The first 200 lines.
Terjemahan sari kata oleh Aman
PANTAI SUFFOLK, ENGLAND
Ayuh.
Di sana! Pergi ke rumah api itu, rusa kutub yang mulia.
Selamat malam, Santa!
Terima kasih, Bill!
Kita berjaya! Pekan terakhir di England.
Hampir sampai rumah.
Alamak. Saya ingat pergi ke sini cukup sukar,
tapi rupa-rupanya pekan ini penuh masalah.
Lelaki besar berjanggut tebal perlu selesaikannya.
Ya, si kacak berbaju merah itu ialah saya, Santa Klaus.
Ribut salji malam ini cukup dahsyat.
Tinggal satu rusa kutub. Ribut terburuk dalam sejarah.
Namun, saya takkan putus asa.
Krismas di Wellington-on-Sea perlukan guni besar penuh hadiah.
Anda akan dengar cerita
antara malam paling mencabar sepanjang kerjaya saya.
Mengimbau kembali,
masalahnya bermula dengan pementasan Krismas sekolah,
22 Disember, pukul 4:00 petang.
Pakai baju tebal-tebal dan bersedia untuk That Christmas.
Ini wira-wira kita yang malang.
Ada seorang budak baharu, Danny, yang berusaha untuk tak dipandang.
Kecuali oleh cinta hatinya, Sam yang Gelisah.
Oh. Awak nampak kembar saya? Dia sepatutnya jadi Joseph.
Tidak.
Akhirnya, pemberontak tempatan kita, Bernadette.
Okey, anak-anak. Masa untuk tunjukkan kebijaksanaan kamu.
Seorang remaja bersemangat bebas dan pengarah pementasan.
Cantik.
Tiga minit lagi. Jangan kecewakan saya.
Oh, Charlie. Awak di mana?
Dia akan datang, Sam. Kita ada banyak masa.
Jika tidak, kamu ganti dia. Mari panaskan badan.
Oh, tidak.
Kamu yang tulis. Kamu tahu dialognya dan kamu kembar.
Dari perspektif DNA, kamu boleh ditukar ganti.
Tunggu, Bernadette. Charlie dan saya sangat berbeza.
- Tahun Tiga. - Bernie…
Dua minit lagi.
Ya, Cik Trapper.
Danny!
Di mana ayah?
Hei, budak baharu.
Awak ini apa?
Ya, awak ini apa?
Saya kacang kuda.
Kenapa awak nampak macam kentang?
- Sebenarnya… - 30 saat lagi.
Okey. Keadaan makin serius.
Ada sesiapa nampak Charlie?
Terima kasih kerana datang, Charlie. Marilah.
Mari nyalakan lilin.
Charlie, ke mana awak pergi?
Saya putuskan yang watak saya berjanggut.
Itu bulu anjing?
Mungkin.
Percayalah, semuanya akan menjadi.
Samantha. Bernadette.
Giliran kamu. Aduhai, runsingnya.
Saya suka pementasan sekolah.
Tiada siapa suka.
Mulakan pementasan Kismas!
Budak-budak berkostum susah tengok dan senang jatuh.
Pasti tiada masalah.
- Jesus… - Oh, Tuhan.
…lelaki yang hebat.
Ada janggut, rambut panjang, suka bertukang.
Seorang hipster.
Dia tak mahu kita buat cerita Krismas bosan setiap tahun.
Betul, ibu bapa?
Tepat sekali.
Dia mahukan pesta vegetarian dan pelbagai budaya
dengan lagu-lagu pop tentang perubahan iklim,
ditulis oleh pelajar genius kami, Sam.
Silakan.
Ya. Saya fikir mungkin bagus untuk mengubah keadaan…
Ucapan yang bagus, Sam. Baik.
Jadi, bersedialah semua untuk pementasan Tiga Wanita Bijaksana!
Mainlah, Puan Beccles.
Ayuh, Sam. Ya!
TIGA WANITA BIJAKSANA
Harry.
Buka langsir.
Selepas berjalan kaki dengan jauh
kerana jelas kami tak suka terbang,
akhirnya kami tiba di Bethlehem.
Akhirnya.
Kami mesti cari tempat tinggal kerana isteri saya, Mary, mengandung…
Oh, tidak!
…tembikai besar.
Charlie!
Bijak betul.
Selamat hari jadi, Jesus
Selamat hari jadi, Jesus
Selamat hari jadi Selamat hari jadi, Jesus
Ikut bintang itu!
Selamat hari jadi, Jesus Selamat hari jadi
Kami pernah jadi gembala, tapi sekarang kami petani sayur organik.
Kami datang untuk jumpa Jesus
dengan brokoli, jagung manis, terung…
- Hai, mak. - …dan kacang kuda.
Dan kacang kuda…
Kacang kuda.
…yang nampak macam kentang.
Usahlah berleter ayah Aku tak boleh tidur
Namun aku putuskan Untuk bela anakku
Aduhai.
Dia akan bela anaknya
Oh, tidak…
Alamak.
Bagus, Teddy.
Diam!
- Tukar baju dan sertai ibu bapa kamu. - Ya, Cik Trapper.
Esok, tiada lagi main-main dan kita raikan hujung penggal
dengan algebra kuadrupel dan pemeriksaan kutu.
Pergi!
Selamat tinggal!
- Syabas, budak baharu. Kentang bagus. - Saya…
- Selamat tinggal, Teddy. - Tak apa.
Naik.
- Kamu suka pementasan tadi? - Ayah sangat sukainya.
Bagus. Semuanya?
Itu…
Mak tak suka perubahan ceritanya, Bernie.
Ya, dan sesetengah dialognya agak… moden.
Tapi itulah tujuannya. Jenakanya pula?
Kita tak patut berjenaka tentang Jesus.
Jadi, beginilah.
Kamu suka semuanya kecuali cerita, dialog dan jenakanya?
Maknanya tinggal tajuk.
Oh, ya. Saya benci tajuknya.
Jelas kita tak boleh buat revolusi Krismas, Evie.
Perlahan sikit, Basil.
Cepatlah sikit, kura-kura.
Charlie lewat. Saya tak pernah setakut itu.
Pernah. Awak takut akan segalanya.
Tidak.
Perubahan iklim, kepupusan lebah, lebah, hari Khamis.
Saya tertangkap jadi nakal. Saya tak tertangkap jadi nakal.
Badut. Pin keselamatan. Pin tak selamat.
Ada apa-apa lagi?
Tak terhingga. Banyak sangat.
Saya dah kata!
Hati-hati, ada…
Charlie!
Wellington pekan yang indah.
Antara pekan kegemaran saya di England.
Dunia tepi laut yang ada basikal, jambatan berbonggol, pemanduan teruk…
Selekoh tajam…
…jalan bergemerlapan
dan tradisi Krismas yang indah anjuran kawan lama saya,
Bill Rumah Api.
Nampak hebat, kawan!
Semua orang menantikan Krismas…
Selamat petang, McNutt!
Semua orang.
Akhirnya.
Okey, jiran, sila keluar kenderaan.
Saya takkan duduk dalam tin sardin ini lagi.
- Harry. - Terima kasih, Pemandu McNutt.
Sama-sama.
Esok hari terakhir sekolah, kemudian selepas perkahwinan adik saya,
bonanza Krismas Keluarga Barn bermula.
Krismas terbaik!
- Jumpa esok! Selamat tinggal! - Krismas yang sama.
Hai, mak.
Mak?
Hai, Danny! Lakonan kacang kuda hebat! Maaf mak terpaksa pergi.
Bagaimana semuanya?
Lebih seronok jika ayah datang
dan jika gadis tercantik dan terbijak di dunia
tak abaikan saya.
Ia teruk.
Baguslah. Syif mak tamat tengah malam. Makanan ada di dalam ketuhar…
Hampas perang terlebih masak. Sama-sama!
Terima kasih, mak.
Sayang kamu, si comel.
Suatu hari, si dia juga akan.
Siapa lewat, busuk.
- Charlie, hati-hati. - Saya bukan berlumba.
Saya nak masuk katil sebelum pukul 9. Awak tak boleh tangkap saya! Bu!
Saya menang lagi.
- Ada apa-apa yang saya tak pandai? - Ada.
Bersikap baik.
Bukankah awak patut berkemas sebelum Santa datang?
Dah jumpa.
Wah.
- Gambar baharu. - Ya.
Cuma nak beri Santa petunjuk.
Saya juga suka gitar berkilat. Saya paling mahukannya.
Itu bukan "gitar berkilat".
Itu Penyalun Kebangsaan Kon Tunggal.
Itu dia.
"Santa, beri saya ini atau…"
Atau apa?
Atau saya akan tangkap dia dan cukur janggutnya.
Awak tak boleh ugut Santa.
Janganlah risau, Samski.
No comments yet. Be the first to leave one.