The first 200 lines.
Sebelum ini dalam Shogun.
Ayah awak menyayangi awak.
Kita tawanan wanita itu.
Awak perlu hentikan tipu helah ini.
Berjanjilah untuk melepaskan tebusan itu.
Saya ingin bentuk perikatan yang menguntungkan negara ini.
Saya mahu bernaung di bawah panji baru.
Awak nak belayar bagi pihak Tuan Yabushige?
Mana yang lebih utama?
Kelangsungan suku kita atau Jepun?
Jangan putus asa dengan tuan kita.
Meskipun dia kelihatan seperti dah putus asa dengan dirinya.
Hiromatsu
tahu tugas dia.
Awak dah sedia untuk laksanakan tugas awak?
Saya dah sedia.
WILAYAH SHONAI EMPAT BELAS TAHUN YANG LALU
Dah tiga kali dia ditangkap.
Ayahnya ialah si pengkhianat, Akechi Jinsai.
Dia keturunannya yang terakhir.
Suaminya beri belas kasihan, tapi dia tetap nak mati.
Boleh tinggalkan kami berdua?
Cik Puan Mariko, bukan?
Dalam budaya saya, kami akan panggil Maria.
Nama yang indah.
Awak terlalu muda untuk sedih begini.
Saya pun masih muda.
Saya juga tahu erti kesedihan dan kehilangan.
Tapi saya tahu ada tujuan Tuhan beri saya peluang untuk hidup.
Kini Dia beri peluang kepada awak.
Bapa kami di syurga,
Sucilah nama-Mu, datanglah kerajaan-Mu,
terlaksanalah kehendak-Mu, di bumi sebagaimana di syurga.
Janganlah biarkan kami tergoda, tapi selamatkanlah kami daripada kejahatan.
Ini untuk awak jika tak mampu berdoa
dan awak perlu untuk berpegang kepada sesuatu.
BERDASARKAN NOVEL
SHOGUN
LANGIT KIRMIZI
Kita menghampiri pelabuhan.
Ya.
Kenapa dia hantar awak ke sini?
Ia tiada kaitan dengan awak.
Kita cuma pergi ke Osaka pada masa yang sama.
Jika begitu, urusan kita berbeza.
Kawan-kawan awak balik dari Macao
membawa sutera terlebih mahal yang dijual dengan perak Jepun yang dinilai rendah.
Sahabat Jepun yang sebenar.
Beritahu dia, sebaik saja kita tiba, orang Ishido akan sambut kita.
Dia perlu sentiasa dekat.
Awak diarahkan berada dekat apabila orang Tuan Ishido sambut.
Awak terjemahkan dengan jujur?
Ya.
Saya benci bandar ini.
Keluarga Tuan Ohno.
Semua orang di istana kota ini kini tebusan Tuan Ishido.
Jika semua ahli keluarga mereka di sini, tiada yang boleh menentangnya.
Kita akan jumpa Tuan Ishido esok.
Saya mahu awak ikut saya.
Jangan.
Kita akan beri cadangan kita.
Faham?
Tuan Ishido.
Esok. Ya.
Yabushige, terima kasih mempercayai saya.
Apabila saya serahkan emas Katolik itu, awak takkan menyesal.
Awak faham?
Tentu sekali.
Kita bersama semula.
Pergilah berehat, Tuan Nakhoda.
Berita itu benar, awak di sini.
Minta maaf sebab bilik penginapan ini sempit.
Kami terpaksa berikan ruang kepada keluarga Tuan Otomo.
Saya simpati atas semua yang awak lalui.
Juga Cik Puan Shizu, melahirkan anak lelakinya di tempat yang kejam ini.
Alangkah baiknya jika saya di sini bersama awak.
Ada berita daripada Tuan Toranaga?
Harap-harap ini berjaya.
Awak yakin dia pembidaah itu.
Tak susah untuk menghidu bau busuk dari kapal itu.
Dia bersama seluruh pengiring Jepun
dan juga penterjemah wanita itu.
- Cik Puan Maria? - Kawan awak.
Toranaga merancang sesuatu.
Kita perlu ketahui rancangan itu.
Rasanya pembidaah itu ke sini bukan atas arahan Toranaga.
Semasa saya di Edo, jawatannya telah dilucutkan.
Toranaga dah putus asa.
Mungkin awak tak nampak muslihat mereka.
Kali ini rasa berbeza.
Vasalnya yang paling setia membunuh diri di depan dia.
Jika John Blackthorne berada di sini,
bererti dia cuma mahu mencari jalan keluar.
Ribut tak boleh dikawal.
Peperangan akan berlaku.
Hadiah yang hebat.
Cuba awak tunduk.
Bukan begitu.
Jika nak ambil hati musuh kita,
perlu tunduk dengan betul.
Belakang awak begini! Ya.
Awak buat apa?
Awak tunjuk caranya.
Bagus! Begitulah caranya.
Kenapa…
Jangan bercakap
dan jangan kecewakan saya.
Yabushige. Cepat awak sampai dari Edo.
Terima kasih kerana pulangkan tawanan saya.
Sama-sama.
Tapi dia bukan untuk awak.
Dia ingin menyatakan kesetiaan kepada Ishido.
Lagipun, satu tuan tak boleh memiliki semua senjata di Jepun.
Betul, bukan?
Itu tak penting.
Nasib orang gasar ini tak lama lagi akan ditentukan oleh gereja.
Pergi uruskan pertelingkahan Kristian awak itu.
Tapi jangan apa-apakan dia.
Dia milik saya.
Selamat petang.
Saya Kiyama Ukon Sadanaga.
Ahli Majlis Pemangku Raja.
Ya. Hamba yang paling taat kepada Tuhan
dan hamba kepada Portugis.
Mana yang utama? Tuhan atau poket awak?
Saya tak begitu ambil berat dengan hal-hal kepercayaan.
Walau bagaimanapun, saya pelajar perdagangan.
Saya nak beritahu awak,
kami dah ada pedagang lanun yang cukup di negara ini.
Orang awak tiba di sini lewat.
Orang saya?
Tapi saya bukan lanun.
Selamat datang, Yabushige.
Bagi pihak Tuan Toranaga, saya menyerah diri kepada Majlis
dan mengucapkan takziah atas kematian isteri Taiko.
Kata-kata yang tiada erti daripada pengkhianat.
Seperti yang saya pernah jelaskan kepada Nebara Jozen,
saya telah diperdayakan untuk membawa Toranaga keluar dari Osaka.
Adakah itu sebelum atau selepas awak diperdayakan untuk membunuh dia?
Jika tuan nak saya mati, tuan boleh bunuh saya.
Tapi sebelum itu, sila lihat dulu hadiah saya.
Dulu nakhoda jadi penjaga panji Toranaga yang berharga.
KIni dia setia kepada saya.
Dia sangat terlatih
dan nakhoda yang hebat.
Pewaris tak berminat dengan orang gasar.
Pergi.
Tunduk.
Berundur.
Kita dah cuba, nakhoda. Entahlah.
Selamat kembali ke Osaka, Cik Puan Mariko.
Saya ucapkan tahniah buat tuan dan Cik Puan Ochiba
atas pertunangan tuan.
Saya terkejut awak ikut perjalanan pengkhianat pengecut ini.
Awak bawa berita perkembangan Toranaga dari Edo?
Tuan saya cuma berkabung.
Dia hancur luluh kerana kematian anak lelakinya.
Dia ada anak-anak lain.
Gembira melihat awak, Mariko.
Dah lama kita tak bertemu.
Ya.
Semenjak kita remaja.
Saya dan Mariko lama tinggal bersama di di Azuchi.
Masih ingat, dulu kita selalu bersaing pertandingan puisi?
Saya masih ingat.
Untuk memperingati Daiyoin,
kami akan adakan pertandingan puisi.
Jika awak boleh berikan baris yang pertama,
itu satu penghormatan yang besar.
Saya rasa ia sepatutnya…
Ketika salji terus
Ditutupi kabut petang yang dingin
Dahan tak berdaun…
Hebat sekali.
Tapi ia agak suram.
Itu akan berikan sesuatu untuk kita nantikan
di tengah-tengah kematian dan pengkhianatan ini.
Malangnya, saya tak akan bertanding.
Apa maksud awak?
Saya minta maaf,
sebab saya tak akan berada di sini.
Saya akan tinggalkan Osaka esok bersama Cik Puan Kiri dan Cik Puan Shizu.
Awak mahu pergi ke mana, Mariko?
Bertemu tuan kami di Edo.
Dia minta saya sendiri yang mengiringi mereka.
Dia…
Awak kata Toranaga akan tiba di sini beberapa minggu lagi.
Dah berbulan-bulan Cik Puan Shizu tak bertemu Tuan Toranaga.
Tuan saya juga belum bertemu anak lelakinya yang baru.
Cik Puan Mariko…
Mari kita cari masa lain untuk bincangkan hal peribadi ini.
Awak boleh melawat…
Terima kasih, tapi tak.
Saya akan pergi esok.
Jangan biadab!
Maafkan saya,
saya tak pernah berniat begitu.
Saya akan kembali bersama tuan saya pada hari kami diminta berada di Osaka.
Melainkan kami dikurung di sini.
Tiada sesiapa yang dikurung di sini.
No comments yet. Be the first to leave one.