Release info

하이클래스-High-Class-E07-NEXT-VIU
A Commentary by Hennessey
Subtitle by Viu. Rate and Enjoy

Tags

other
Published on: 2021-09-28
Downloads: 26
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

(Semua orang, organisasi, lokasi, dan kejadian...)

Jae In.

Jae In.

Hwang Jae In.

Di mana anak saya? Di mana dia?

Jangan risau. Dia sedang bergembira.

Jadi, bagaimana rasanya?

Awak merampas suami saya dari saya.

Tapi dalam sekelip mata, awak hilang anak awak kepada saya.

Tapi saya tetap percayakan awak sehingga ke akhirnya...

kerana saya rasa awak sahaja yang baik kepada saya.

Tapi awak dalang di sebalik semua ini?

Mengurung anak saya semasa hari pendaftaran...

hantar bunga dan mesej itu kepada saya.

Keluar dari sini sekarang...

sebelum saya saman awak berzina...

dan dedahkan kebenaran di hadapan anak awak.

Kalau tidak, saya akan tuntut pampasan...

atas gangguan psikologi, begitu juga kerugian duit.

Dan saya juga akan tambah ugutan.

Saya akan pastikan awak dan anak awak tak dapat jejak kaki ke sini.

Awak suruh saya pergi?

Kenapa?

Kenapa awak rasa awak yang berjumpa dia dulu?

Awak tak pernah terfikir saya yang jumpa dia dulu?

- Apa awak cakap? - Lukisan dalam bilik belajar dia.

Lukisan?

Itu lukisan pertama saya berikan kepada dia.

Sebelum awak berjumpa dia lagi.

Tak guna.

Saya yang berjumpa dia dulu.

Saya tak rampas dia dari awak. Awak yang rampas dari saya.

Mengarut. Hentikannya.

Sudah tentu awak tak akan percaya.

Tapi dengar ini, Jae In ialah anak dia.

Dan dia dilahirkan dulu sebelum anak awak.

Jadi, dia layak dapat lebih dari awak atau anak awak.

Saya akan berikan segala-galanya...

yang dia tak pernah dapat sebelum ini.

Jadi kalau ada orang yang kena pergi, orang itu adalah awak.

Awak memang sangat dungu.

Baiklah. Ini keputusan awak. Tengoklah jika awak boleh hadapinya.

Mari kita lihat siapa yang akan berjaya dalam...

perlawanan kotor ini.

Ibu!

- Jae In. - Bila ibu sampai?

Ibu, kenapa?

Adakah ibu marah kerana saya balik tak beritahu ibu?

Saya mahu tunjuk sekeliling kepada Mak Cik Yeo Wool.

Tidak.

Ibu tak apa-apa...

asalkan awak tak apa-apa, Jae In.

Kami dari balai polis.

Kami terima laporan mengatakan ada pencerobohan. Awak yang telefon?

Helo. Ada apa?

Helo? Adakah awak, Yi Chan?

Di mana?

(Polis bersopan santun berkhidmat untuk rakyat)

Yi Chan.

Cikgu Danny.

Kenapa ini?

Saya cuma bermain dengan Jae In.

Tetapi polis itu membawa saya dan ibu ke sini.

Di mana ibu awak?

Di sana.

Oh Tuhan. Tengok siapa yang datang.

Sudah lama tak berjumpa, detektif.

Kerosakan harta benda dan pencerobohan.

Benarkah awak lakukannya, Puan Song?

Ya.

Mengejutkan.

Awak seorang peguam.

Awak lakukan vandalisme dan menceroboh rumah orang?

Kenapa awak buat begitu?

Atas sebab peribadi.

Awak patut selesaikan sendiri dengan pemilik rumah.

Dan awak perlu datang lagi untuk membuat satu lagi keterangan.

Kes yang sudah ditutup itu. Saya dengar awak sudah berhenti.

Kenapa awak datang sampai ke Pulau Jeju?

Demi anak saya.

Saya boleh tanya benda yang sama. Kenapa awak datang sini?

Kenapa?

Saya hanya penjawat awam yang kena berkemas dan berpindah...

selepas mendapat arahan dari orang atasan.

Kalau itu saja, saya minta diri dulu.

Tunggu.

Awak ingat apa yang saya cakap tentang kejadian itu?

Bagi saya, kes itu masih belum selesai.

Sekarang saya berjumpa awak lagi,

saya yakin dengan diri sendiri.

Yang kes itu belum selesai lagi.

Saya tak sangka lama betul awak berdendam.

Bagi saya, semua itu sudah berlalu.

Dan saya tak mahu memikirkannya.

Saya rasa saya tak akan jumpa awak lagi berkenaan kes itu.

- Ibu. - Yi Chan.

Oh Tuhan, Encik Oh. Kenapa awak datang ke sini?

Yi Chan telefon saya.

Siapa awak?

Tunggu.

Saya Danny Oh, cikgu Sekolah Antarabangsa HSC Jeju.

Danny... Apa?

- Awak bukan orang Korea? - Saya tak tahu apa yang berlaku.

Tapi saya boleh jaga Yi Chan. Jangan risau tentang dia.

Tak perlu. Saya sudah hampir siap. Sedikit saja lagi.

Saya semakin malu untuk berdepan dengan awak sekarang.

Oh Tuhan, jangan cakap begitu.

Dalam hidup ini, orang akan...

masuk ke balai polis beberapa kali.

Tapi, ada apa-apa yang berlaku?

Semasa di tempat tak dikenali,

awak kena berhati-hati dengan orang paling rapat dengan awak.

Sejak kami berpindah ke sini,

ada orang asyik mengganggu saya dan Yi Chan.

Rupa-rupanya orang itu orang yang paling rapat dengan saya.

Orang yang awak cakap semasa di gelanggang ais itu...

Apa yang awak mahu lakukan sekarang?

Saya tak tahu hendak buat apa atau di mana saya patut mulakan.

Tapi saya tak boleh duduk diam saja.

Demi Yi Chan.

Kenapa semuanya jadi begini,

saya perlu perlahan-lahan mencari jawapannya.

Ibu!

Pergilah bermain lagi.

Jangan bergerak. Saya akan terzip kulit awak.

Cantiknya.

Awak nampak cantik. Mari saya lihat.

- Saya nampak cantik? - Sangat cantik.

Terima kasih, sayang.

Oh Tuhan. Apa yang berlaku? Awak tak apa-apa?

Ya, helo, ini saya.

Saya mahu minta bantuan awak.

CEO An Ji Yong dari Pelaburan Midas.

Boleh berikan fail kes dia kepada saya?

Apa? Kenapa awak mahukannya sekarang?

Saya mahu lihat fail itu.

Saya rasa saya tak boleh sembunyikannya.

Saya tahu agak menyusahkan, tapi boleh awak dapatkan untuk saya?

Sebenarnya, bila lihat awak...

berhenti firma guaman,

saya rasa saya tak boleh bantu awak secara percuma.

Saya yang akan rasa janggal.

Ya, sudah tentu awak rasa begitu.

Klien luar negara yang awak sebut sebelum ini.

Saya rasa saya mahu berjumpa mereka.

Apa? Adakah awak serius?

Bagus.

Terima kasih. Dan sudah tentu saya kena bantu awak.

Terima kasih.

Aturkan satu janji temu untuk saya.

Terima kasih. Selamat tinggal.

Oh Tuhan.

Berapa lama percutian ini mengambil masa?

Sekurang-kurangnya dua minggu.

Saya akan pergi ke Seoul Hari ini.

- Saya akan guna kad kredit awak. - Kenapa awak perlu pergi ke Seoul?

Ada satu acara di sekolah Si Woo...

dan tiada pusat beli belah atau salun bagus di sini.

Angin laut mengubah rambut saya menjadi rambut perempuan gila.

Apa kata awak sewa saja jet peribadi?

Jadi, apa saya patut lakukan?

Kenapa awak rasa saya tersekat di sini?

Satu-satunya anak kita akan membuat persembahan...

bersama orkestra tapi ayahnya tiada.

Budak-budak yang lain menjemput pak cik dan mak cik mereka...

dan juga semua sepupu mereka.

- Dia hanya bermain gendang besar. - Itu alat juga.

- Oh Tuhan. - Saya mahu pergi.

Dia gelar dirinya seorang ayah?

Bagaimana dengan rambut saya ini? Geramnya.

Kalau Jun Hee dan Jae In akan naik pentas bersama,

mereka perlu pakai baju yang sama.

Bukankah ibu Jae In juga patut pergi ke Seoul?

Saya tak tahu.

Hwang Jae In sangat pelik, ibu.

Dia cakap An Yi Chan adalah adiknya.

Apa maksud dia adiknya?

Betul. Dia cakap dia kakak Yi Chan,

dan suruh kami jangan ganggu adiknya.

Jadi, kalau ibu awak berdua berbeza, jadi siapa ayah awak?

Dia tak dapat jawab.

Dia sudah gila.

Abang saya juga ada dua ayah.

Mungkin mereka ada dua ibu.

Betul, ibu?

Apa?

Saya akan saman awak kerana merosakkan lukisan.

Disebabkan saya tiada niat untuk berdamai,

awak boleh nikmati masa awak di balai polis.

Saya tak minta untuk berdamai. Saya tak peduli tentang lukisan itu.

Oh, dan saya sudah bakar lukisan dalam bilik belajar saya.

Apa? Berani awak...

Saya pemilik rumah itu.

Bersyukur saya mahu berhenti di sini kerana budak-budak sedang mendengar.

Awak ingat orang seperti awak setanding saya?

Jaga-jaga. Saya tak akan biarkan awak perangkap saya kali kedua.

Okey?

Selamat tinggal.

Saya dapat rasakan angin Siberia antara mereka berdua.

Saya pasti ada sesuatu berlaku antara mereka berdua.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left