The first 200 lines.
Sebelum ini dalam 12 Monkeys...
- Apa yang awak beritahu dia? - Nak beritahu apa?
Awak tak beritahu dia tentang rakan baik awak?
Lelaki yang goda wanita berambut perang untuk makan malam?
Elena tak berambut perang.
Elena berbeza.
Lantai ini sangat tak stabil.
Operasi Troy ini apa?
Ia bagaimana virus itu bermula pada tahun 2015.
Virus sedang bermutasi.
Tak lama lagi, orang yang imun juga tak selamat.
Awak sanggup buat apa saja untuk ini?
Ya.
Saya di Chechnya. Saya ada virus itu.
Awak buka beg itu, kita akan hadapi masalah.
- Apa yang awak buat di sini? - Cuba menghentikan wabak.
Awak perlu beritahu mereka yang tempat ini perlu dimusnahkan.
- Cole. - Jika saya mati dengan virus ini...
...masa depan akan selamat.
Saya gembira dapat kenal awak, Cassie.
Misil sudah dilancarkan.
"Tahun 2043"
Tolonglah beritahu saya awak bukan tengah berdoa.
Puan, awak bukan jenis begitu.
Kedua, ia menakutkan saya yang awak perlukan...
...pertolongan Tuhan untuk bawa Cole balik semula.
Saya akan cuba semuanya.
Dia di mana?
Dalam bacaan terakhir kita, isyarat pengesan...
...Encik Cole adalah di Chechnya, tahun 2015.
Operasi Troy.
Saya tak nak sebut.
Jadi saya akan sebut.
Jelas sekali kita tak menghalang wabak itu.
Kumpulan 12 Monkeys masih berada selangkah di hadapan.
Masa untuk membawa Encik Cole pulang dan berkumpul semula.
Mengunci koordinat Encik Cole.
Kita sudah dapat dia.
Mulakan jujukan kembali.
Teras tak stabil.
Kita perlu batalkannya.
Katarina!
Tak guna!
Matikannya.
Apa saja awak buat, teruskan kunci pengesan Encik Cole.
Encik Ramse.
Teras ini tak boleh menampung permintaan kuasa kita.
Antara itu dan kesan proses pengembaraan masa...
...terhadap fisiologi Encik Cole...
...kita kehilangan penambat masa sebenar kita.
Jika kita kehilangannya?
Encik Cole akan hilang dalam masa...
...dan tak ada cara untuk bawa dia pulang semula.
"Tahun 2015"
Lihatlah apa yang saya jumpa daripada kotak derma.
Buku Mansfield Park.
Ada nota di dalamnya daripada nenek awak.
Terima kasih.
Hei, semua okey?
Ya, saya cuma...
...sukar nak terima yang ia sudah berakhir.
Ya.
Ia akan ambil masa tapi kita akan mengatasinya.
Bagaimana jika Cole...
Bagaimana jika kita tak menghalangnya daripada berlaku?
Jika mayat dia masih ada di Chechnya...
...kita belum selamat. Wabak tetap akan berlaku.
Biar saya jumpa Royce.
Mungkin kita boleh bincang tentang akibat masalah ditimbulkan Wexler.
Tanya dia jika mereka ada jumpa apa-apa.
Saya pasti mereka tak jumpa apa-apa, tapi...
...ia boleh membantu awak mencari penamat.
Ya.
Ya.
Kita sudah rosakkan penstabil.
Lasky, lebih baik awak baikinya segera.
Ia tak boleh dibaiki.
Cara untuk menstabilkan teras adalah menggantikan pancarongganya.
Encik Whitley.
Hanya ada satu tempat kita boleh mencarinya.
- Biar betul. - Apa lagi pilihan kita?
Jika kita tak baik teras ini, misi ini akan berakhir.
Meninggalkan rumah, semua ini sia-sia.
Ia perjalanan setengah hari.
Jika saya pergi sekarang, saya akan sampai waktu pagi.
Bawa Encik Ramse.
Ini pasti menyeronokkan, Whit.
Satu pengembaraan.
Saya nak berbual sepanjang perjalanan.
Saya akan sediakan kenderaan.
Saya nak awak jujur dengan saya.
Kenapa awak nak saya pergi?
Sebab awak bermotivasi macam saya untuk bawa Encik Cole pulang.
Serta Spearhead boleh jadi berbahaya.
Keadaan semakin teruk selepas awak pergi.
Spearhead bermula sebagai simbol harapan.
Selepas wabak itu, kerajaan lumpuh.
Presiden, penasihat dan semua yang bijak pandai...
...yang masih hidup dipindahkan ke sana.
Bijak pandai.
Awak?
Ia tempat selamat untuk menunggu virus itu.
Selama 20 tahun kami usahakan rawatannya.
Virus itu bermutasi dan menyebabkan kematian.
Kami berputus asa.
Tapi jeneral fikir lebih baik mereka berada di tempat lain.
Arizona, Colorado, di tempat yang terbuka.
Kurang pembawa virus.
Apa yang berlaku?
Kolonel Foster, isterinya mati kerana virus itu.
Dia jadi taksub untuk mencari penawar.
Sebelum ketua tentera boleh pergi...
...dengan semua sumber Spearhead...
...Foster menghalang mereka.
Rampasan kuasa.
Kami tanam orang yang mati...
...dan saya pergi untuk Projek Pengembaraan Masa.
Saya jelas yang...
...penawar sebenar adalah hapuskan wabak itu.
Ada dua teras kuasa DARPA.
Dia ambil satu dan saya ambil yang satu lagi.
Tapi mereka masih mencari penawar?
Ia adalah usaha yang sia-sia.
Virus itu telah bermutasi dua kali sejak kami pergi.
Orang yang imun pun takkan selamat.
Sama ada awak menyerah pada kegagalan...
...atau awak tukar cara permainan ini.
Semoga berjaya, Encik Ramse.
Tak guna.
Jones.
Hei! Tolong! Tolong saya!
Cassie, awak ingat Senator Royce.
Senator.
Kami cuma nak tahu jika ada orang...
...selamat dalam serangan dron itu.
Kita bersetuju yang ini tak akan dihebahkan.
Jadi, saya takkan beritahu awak apa-apa.
Kita boleh bincangkan hal ini secara rahsia sekarang...
...atau tunggu sehingga ia jadi berita kebangsaan.
Sekejap. Ia bukan...
Saya rasa awak sudah buat keputusan, Marker.
Sebab jika Cole selamat, jika ada orang yang selamat...
...mereka akan jadi pesakit sifar...
...untuk wabak paling teruk yang pernah dialami.
Saya rasa awak berlebih-lebihan.
Adakah Cole selamat?
Kami sudah alihkan mayat Wexler dan orangnya.
Rakan awak tak pernah dijumpai...
...dan itu sebenarnya bagus sebab awak ada...
...banyak persoalan tentang Cole.
Dia mungkin masih hidup.
Tak ada yang selamat dalam serangan itu.
Biar saya ke lapangan. Saya boleh sahkan ia selamat.
Senator, ia idea yang bagus.
Saya boleh bantu awak.
Saya boleh beroperasi di bawah bidang kuasa CDC...
...pastikan ia tak jadi masalah...
...perhubungan awam bagi awak.
"Tahun 2043"
Dua pelawat baru saja melepasi pagar utama.
Ini akan jadi teruk?
Jika ada halangan, ia datang daripada...
...ketua keselamatan Foster.
Siapa?
Ayah saya.
Whitley.
Tuan.
Kenapa kamu di sini?
Saya perlu berjumpa dengan Kolonel Foster.
Apa khabar, ayah?
Selamat datang ke Spearhead.
Lihatlah tempat ini. Saya faham.
Saya faham kenapa ayah awak dingin dengan awak.
Dia nak anaknya di sini...
...berbanding dengan pangkalan bawah tanah sekarang.
Apa? Awak tak nak bercakap dengan saya?
Tak mengapa. Kita semua ada masa silam.
Awak tak pernah diam?
Tak.
Awak boleh teruskan.
Terima kasih, tuan.
"Sesiapa yang tinggal...
...di dalam perlindungan Yang Tertinggi...
...akan berada di bawah rahmat Tuhan...
...kerana kita akan hidup semula...
...daripada debu kematian ini."
Ini pasti menyeronokkan.
Sarjan Whitley.
Lama tak jumpa. Apa yang buat awak kembali?
Kami perlukan bantuan awak.
Yakah? Apa yang Katarina buat sekarang?
Beritahu saya yang dia tak menghantar penggeledah...
...ke dalam mesin itu.
Projek Pengembaraan Masa berjaya.
Katarina hantar seseorang balik ke masa lalu?
Ya.
Tapi kenapa kita masih ada perbualan ini sekarang?
Di mana Alam Ajaib Utopia yang dia janjikan?
Ia tak semudah itu.
Itu saya percaya.
No comments yet. Be the first to leave one.