The first 200 lines.
Berita tergempar dari California,
di Bangunan Mahkamah Metropolitan di pusat bandar Los Angeles.
Pemandangan biasa masa kini,
pegawai dituduh menembak lelaki Afrika-Amerika yang tidak bersenjata
di Divisyen Barat Daya pada Ogos lepas telah didapati tidak bersalah.
Pegawai itu terlibat dalam menembak mati mangsa berusia 19 tahun...
Hei, Pops.
...selepas menjejak jual beli dadah.
Pegawai mendakwa dia menyangka mangsa mengambil senjata di dalam keretanya...
Tolong berikan saya kopi.
-Ia tidak berfungsi. -...rupa-rupanya dompetnya.
Apa?
Pendakwa menuduh pegawai melakukan konspirasi...
Berikan saya Coke sedang.
...pegawai lain meletakkan bukti palsu di tempat kejadian termasuk senjata.
Di seluruh bandar dan negara termasuk Swinton,
protes spontan tercetus untuk mengutuk keputusan tersebut
serta memprotes keganasan polis.
Aktivis berkumpul di luar bangunan mahkamah dan berarak ke pusat bandar.
RUSUHAN SELURUH NEGARA ATAS KEPUTUSAN TIDAK BERSALAH
Protes aman menegang dengan objek dibaling ke Dewan Bandar Raya
serta kenderaan polis.
Sekurang-kurangnya 14 orang ditahan.
Tiga orang pegawai dirawat akibat cedera termasuk seorang...
Awak tak dialu-alukan hari ini, Kevin.
Bukan hari ini.
Dia hebat, bukan? Itulah anak saya. Itu puteri saya.
Bajunya biru? Saya tahu.
Harap saya dapat berada di sana juga.
Banyak hal yang berlaku. Awak tahulah.
Saya lakukan ini untuk kita. Tak lama lagi ia akan tamat.
Saya takkan terlepas apa-apa.
Okey, saya pun sayang awak, sayang.
Sayang, saya perlu pergi, ya. Jumpa nanti.
-Makluman, ini 18-Lincoln-4. Tamat. -18-Lincoln-4, teruskan.
Pusat, saya akan menahan kereta di Timur 11 dan Dakota Selatan.
Saya mengekori sebuah van Chevy hijau dengan lampu belakang tidak menyala.
-Tiada tag. -10-4, 18-Lincoln-4.
Puan, tolong turunkan cermin tingkap.
Puan, turunkan cermin tingkap sekarang.
Puan, letakkan tangan di stereng.
Sekarang!
Keluar dari van!
Keluar dari kenderaan! Keluar dari kenderaan sekarang!
Pusing!
Letakkan tangan puan di kenderaan. Angkat tangan puan sekarang.
Letakkan tangan puan di kenderaan sekarang!
Puan faham arahan saya? Pusing sekarang!
Jangan sampai saya cederakan puan. Adakah puan...
Meniarap di atas jalan. Kenapa dengan...
12 JAM SEBELUMNYA
Keluarga saya
Mungkin ada antara ini yang tidak penting.
Saya hargai kesabaran awak,
kami akan mengajukan soalan ini lagi, Renee.
Sabar, soalan semak semula piawai cuma sepintas lalu.
Saya ingin tanya sekali lagi tentang hal yang kita bincangkan sepanjang minggu ini.
Okey? Adakah awak mengalami masalah untuk tidur?
Tiada.
-Ada masalah dengan sesiapa? -Tiada.
Adakah awak mengalami dorongan ganas?
Sebagaimana yang kita bincangkan, situasinya rumit.
Renee, awak melanggar orang awam.
Orang boleh cakap apa saja tentang hal yang berlaku.
Pentadbiran dan orang awam nampak rakaman kamera badan awak, Renee.
-Mereka nampak cara awak mengendalikannya. -Saya perlu berterus terang.
Saya perlu menghadapi orang asing. Ada antara mereka yang kasar.
Bolehkah awak kendalikan tekanan itu?
Awak sudah boleh terima kematian anak awak?
Saya perlu bekerja. Saya betul-betul perlu bekerja.
Okey.
Saya cadangkan awak kembali jalankan tugas aktif pada waktu malam, okey?
Ya. Terima kasih, tuan. Saya hargainya.
Awak mula pada syif berikutnya. Komander akan tentukan rakan setugas.
Ada satu mayat dibuang malam tadi.
Wanita, Latin, 20-an. Tiada ID, tiada suspek buat masa ini.
Awas selalu. Periksa dengan CI. Tengok kalau boleh dapatkan sesuatu.
Awas juga tentang pembebasan rakan pegawai kita semalam.
Ada pelbagai ragam orang awam. Jadi, berhemah dan bersopan.
-Jangan cari masalah. Bersedia selalu. -Gembira berjumpa awak.
Mari raikan kepulangan Pegawai Lomito.
Dia kembali bertugas secara rasmi.
Menurut catatan saya, dia belanja semua orang bir selepas rondaan.
Okey, itu sahaja. Mari bekerja. Jaga diri.
Sarjan, tuan letak saya dengan orang baru. Biar betul?
Saya faham. Tolong saya.
Hei, mari sini. Selamat kembali, kawan.
Terima kasih, Sarjan.
Jangan tampar sesiapa hari ini.
Baik. Nah.
Nah.
Di luar sana mungkin sukar malam ini.
Ya.
-Saya tidak tahu yang awak selam skuba. -Tidak tapi saya akan buat.
-Saya teruja hendak kembali bertugas. -Ya.
-Bagaimana semuanya? Okey? -Bagus.
Apa khabar?
Apa khabar?
-Danny Holledge? -Ya. Pegawai Lomito?
Ya. Kita bertugas bersama.
Danny, ini Penda, Ganning, Birke dan Roberts.
Ya. Kami kenal budak ini.
Ganning CO pertamanya. Dia sudah cuba kenakan dia.
Awak dapat pengasuh yang baik.
-Awak sudah bersedia? -Ya.
Baiklah, jaga diri semua.
-Jaga diri, Renee. -Terima kasih semua.
Hei, Danny. Orang awam tak suka kita sekarang.
Fokus dan awas. Sentiasa dekat dengan Renee.
-Baik. Faham. Fokus, awas. -Tapi jangan terlalu dekat.
-Boleh saya pergi? -Ya.
Danny, kalau awak mahu cari pendapatan tambahan,
saya perlu pemotong rumput pada hari Ahad.
Tak guna.
-Awak semua memang tak guna. -Sama-sama.
-Awak suka merah jambu. -Hati-hati.
-Dia tumbuk orang di muka. -Awas penumbuk kanan itu.
Mereka semua di sana tadi cuma bergurau.
Mereka hormat saya. Mereka bukan betul-betul...
Saya bukan budak kecil. Sudah lama saya buat kerja ini.
Boleh mainkan muzik atau kita duduk saja dalam sunyi?
-Hei, nampak macam kanak-kanak. -Ya.
Apa khabar, budak kecil?
Hei. Hai awak. Jangan takut, sayang.
-Apa awak buat di luar sini? -Cuma mahu pastikan awak selamat.
-Bertenang. Jangan takut. -Hei.
Bertenang. Semuanya baik.
Hei. Jauhkan diri daripada dia.
Mari masuk.
Maaf, puan. Cuma hendak pastikan dia selamat.
Jangan masuk campur urusan kami. Mari, sayang.
Awak biarkan anak kecil ini...
Hei, berundur.
-Berundur. Berundur sekarang. -Apa yang berlaku di sini?
Semuanya baik.
Bertenang. Cuma hendak pastikan kanak-kanak itu selamat.
Dia berada di jalan. Balik ke rumah anda.
-Hei. -Bertenang. Semuanya baik. Mari.
-Polis. -Tak guna.
Balik ke rumah anda. Semuanya okey. Selamat malam.
Awak kendalikan keadaan itu dengan baik.
Terima kasih.
-Operator kepada 18-Adam-7, masuk. Tamat. -Teruskan.
18-Adam-7, kod dua, Timur 11 dan Dakota Selatan, 18-Lincoln-4.
Gagal memberi respons. Kami dalam kod enam.
-Itu Ganning. -Ya.
Operator, 18-Adam-7 menuju ke lokasi.
18-Adam-7, teruskan dengan berhati-hati.
18-Adam-7, bergerak. ETA, tiga minit.
-Mungkin dia cuma bermain-main. -Tidak, dia tidak begitu.
Kenapa dengan lampu jalan?
Operator, ini 18-Adam-7.
Kenal pasti 18-Lincoln-4 di Timur 11 dan Dakota Selatan.
-Kenderaan itu tidak bergerak. -10-4, 18-Adam-7. Bantuan dihantar.
18-Adam-9...
Alamak.
Danny.
Alamak.
Ini gigi?
Tidak berfungsi. Benda ini rosak.
Ambil lampu besar, periksa bahagian utara.
Hantarkan lebih unit. Masih cuba mengesan 18-Lincoln-4. Tamat.
Terima, 18-Adam-7.
Hei.
Hei.
-Holledge. -Letakkan tangan di stereng.
Letakkan tangan di stereng. Keluar dari kenderaan sekarang.
Puan, keluar dari kenderaan sekarang.
Van hijau, tiada plat.
Ya, Tuhanku. Kevin.
Danny.
Awak dapat sesuatu?
Tentu ada jalan masuk ke sini.
Apa itu? Alamak.
Apa yang kita ada?
Van Chevy hijau. Tiada plat. Ganning menahan kenderaan itu.
-Menembak wanita kulit hitam, 30-an. -Pemandunya?
-Saya tidak pasti. Rakaman itu terhenti. -Rakaman itu tidak wujud, Renee.
IT kata kadnya musnah apabila kereta Ganning dilanggar.
Saya nampak rakaman itu, tuan.
Siapa langgar kereta dia? Van hijau?
Kamera badan Ganning juga musnah. Ia kosong.
Kesper, ini dua unit primer yang menjawab panggilan itu?
Kami nampak wanita berkulit hitam, 30-an.
Seorang wanita buat semua ini? Itu sebab awak buang masa dengan kamera pemuka?
Awak tahu protokol. Ia bukti, Pegawai.
Sentuh bermakna mengganggu tempat kejadian.
-Sarjan... -Okey. Kita jumpa di belakang sana.
Kalau hendak bantu Ganning,
tulis hal yang awak nampak sementara masih ingat.
Ini memang teruk.
Mari pergi. Kita pergi minum.
Terima kasih, sayang.
Bourbon dengan ais.
Terima kasih. Apa yang awak minum?
Air berkarbonat.
Teruk betul. Ganning rakan setugas pertama saya.
Saya betul-betul tak percaya dia sudah mati. Ini gila.
Siapalah yang sanggup buat begitu kepada dia? Melampau.
Tak masuk akal langsung.
No comments yet. Be the first to leave one.