Release info

하이클래스-High-Class-E04-NEXT-VIU
A Commentary by Hennessey
Subtitle by Viu. Rate and Enjoy

Tags

other
Published on: 2021-09-22
Downloads: 9
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 199 lines.

(Semua orang, organisasi, lokasi, dan kejadian...)

An Ji Yong.

Apa hubungan awak dengan mendiang suami saya?

Saya tak pasti. Apa awak rasa?

Kenapa? Awak ingin tahu?

Oh Tuhan. Adakah ini sebabnya?

Kenapa awak asyik tanya saya tentang suami awak?

Awak orang terakhir yang jumpa dia dalam kapal layar itu.

Seperti yang orang cakap,

adakah awak bunuh suami awak?

Pembunuh Song Yeo Wool.

Awak perempuan menakutkan.

Biar saya tanya awak sekali lagi.

Adakah awak kenal suami saya?

Oh, gambar itu.

Itu sewaktu saya menjadi duta Modal Woojeong.

Adakah semasa parti VIP?

Suami awak sertai parti sebagai pengarah bebas.

Dan saya selalu nampak dia di banyak parti. Itu saja. Puas hati?

Si Woo. Ibu tak apa-apa. Sekejap lagi ibu balik.

Baiklah. Ibu sangat menyayangi awak, Si Woo.

Bersabar sedikit. Sekejap lagi ibu sampai.

Oh Tuhan.

Maafkan saya. Saya perlu periksa sesuatu.

Apa awak cuba buat ini?

Teruknya. Siapa benarkan awak periksa telefon saya?

Mula-mula, awak cakap awak tak kenal suami saya.

Dan hari ini, awak cakap awak jumpa dia beberapa kali.

Tapi rupa-rupanya nombor rahsia dia pun awak tahu.

Saya mahu awak berfikir dengan bijak.

Awak mahu rosakkan keluarga dan karier awak?

Hanya kerana benda begini?

Kalau awak asyik menipu saya, saya tak boleh tolong awak.

Tunggu.

Ji Sun pasti tahu.

Oh Tuhan. Helo, Encik An.

Pada mulanya, saya ingat dia berminat dengan saya.

Tapi rupa-rupanya dia mahu bercakap dengan Ji Sun, bukan saya.

Saya hanya perkenalkan mereka kepada satu sama lain.

Helo.

Ji Sun mahu membuat pelaburan.

Dan suami awak terkenal sebagai pelabur yang terbaik.

Selepas itu, mereka berdua menjadi rapat.

- Benarkah? - Oh Tuhan.

Kalau tak percaya, awak boleh tanya dia.

Jadi, memang bukan awak yang hantar...

bunga dan mesej itu?

Kenapa awak asyik tanya saya tentang bunga dan mesej?

Kenapa saya perlu hantar bunga? Sepatutnya saya yang terima.

Ini. Kita sudah selesai, bukan?

Awak benar-benar tak tahu apa yang suami awak lakukan?

Awak tak tahu sehingga dia dibongkarkan?

Bertahun-tahun awak tinggal dengan lelaki itu.

Bagaimana awak boleh tak tahu?

Awak benar-benar tak tahu. Bukan?

Awak bukan perempuan jahat yang saya sangkakan.

Awak hanya perempuan dungu yang saya jumpa.

Berhenti bercakap. Mari pergi.

Tunggu. Saya mahu bercakap dengan suami saya.

Sekejap lagi saya keluar. Tunggu saya.

Tak guna. Baju saya terbalik.

Memalukan betul.

(Polis Cerdas dan Tangkas untuk Rakyat)

Hei.

- Do Young. - Kami mahu bercakap sebentar.

Saya minta maaf.

Apa awak buat ini?

Awak sudah hilang akal?

Tak, awak yang sudah hilang akal.

Adakah ini Macau? Atau Singapura?

Saya betul-betul tak tahu apa yang saya lakukan.

Saya lakukan kesalahan. Saya minta maaf!

Kesalahan? Orang mana yang lakukan kesalahan bodoh begitu?

Oh Tuhan. Si Woo kena masuk sekolah di ini.

Dan saya kena masuk TV tak lama lagi.

Awak sudah memalukan keluarga kita. Apa saya patut lakukan?

Kenapa mesti berlaku sekarang?

Mari kita bercerai.

Mari kita tamatkan kepura-puraan yang...

- mengarut ini. - Bercerai?

Baiklah.

Jadi, awak boleh mula bayar...

kelas tambahan Si Woo dan perbelanjaan harian.

- Apa? - Hei.

Fikirkan tentang duit saya berikan selama 8 tahun.

Saya beri 30,000 dolar setiap bulan. Jadi, 360,000 setahun.

Tiga juta dolar selama 8 tahun ini.

Bermakna, enam juta dolar sebelum dikenakan cukai.

Tapi saya tak mengungkit. Saya ketepikan semua itu.

Saya akan berikan awak nafkah, jadi awak boleh bayar semuanya.

Oh ya. Tentang bangunan kita di Nohyeon-dong dan kereta kita...

Jangan berangan!

Bukannya saya tak menyumbang dalam keluarga kita!

Betul. Awak berikan banyak kepada keluarga kita.

Awak gigih menggunakan duit saya...

untuk bersosial, memikirkan awak pelakon yang terkenal.

Apa awak cakap?

Saya mengaku saya yang bersalah kali ini.

Saya benar-benar minta maaf!

Tapi kita kekal bersama kerana kita memerlukan satu sama lain.

Kalau saya mahu tamatkan kepura-puraan ini,

sudah lama kita bercerai.

Ya. Sudah tentu.

Tiada apa yang kita cakapkan melainkan berkaitan duit.

Oh Tuhan. Saya tak sangka ada kaitan dengan lelaki begini.

Apa?

Oh Tuhan.

Kenapa? Teruskan saja.

Disebabkan awak ada di sini,

apa kata awak berehat saja di sini?

Saya akan beritahu Si Woo yang awak tak apa-apa.

(Polis Cerdas dan Tangkas untuk Rakyat)

Hei!

Oh Tuhan.

Tak guna!

Apa yang awak lihat semasa di restoran tadi...

Saya tak berminat...

bergosip tentang selebriti. Jadi, awak kena uruskannya...

melainkan awak mahu jatuh begini.

Saya minta maaf...

tentang hari itu. Saya pun terkejut.

Oh ya, saya benar-benar tak kunci anak awak di dalam itu.

Saya juga seorang ibu.

Saya tak akan lakukan seteruk itu.

Adakah ini masa untuk meluahkan perasaan?

Oh Tuhan.

Oh Tuhan. Boleh awak berhenti kereta sekejap?

Saya rasa sesak nafas.

Awak ada rokok?

Kenapa saya perlu tanya?

Saya tak cakap saya betul.

Tapi di sini,

awak akan rasa terperangkap.

Ribut melanda awak sepanjang masa.

Cuaca berubah berpuluh kali sehari.

Awak perlukan kereta hanya untuk beli kopi.

Awak tak boleh memandu dua jam sehari hanya...

untuk makan makanan sedap.

Orang yang awak jumpa...

hanya ibu kepada anak-anak lain.

Saya tersepit entah di mana,

takut jika saya dilupakan.

Saya hampir hilang akal.

Sebab itu saya lakukannya.

Seperti yang awak nampak, kehidupan saya sangat huru-hara.

Tiada orang yang saya boleh luahkan.

Saya perlukan seseorang untuk bergantung.

Saya mahu dipujuk.

Bukan Cha Do Young.

CEO Nam Ji Sun dari Locanda Jeju.

Siasat apa hubungan dia dengan suami saya.

(Siasat apa hubungan dia dengan suami saya.)

Suami saya ada dua telefon.

010-0137-7235.

Kalau awak boleh jejak nombor ini,

berikan saya salinan mesej yang dihantar ke telefon itu.

(Berikan saya salinan mesej yang dihantar ke telefon itu.)

Saya akan periksa dan hubungi awak semula.

Tidak perlu cakap apa-apa lagi.

Saya mahu pengetua pecat jurulatih itu.

Saya akan bentuk pasukan kelab junior yang baru.

Dia mulakan lagi.

Helo.

- Bagus. - Terima kasih.

Jurulatih.

Awak tak banyak latih Jun Hee.

Dia banyak bermain secara individu.

Dia kena berlatih lakukan hantaran,

kemudian bermain lebih banyak dengan budak-budak di tahapnya.

- Benarkah? - Ya.

Jumpa awak dalam kelas seterusnya.

- Jumpa lagi, Jun Hee. - Okey.

Ibu.

Beritahu dia hari ini adalah kelas terakhir.

Bayar gaji tiga bulan seperti yang dijanjikan.

Baik, puan.

Ibu, kenapa?

Jun Hee.

Perlukah kita terbang ke sini dari Jeju setiap minggu...

supaya awak boleh berlatih lakukan hantaran dengan budak lain?

Ingat ini. Awak bermain untuk menang.

Awak yang kena jaring.

Jangan pedulikan budak lain.

- Tapi jurulatih cakap... - Ikut cakap ibu.

Awak yang paling penting.

Orang hanya akan ingat pemenang.

Awak faham?

Helo?

Apa maksud awak?

Kenapa susah sangat nak pecat jurulatih biasa...

Pengerusi?

Encik Han.

Awak sudah lupa siapa yang merealisasikan impian...

awak untuk ada pasukan hoki ais?

Saya sangat kecewa.

Tak. Kita sudah selesai bercakap.

Okey, jadi... Kejadian baru-baru ini...

adalah kerana pihak saya yang melebih-lebih.

Kami buat keputusan untuk lupakan semuanya. Dan...

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left