The first 200 lines.
SIRI ASLI NETFLIX
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Apa yang berlaku?
Kepala paip itu.
Tak boleh tutup.
- Awak tidur malam tadi? - Tak.
Saya akan telefon Nancy, suruh dia panggil tukang paip.
Ini rahsia sulit. Boleh awak simpan?
Sentiasa.
Raymond Tusk.
Presiden nak lantik dia jadi Naib Presiden yang baru.
Awak dan saya tak boleh biarkan itu berlaku.
Kenapa pula?
Sebab satu pertiga daripada kekayaan dia berkait dengan tenaga nuklear.
SanCorp tentu tak nak ahli perniagaan yang menyokong nuklear di dalam Rumah Putih.
Lagipun pasaran sedang beralih ke gas asli.
Tapi Tusk nak hentikan atau ubah peralihan itu.
Naib presiden tak ada pengaruh begitu.
Dia ada.
Dia dan Walker sangat rapat.
Kita berdua tak nak
kedudukan SanCorp dalam pasaran lemah.
Apa awak nak?
Tusk takkan terima pencalonan kalau kepentingan dia terancam.
SanCorp perlu memulakan pengambilalihan pembida.
Dia lebih bernilai daripada SanCorp.
Saya maksudkan anak syarikat dia.
Kita ambil syarikat yang menapis dan menghantar uranium,
sistem sokongan...
Tolonglah, Frank.
Kena fikir pasal pemegang saham, risiko kemerosotan kewangan.
Kita kena alih perhatian dia.
Buat beberapa tindakan amaran pada masa akan datang.
Saya cuma minta awak berbincang dengan klien awak
dan lihat sama ada mereka nak pertimbangkan cadangan ini.
Presiden umumkan pelantikan Tusk pada hari Jumaat,
jadi kita tak ada banyak masa.
Saya akan telefon beberapa orang.
Terima kasih, Remy.
Kalau dia tak berjaya, saya akan bertarung sendirian.
Kalau dia berjaya, saya berpeluang untuk melawan.
Kami berdua sudah tidak sefahaman dan tak boleh bekerjasama lagi.
Saya rasa itu alasan yang kukuh...
Dah tentu.
Tapi awak tak boleh pecat seseorang sebab dia mengandung.
- Dia cakap begitu? - Cik Cole mendakwa bahawa awak cakap,
"Saya perlukan pekerja, bukan ibu,"
dan, "Beri tumpuan pada anak awak."
Boleh saya tengok?
Semua itu tak betul. Saya...
Saya tak pernah cakap begitu.
Dia mendakwa awak cakap begitu.
Itu cuma dakwaan dia terhadap saya, bukan?
Juri sangat bersimpati dengan bakal ibu.
Ini satu ugutan.
Kita tak nak isu ini dibicarakan.
Awak dan suami awak orang yang terkenal. Isu ini boleh menyebabkan kekecohan.
Saya cadangkan kita pergi jumpa mereka dan tawarkan peruntukan penyelesaian.
- Kita perlukan rekod penahanan. - Tak ada.
- Mereka lepaskan dia. - Kita kena tahu siapa lepaskan dia.
Kalau Underwood terlibat,
kita sedang bercakap tentang salah guna kuasa dan korupsi.
Saya dah semak.
Tak ada fail, gambar penjenayah atau apa-apa.
Kalau begitu kita kena cari polis yang tahan dia di tepi jalan
atau sesiapa yang nampak dia masuk ke stesen itu.
Tapi polis Washington menjaga satu sama lain.
Kita kena berhati-hati.
Awak ada kenal orang dalam?
Tak ada yang saya boleh percaya untuk perkara begini.
Lucas dah mula tulis artikel jenayah. Saya boleh tanya kalau dia kenal sesiapa.
- Dia nak tolong kita? - Saya tak tahu.
- Mungkin. - Tolong seorang pesaing?
Kami masih lagi berhubung.
Tentu awak bergurau.
Bandar ini ada banyak sangat hubung kait.
Saya tahu permintaan saya melampau.
Saya masih cuba nak faham pasal hubungan sulit awak.
Kalau awak boleh beri saya seorang kenalan atau sokong saya...
Awak sengaja tanya pada saat ini sebab awak tahu saya susah nak tolak?
Apa maksud awak?
Atas katil, lepas kita...
Takkanlah saya sanggup nak...
Nampak begitu.
Ini penting, Lucas.
Kalau boleh saya tak nak rosakkan hubungan kita sekarang
dan awak pula mengeruhkan keadaan.
Saya tak tahu bila saya akan jadi orang yang mudah.
Saya tak mencari kesenangan.
Tapi saya tak perlu diingatkan tentang dia.
Saya tak boleh undur balik perbuatan saya.
Saya tahu awak tak boleh.
Tapi apa yang awak buat ini sangat licik.
Betulkah apa yang awak cakap pada malam itu?
Awak mungkin...
Saya tak tahu nak buat apa bila dengar perkara begitu.
Sebab itu saya diam masa awak hantar saya ke lapangan terbang.
Masa itu saya marah.
Saya cuma luahkan rasa marah itu.
Saya menyesal atas apa yang berlaku.
Saya bukannya nak ambil kesempatan sebab awak meluahkan perasaan pada saya.
Dia tak cakap apa-apa.
Awak tak cakap pada dia?
Saya cuma tanya sama ada dia masih pertimbangkan Tusk.
Dia kata ya, tapi dia nak bercakap dengan awak dulu.
Kalaulah kita tahu sama ada mereka berdua pernah bercakap.
Presiden ada nombor peribadi Tusk. Saya tak boleh jejak nombor itu.
- Frank. - Tuan Presiden.
Beritahu saya tentang St. Louis.
Dia seorang yang susah difahami.
Saya cuba sebaik mungkin untuk memahami dia,
tapi saya tak rasa saya dapat agak keputusan dia.
Saya harus akui yang dia adalah calon terbaik setakat ini.
Kenapa awak cakap begitu?
Bukankah wajar untuk mencalonkan seseorang yang kita dah kenal?
Saya tak kenal dia.
Sebab itu saya hantar awak ke St. Louis.
Maaf, Tuan Presiden. Bukan itu maksud saya.
Maksud saya, satu dunia kenal dia.
Tuan, saya, semua kenal Raymond Tusk.
Kita tak perlu yakinkan kelayakan dia pada sesiapa.
Tapi awak kata, dia masih ragu-ragu.
Sebab itu saya rasa tuan yang patut pujuk dia.
Jemput dia ke Rumah Putih.
- Saya tak nak nampak terdesak. - Saya setuju dengan Frank.
Jemput dia ke sini ialah satu idea yang baik.
Kalau tuan serius dengan Tusk, tuan patut minum dan makan dengan dia.
Buat dia rasa istimewa.
Saya yakin kita boleh cari masa.
- Beri dia masa. - Kita ada kurang dari seminggu, tuan.
Lepas hari Jumaat, kita dah tak ada masa.
Kita boleh jumpa pada hari Jumaat, tuan.
Baiklah. Tanya dia lapang atau tidak.
Apa yang awak buat?
- Beri saya telefon awak. - Kenapa?
Beri saja pada saya.
Ada perasan benda pelik di sini?
Barang beralih tempat? Ada hilang apa-apa?
- Tak ada. - Ada orang ikut awak?
Apa yang awak jumpa?
Ini perkara serius, Zoe.
Ia melibatkan orang atasan macam pesuruhjaya.
Saya terpaksa merayu kepada kawan di Metro untuk mendapatkan benda ini.
Tiada rekod Russo ditahan tepi jalan,
tapi dia ingat ada seorang pelacur masuk dengan Russo.
Itu fail salah satu penangkapan dia.
Saya banyak menyiasat penyamaran polis sebelum ini.
Saya dapat ugutan bunuh selama setahun.
Awak sanggup ambil risiko itu?
Ya.
Berapa lama?
Mesyuarat pengarah seterusnya tiga minggu lagi.
Lambat sangat.
Presiden akan mencalonkan Tusk dalam masa kurang dari seminggu.
Saya dah suruh Scott Cunningham aturkan mesyuarat,
tapi akan mengambil masa.
Ramai yang terlibat dalam serangan korporat begini.
Saya nak jumpa Scott Cunningham sendiri.
Saya takkan biarkan awak jumpa Scott. Awak tahu peraturannya.
Ini keadaan luar biasa.
Pegawai SanCorp tak berjumpa dengan ahli politik, muktamad.
Awak cakap dengan saya, saya cakap dengan Scott Cunningham
dan sebaliknya. Itu caranya.
Baiklah. Apa-apa yang terbaik.
Saya akan telefon bila ada maklumat tambahan.
Nancy!
Dalam banyak-banyak perkara, peraturan bukan sesuatu yang saya suka.
Saya takkan letakkan nasib saya di tangan orang tengah
kalau saya boleh terus berhubung dengan pembekal.
Tempah tiket penerbangan ke Atlanta esok pagi.
- Beritahu Meechum. - Baik, tuan.
Dia membesar di Lynchburg, Virginia,
belajar di Sekolah Tinggi Lorimer
dan berhenti belajar pada tahun kedua.
Lepas itu, tak ada rekod awam.
Tapi ada rekod mengatakan yang dia didenda 300 dolar
atas kesalahan ponteng pada April 2012.
Salah seorang daripada kita kena pergi Lynchburg.
Jumpa Ibu bapa, rakan sekelas, guru...
Biar saya pergi.
Okey, awak dan saya telefon perkhidmatan pelacuran.
Saya sudi tolong, tapi bukan dengan membuat panggilan 12 jam sehari
hanya untuk menghubungi pelacur.
Di mana dia ditangkap?
- Persiaran Connecticut. - 2460.
Itu alamat Hotel District Grand.
Saya tak suka lawatan mengejut, Frank.
Remy takkan aturkan pertemuan.
Remy Danton wujud supaya kita tak perlu berjumpa.
Saya perlu bercakap dengan awak.
Ada laporan perjalanan kongres yang menyatakan awak pergi ke Atlanta
pada hari yang sama saya dilucutkan dari taklimat pelabur.
Itu contoh kebetulan yang kita nak elak.
Awak ada beri taklimat kepada pelabur awak tentang Raymond Tusk?
Meechum boleh dipercayai.
Kenapa saya nak cakap tentang Tusk?
Saya ingat Remy dah beritahu awak.
Tak.
Dia tak cakap apa-apa tentang pencalonan naib presiden?
Tak ada. Saya rasa saya tak nak tahu.
No comments yet. Be the first to leave one.