Good Doctor

Good Doctor (굿 닥터)

Download Malay Subtitle

Specials

Release info

Good Doctor Ep2
A Commentary by Dazai

Tags

other
Published on: 2019-04-14
Downloads: 47
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Awak siapa? Apa yang awak dah buat dengan saya?

Awak dah buat sesuatu pada saya? Kan?

=Cara-cara yang digunakan oleh progol semakin kejam=

=Pada 4 hari bulan, pihak polis=

=cakap semasa dia berpura-pura menjadi teman lelaki wanita yang mabuk, dia bawa mereka ke rumahnya=

=dan merogol 3 orang wanita bergilir-gilir sebelum dia ditahan=

Saya akan laporkan pada polis! Jangan awak berani dekati saya!

Ini rumah saya.

Ini bukan rumah awak! Rumah saya!

Tak guna. Sekejap! Telefon bimbit saya...

Jangan dekati saya!

Apa nombor unit di sini?

101.

101?

Pusing kepala awak.

Tak! Bukan itu. Pusing dan jangan pandang!

Ianya sangat memalukan.

Jangan pandang saya!

Saya betul-betul minta maaf. Ianya sedikit salah faham.

Saya duduk di rumah itu sampai minggu lepas.

Sekarang, saya tinggal di unit 201.

Tapi, nampaknya awak tak tukar kod yang sebelum itu, kan?

Semasa saya mabuk, saya pergi ke rumah yang saya biasa tinggal dan masukkan kod itu.

Awak faham, kan?

Tak.

Saya betul-betul minta maaf.

Awak baru kan? Bahagian mana?

Saya doktor, Pak Si On dari Bahagian Pembedahan Pediatrik.

Awak doktor baru, kan?

Saya balik awal semalam, jadi saya tak jumpa awak.

Saya doktor tahun kedua di Bahagian Pediatrik, Cha Yun Seo.

Memandangkan awak hubae saya, tak perlulah kita gunakan basa formal, kan?

Belok kanan di kedai runcit.

Apa?

Pergi terus selepas melalui kedai dobi.

Adakah awak tak mempedulikan saya?

Ambil bas bernombor 202 di perhentian bas 80 meter di hadapan.

Ianya cuma kesilapan kecil dan awak tak mempedulikan saya begitu saja?

Kenapa? Beritahu saya.

Ianya ambil masa 16 minit untuk sampai ke hospital dan jumlah perhentian bas adalah 8.

Adakah dia cuma berdegil atau memang bodoh?

Apa yang saya cakap...

Dia nampak normal di luaran

tapi bila awak dengar cara dia bercakap, dia tak macam normal.

- Profesor tak cakap apa-apa? - Ya.

Tapi, bukankah kita kena jadi seorang ketua dan baru dapat tinggal di rumah yang hospital sediakan?

Itulah, tapi dia dapat pertolongan daripada Pengarah.

Itu yang saya tak faham. Pengarah bukannya jenis orang yang akan masuk campur dengan keputusan bahagian sumber manusia.

Kenapa awak berikan saya toner lelaki?

Sampai sekarang, awak masih ada bau alkohol.

Sapukannya di muka awak sebelum kita pergi buat rondaan.

Saya tak perlukan ini. Semburan pewangi pun dah boleh hilangkannya.

Awak tak akan pewangi.

Jangan ketawa!

Macam mana dia tahu aku tak ada pewangi?

Ini yang disediakan untuk rumah mandi awak di sekitar rumah saya.

Awak akan bau macam ajussi selepas awak pakai ini.

Jadi, kamu nak tahu cara untuk mengelakkan diri kamu daripada dibuli dalam sekolah, kan?

Ya, saya nak semua orang takut dengan saya.

Ya, siapa 'bakul' kelas kamu?

Bakul? Bakul sampah?

Peti surat?

Bekas pensil?

Bakul nasi?

Tak, bukan itu maksud saya.

Ketua. Maksudnya, ketua kelas.

Baek Tae Gwang! Tyrannosaurus rex Bae Tae Gwang.

Tyrannosaurus rex? Baek Tae Gwang itu adalah Tyrannosaurus rex?

Ya, bila kamu sampai kelas esok, pergi ke pentas dan cakap,

"Hei, Baek Tae Gwang! Ke depan!"

Kemudian, Baek Tae Gwang akan cakap "Awak mesti dah gila, kan?"

Kemudian kamu cakap "Ya, saya gila. Awak nak gigi awak tercabut dipukul lelaki gila?"

Bila kamu dah habis cakap begitu, dia mesti akan terus lari.

Dengan pasir yang kamu dah sembunyikan tadi,

baling pada matanya.

Apa yang awak buat?

Jangan ajar benda tak baik kepada budak-budak. Tolong pergi periksa arahan.

Baiklah.

Bahagian kedua akan diceritakan pada pelajaran yang berikutnya. Boleh?

Dia tak boleh lawan ajumma itu pun. Penipu besar.

Daebak! Macam mana orang begitu boleh dimasukkan ke dalam bahagian pediatrik?

Dengar cerita dia dapat penerimaan khas daripada Pengarah.

Walaupun kemasukannya istimewa, bolehkah dia bertahan dari Profesor Gim Do Han?

Malah doktor yang cemerlang yang masuk semuanya dibuli dan kemudian dibuang.

Itulah yang saya cakapkan. Tapi macam mana sebenarnya keadaan dia?

Hei, hei! Mereka dah sampai.

Ini ialah doktor tahun pertama yang baru, Dr Pak Si On.

Selamat sejahtera, saya dari 23 Guandong, Bandar Chundheon, Daerah Gangwon...

Berhenti. Ianya memalukan.

Gembira bertemu awak, Dr Pak.

Saya ketua Jururawat, Nam Go Yeon.

Gembira bertemu awak, saya Jururawat Jo Jeong Min!

Sila berikan tunjuk ajar!

Sila bersedia untuk pembedahan Eun Ji.

Profesor, ini cuma pandangan saya.

Saya masih rasa yang lebih baik kalau Eun Ji menerima rawatan psikiatri untuk saat ini.

Pandangan awak adalah pandangan awak saja.

Pembedahan berjalan lancar. Tahap sirosis hatinya tidak begitu teruk.

Memandangkan najis pesakit berwarna hijau,

penyakit kuningnya akan pulih dalam masa beberapa hari lagi.

Tolong jangan risau sangat.

Terima kasih banyak, Doktor.

Berikan dia minum 20 ml susu setiap 3 jam.

Periksa urinnya sekali.

Baik.

Awak tak nak ambil nota ke?

Ambil. Di sini.

Jadi, tolong beritahu kami dengan mengikut urutan dari satu wad ke wad yang lain.

Ward 1001, Min U Yeong. Antibiotik yang diberi secara IV akan ditukar kepada PO dan antibiotik cepha generasi kedua akan digunakan.

Wad 1003, Seo Ha Ying. Pemeriksaan GI atas. Hari ini dia akan dihantar untuk rundingan NST. -=GI: gastrointestinal - salur pemakanan=- -=NST: Nutrition Support Team - Kumpulan Sokongan Pemakanan=-

Wad 1005, Yu Yeong Seo. Periksa bahagian bawah abdomennya dan NPO selama 2 hari. -=NPO: non per os - puasa=-

Pak Si On, semua itu bukannya bahan rujukan untuk awak asah otak awak.

- Awak mesti ambil nota setiap pesakit... - Tak mengapa.

Awak pun.

Yu Seong Ho.

Adakah ini semua lukisan Seong Ho?

Ya. Dia kata dia nak jadi entomologi.

Dia sangat sukakan rama-rama.

Lukisannya sangat cantik. Saya pun sangat sukakan rama-rama.

Aigoo, aigoo. Seong Ho... Seong Ho!

Kamu tak apa-apa? Macam mana kamu rasa? Aigoo...

Aigoo... Apa patut saya buat?

Apakah diagnosis bagi pesakit Yu Seong Ho di Wad 1008?

Seong Ho telah dibedah kerana sista di salur hempedu 4 hari lepas.

Boleh saya tengok cartanya?

Boleh.

Sejak bila Seong Ho terbaring saja?

Sejak pagi semalam, dia selalu cakap yang dia lemah dan abdomennya sakit.

Sejak bila dia mula muntah?

Ianya bermula pagi tadi.

Kencingnya normal tak?

Tak! Dia tak kencing sejak semalam!

Seong Ho. Seong Ho!

Cakap sesuatu. Seong Ho!

Seong Ho, cakap sesuatu! Cakap sesuatu!

Seong Ho mesti jalani pembedahan sekali lagi. Dia kena dibedah segera, sekarang!

Terangkan dengan jelas.

Tak mengapa. Dia pesakit ketua bahagian, kan?

Ya. Dia ialah pesakit yang menjalani pembedahan sista salur hempedu.

Pak Si On, ikut saya keluar.

Tolong tunggu sekejap.

Seong Ho! Seong Ho saya!

Makcik, ianya tak apa-apa. Sila bertenang.

Semalam, doktor itu cakap tak ada masalah juga!

Tengoklah apa yang berlaku sekarang.

Seong Ho dalam bahaya. Dia dalam bahaya! Seong Ho dalam bahaya!

Seong Ho dalam bahaya!

Apa sebenarnya yang dalam bahaya?

Dah 4 hari sejak Seong Ho menjalani pembedahan.

Tapi dia sentiasa demam dan selalu cakap yang abdomennya sakit.

Dia juga memuntahkan hempedu.

Selepas pembedahan, memang ada kemungkinan untuk dia memuntahkan hempedu disebabkan ileus.

Tak. Bukan itu saja. Ada banyak lagi.

Seong Ho ada masalah kekurangan air.

Tambahan pula, sejak semalam, dia tak buang air kecil.

Semua kesakitan datang dari abdomennya.

Itu disebabkan dia lemah selepas pembedahan.

Mungkin kerana pergerakan dalam ususnya masih belum pulih sepenuhnya

atau bahagian yang dibedah menyebabkan dia sakit.

Tak! Kalau pembedahan itu berjaya, dia mesti akan ada tenaga.

Kanak-kanak sangat kuat.

Kalau doktor merawatnya dengan baik, kanak-kanak akan baik dengan cepat.

Siapa pembantunya?

Dia ialah pakar bedah hepatobiliari tahun 4.

Telefon Ketua Bahagian dengan segera.

Itu... dia pergi ke seminar.

Jadi jururawat Jo, awak buat panggilan sendiri.

Dan awak,

mulai sekarang, jangan cakap sepatah pun.

Jangan buat apa-apa.

Awak memang pandai membuat laporan.

Ikut saya.

Kenapa dia tak jawab telefon?

Pukulan yang bagus!

Awak memang pandai memukul.

Patutkah kita memaklumkan Jabatan Bedah Hepatobiliari mengenai pesakit Ketua?

Tumpukan kepada pesakit yang nak dibedah sekarang.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kenapa kita tak beritahu Profesor Gim Jae Jun...

Semua orang tak nak tumpukan perhatian ke?

Dibandingkan dengan imbasan CT yang dulu, saiz vena portal hepatiknya semakin membesar.

Pintasan salur darahnya menjadi lebih besar.

Kalau kita nak ikut cadangan Doktor Cha, biarkan dia jalani rawatan psikiatri,

kita akan bazirkan masa satu hari.

Apa yang akan jadi pada dia?

Saya minta maaf.

Pak Si On. Mana Pak Si On?

Pak Si On ada di sini tadi. Nampaknya dia keluar semasa kerja belum habis.

Nampak macam dia pergi semula kepada pesakit Ketua.

Budak ini.

Tak boleh ke dia sedar?

Dia dah diberitahu dengan jelas.

Semua, tumpukan perhatian pada badan Eun Ji.

Faham?

Ya!

Saya tak tahu apa nak dibuat dengan Chae Gyeong.

Saya ingatkan apabila masa berlalu, semuanya akan baik.

Tapi nampaknya kesedihan dia tak hilang.

Dia sangat rapat dengan mak kandungnya.

Walaupun ianya susah sedikit, tolong tunggu lama sedikit.

Dia pandai dan dia akan sedar juga tak lama lagi.

More Malay subtitles for Good Doctor

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left