The first 200 lines.
Tolong senyap di mahkamah!
Pendakwa, sila teruskan.
Biar saya tanya sekali lagi.
Semasa misi,
adakah awak nampak defendan membunuh orang awam?
Encik, tolong jawab!
Kenapa tak jawab? Ibu saya telefon?
Siapa ini?
Tuan, saya Juncheol.
Macam mana boleh dapat nombor ini?
Itu tak penting sekarang.
Bale masih hidup.
Saya tak boleh cakap lama.
Dia dan Lee Seongjo dalam perjalanan ke majlis pengebumian ibu awak.
HONDA, BALE MASIH HIDUP. DIA BURU KELUARGA SAYA. JAGA JIAN.
Abang, tolonglah jawab! Tolonglah!
Apa?
Maaf,
telefon saya kehabisan bateri.
Boleh saya pinjam telefon encik?
Saya perlu telefon syarikat insurans.
Tak guna!
A SHOP FOR KILLERS
EPISOD 4 PUSAT BELI-BELAH
Matikan lampu!
Tak guna.
Seronoknya.
Tingkat dua, tengah!
Berhenti!
En. Kim, macam mana keadaan di sana?
Tak guna.
Jawablah, En. Kim.
Awak dengar tak?
Hei, En. Kim...
Apa?
Malang nasib awak hari ini.
Semoga mencapai nirwana.
Apa yang berlaku? Mereka semua dah matikah?
Kerja senang pun tak boleh nak buat.
Kacau betul.
Kenapa lama sangat? Cepatlah sikit.
Tembak siling!
Awak sepatutnya pastikan awak dapat melihat dalam gelap dulu, En. Kim.
Awak dah hilang taring akhirnya.
Minhye.
Orang macam awak
patut dibawa ke neraka bersama.
Selamat tinggal, En. Kim.
Hai, Jeong Jian.
Saya Brother.
Ambil gari ini.
Gari Bae Jeongmin.
Apa?
Macam mana awak kenal saya?
Apa?
Saya boleh pusingkan sepanjang malam.
Enam sekawan ini sewa tempat ini.
Tentu kamu semua kaya.
Gadis yang tutup mata dan lelaki berjaket kulit itu adik-beradikkah?
- Kekasih? - Jangan risau. Pegang tangan saya.
Apa? Kamu berdua berpegangan tangan?
Tengoklah.
Saya tak boleh biarkan. Serang!
Apa? Mana boleh begitu.
Awak tak boleh duduk di situ.
- Macam mana nak jelaskan? - Junmyeon.
Jangan bergerak.
Kalau tak, awak akan jatuh lagi.
Kuat betul kaki cik adik itu!
Dia masih boleh bertahan!
Terima kasih.
Saya masuk dulu.
Jian.
Awak nak pergi begitu saja?
Apa?
Saya perlu buat sesuatukah sebelum masuk?
Awak memang
tak tahu apa-apa, ya?
Peredam bunyi berlubang.
Saya boleh baiki. 50,000 won.
Ini pak cik saya.
Apa?
Helo.
Budak sekolah mana boleh tunggang motor. Tak pakai helmet, motor diubah suai.
Tunjukkan lesen awak.
En. Jeong.
Janganlah kolot sangat.
Biarlah budak-budak bermanja.
Jian, teruskan.
Tapi saya perlu pastikan dulu.
Tunjukkan lesen awak.
Saya tak bawa lesen hari ini.
Saya balik dulu.
Selamat malam.
Biar saya ikut awak.
- Junmyeon, nanti saya telefon! - Mari sini.
Kenapa awak duduk?
Hantar saya ke kedai.
Kamu nampak dia tak tunduk pun ketika dia sapa pak cik tadi?
Satu burger bulgogi, dua burger udang siap!
Lama betul dia kerja di sini.
Awak tak tahu? Dia kerja di dua tempat. Dia kerja di kedai gimbap juga.
Dia masih tinggal dengan pak ciknya?
Pak cik, kekasih atau bapa ayam. Tiada siapa yang tahu.
Hei, itu pak cik dialah.
- Yalah. - Sensitifnya.
- Sensitif betul. - Mana ada!
- Teruk betul. - Dia selalu begini.
Kenapa?
Dia tak ada ibu bapa?
Ya, mestilah awak tak tahu.
Awak pindah waktu sekolah menengah.
Hei.
Ibu bapa dia...
Jangan. Awak nak dia hentak awak
- dengan kerusi lagi? - Saya trauma!
Aduh, kepala saya!
Selamat menjamu selera.
Minsook, kamu berdua dah tak rapat?
Jom makan di tempat lain.
- Kenapa? - Apa?
- Tempat lain. - Kenapa?
- Apa? - Cepatlah. Jom.
- Kenapa? - Saja.
- Awak kenal dia? - Taklah.
Empat ratus senjata api, lima busur silang
dan 32 senjata renjat haram telah dirampas.
Jika anda didapati membawa atau menggunakan senjata tanpa permit,
anda boleh dipenjarakan selama 3 hingga 15 tahun...
Kenapa layan Minsook begitu dulu?
Dia datang ke sini
semasa sekolah menengah.
Pak cik masuk ke bilik saya, tenung dia selama sepuluh minit
sampai dianggap mata keranjang.
Saya kehilangan satu-satunya kawan saya.
Dan tutor saya, Jinki.
Dia main-main sikit saja.
Pak cik ugut dia dan suruh dia buat kerja betul-betul
sampai dia berhenti keesokan harinya.
Dengar sini, Jian.
Pertama sekali,
Minsook curi jam tangan pak cik hari itu.
Pak cik tenung dia untuk pastikannya saja.
Dia minta maaf dan pulangkan jam pak cik.
Itu saja yang berlaku.
Kedua,
tutor kamu, Kim Jinki...
Kesudahannya,
dia ditangkap kerana mencabul seminggu kemudian.
Sebagai penjaga sah yang mesti melindungi kamu,
pak cik dah buat yang terbaik.
Junmyeon pula?
Apa salah dia?
Budak sekolah tinggi mana boleh tunggang motosikal.
Tak pakai helmet.
Dia juga hisap rokok!
Kuat betul bau rokok.
Biar betul!
Pak cik.
Pak cik tahu kenapa saya kerja di banyak tempat?
Saya nak kumpul duit untuk pindah keluar dari sini.
Saya selalu terfikir
kenapa saya tak sama
macam budak lain.
Saya tahu pak cik besarkan saya,
tapi...
kenapa saya rasa terkurung di sini?
Saya tahu saya bukan pelajar contoh.
Tapi saya pun bukan budak bermasalah.
Kenapa masuk campur dalam hidup saya?
Saya pun nak melepak dengan kawan-kawan macam budak-budak lain.
Saya pun ingin bercinta.
Tak bolehkah?
Tak boleh?
Kalau begitu, mari kita bertaruh.
Muka pak cik.
Kalau kamu boleh tumbuk muka pak cik, kamu boleh pindah.
Saya seriuslah.
Pak cik pun serius.
Kamu tak nak makan?
Biar pak cik simpan.
Pak cik berahsia dengan sayakah?
Ibu dan ayah...
Betulkah mereka mati seperti yang semua orang katakan?
Sejujurnya, saya tak ingat.
Saya dah patut tahu, bukan?
Kamu nak bertaruh tak?
Saya beranikan diri tanya pak cik soalan ini.
Kenapa dengan pak cik?
Kenapa asyik mengelak hal ini?
Kalau tak nak pindah, tak apalah.
Geramnya!
Lambat sangat.
Tolong basuh pinggan.
Tak guna!
Geramnya!
Belok kanan.
Bagus.
Jalan terus.
Bagus, Jian.
No comments yet. Be the first to leave one.