialah 40 tahun, 10 tahun lebih daripada purata negara itu.
Ramai orang terpaksa mencari peluang di tempat lain.
Eropah menawarkan peluang yang tidak akan dijumpai
di kebanyakan negara Afrika.
Kami berhijrah
mencari tempat tinggal baru
mencari kehidupan yang lebih baik.
Sebab itulah kami berhijrah.
Membuat keputusan itu sangat sukar
kerana saya ada anak di Nigeria
yang akan ditinggalkan.
Saya tinggalkan dia bersama neneknya.
Sukar bagi saya
meninggalkan dia
di sana.
Sewaktu mereka pergi,
mereka terpaksa tinggalkan abang saya, Francis, kerana...
Perjalanan itu sukar. Tak sesuai untuk kanak-kanak.
Saya berhenti di Greece dan memutuskan
cukuplah sampai di sini. Mari mulakan hidup di sini.
Impian bagi setiap bapa ialah
di mana pun kita berada, kita perlu
berikan anak-anak pendidikan yang baik.
Saya perlu
cari kehidupan yang baik
untuk generasi selepas saya
iaitu anak-anak saya.
Sebab itu saya putuskan untuk berhijrah.
Sewaktu mereka pergi,
untuk mulakan hidup baru, mereka kata, "Kita akan pergi ke suatu tempat.
"Kita tak kenal sesiapa di sana.
"Kita akan berjimat untuk bertahan pada bulan pertama,
"kemudian kita akan mula bekerja.
Kesemua risiko
terletak pada ibu bapa saya,
pergi ke negara yang tak menggunakan bahasa ibunda mereka.
Warna kulit mereka berbeza.
Meninggalkan abang saya di Nigeria.
Itulah contoh pengorbanan yang teragung.
Ibu bapa saya tak berjaya bawa Francis datang ke Greece.
Saya hanya dapat jumpa semula dengan Francis selepas 26 tahun.
Thanasis, Giannis, saya dan Alex dilahirkan di Greece.
Thanasis lebih tua dua tahun daripada Giannis.
Giannis pula lebih tua tiga tahun daripada saya.
Kemudian saya, Kostas, empat tahun lebih tua daripada Alex.
Undang-undang di Greece ialah, setelah dilahirkan,
kamu tak mendapat kerakyatan Greece secara automatik.
Jadi sewaktu saya tinggal di sana, saya ialah pendatang tanpa izin juga.
Greece mempunyai salah satu jurang terbesar
dari aspek layanan terhadap imigran.
Kami sentiasa dianggap orang luar.
ALEX ANTETOKOUNMPO ADIK BONGSU
Kami hidup dalam ketakutan.
Orang Kaukasia dominan di Greece.
Sebelum peralihan abad bermula, jumlah imigran tak begitu ramai.
Bermula tahun 2000,
tiba-tiba saja, kemasukan imigran melonjak naik.
NIKOS PAPADOJANNIS PENULIS SUKAN
Greece juga mengalami kemuflisan.
Kerajaan Greece dituduh menyembunyikan situasi ekonominya yang sebenar.
Hutang negara Greece berada di sekitar $420 bilion.
Ramai orang mula menyalahkan orang lain
kerana mereka kelaparan atau hilang pekerjaan,
dan kambing hitam yang paling mudah ialah orang tak sama warna kulit dengan mereka.
Saya rasa ia bukan sahaja kerana warna kulit seseorang.
Mungkin kamu berasal dari negara lain.
Mungkin kamu berbeza kepercayaan dengan mereka.
Berbeza agama dengan mereka.
Terdapat sebuah kumpulan yang berselindung di sebalik nama parti politik
yang digelar Golden Dawn.
Mereka keluar ke jalanan,
melakukan keganasan, menyerang golongan imigran.
Menyerang orang seperti Giannis.
Jika kami perlu pulang waktu malam hari sekolah,
kami wajib pulang, tak kira apa pun.
Tiada bas? Kami perlu jalan kaki.
Kostas tiga tahun dan Alex tujuh tahun lebih muda daripada saya.
Saya beritahu mereka, "Kamu rasa kita boleh sampai dalam masa dua minit?"
"Ya, mari kita joging."
"Saya rasa kita ambil masa tiga minit."
Giannis dan Thanasis selalu saja,
cuba sembunyikannya sehingga kami terfikir
"Saya hanya sedang bermain saja."
Dalam fikiran saya, ini semua hanya satu permainan,
tapi dia buat kami berlari melalui kawasan kejiranan,
demi keselamatan kami.
Saya kata, "Saya rasa kita dapat buat tiga minit setengah."
Mereka cuma mengikut dengan gembira.
Tapi dalam hati, saya sangat takut.
Takut ada sekumpulan orang akan muncul tiba-tiba dan cuba bunuh kami.
Ada satu stesen kereta api.
Mereka ada ibu pejabat bertentangan dengan stesen itu.
Stesen kereta api itu pula hanya dua hentian dari tempat tinggal kami.
SATU KILOMETER DARI IBU PEJABAT GOLDEN DAWN
Kebiasaannya, mereka akan tunggu di stesen kereta api tersebut
dan cari sesiapa yang berlainan bangsa dan heret mereka keluar.
Menyerang mereka secara fizikal, rompak mereka atau malukan mereka.
Semua orang asing di stesen itu akan tundukkan badan
supaya nampak seperti tiada orang di dalam gerabak.
Giannis selalunya memainkan peranan sebagai bapa.
Dia selalu kata, "Kamu cuba lihat.
"Semua orang ini ketakutan, takut terhadap sekumpulan manusia
"walaupun tak buat apa-apa."
Saya cuma mahu yang terbaik untuk adik-adik saya, jadi...
Aduhai.
Sukar untuk saya kongsikan kisah seperti itu
kerana saya sentiasa cuba untuk melindungi adik-adik saya
sebaik yang saya mampu.
Dia masih kecil.
Dia tak tahu apa yang sedang berlaku.
Cuma...
Dia terpaksa sembunyikan diri dari orang lain
No comments yet. Be the first to leave one.