The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Profesor!
Profesor!
Profesor!
Profesor!
Beritahu saya lokasi emas itu.
Saya tak tahu.
Tak guna.
Saya dah agak.
Tengok.
Kamu yang paksa saya.
Pandang muka dia!
Beritahu dia juga akan didakwa membunuh lima askar itu selain pertuduhan yang lain
dan dipenjarakan seumur hidup.
Berapa umur awak, dik?
Saya 23 tahun.
Nampaknya, 23 tahun sajalah awak hidup bebas.
Semuanya angkara awak.
Macam Stockholm.
Pandang dia.
Pandang dia, bodoh!
Apabila dia dibebaskan kelak, anak dia dah berumur 45 tahun.
Awak suka musnahkan hidup orang? Dasar keparat.
Sama macam Denver. Ada apa-apa nak cakap?
Dia akan hilang anak sama macam dia hilang ayahnya
dan dia hilang kedua-duanya kerana awak! Awak!
Betulkah awak cinta dia?
Pandang dia.
Saya nak awak ingat muka dia setiap hari di penjara nanti.
Kalau awak tak muncul dalam hidup dia,
dia tentu masih bahagia bersama ibu dan anak perempuannya.
Hidup dia dah tak bermakna!
Awak boleh buat sesuka hati dengan emas itu.
Sebab saya takkan cari emas itu.
Salah seorang daripada mereka akan beritahu saya.
Awak tahu kenapa?
Sebab saya akan tawar hidup baru kepada orang itu.
Penjara seumur hidup atau hidup bebas selama-lamanya.
Ini hari paling bahagia dalam hidup salah seorang daripada kamu
dan saya juga!
Baguslah awak senang hati kerana malapetaka akan tiba.
Awak tak faham, Tamayo.
Awak fikir semuanya dah berakhir,
sedangkan ia baru saja bermula.
Melutut.
Profesor main permainan poker yang terbesar dalam sejarah,
tapi hal paling gila ialah dia tak menipu.
Tiada sekeping kad pun di tangannya
dan si penjejak kad itu masih tercari-cari titik permulaannya.
PALAWAN, FILIPINA
DUA BULAN SELEPAS ROMPAKAN PERTAMA
Selepas rompakan di Kilang Wang Sepanyol,
Profesor rasa bersalah atas kematian abangnya.
Dia sanggah idea abangnya untuk rompak Bank Sepanyol
demi menjayakan rompakannya
dan abangnya terbunuh.
Selepas berhari-hari berjaga, dia temui ketenangan dalam ketaasuban
merancang satu rompakan mustahil di Bank Sepanyol.
Mungkin Berlin dan Palermo tahu cara keluarkan emas itu,
tapi bukan itu perkara paling sukar
yang perlu difikirkan.
Kita tahu cara keluarkan emas itu…
tapi macam mana kamu nak keluar dari situ dengan selamat?
Dah lama saya fikirkan caranya.
Titik permulaannya agak mudah.
Langkah pertama…
berterus terang
tentang cara emas dikeluarkan melalui video
yang disiarkan dari Pakistan.
Shakir.
Lapan minit lagi,
persembahan bermula.
PENYATAAN GENG
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada penyokong kami
dan para penonton yang budiman.
Kami akan tunjuk cara untuk seludup keluar rizab emas negara.
Rizab emas Sepanyol.
Sertai kami menyelusuri pengembaraan mengujakan ini
dalam kupasan eksklusif rompakan terbesar dunia.
Mereka bersiaran serentak daripada ratusan pelayan.
Ia dah tular. Stesen TV siarnya secara langsung.
Perompak mendakwa emas berjaya dikeluarkan dari Bank Sepanyol.
Mereka menjelaskan caranya. Mungkin rizab negara Sepanyol dah lesap.
Ini mengubah segalanya.
…bilik kebal akan dinaiki air. Apa penyelesaiannya?
Kami kimpal paip ini supaya penyelam boleh masuk.
Mereka buat ia menghiburkan supaya rakyat faham.
…salah seorang watak utama rompakan ini. Apa khabar?
Berapa ketul jongkong awak keluarkan?
Semuanya 7,258 ketul. Setiap jongkong seberat
12.5 kilogram bersamaan 600,000 euro seketul.
Itu bersamaan 4,355 juta euro.
- Banyaknya. - Ada apa-apa lagi nak tambah?
- Ada ucapan untuk anak-anak saya. - Silakan.
Wahai anak-anak ayah Emilio di Venezuela,
Julian di Bandar Mexico,
Erik di Iceland,
Hanna di Finland…
RIZAB NEGARA SEPANYOL LESAP DIKEBAS PEROMPAK
CNN dah siarkannya.
…dan Ivana di Odessa.
Ayah sayang kamu semua.
Menyentuh hati.
Penonton sekalian,
kalau nak tahu cara 90 tan emas diseludup keluar dari Bank Sepanyol,
jangan ke mana-mana dan nantikan kupasan seterusnya.
BERSAMBUNG
Situasi semakin serius.
Saya tahu muslihat awak.
Awak cuba ugut saya dengan mencetuskan krisis kewangan
dan buat Sepanyol lumpuh.
Jangan mimpi.
Bank Pusat Eropah sedia menyuntik dana atau melunaskan hutang negara.
Saya juga boleh tutup pasaran saham. Apa pendapat awak?
Saya tak peduli tentang permainan ekonomi awak.
Langkah kedua?
2. KASINO
Pasaran kewangan ibarat sebuah kasino besar.
Kamu boleh melabur untuk kenaikan NYSE, kejatuhan nilai gandum
atau kelumpuhan sesebuah negara.
Kamu boleh untung besar. Ia sah di sisi undang-undang.
Apa kita nak tawarkan kepada semua pelabur
dan badan korporat itu kerana jadi mangsa keadaan?
Jaminan.
Selepas mereka tahu emas dah lesap dari bank,
mereka akan untung besar kalau tarik pelaburan di Sepanyol.
Pada masa sama, rasa panik akan dorong pelabur
untuk jual saham dan hutang Sepanyol yang bakal mengakibatkan
pasaran saham menjunam.
Lebih penting lagi,
premium risiko akan melonjak melebihi 800 mata.
Apa maksudnya?
Sepanyol takkan dapat dana daripada pasaran,
ekonomi lumpuh dan jatuh bankrap.
Tepat sekali.
Kesan domino ini
akan beri tekanan besar kepada kerajaan…
dan kita saja yang mampu elak kegawatan ekonomi Sepanyol
dengan memulangkan emas.
Apa?
Nanti dulu. Saya tak faham.
Maksud awak, nyawa saya bergantung kepada teori ini?
Kejatuhan pasaran? Kalau ia gagal?
Ia pasti berjaya. Ia berlaku di Greece.
Inilah ironi sistem kewangan.
Ia dicipta untuk saling mempengaruhi.
- Ia boleh diramal. - Apa?
Terowong pun boleh diramal. Masuk di sini, keluar di sana.
Itu boleh diramal, tapi ini sebaliknya.
- Denver, tolonglah. - Diam.
Dia tak boleh memperjudikan nyawa kita. Dengar.
Ia takkan berjaya.
Awak masuk untuk pastikan tiada sesiapa keluar
supaya awak boleh ugut mereka.
Sekarang, kita semua dah tahu
bahawa konspirasi ekonomi awak ialah satu pembohongan,
jadi saya akan…
soal siasat kamu seorang demi seorang.
Orang yang tak beri kerjasama akan keluar melalui pintu itu,
terus dipenjarakan seumur hidup,
di depan ratusan wartawan tanpa topeng,
jadi fikir masak-masak.
Setiap seorang yang keluar,
sepuluh tan emas negara akan lesap selama-lamanya.
Celaka betul.
Saya dah kata ia takkan berjaya.
- Diam. Permainan belum tamat. - "Diam?"
- Denver. - Apa?
Diam.
Awak nak saya diam?
Kita semua melutut di sini
sambil diacukan dengan senapang di kepala!
- Sebab dengar cakap dia! - Diam!
- Saya takkan diam! - Diam!
Asingkan mereka daripada yang lain.
Denver, giliran awak dulu.
Denver, ingat pesan saya!
Ada orang curi emas itu. Matilah kita kalau sesiapa tahu.
Saya akan bawa awak keluar dari sini demi anak kita.
Denver, jangan buat apa-apa.
Denver, dengar dulu.
Denver, ingat pesan saya!
Sementara mereka dimomok-momokkan…
Pam ini menyaring batu baur dari dasar laut.
Mereka pam emas itu ke hulu sungai guna pam ini.
…Angel percaya dia dah temui jawapannya …
Kami cari di arah bertentangan.
…walhal ia sebahagian daripada Rancangan Tom Thumb.
Saya perlukan lapan orang anggota. Ayuh bergerak sekarang.
Di mana agaknya awak akan sorok 90 tan emas, Benjamin?
Di dalam hutan?
Tanah tandus atau terbiar yang takkan dicerobohi oleh sesiapa.
Kita mesti berfikir macam seorang jurutera MIT.
Kurangkan risiko.
Mengurangkan risiko bermaksud kita mesti pastikan
tiada si bodoh datang cari penutup botol dengan pengesan logam
dan caranya cuma satu iaitu dengan menyekat akses.
Tanah persendirian.
Tepat sekali.
Tanah persendirian yang berdekatan tangki air ribut itu.
No comments yet. Be the first to leave one.