The first 200 lines.
Sekarang kita tinggal di dunia di mana Presidennya bertelingkah dengan Timbalan Presiden.
Tapi kalau orang tahu wakil rakyat konservatif dari GKP bersama dengan wakil rakyat parti progresif,
apa orang akan kata?
Kamu ingat lagi ketika kamu menyertai acara sukan semasa kecil dulu?
Selalunya para peserta yang bertanding akan dibahagikan kepada pasukan putih dan biru.
Tapi yang peliknya adalah, pasti akan ada ahli pasukan biru
yang berada di kawasan pasukan putih...
dan akan ada ahli pasukan putih yang berada di kawasan pasukan biru.
- Pasti akan ada beberapa orang bodoh seperti itu. - Betul tu.
- Memang ada orang bodoh seperti itu. - Seperti saya?
Ya, seperti kamu.
Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah tindak-tanduk kamu kebelakangan ini...
kelihatan begitu bertentangan dengan GKP.
Jadi, saya mencadangkan agar kamu berundur daripada GKP...
dan menyertai parti kami.
Selain kamu, ada juga beberapa orang wakil rakyat muda yang lain.
Jika kamu bekerjasama dengan mereka,
maka kamu takkan rasa keseorangan dan akan meringankan beban kamu.
Kamu fikirkanlah dulu baik-baik.
Parti pembangkang. Aku tak mahu menjadi ahli politik yang tidak berprinsip.
=- Ya?= - Saya dalam perjalanan ke rumah awak. Kita perlu berjumpa sekejap.
- Ketua U dari parti pembangkang kini sedang makan malam bersama Gim Su Yeong. - Yakah?
Tuan rasa mengapa agaknya mereka berdua makan malam bersama?
Kalau kamu begitu ingin tahu, pergilah bertanyakan kepada mereka sendiri.
Betul juga, tuan. Saya sepatutnya bertanyakan kepada mereka berdua...
buat apa saya bertanyakan pada tuan pula.
Saya minta maaf.
Kalau begitu, tuan janganlah bekerja terlalu keras
dan sila jaga kesihatan tuan.
Salam hormat daripada saya.
- Apa halnya? - Apa kau buat di sini?
Aku tanya sekali lagi, apa kau buat di sini?
Ini bukan urusan kau. Jadi, pergi sajalah.
Awak kata saya ada hak untuk membantah, bukan?
Lelaki ini tak boleh.
Bukan begitu keadaannya, oppa.
Apa yang bukan begitu?
Dia datang untuk membincangkan tentang urusan rasmi.
Begitulah keadaannya, betul tak?
Taklah. Saya datang untuk membincangkan tentang urusan peribadi.
- Gim Su Yeong. - Apa masalahnya?
Kenapa awak begitu berhati-hati dengan dia ni?
Di dunia ini, wakil rakyat mana yang begitu takut akan pembantunya?
- Saya bukannya takut akan dia. - Min Yeong, awak masuk dulu.
Oppa Jun Ha!
- Kau ikut aku. - Aku tak nak. Aku dah kata aku tiada urusan dengan kau.
Aku ingat lagi yang aku sudah banyak kali memberi amaran kepada kau...
- agar jangan mendekati Wakil Rakyat No. - Awak telah banyak kali memberi amaran kepadanya?
Ia bukannya amaran. Tapi ugutan yang kebudak-budakan dan tidak munasabah.
Lagipun, aku sudah menyatakan jawapan aku kepada kau dengan jelas.
Kita berdua takkan mencampuri urusan masing-masing. Adil dan saksama.
Tapi apa hak kau--
- Takkanlah kau-- - Awak berdua hentikan semua ini.
Apa kau nak buat? Nak teruskan andaian kau yang kebudak-budakan itu?
Hentikan, hentikannya, hentikanlah.
- Jangan begini. - Baiklah, ikut aku.
- Tidak, hentikannya. - Baiklah, ikut sini.
Awak berdua, berhenti di situ!
Saya rasa, bukan awak berdua yang patut menyelesaikan hal ini.
Sebaliknya saya yang patut menyelesaikannya. Betul tak?
Betul, kan? Kalau awak datang atas urusan yang tidak berapa penting, kita berbincang kemudian saja.
- Kalau ia urusan penting? - Kalau penting pun, kita berbincang kemudian saja.
Oppa Jun Ha, kita perlu berbincang. Tolonglah.
Apa yang sedang awak buat sekarang?
Mungkin awak tak tahu sesuatu.
Tapi sekarang awak sepatutnya berbincang dengan saya, bukannya dia!
Maafkan saya. Tapi awak tolonglah pergi dulu, ya?
Bagi awak, saya begitu remeh dan tidak penting?
Mari kita masuk.
Awak tak apa-apa?
Oppa, sejak bila, apa dan setakat mana yang awak tahu?
Mari kita masuk dulu.
Cuba gerakkan untuk tengok sama ada kaki awak tak apa-apa.
Saya betul-betul tak apa-apa. Tengok, saya boleh pusingkan kaki saya, kan?
Tengoklah. Awak nak saya pusingkannya lagi?
Saya dapat tahu baru-baru ini.
Saya dapat tahu perasaan Gim Su Yeong pada awak.
Dan, itu saja. Saya berharap ia setakat itu saja.
Memang itu saja. Ia setakat itu saja.
- Dan-- - Dan?
Dan saya tahu kenapa oppa membantah hal ini.
Saya ialah pegawai kerajaan dan terlibat dalam bidang politik.
Apapun, saya takkan melakukan perkara yang akan membuat awak risau.
Saya akan memastikannya.
Saya mempercayai awak.
Macam mana kalau awak bukan sekadar seorang ahli keluarga bagi seonbae Jun Ha?
Macam mana kalau awak bukan sekadar seorang ahli keluarga bagi seonbae Jun Ha?
Saya cuma bertanya untuk tahu macam manakah perasaan awak kalau betul begitu keadaannya.
Setakat manakah semua itu hanya sekadar andaian?
- Saya hanya bertanya dari segi andaian saja. - Andaian apa?
Kalau awak mengkhianati kepercayaan saya dan menimbulkan masalah,
saya benar-benar akan memastikan awak meletak jawatan kali ini.
Semasa abang dan kakak ipar meninggal,
saya telah berjanji kepada mereka yang saya akan menjaga awak dan Bo Ri.
Bantulah saya untuk menunaikan janji saya ini.
Tapi menyamakan saya dengan Bo Ri adalah agak keterlaluan.
Awak lebih kurang sama saja dengan Bo Ri.
Jangan lupa letakkan tuala panas pada buku lali awak sebelum tidur.
Baiklah, awak baliklah.
Aku dah agak yang kau akan menunggu di sini.
Aku bukannya menunggu kerana aku ingin berjumpa kau.
Aku rasa ingin tahu tentang sesuatu.
Jadi, aku mahu menyelesaikannya.
Dengar baik-baik. Aku akan beritahu kau hal ini dengan jelas.
Semakin kau mendekati Min Yeong, kerjayanya akan semakin--
Kenapa kau buat-buat bodoh pula, Pembantu Song?
Bukankah itu yang kau ingin tahu?
- Sebab mengapa aku begitu menentang kau mendekati dia. - Ya, betul tu.
Tapi bukan itu yang aku ingin tahu. Sebab sebenar kau.
- Itulah yang aku ingin tahu. - Apa?
- Kau dah tertangkap. - Apa yang kau mengarut ni?
Sebagai pembantunya? Sebagai ahli keluarganya?
Jangan berguraulah.
Kau. Kaulah sebenarnya yang ada niat lain pada No Min Yeong.
Tutup mulut kau! Selagi Min Yeong masih berkecimpung dalam bidang politik,
kau mahupun sesiapa saja tidak boleh menyentuhnya.
- Kau pula? Kau boleh? - Dengar baik-baik. Kalau kau terus begini--
Aku dah cakap kau sudah tertangkap. Kenapa kau masih nak cakap begini?
No Min Yeong tahu tentang niat lain kau ini?
Sudah tentulah dia tidak tahu.
Kau menipu dia--
Apa yang kau buat ni? Kau tak nak lepaskan?
Kau patut jaga sikit mulut kau.
Salahkah apa yang aku cakap?
Kata-kata aku tepat mengenai sasaran.
Sebab itulah kau naik marah, betul tak?
Aku berbeza dengan kau.
Demi ketenangan hati Min Yeong,
agar dia tidak terluka dan dirosakkan oleh dunia politik, itulah keutamaan aku.
agar dia tidak terluka dan dirosakkan oleh dunia politik, itulah keutamaan aku.
Itulah niat sebenar aku terhadap dia. Jadi, tutup mulut kau.
Jadi, kau mengakuinya?
Jangan risau. Aku takkan sesekali memberitahu hal ini kepada No Min Yeong.
Apa kata kau lepaskan aku? Aku tak nak membazirkan tenaga aku dengan kau. Kau mungkin boleh cedera.
Apa kau boleh buat tanpa pedang kendo kau? Kaulah yang akan cedera.
Kita saling melepaskan pada kiraan 3. 1, 2--
Jangan mendekati dia.
Dia dan juga aku.
Dia memang si bodoh.
Bagi awak, saya begitu remeh dan tidak penting?
Saya mempercayai awak.
Saya minta maaf atas apa yang berlaku tadi. Tolong hubungi saya semula.
Bukannya mudah untuk sidang parlimen meluluskan usul rang ini.
Tapi sudah beberapa bulan rang ini masih belum dilaksanakan dan tersekat di pihak jawatankuasa.
Bukannya kami yang meminta ia dilakukan tanpa sebarang caj.
Wakil Rakyat Go, soal belanjawan bukannya satu perkara yang mudah.
Kalau kita terus buat begitu demi kebajikan dan membelanjakan wang kerajaan begitu saja,
habislah ekonomi negara kita.
Kalau begitu awak sepatutnya mengusulkan sesuatu yang lebih realistik dan mempunyai rancangan sokongan sebelum berjanji macam-macam kepada rakyat.
Sekejap begitu, sekejap begini.
Kelihatannya seolah-olah kita sedang mempermainkan rakyat.
Kalau kerajaan mempunyai masalah belanjawan,
kita patut cuba menyumbang dengan cara mengurangkan elaun tahunan kita sebagai wakil rakyat.
Sebelum ini juga, pihak kamu telah berjanji untuk mengurangkan kadar cukai,
itupun masih belum dilaksanakan sehingga saat ini.
Awak fikir kami menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi?
- Kami menggunakan wang itu demi kepentingan negara. - Betul tu.
Sekarang tiada siapa lagi yang akan membelanja wakil rakyat makan.
Kami membayar dengan menggunakan duit kami sendiri.
Ya, tepat sekali.
Kalau dulu, menjadi wakil rakyat adalah sesuatu yang amat bermakna.
Tapi kini, ia bagaikan sudah hilang makna.
Kalau begitu kenapa awak tidak meletak jawatan saja...
memandangkan kini belanjawan semakin kurang dan awak tidak mendapat apa-apa layanan istimewa, apa yang awak dapat hanyalah penghinaan?
Kenapa tiada seorang pun daripada kamu yang mahu meletak jawatan
sebaliknya begitu risau supaya akan terpilih sebagai wakil rakyat untuk 1 penggal lagi?
Apa yang awak cakap itu masuk akal juga.
Wakil Rakyat Mun.
Jangan nak kata awak pun nak cuba mengikut jejak langkah Gim Su Yeong.
Aigoo. Macam mana awak boleh cakap sesuatu yang begitu menghina saya?
Wakil Rakyat Go.
Apa dia, Wakil Rakyat Mun?
Lusa saya akan menghadiri majlis perkahwinan Dr. Cha.
- Apabila saya pergi nanti-- - Belum cukup lagikah, Wakil Rakyat Mun?
Apa?
Awak menggunakan bekas suami saya untuk mengenakan saya. Itu sudah lebih daripada mencukupi.
Ia tak berguna lagi terhadap saya.
Carilah taktik lain pula.
Faham?
Bukan begitu maksud saya.
Saya hanya nak cakap yang saya bercadang untuk membawa semua wakil rakyat ke sana dan makan puas-puas tanpa memberikan wang hadiah kepadanya.
Cepat betul dia membuat kesimpulan sendiri.
- Selamat pagi. - Selamat pagi, Wakil Rakyat No.
Saya ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan awak.
Awak ada masa sekejap?
Ia tidak penting, bukan? Kalau begitu, kita bincang kemudian saja.
Ia agak penting.
Kalau penting pun, kita bincang kemudian saja.
Apa kena dengan gaya rambut kau tu?
Apa salahnya dengan gaya rambut saya?
Asalkan saya berpuas hati cukuplah.
Apa maksud kau sudah cukup kalau kau berpuas hati?
Sekurang-kurangnya biarlah sedap mata orang lain memandangnya.
Kau fikir kenapa?
Di dunia ini, berbanding kepuasan hati kau...
pandangan atau pilihan kau...
bagaimana pandangan orang lain terhadap kau adalah lebih penting.
Kau mesti sentiasa berasa takut akan bagaimana pandangan dan pemikiran mereka terhadap kau.
Kau mesti sentiasa berasa takut akan bagaimana pandangan dan pemikiran mereka terhadap kau.
Kau perlu hidup dengan menitikberatkan semua itu.
No comments yet. Be the first to leave one.