Release info

Nando Between Two Worlds A Sintonia Film 2026 PORTUGUESE NF WEB H264-9Minsus5in
A Commentary by tedi
Retail NF | 1:49:25

Tags

webdl
Published on: 2026-08-12
Downloads: 2
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kuatkan. Kuatkan!

SÃO PAULO - BRAZIL

Apa khabar, semua?

Ini Paulo Brown, suara setinggan.

Membawa tenaga positif, sebab setiap langkah merupakan kemenangan.

Mari kita teruskan.

Ya, tak jemu tengok pemandangan ini.

Tapi kita semakin tua.

Kalaulah kau tengok aku di pejabat…

Nak bernafas pun tak sempat.

Tunggulah sampai kau jadi bos.

Ya Tuhan, tolonglah.

Itu rancangannya, tapi tunggulah masanya.

Syarikat rakaman kau okey?

Aku lebih fokus kepada tujuan hidup aku.

Hal gereja, Chiquinho nak dibesarkan.

Banyak untuk satu hari.

Hidup dewasa.

Kau cakap dengan dia?

Tak sangat. Kau?

Aku pun.

Aku dengar berita daripada Scheyla dan anak-anak.

Dah lama dia tak jumpa mereka.

Nando sedih.

Aku rindu kita bertiga bersama.

Aku pun.

Tapi dia di sana.

Lebih besar daripada dulu. Lebih tanggungjawab dan masalah.

Dalam kedudukannya, dia takkan balik ke Brazil.

BELGRADE - SERBIA

Sedia untuk mendarat.

Tengok dia datang.

- Apa khabar? Sihat? - Kau sihat?

Moicano.

Perjanjian yang sama.

Kau bosnya, ND.

Hei, tunggu di sini. Aku panggil kalau perlu masuk.

ND, dah lama tak jumpa.

Sascha.

Bojan.

Ini Paulo.

Akauntan kami.

Dia uruskan kira-kira.

Kau uruskan kami.

Betul.

Jadi? Apa ceritanya?

Kami baru cakap, bekalan terakhir yang kau hantar

memang gempak.

Orang Jepun, China, Australia, semuanya gembira.

Sekarang kami nak tambah pesanan.

Sama macam dulu. 50% pendahuluan, 50% semasa penghantaran.

Bahagikan antara kripto, senjata, hartanah dan bola sepak

yang orang Brazil suka macam kami.

Perjanjian yang baik.

Masukkan juga baki daripada penghantaran terakhir.

Baki?

Kalau campur

wang tunai dan aset…

tak cukup dua juta dalam penghantaran terakhir.

Mereka kata kita bayar tak cukup.

Semua pemindahan dan deposit dah dibuat.

Nombor tak menipu.

Jadi, siapa yang menipu?

Abang aku?

Kami bukan nak bergaduh.

Kita di sini untuk buat perjanjian.

Dengan bunga.

Jadi, kau nak invois?

Kata-kata kau jadi invois aku.

Mungkin kira-kira kau salah.

Atau kau tipu abang kau.

Antara kau dengan abang aku,

aku percaya abang aku.

Di tempat kami, kami semua bersaudara.

Tapi bukan di sini.

Di sini, saudara maksudnya darah.

Mula-mula, kita selesaikan bayaran.

Kemudian, barulah penghantaran.

Mereka peras ugut kita.

Mereka nak duit lagi, atau mereka takkan jual.

Kita boleh berniaga, walaupun tanpa mereka.

Macam inilah.

Kau minta maaf.

Hantar bekalan baru.

Atau kami cari rakan kongsi lain.

Kau tinggal dengan pak cik kau di Brazil.

Petar Ilic.

Cantik namanya.

Tiga tahun.

Biar aku beritahu sesuatu yang kau tak faham.

Majoriti kokain yang diedarkan di Eropah adalah milik aku.

Tanpa kami, kau tak ada apa-apa.

Kau ingat ini tempat kau?

Tunduk!

Tunduklah!

Kau ingat kau boleh bunuh aku?

Aku dah pernah mati.

Aku takkan mati lagi.

Jom gerak.

Nampak apa kau buat?

Siapa suruh kau tembak?

Mereka nak bunuh kita, ND.

NANDO BETWEEN TWO WORLDS A SINTONIA FILM

Selamat Hari Bapa!

Sayang!

Awak ketawa.

Saya dapat buat.

Apa?

Di rumah. Saya dapat buat.

Sayangnya saya tak dapat tengok.

Nanti?

Tak boleh. Saya makan malam dengan keluarga.

Untuk ayah awak?

Tak, untuk nenek saya.

Nampaknya kita saja yang tak sambut hari istimewa ini.

Ya. Mungkin lain kali.

Entah mana lebih teruk…

Ayah yang dah mati

atau menghilang macam ayah saya.

Kau pun tahu.

Mereka ada niat jahat.

Dia keluarkan pistol, jadi Moicano keluarkan juga.

Kemudian, kau tahulah.

Kalau dah keluarkan, kena tembak.

Haram jadah.

Mereka dah lama jadi rakan kongsi kita.

Kita kena selesaikan masalah ini, ND.

Aku kena pergi.

Aku nak pergi ke Bosnia,

kemudian Itali.

Apabila dah selamat, aku selesaikan dengan mereka.

Kau tahu Petar Ilic bukan saja bos, tapi juga pak cik mereka, bukan?

Dia akan balas dendam.

Hei…

Kau tolong jaga keluarga aku.

Sehingga aku buktikan mereka yang bersalah.

Kau tahu orang Serbia hanya balas dendam dengan darah.

Jangan risau, ND.

Kami ketatkan pengawasan.

Tiada sesiapa boleh sentuh keluarga kau, okey?

PANGGILAN VIDEO… SCHEYLA

Aku tahu. Aku pergi dulu, Joel.

Kami hargainya.

Jangan risau. Pergi dulu.

Enzo, cakap dengan ayah.

Selamat Hari Bapa.

Terima kasih. Macam mana persembahan tadi?

Okey.

Nenek dan mak suka. Sayangnya ayah tak ada.

Hati ayah ada dengan kamu, okey?

Mak kamu ada rakam? Suruh dia hantar kepada ayah.

Macam mana di sana? Sekolah, karate…

Semuanya sama. Tak ada yang baru.

Semuanya sama? Itu saja?

Kakak kamu tak ucap Selamat Hari Bapa.

Mana dia?

Di luar dengan nenek.

Nenek rasa mak takkan benarkan?

Jangan harap.

Nenek pun tak benarkan.

Sayang, cukuplah mak kamu bercinta tanpa pengetahuan nenek.

Tapi saya tak macam dia. Saya selalu bercerita tentang Murilo.

Nenek tahu, sayang.

Tapi kamu masih muda, masa depan kamu masih panjang.

Tak bolehkah kamu perlahan sedikit?

Nenek ada idea.

Ajak Murilo ke dataran, supaya nenek boleh jumpa dia.

Bagus juga.

Kita tengoklah nanti.

Okey.

PANGGILAN MASUK… AYAH

Jawablah, sayang.

Ya, nenek, masalahnya…

Tak ada apa-apa untuk dibualkan.

Cakap tentang Murilo.

Ceritakan tentang hidup kamu.

Lagipun, dah hampir dua tahun kamu tak berjumpa.

Saya tahu.

Tapi setiap kali kami berjumpa, kami akan bertengkar.

Kenapa nenek sokong ayah?

Sebab dia masih ayah kamu.

Ayah saya dah mati, nenek.

Nenek okey?

Ya. Tak ada apa-apa.

Ini kali pertama dan terakhir aku utamakan kira-kira, ND.

Mereka hampir potong tangan aku.

Jangan pandang rendah kepada mereka.

Ya, tapi tangan kau bukan sasarannya lagi.

Sekarang, kepala aku.

Mereka di rumah aku.

Aku dah agak.

Aku kena buat sesuatu.

Mereka takkan berhenti.

Masalah lain?

Hal keluarga.

Celaka…

Susah betul.

Sebab itu aku tak kahwin.

Berkeluarga hanya melambatkan kita.

Orang macam kita…

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left