The first 200 lines.
Ada sesuatu yang saya nak tahu.
Ya.
Hye-jin dah ada kekasih?
Hye-jin dah ada kekasih atau tak?
Rasanya tiada.
Baguslah.
- Tapi kenapa tanya saya? - Apa?
Awak boleh tanya dia sendiri, kenapa tanya saya pula?
A, e, i, o.
Lihatlah suara saya dah serak.
Kenapa tiba-tiba serak? Itu bukan jawapan yang panjang pun.
Kita sedang cakap tentang kontrak, awak tukar topik pula.
Awak cakap akan terima semua syarat saya,
jadi jangan ubah kontrak.
"Atas nama keadilan, saya takkan maafkan awak."
Aduhai, kenapa dengan awak?
- Helo. - Helo. Ketua Hong pun ada.
Ya. Saya nak pergi sebab dah selesai bercakap.
Awak nak ke mana?
Kenapa asyik tanya saya macam-macam?
Jangan tanya. Suka hati sayalah.
- Kenapa dengan dia? - Kamu bergaduh?
Tidak. Duduklah.
Semua berjalan lancar.
Chun-jae, tolong tambah bertih jagung.
Awak isi perut dengan bertih jagung?
- Pesanlah makanan lain. - Bertih ini sedap.
- Saya cuma nak minum segelas. - Makanlah.
Sekarang tiada pelanggan, jadi duduklah di sini.
- Saya memang nak duduk. - Bagus.
Geum-cheol.
- Awak ada nampak baju itu? - Apa?
Gaun biru bercorak bunga yang saya selalu pakai.
Baju itu? Tak nampak.
Pelik betul.
Saya yakin saya jemur di ampaian, tapi tiada.
Mungkin ia dah terbang. Sekarang angin agak kencang.
- Yakah? - Ya.
- Baju saya pun ada yang hilang. - Baju apa?
Baju dalam merah saya.
- Tak guna. - Tak perlu beritahu.
- Nam-suk! - Saya dah terbayang.
- Warnanya… - Siapa nak curi benda itu?
Bukan benda, tapi baju dalam.
Tangan saya akan lebam lagi. Awak nak saya jadi anjing Dalmatia?
Saya nak awak jadi kuda belang.
Sudahlah, kamu berdua.
Kenapa kami berdua? Dia yang pukul saya.
Nam-suk, sakitkah rawatan untuk geraham awak?
Sakit. Hati saya sakit apabila memikirkan kosnya.
Tapi saya dengar Dr. Yoon berbakat.
- Dr. Yoon - Ya?
dan En. Ji nampak mencurigakan, bukan?
- Yakah? - Dia mula lagi.
Mereka saling mengenali.
Aduhai. Lihatlah betapa naifnya dia.
Selepas Dr. Yoon tidur dengan Ketua Hong, dia main kayu tiga dengan En. Ji.
Dia memang hebat.
Bagi saya, lelaki-lelaki itu yang rugi.
- Tak baik cakap begitu. - Nam-suk!
Bukankah itu terlalu kejam?
Aduhai, Cik Pyo. Bila awak sampai?
- Saya baru saja sampai. - Betul.
Hye-jin bukan orang begitu.
Dia sangat terkenal sebab rupanya.
Kenapa cakap perkara mengarut di sini?
Kenapa awak begitu serius?
Saya cuma cakap apa yang saya nampak.
Saya tidak tulis komen jahat di media sosial.
- Kenapa awak marah? - Cik Pyo, nak pesan apa?
Awak nak kopi atau ayam goreng?
- Apa yang ada? - Saya boleh sediakan semuanya.
Saya cuma cakap fakta.
Saya terkejut sebab awak datang diam-diam.
Dia tahu Dr. Yoon tak balik. Apalah.
- Sudahlah. - Kamu semua diam dan balik!
Ya, baiklah.
Ju-ri, Coca Cola.
Bo-ra, susu. I-jun, teh hijau.
Apa? Ini bukan yang tak bergula.
Tiada susu strawberi?
Terima kasih.
Kenapa kamu semua datang ke rumah saya?
Televisyen di sini lebih besar. Gambarnya cantik.
Wajah JUNE juga jelas kelihatan.
Hye-jin, ke tepi sikit.
- Awak halang televisyen. Ke tepi. - Maaf.
Kami nak lihat landak kecil.
Maaf sebab ganggu hari cuti awak.
Doktor, kami dah berikan nama kepadanya.
Nanti panggil ia Seumseum.
Okey. Tapi landak kecil ini…
Seumseum. Itu namanya.
Ya, Seumseum. Bila awak nak bawa balik Seumseum?
Hai, semua.
Awak buka kafe kanak-kanak tanpa pengetahuan saya?
Saya patut abaikan saja ketika loceng berbunyi tadi.
Saya ambil tindakan salah sebab kekurangan kafein.
Hei. Saya jumpa Pn. Cho di kafe tadi.
Dia memang melampau.
Kenapa? Dia cakap apa lagi?
Dia cakap awak dan Ketua Hong tidur…
Dia cakap, selepas awak bermalam bersama ketua Hong,
awak main kayu tiga dengan Ji Seong-hyeon. Menjengkelkan betul.
Saya tak terkejut pun. Itu klise sebab saya dah boleh agak.
- Awak tak marah? - Kenapa pula? Itu perkara remeh.
Dia juga pelanggan kita.
Katanya, lelaki-lelaki itu yang rugi.
- Siapa yang rugi? - Lelaki-lelaki itu.
Lelaki-lelaki itu?
- Siapa cakap begitu? - Semua.
Siapa?
Mereka semua.
Bukankah kita perlu main di dalam air?
Adakah awak terus pegang kamera dan buat suntingan apabila masuk kerja?
Bagus. Penjelasan yang baik.
Saya tak suka cakap merepek.
Kita perlu lihat mereka?
Dia perlu cuba sendiri, baru boleh suruh orang lain buat.
Meluncur sama seperti kehidupan.
Jika ada ombak yang baik, meluncur dengan baik.
Jika ombak terlalu tinggi atau tiada, terima dengan hati terbuka.
Rasanya kita berdua serasi dalam berfalsafah.
Saya yakin kita tak serasi.
Macam yang saya cakap tadi.
- Betulkan posisi. - Okey.
- Lihat ke depan. - Okey.
Dayung. Ombak sedang mendekat. Dayung.
Betulkan posisi.
- Tolak. - Tolak.
- Kemudian, berdiri. - Berdiri.
Rapatkan kaki kiri dengan dada. Dekat lagi.
Bangun perlahan-lahan. Pandang ke depan.
- Sekejap. - Bukan begitu. Pandang ke depan.
Sekejap…
- Bangun dan mula semula. Dayung! - Dayung.
Dayung dan tolak!
- Tolak! Bangun! - Bangun.
Kaki kiri di dada!
Bagus. Seimbangkan badan. Tahan.
- Itu saja awak boleh buat? - Saya sedang berusaha keras.
- Nampaknya saya memang tak berbakat. - Jangan berdalih! Naik.
Pandang ke sana saja.
Pandang ke sana dan jerit!
Betul. Meniarap!
Mereka seperti mendapat tenaga.
Mulakan. Pandang ke depan!
- Rasa macam di pusat latihan. - Naik.
Awak tak boleh cuai!
Dia terlalu beremosi.
- Sekarang, tolak! - Tolak!
- Bangun! - Bangun!
Sekali lagi! Saya boleh buat!
Itu babak yang hebat atau blokbuster?
Apa? Itu babak komedi.
Komedi dengan pengakhiran sedih.
- Saya boleh. - Awak tak boleh berenang?
Saya tak pernah belajar.
RESTORAN IKAN MENTAH HWAJEONG
Aduhai, saya patut lalu jalan lain.
Saya sampai di sini tanpa sedar.
Awak dah ke klinik, ya?
Ada klinik yang buka?
Ya. Saya baru balik dari klinik ortopedik di Jinseon-dong.
Bagaimana? Awak okey, bukan?
Tulang saya memang kuat.
Katanya jika orang lain, tentu dah patah riuk.
Tengkorak awak memang keras.
Awak terjatuh di dalam tandas, tapi tengkorak awak tak pecah.
Kosa kata awak memang kasar.
Kertas pasir pun lebih lembut daripada awak.
Pergi sebelum saya halau awak.
Nanti dulu.
Mari berbual dengan saya sebentar. Saya nak cakap sesuatu.
- Masuklah. - Tidak.
Mari bercakap di tempat lain.
Cepatlah cakap. Saya panas.
Hwa-jeong.
Walaupun kita tak boleh terus hidup sebagai suami isteri,
kita dah lama berkawan.
Awak nak cakap apa hingga berkias begitu?
Tentu awak juga tahu yang dulu saya menyukai Cho-hui.
Saya dah banyak berfikir.
Kali ini, saya tak mahu kehilangan dia lagi.
Saya merancang untuk luahkan perasaan tak lama lagi.
- Saya nak terus terang dengan awak dulu. - Bukan Cho-hui.
- Kenapa? - Entah. Saya tetap bantah.
- Kenapa tak boleh? - Sebab tak bolehlah.
Beritahulah kenapa tak boleh.
Saya cakap tak boleh. Kenapa perlukan alasan?
Adakah awak ingat kelahiran lalu?
Apa awak merepek?
Saya dah buat dosa besar pada kelahiran lalu?
Adakah ibu bapa kita musuh?
Jika tidak, kenapa awak buat begini terhadap saya?
Saya…
Apa salah saya?
Kita berkahwin sebab awak ajak.
Apabila awak minta cerai, saya ceraikan awak.
Kenapa awak huru-harakan hidup saya?
No comments yet. Be the first to leave one.