The first 200 lines.
"Lukisan yang mempamerkan emosinya
tak ubah seperti coretan
seorang anak yang terperangkap dalam dunianya."
Seluruh hidup saya
dirumuskan oleh orang lain.
Saya rasa kasihan.
Awak boleh buang apa saja dengan mudah
kerana hidup awak tak bermakna.
Apa yang tinggal dalam hidup awak jika awak hidup begitu?
Inilah ringkasan paling tepat.
BERSAMA UNG
THE UNBEARABLE LIGHTNESS OF BEING
Saya harap hidup saya aman damai tanpa perlu buat apa-apa.
Cikgu.
Awak di tempat ke berapa?
Tempat ke-267.
Tapi jumlah pelajar…
Ada 267 orang.
Saya melukis sebagai hobi.
Ini impian saya.
Siang berjemur di bawah matahari dan malam bersantai di bawah cahaya bulan.
Saya tak nak hidup tertekan.
Saya boleh lukis yang baru.
Awak tak ada cita-cita?
Ada pelajar yang lebih layak daripada saya.
Contohnya, pendapat tentang lukisan,
hidup awak sebagai seorang artis, rancangan masa depan
atau matlamat.
Tak ada.
Begitulah kehidupan saya selama ini.
Awak memang bertuah.
Perniagaan ibu bapa awak berjaya.
Apa cita-cita awak?
Awak tak perlu risau tentang wang dan boleh buat apa saja.
Bertuahnya.
Bagus. Pegang sudu kamu.
Kemudian ambil nasi.
Ayah cuma mahu kamu sentiasa sihat. Makanlah.
- Bagus. - Betul.
Kamu tak perlu risau dan buatlah apa yang kamu nak.
- Itu saja yang mak dan ayah harapkan. - Betul.
- Aduhai. - Bagusnya.
Kadangkala, berdiam diri adalah perkara terbaik…
bagi kehidupan yang dipinjamkan.
Ung, boleh lukis gambar mak?
Ung, boleh lukis gambar ayah dulu?
- Mak dulu. - Ung, apa kata lukis gambar ayah dulu?
- Ung, mak dulu. - Tak, ayah dulu.
- Lebih elok… - Hei.
- jika tak tamak. - Lukis ayah.
Ung, bila kamu akan lukis gambar mak?
Ung, bila kamu akan lukis gambar ayah?
Lukislah gambar mak.
Biar saya lukis.
- Awak tak pandai melukis. - Awak fikir dia ikut siapa?
Saya.
Okey. Awak nampak cantik. Jangan bergerak.
Bagus. Awak nampak cantik.
Kerana saya ingin jadi anak yang serasi dengan keluarga yang sempurna ini…
Jangan kelip mata.
bukan anak yang dibuang oleh ibu bapanya.
Kita ada tempahan berkumpulan. Sibuknya.
- Nah. - Sibuknya.
Jadi, jika saya tak buat apa-apa,
mereka takkan tahu.
Beberapa kajian menunjukkan
genetik memainkan peranan lebih besar
dalam menentukan personaliti individu berbanding dengan pengaruh persekitaran.
Bagi menyokong teori ini, para pengkaji pemetaan gen AS
sedang mencari gen yang menentukan personaliti individu…
- Saya tak tahu. - Saya juga.
Jauh di sudut hati saya, saya takut saya seorang yang tak berguna.
Sebab itu saya hidup dengan berpura-pura
tak tahu dan tak berminat dengan apa-apa.
Tapi,
siapa sangka begini jadinya.
Kini,
saya telah jadi orang tak berguna
yang terperangkap dalam hidupnya yang serba kosong.
EPISOD 16 OUR BELOVED SUMMER
PANDUAN PENDAFTARAN FAKULTI SENI BINA ENSA, PARIS
Saya nak pergi bersama awak.
Saya serius.
Sudah agak lama saya fikir tentang ini.
Saya tahu ini agak mengejutkan buat awak,
tapi boleh percayakan saya?
Jadi, sebenarnya awak memang berminat.
Saya tahu hidup saya menyedihkan.
Sebab itu kini…
saya nak mulakan hidup baru.
Selain itu…
saya perlukan awak.
Saya tak boleh lakukannya sendirian.
Tapi untuk ke luar negara…
Saya perlukan awak.
Awak pun tahu.
Tak bolehkah awak ikut dan temani saya?
Kerana saya
haru-biru sekarang.
Saya akan pertimbangkan.
Beri saya masa.
Saya akan pertimbangkan.
Yakah?
Ya.
Ini kali pertama awak temui sesuatu yang menarik minat awak.
Nampak lembik sangatkah?
Taklah.
Saya juga tak fikir awak menyedihkan.
Pencapaian awak jauh lebih hebat berbanding saya.
Apa? Apa awak cakap?
Saya ajak awak bekerja di ibu pejabat kami di Paris.
Saya ditugaskan ke sana dan perlu cari pekerja baru.
Awak yang terlintas di fikiran saya.
Saya dah lihat semua projek lama awak dan dapati ia menarik.
Kenapa saya?
Saya perlukan awak, Cik Kook.
Saya harap awak terima pelawaan ini.
Tawaran ini agak bagus dan saya suarakan hasrat saya
kerana saya tahu awak amat berkebolehan.
Terima kasih.
Tak sangka tawaran ini datang daripada awak.
Saya agak bingung.
Saya masih nampak ganjil?
Saya minta diri.
Saya perlu bawa anjing saya bersiar-siar.
Tolong pertimbangkan dan hubungi saya.
Ini peluang yang baik.
En. Jang jumpa saya dan beritahu tentang rancangannya.
Dia memang pandai menilai bakat orang.
Apa pun, tak perlu fikir panjang dan terima saja, okey?
- Tak, saya… - Yeon-su.
Saya cakap begini sebagai rakan yang ambil berat tentang awak.
Saya harap awak tak lepaskan peluang ini.
Saya dah lihat semua kerja keras awak.
Setidaknya kali ini, ketepikan yang lain dan utamakan diri awak. Okey?
Awak patut kejar impian awak juga. Betul tak?
Tergamak dia pecat saya?
Saya akan lapor kepada Kesatuan Buruh.
Saya akan dedahkan semua perbuatan dia dan saman dia.
Saya tahu awak takkan buat begitu.
Choi Ung tak guna.
Dia tak boleh buat apa-apa tanpa saya.
Saya nak tengok.
Apa boleh buat? Dia nekad nak pergi.
Kalau sedih sangat, awak boleh pergi sama.
Dia langsung tak ajak saya.
Kalau dia ajak,
saya akan berpura-pura berat hati dan ikut dia.
Teruk betul.
Tapi awak nak buat apa di sana?
Bukankah dia nak sambung belajar?
Tentu dia fikir ini yang terbaik buat awak.
Dia suruh saya buat hal saya sendiri.
Dia fikir selama ini saya habiskan hidup saya untuk dia?
Dia fikir saya tak boleh buat apa-apa tanpa dia?
Awak nak buat apa tanpa dia?
Tanpa dia, saya…
Saya…
Saya tak boleh buat apa-apa tanpa dia…
BANK DAEHAN
Apa ini?
Kenapa?
Apa halnya?
Hei.
- Dengan air mata, hingus… - Gaji pemberhentian saya…
Banyaknya hingus.
- Gaji saya… - Apa?
- Gaji pemberhentian… - Kenapa?
Dia tak bayar?
Dia bayar terlalu banyak…
Biar betul?
Eun-ho.
Kalau awak tiada rancangan,
apa pendapat awak jika kita mulakan perniagaan bersama?
Jangan merepek.
Itu bukan cara saya.
Saya dah terima diskaun kawan.
Ada diskaun untuk selebriti?
- Saya boleh beri diskaun lebih tinggi. - Tak eloklah.
Jangan cakap perkara yang merendahkan nilai karya awak.
Karya saya tak sehebat mana.
Apa ini? Maksud awak, cita rasa seni saya memang teruk?
Tak, bukan begitu.
Tahu kenapa saya suka lukisan awak?
Setelah lama saya tengok, barulah saya faham
kenapa lukisan awak menyenangkan hati saya.
Garisan-garisan bengkok buat saya fikir
jika diri awak juga dipenuhi kerisauan sama seperti saya.
Kedegilan awak untuk melukis benda yang tak berubah
buat saya terfikir jika awak juga sunyi seperti saya.
Tapi apabila melihat hasil lukisan awak,
ia penuh dengan kehangatan.
Buat saya rasa senang.
Seperti dilukis oleh seseorang yang
berhati cekal.
Ia juga menenangkan saya.
Seolah-olah memberitahu saya boleh jadi kuat juga.
Ini kritikan saya terhadap karya awak.
Usah pedulikan yang lain dan dengar cakap saya.
Lagipun, saya pembeli nombor satu awak.
No comments yet. Be the first to leave one.