The first 200 lines.
[ Penafian: Semua tempat, watak, firma dan peristiwa yang digambarkan adalah rekaan. ]
Ya.
Ini saya, Min-ja.
Bong Min-ja.
Dah sekian lama saya tak minum.
Sebab saya sangat sedih dengan anak saya.
Saya rasa
saya membesarkannya dengan cara yang salah.
Dia layan saya lebih teruk daripada najis anjing.
Tak guna.
Aduhai.
Awak merendah diri.
Jeong-su…
Dia memang luar biasa.
Malah hari ini pun…
Awak ada di rumah?
Ya, saya minum seorang diri.
Saya minum seorang diri.
Saya makan seorang diri.
Awak pun tahu
pada mulanya saya menentang dia mengahwini Bu-jeong.
Bu-jeong sangat baik kepada awak.
Seronok melihatnya.
[ Saya fikir jika dia tinggal bersama Jeong-su, ]
dia takkan kesunyian.
Sebab itulah saya mengizinkannya.
Saya sangat cemburu
hubungan awak dengan anak awak.
Demi pesakit,
lebih baik awak buat pilihan sekarang.
[ Perarakan Keranda Bersemadi ]
[ Rumah Mayat Persiapan Ketua Berkabung ]
Jawab panggilan dia.
Tentu dia telefon sebab dia risau.
Puan, boleh saya pinjam ini?
Ya.
Terima kasih.
Awak nak tahu?
Sebelum saya telefon awak,
saya telefon mak saya.
Sebab dia mak saya.
Awak tahu apa benda pertama yang dia cakap?
Manalah saya tahu.
Ya.
Awak takkan dapat teka apa yang dia cakap.
Kenapa? Dia cakap apa?
"Macam mana suami kamu boleh"
"buat mak begini pada hari seperti ini?"
Sebab hari ini hari jadi mak saya.
Mengejutkan, bukan?
Tapi apa yang dia cakap seterusnya lebih mengejutkan.
"Budak tak guna."
"Kali ini, kamu harus tabah."
Awak tak tahu apa maksudnya, bukan?
Apabila kita masuk hospital, kita akan tandatangan perjanjian.
Perjanjian penolakan bantuan hidup.
Apabila serangan jantung seperti tadi terjadi
maksudnya saya setuju untuk tidak meminta
pihak hospital melakukan resusitasi.
Saya dah tandatangan tiga kali.
Pertama, semasa dia dimasukkan ke hospital.
Kedua, sekitar tahun lepas.
Serta hari ini.
Saya tandatangan perjanjian itu tadi.
Apabila saya datang,
seperti yang mak saya cakap,
saya tabahkan diri.
Jika itu berlaku
ketika saya tiada di sana,
jadi
saya minta mereka melakukan
apa yang tertulis pada borang itu.
Tapi dia ada di depan mata saya.
Dia betul-betul ada di depan saya.
Jadi saya perlu merayu kepada mereka untuk selamatkan dia.
Bagi orang yang datang sesekali,
nampak macam dia hanya terbaring di atas katil dan tidur.
Tapi kalau awak jumpa dia setiap hari,
kalau awak bersamanya setiap hari,
setiap detik adalah berbeza.
Dia senyum apabila ada benda yang kelakar.
Dia menangis apabila dia sedih.
Beberapa hari lepas, dia selalu tersenyum.
Jadi saya minta mereka melakukan resusitasi lagi.
Jeong-su.
Apa patut saya beritahu mak saya?
Sekarang pukul berapa?
Pukul 10:00 lebih, bukan?
Ya.
Saya perlu berada di set pada pukul 4:00.
Tapi saya tak boleh tidur di rumah.
Duduklah.
Sibukkah di luar?
Tidak.
Semua benda perlahan.
Kebelakangan ini,
awak ada keluar dengan mana-mana perempuan?
Saya?
Tidak.
Okey.
Kenapa?
Tak ada apa-apa.
Awak nampak lain.
Selain membayar lebih banyak cukai,
tiada apa yang berubah dengan saya.
Komen awak berbau duit sekarang.
Hati-hati.
Kalau tiba-tiba awak jadi kaya, orang akan mula membenci.
Saya akan berhati-hati.
Awak tahu,
akaun tempoh hari.
Yang telah menyiarkan cerita tentang
anak rahsia saya pada ulang tahun perkahwinan saya yang kesepuluh.
Akaun itu
dah hilang.
Aduhai.
Ya.
Adakah awak yang membuangnya?
Ya.
Awak tak tahu siapa dia?
Saya cuma buang saja.
Jadi saya tak tahu siapa dia.
Okey.
Saya tak boleh laporkan sebab ia benar.
Awakkah orangnya?
Orang-orang yang tahu tentangnya
ialah saya, awak,
En. Seo
dan Penulis Lee.
Tak mungkin En. Seo.
Walaupun dia tak boleh dikawal,
dia ayahnya.
Bukan saya.
Jadi dialah orangnya.
Apa agaknya yang akan dimuat naik pada keesokan pagi.
Mungkin ada siaran yang mengatakan
Jeong A-ran ada seorang anak di Kanada yang
tidak berjumpa dengan ibunya selama 20 tahun.
Itu tak masuk akal.
Saya takut nak cari nama saya.
Jadi inilah dia "pelindungan diangkat".
Orang yang paling rapat menikam kita dari belakang.
Jangan cari nama awak di Google.
Awak hanya akan marah.
Ada juga hantaran yang bagus.
Saya cuma tak tahu sama ada mereka maksudkannya atau tidak.
Macam mana saya nak tahan diri daripada membacanya?
Saya nak tahu.
Apa yang awak nak tahu sangat?
Apa yang orang fikir tentang saya.
Apabila saya jumpa komen yang teruk,
saya pergi ke akaun kawan mereka dan melihat.
Untuk melihat mereka siapa,
apa yang mereka makan, cara mereka hidup.
Kenapa?
Saja.
Saya cuma nak tahu jika mereka lebih baik daripada saya.
Tapi semuanya sama saja.
Sama macam saya.
Mungkin itu kebencian terhadap orang yang sama.
Awak tahu.
Ya?
Macam mana kalau betul-betul ada hantaran?
Tentang apa?
Tentang Kanada.
Anak saya?
Ya.
Awak akan mengakuinya?
Saya akan bunuh Penulis Lee.
Menerusi awak.
Biar saya hantar awak balik.
Okey.
Terima kasih.
Awak bangun lebih awal daripada yang saya sangka.
Saya ingatkan awak tidur lena.
Jadi saya keluar dulu.
Kalau saya tahu…
Saya tak nak cakap tentang itu di sini.
Di sini?
Di atas bumbung?
Atau bangunan tempat tinggal ayah awak?
Baiklah.
Saya faham maksud awak.
Menetapkan batasan adalah satu perkara yang bagus.
Nak makan apa-apa?
Nak minum susu?
Susu.
Awak tak suka susu?
Tapi saya hanya ada susu.
Kita patut mati bersama
kalau kita terserempak secara kebetulan lain kali.
Tapi kita dah jumpa terlalu cepat.
Kita tak boleh mati sambil minum susu.
Awak memang biasa bercakap secara terburu-buru?
Apa maksud awak?
Contohnya, "Mari kita mati bersama-sama."
Tidak.
Tak adalah.
Jadi kenapa awak cakap begitu?
Entahlah.
No comments yet. Be the first to leave one.