The first 131 lines.
Kita ada panggilan.
Itu ialah...
Rex.
Helo, semua.
Maaf kerana berterus terang, tetapi saya perlukan bantuan kamu.
Apa yang awak perlukan, kapten?
Saya terima isyarat kecemasan daripada askar klon,
tetapi saya tidak lapang untuk menyelamatkannya.
Awak mahu kami selamatkan seorang klon biasa?
Dia seorang kawan lama dan dia dalam masalah.
Tolong selamatkan dia.
Selamatkan daripada apa?
Saya tidak boleh cakap sekarang. Saya hantar isyaratnya kepada awak.
Saya akan hubungi awak nanti.
Apa semua itu?
Isyarat kecemasan yang dihantar oleh CC-5576 berasal dari Daro,
sebuah planet daratan di Outer Rim
tanpa sebarang penempatan atau pembinaan.
Apa yang dia buat di sana?
Adakah hal itu penting?
Kita pernah melakukan misi tanpa banyak maklumat.
Namun, hal ini agak melampau.
Rex tidak akan minta tolong kalau tidak mustahak.
Betul cakap Echo.
Boleh saya ingatkan yang kita sedang bekerja untuk Cid?
Kalau kita melencong, kita tidak akan dibayar.
Tiada duit bermaksud tiada makanan.
Ya.
Betul cakap Tech.
Namun, kawan Rex dalam masalah.
Itu lebih penting daripada menerima bayaran.
Betul cakap budak itu.
Baiklah.
Kita akan periksa keadaan di sana.
Namun, saya tidak sukakannya.
Operasi lebih awal daripada jangkaan.
Bagus.
Pastikan setiap klon yang berupaya dikerahkan.
Orang Kamino itu pula?
Kita ada arahan.
Perhatikan mereka
sehingga masa yang sesuai.
Cik Nala Se, bukankah meninggalkan bangunan menyalahi protokol?
Latihan kamu akan diteruskan di tempat lain.
Kami tetap akan jadi askar, bukan?
Sudah tentu.
Itulah tujuan kamu dicipta.
Lebih baik kamu cepat.
Saya akan sertai kamu nanti.
Empayar telah batalkan semua kontrak kita.
Kejayaan kita dengan tentera klon terkenal di seluruh galaksi.
Kita pasti akan mendapat klien lain yang menghargai kemajuan saintifik kita.
Empayar itu tidak seperti Republik.
Kita telah menguatkan mereka sambil menjejaskan diri sendiri.
Saya bimbang mereka akan musnahkan kita bagi menghentikan operasi ini.
Kita perlu pergi untuk menyelamatkan diri.
Kumpulkan orang yang penting.
Saya akan aturkan perjalanan kita.
Ya, Perdana Menteri.
Kita sedang menghampiri atmosfera Daro.
Saya akan turunkan pesawat untuk mengelakkan pengimbas.
Kita mengambil risiko tinggi untuk klon yang tidak dikenali.
Rex mempercayainya.
Saya pula mempercayai Rex.
Isyarat itu datang dari arah sana.
Suar itu pasti berada di hadapan.
Sudah jumpa.
Di mana klon biasa itu?
Kita sudah terlambat.
Klon itu diburu
dan diheret.
Arah sana.
Tunggu sebentar.
Ada sesuatu di sini, di dalam gunung itu.
Saya percaya awak betul.
Pengimbas saya disekat.
Awak kata tidak ada apa-apa di planet ini.
Data itu nampaknya tidak tepat.
Wrecker, awak dan Omega tunggu di atas kapal.
-Nanti, mengapa... -Datang ke sini boleh dipertikaikan.
Arahan ini pula sebaliknya.
Ada apa?
Sebuah pesawat mendarat di sini.
Apa sebenarnya yang ada di dalam gunung itu?
Hanya satu cara untuk mengetahuinya.
Nampak seperti kem tentera.
Tidak seperti yang pernah saya dengar.
Ayuh. Mari lihat dengan lebih dekat.
Saya ternampak beberapa orang komando dan sekumpulan askar klon.
Mereka telah menambah baik perisai mereka.
Biar saya lihat.
Komposisi semula jadi gunung menjadikan pangkalan ini dilindungi
dan sukar ditembusi.
Ini bukan sekadar penyelamatan mudah.
Mari kembali ke Marauder dan tinggalkan pesanan untuk Rex.
Namun, macam mana dengan misi itu?
Kita tidak pasti jika CC-576 masih ada di sana
atau jika dia masih hidup.
Kita akan masuk secara buta tanpa sebarang bantuan.
Awak buat begitu di Skako Minor semasa menyelamatkan saya.
Saya pasti masih terperangkap di situ kalau awak tidak buat begitu.
Kalau ada kemungkinan askar itu ditahan secara tidak rela,
kita perlu cuba selamatkan dia.
Masih giliran awak.
Saya tahu.
Saya sedang berfikir.
Wrecker, dengar tak?
Ya, kami dengar.
Awak sudah jumpa klon biasa itu?
Belum lagi.
Namun kami jumpa pangkalan Imperial yang dibina di dalam gunung ini.
-Kita akan masuk. -Tunggu kami!
Kami akan tolong.
Negatif. Tunggu di dalam kapal.
Awak sandaran kami.
Alat komunikasi akan tersekat selepas kami masuk, sila berwaspada.
Saya perlu gunakan pangkalan data pusat untuk mengesan lokasi CC-576.
Ada jalan masuk yang kita boleh gunakan dalam aci lif.
Itu jalan masuk kita.
Sedia untuk melompat.
Ada apa-apa?
Penyulitan ini masih baharu.
Ia mungkin mengambil masa.
Tidak masuk akal.
Laporan menyenaraikan 50 orang komando klon dan 1,000 orang askar TK.
Askar TK?
Saya tidak biasa dengan nama itu.
Berapa lama lagi?
Hampir berjaya.
Sudah jumpa.
Blok sel 25, empat tingkat di bawah.
No comments yet. Be the first to leave one.