The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Menyampahnya.
Aduhai.
Saya balik lambat. Jangan tunggu. Tidurlah.
Hei!
HOTEL
Di sini, encik. Turunkan saya di sini.
Lee Man-su! Byeon Chun-Hui, saya tahu kamu berdua di dalam!
Saya dah tahu semuanya!
Jangan nak berhelah. Buka pintu!
Keluar! Saya kata keluar sekarang!
Hei!
Keluar!
Kenapa dengan dia?
Keluar!
Apa yang awak buat ini?
Di mana awak sembunyikan Man-su?
Lee Man-su, keluar sekarang!
Awak di sini, bukan?
Mana awak sembunyikan dia? Lee Man-su, keluar sekarang!
Mana dia?
Saya tanya apa yang awak buat ini?
Jadi…
Saya dah cakap, bukan? Awak beri dia percuma pun saya tak mahu.
Kenapa awak asyik fikir bukan-bukan?
Chun-hui…
- Kenapa awak bersama wanita di motel? - Tak perlu ambil tahu.
Kenapa awak perlu kisah jika saya bersama lelaki atau wanita di motel?
Apa yang berlaku?
Apa?
Masuklah.
Apa yang berlaku?
Kenapa?
Siapa awak?
Dia sangka
saya ada hubungan sulit dengan suaminya dan ikut saya ke sini.
Dia fikir saya apa?
Yakah?
Maafkan saya,
tapi kami bertiga sebenarnya kawan baik dari kampung yang sama.
Jadi kami tempah bilik untuk minum bersama.
Awak nak minum dengan kami?
Kalau kamu berdua rapat, ajaklah dia sekali.
Kami tak rapat.
Pergi.
Awak tak dengarkah?
Siapa perempuan itu?
Adakah dia bahaya?
Tak.
Aduhai.
Saya sangka awak pandai datang diam-diam.
Hei, cepatlah.
Dah lama saya menunggu.
Kenapa?
Awak ada lelaki lain selain saya?
Awak popular rupanya.
Baiklah…
Sila masuk.
Terima kasih.
Sila duduk.
Maaf sebab nak jumpa lewat malam begini.
Tak apa.
Kerana saya baru tiba dari Perancis.
Begitu.
Awak nak minum apa-apa?
Oh, tak apa.
Boleh saya tahu awak nak bercakap tentang apa?
Jadi…
Sebenarnya…
Ada seseorang buat tuduhan pada syarikat.
Ada sesuatu berlaku antara awak dan Dr. Kim Ju-seok dari Hospital Eulju?
Dia beritahu awak pernah mencuri ubat-ubatan sebelum ini.
Adakah awak kenal isteri Dr. Kim?
Ketika isteri Dr. Kim bekerja sebagai jururawat,
dia pernah membunuh seorang pesakit.
Kerana amalan seleweng.
Selain itu,
pada hari yang sama isteri saya meninggal,
Byeon Chun-hui adalah orang terakhir yang datang ke rumah kami.
Ada perkara lain yang saya perlu tahu?
Tentang itu…
Ia bukan salah dia sepenuhnya.
Kemalangan yang awak maksudkan itu…
adalah salah En. Kim Ju-seok,
tapi Byeon Chun-hui yang disalahkan.
Saya tak beritahu mereka apa-apa.
Tapi mereka tanya saya macam-macam.
Awak patut berterima kasih pada saya.
Saya ada permintaan.
Ada seorang lelaki yang saya kenal mengusahakan sebuah kedai kecil.
Pembekal dia ditangkap, jadi dia tengah buntu.
Dia beritahu dia akan bayar lima kali ganda dari nilai asal.
Apa maksud awak?
Fentanyl dan nalbuphine.
Jika awak beritahu orang tua itu, tentu awak akan dapat.
Bukankah ini sebab awak jadi isteri doktor?
Dia bukan suami hiasan saja, bukan?
SENARAI PANGGILAN
PERBUATAN JAHAT AWAK SAMPAI MATI
PARK YUN-JU
Boleh awak singgah ke rumah saya pagi esok?
EPISOD 10 ANGIN DARIPADA HUJUNG PEDANG
Apabila saya tanya Dong-seok, dia kata Su-in yang berikan kepada dia.
Apa makna semua ini?
Apa yang terjadi?
Perempuan itu, Byeon Chun-hui…
adalah bekas teman wanita Man-su.
Ia mencalar harga diri saya.
Saya rasa seperti orang bodoh
yang mengutip barang terpakai di tepi jalan.
Saya malu!
Saya
cuma nak takutkan dia.
Saya cuma nak takutkan dia dan halau dia dari sini.
Tapi kenapa khabar angin katakan surat ini daripada mak Henry pula?
Kenapa ia ada pada awak? Semuanya tak masuk akal pada saya.
Surat!
Aduhai.
Kamu dah jatuhkan semuanya.
Jadi
tak ada apa-apa yang patut dicurigakan antara mereka berdua, bukan?
Sebenarnya, Man-su mesej saya
yang dia akan balik lewat semalam.
Selepas itu, saya ternampak perempuan itu keluar pada masa yang sama.
Saya ikut dia.
Awak ini.
Tapi saya nampak dia masuk ke motel.
Jadi saya sangat terkejut.
Motel?
Tapi
dia bersama seorang wanita dan seorang lelaki.
Katanya mereka kawan rapat dan tempah bilik untuk minum bersama.
Jadi akhirnya saya…
cuma malukan diri saya.
Itulah yang terjadi.
Anggap saja tak ada apa yang terjadi.
Kita perlu katakan Jin-ha yang hantar surat itu sampai bila-bila pun.
Mari kita diamkan saja.
PERBUATAN JAHAT AWAK
Jadi dia tak sebut tentang hal lain?
Dia cuma curigakan hubungan saya dan Eun-pyo?
Ya.
Saya faham
kenapa awak ingin tahu apa kata-kata terakhir dia,
tapi tak banyak yang saya boleh ceritakan pada awak.
Jadi saya pergi dulu.
Dia tak ada minta dadah daripada awak?
Apa?
Dia bukan jenis yang keluar lewat malam untuk berjumpa dengan kawan.
Tapi apa kaitan itu dengan dadah?
Kenapa awak tanya saya…
Saya dengar awak pernah bekerja sebagai jururawat.
Isteri saya menghidap insomnia.
Awak di mana?
Awak di mana sekarang?
Sekarang…
Datang jumpa saya sekarang.
Nampaknya dia tahu segalanya.
Segalanya.
Tak susah untuk tahu semuanya apabila dia ingin dapatkan kebenaran.
Tapi…
maksudnya Seo Jin-ha
masih berhubung dengan awak selama ini?
Jadi…
Pada hari kematian dia…
Tak mungkin.
Ia bukan salah saya.
Saya cuma…
Saya cuma
bantu dia untuk tidur sebentar. Bukan saya yang bunuh dia.
Kenapa awak mengesyaki saya?
Kenapa semua orang buat saya begini?
Man-su, saya takut.
Saya sangat takut.
Bagaimana kalau memang saya yang bunuh dia?
Bagaimana kalau ia disebabkan oleh saya?
Saya beritahu Louis awak tak bersalah.
Siasatan juga telah ditutup.
Tapi kalau awak terus begini, ia akan jadi masalah.
Lebih baik berhenti.
Banyak lagi kerja lain. Kenapa nak buat kerja berbahaya?
Kalau saya tak buat,
siapa nak bayar yuran anak-anak?
Suami awak doktor. Kenapa awak perlu risau tentang itu?
Selepas kahwin, saya dapat tahu dia banyak berhutang.
Berjudi, arak, perempuan.
Dia juga masih bayar alimoni kepada bekas isterinya.
Hei…
Awak sepatutnya tinggalkan dia.
Awak seorang yang bijak. Kenapa masih teragak-agak?
Saya tak berani.
Macam mana nak beritahu ibu bapa saya? Mereka gembira suami saya doktor.
Macam mana nak cakap saya tak sanggup teruskan?
Saya tak ada keberanian untuk beritahu mereka.
Man-su.
Ada tak cara…
Tak apalah.
Apa dia?
Beritahu saja.
Tak ada apa. Mari kita pergi.
No comments yet. Be the first to leave one.