The first 200 lines.
Boleh awak lukis gambar kali terakhir awak nampak Doyoon?
Dr. Brain
Heejin.
Awak kenal wanita ini?
Ini di mana? Awak tahu di mana tempat ini?
Heejin perlu berehat.
Sekejap.
Heejin, boleh saya ambil lukisan ini?
Terima kasih, Heejin.
Saya yakin anak saya masih hidup.
Lukisan ini buktinya? Awak yakin?
Kebakaran itu berlaku semasa musim panas tahun ini,
tapi lukisan ini ada daun gugur di tanah.
Ini mungkin dari musim luruh yang lalu.
Heejin baru kenal Doyoon beberapa bulan lalu.
Dia mungkin lukis sesuatu daripada imaginasinya,
atau dia mungkin salah faham dengan apa yang dia nampak.
Tak, Heejin lukis apa yang dia nampak.
Dia kanak-kanak yang sangat istimewa.
Memori fotografiknya
membolehkan dia melukis apa yang dia nampak.
Dr. Koh, saya sangat bersyukur awak bantu kami cari Heejin.
Saya juga nak minta maaf kerana layan awak seperti suspek, tapi…
Awak perlu buka semula kes anak saya.
Polis jumpa mayat Doyoon di lokasi,
dan awak juga adakan upacara pengebumian untuk dia.
Kami tak boleh buka semula kes orang hilang apabila orang itu dah mati.
Saya tahu penyelarasan otak yang saya buat untuk cari Heejin tak dibenarkan.
Kami tak boleh terus langgar protokol begini.
Saya faham.
Jika awak nak cari anak awak…
awak perlu pertimbangkan keselamatan sendiri dahulu.
Kami perlu buru suspek sebenar.
Tolong jangan lakukannya sendirian.
Ayuh.
Saya akan hantar awak balik.
Rakan sekerja saya dalam kereta di sana. Mereka di sini untuk melindungi awak.
Maksud awak, untuk perhatikan saya.
Betul cakap awak. Tak kisah apa pendapat saya tentang awak,
secara rasminya awak masih suspek kes pembunuhan.
Saya harap awak faham.
Boleh awak siasat Dr. Namil Hong?
Saya sepatutnya jumpa dia pada hari awak jumpa saya di pusat beli-belah.
Saya tak pasti bagaimana, tapi ada kemungkinan Dr. Hong terlibat.
Jika ia benar, dia mungkin tahu sesuatu tentang lelaki yang terlepas.
Tapi saya gagal hubungi dia.
Okey. Saya akan siasat.
Baiklah.
Ini sangat mengecewakan.
Budak perempuan itu masih hidup, dan Dr. Koh terus cetuskan masalah.
Perkara yang paling buat saya marah…
adalah Dr. Namil Hong hilang.
Saya sedar banyak yang perlu dibuat.
Saya akan uruskannya sekarang.
Seorang masuk, dan mereka bertiga beredar bersama?
Ya, mereka datang berasingan tapi beredar bersama-sama.
- Sekitar pukul berapa? - Saya rasa sekitar10:20 malam.
Terima kasih.
Mungkin mereka naik lif dan bukannya eskalator
sebab mereka nak ke tempat letak kereta di tingkat bawah tanah.
Atau mereka tak nak dilihat.
Lihat ini.
Ini kali terakhir suspek dirakam dalam kamera.
Jika dia bawa kereta ini, kenapa dia tak memandunya pergi?
Dia tahu dia perlu gunakan lorong atau laluan jalan kaki yang tiada kamera.
Dia mahir dengan kawasan ini.
Awak dapat kenyataan saksi?
Saya dah periksa dengan pekerja.
Saya akan periksa semula plat nombor di tempat letak kereta juga.
Apa kita nak buat tentang Dr. Hong?
Masih gagal hubungi dia?
Ya.
Apa kata awak ke Pusat Penyelidikan Otak dan cari petunjuk?
- Hantar futej kepada penganalisis. - Mana satu saya nak buat dulu?
Periksa plat nombor atau pergi ke Pusat Penyelidikan Otak?
Kedua-duanya.
Jaeyi.
Doyoon masih hidup.
Budak lelaki ini ialah Doyoon.
Saya keliru sekarang.
Saya tak tahu jika saya pegang tangan awak
sebab perasaan sendiri atau perasaan orang lain.
Mungkin ia perasaan Junki.
Saya sangat keliru.
Kenapa awak begitu yakin yang Doyoon masih hidup?
Rasanya isteri awak tak boleh jawab soalan itu.
Awak tak gembira. Awak bukan orang begini.
Saya tak tahu bagaimana nak cari Doyoon.
Ada waktu-waktu begini dalam siasatan.
Keadaan jadi tak keruan, dan awak berada dalam situasi sukar.
Inilah masanya untuk awak fikirkan perkara yang ringkas dan mulakan semula.
Apa yang awak dah tahu?
Di mana anak awak semasa kali terakhir awak nampak dia hidup?
Maksud awak saya patut kembali ke rumah percutian kami?
Ada idea lebih bagus?
Ada pegawai polis berkawal di luar rumah saya.
Rasanya awak tak boleh buat apa-apa.
Awak cuma perlu duduk saja dan buang masa.
- Ada seseorang keluar. - Siapa?
Saya rasa penjaga.
Betul.
- Helo. - Helo.
Dr. Koh minta saya hantar ini sebagai tanda berterima kasih atas khidmat kamu.
- Terima kasih. Tak perlu susahkan diri. - Rasa selamat sebab kamu.
- Tak. - Kami cuma jalankan tugas.
- Kami berterima kasih. - Kami hargainya.
Makanlah oren.
- Baiklah. - Terima kasih.
- Hei, itu Dr. Koh. - Memandangkan kamu berjaga…
- Kami perlu pergi. Maaf, hati-hati! - …kamu makan di mana?
Cepat! Ekori dia!
Ada apa?
Ada sesuatu berlaku di rumah Dr. Koh?
Dia tiba-tiba meluru keluar.
Kami sedang ekori dia sekarang.
Jangan terlepas dan lihat ke mana dia pergi.
Lindungi dia jika kamu nampak apa-apa yang berbahaya.
- Hubungi segera jika apa-apa berlaku. - Faham.
Hantar terus kepada saya selepas awak selesai.
Kemudian pastikan ia dihantar ke semua balai polis.
Apa?
- Apa masalah dia? - Tak guna!
Apa yang dia buat?
Tak guna!
Dr. Hong tak telefon dan dah dua hari dia tak datang kerja.
Dia tak pernah buat begini sebelum ini. Dia orang yang bertanggungjawab.
Kami semua sangat bimbang tentang dia.
Bila kali terakhir awak nampak dia?
Rasanya pukul 9:00 malam pada Isnin. Saya nampak dia semasa dia beredar.
Awak perasan apa-apa yang aneh atau luar biasa?
Tak juga. Ia seperti malam lain. Kami cuma ucap selamat tinggal.
Boleh saya lihat fail pekerja?
Pasti dia ada nombor kecemasan atau sesuatu seperti itu.
Ia ibunya, tapi dah lama dia tak bertemu dengannya.
Jadi, awak dah hubungi dia?
Ya, sebab kami tak dapat hubungi dia langsung.
Baiklah.
Ada tasik di rumah percutian.
Hmm?
Sebenarnya, saya tak boleh pergi.
Doyoon sangat teruja awak akan pergi.
Saya pun sama.
Mereka jadualkan ulasan pengesahan untuk awal minggu depan.
Saya tak faham.
Kenapa asyik penyelidikan saja?
Penyelidikan lebih penting daripada perkara lain?
Kenapa awak tak faham?
Awak pun pernah terbawa-bawa dengan penyelidikan awak.
Betul cakap awak. Memang saya pun begitu.
Kadangkala saya fikirkan tentangnya dan saya rindukannya.
Tapi saya putuskan untuk hentikannya demi awak dan Doyoon.
Awak tak boleh lakukannya untuk kami untuk sekejap saja?
Korbankan kerja tak jadikan saya ayah yang lebih baik.
Saya bukan suruh awak korbankan semuanya.
Saya minta awak pertimbangkan untuk jadikan kami keutamaan.
Saya akan lakukannya. Tapi bukan sekarang.
Awak dan Doyoon perlu pergi tanpa saya.
- Itu Doyoon! - Ya.
Hai.
- Maaf kami lewat. - Tiada masalah.
- Saya tahu ia tak selesa. - Ia okey.
Nak saya tolak awak?
Okey.
Ini sangat hebat.
Terima kasih kerana jemput kami.
Terima kasih kerana datang sejauh ini.
Saya rasa Doyoon sangat gembira Heejin ada di sini.
Ibu dan ayah dah tiada
- Terima kasih. - Hati-hati.
- Saya dapat. - Nampak hebat!
- Kamu nak snek? - Nampak sedap.
Terima kasih.
- Kamu berseronok? - Sedapnya.
- Kamu gembira Heejin ada di sini? - Ya.
Dr. Koh tak kisah?
Apa maksud awak?
Saya dan Heejin berada di sini.
Tak mengapa.
Dia terlalu sibuk untuk bimbang tentangnya.
Lagipun, dia tak tahu cara untuk rasa cemburu.
Kadangkala… saya terfikir jika dia ada apa-apa perasaan.
Saya harap dia boleh…
cuba fahami perasaan saya.
Apa yang awak nampak?
Mereka nampak seperti…
keluarga yang lebih sempurna tanpa saya.
Rasa tak yakin yang musnahkan hubungan.
Saya tak tahu kenapa saya ada di sini.
Satu-satunya perkara yang saya tahu adalah saya suami yang teruk…
dan sebab itu suami saya bercinta dengan lelaki lain.
Semua ini tak berguna jika awak nak cari Doyoon.
Saya tak tahu apa lagi saya patut buat.
Jadi tak perlu cuba terlalu gigih.
Kita tunggu saja awak biasakan diri.
Siapa itu?
Helo, puan. Saya kawan Namil. Saya datang sebab saya bimbang.
Kenapa dengan anak saya?
Kami sepatutnya minum bersama malam tadi, tapi dia tak datang.
Dia juga tak jawab panggilan saya.
Betulkah? Teruknya dia.
No comments yet. Be the first to leave one.