The first 200 lines.
Kerja lewat hari ini, cik?
Ya, saya ada banyak kerja hari ini.
- Selamat bekerja. - Ya.
(Reka bentuk itu perlu diperhalus...)
(Kaum lelaki dan perempuan dalam semua usia...)
(Sasaran utama adalah dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an...)
Okey.
Penat betul saya rasa sekarang.
Boleh jumpa esok tak, Won?
Boleh tak kamu lepaskan saya?
Tak mahu, saya rasa penat sebab buat banyak sangat kerja.
Kenapa kamu kerja kuat sangat?
Si gila kerja.
Itulah. Betul cakap kamu.
Sebab itulah kamu kena layan saya yang sudah kerja kuat ini.
Okey, saya faham.
Kalau kita naik macam ini nanti, kita boleh tercedera.
Jadi biarlah.
Kita boleh pergi hospital dan baring sama-sama di sana.
Kamu mahu terus kacau saya macam inikah?
Maksud kamu, kamu tak suka macam inikah?
Jangan menyesal nanti.
Saya pun mahu kacau kamu juga.
Hei!
Kamu buat apa ini?
Kakak.
Tak rasakah kamu berdua ini agak berani?
- Kakak, ini bukan macam itulah... - Kakak mungkin akan rasa terkejut.
- Patutkah kakak pergi? - Tak apa. Masuklah.
Tak apalah.
Mungkin tak bagus untuk bayi ini.
Kakak keluar sajalah.
Kamu sambunglah.
Kakak!
Macam mana ini?
Macam mana apa?
Kita sambunglah apa kita buat tadi?
Hei, macam mana saya boleh berdepan dengan dia lagi?
Nanti dia akan fikir yang saya memang duduk di sini
- masa dia tak ada. - Memang macam itu, bukan?
Tahu tak?
Mereka kata deria rasa kita
berubah dan akan selalu lapar bila kita mengandung.
Awak patut makan makanan yang sihat, bukan makanan ini.
Bersedialah.
Saya akan beritahu awak semua yang saya mahu makan.
Saya akan cari ia di seluruh negara ini untuk awak.
Beritahu sajalah.
Tapi kita kena cari rumah lain secepat yang mungkin nampaknya.
- Sebab Won itu... - Apa?
Tak adalah.
Lepas penerbangan terakhir saya,
saya balik ke rumah lepas ambil beberapa hari cuti
dan mereka berdua itu ada sekali, jadi saya pun keluar sajalah.
Kalau macam itu, pindah ke rumah sayalah.
Saya tahu awak cakap macam itu, jadi saya sudah panggil lori pindah.
Saya kena pindah barang saya hari ini.
Panggil lori pindah?
Saya susah tidur kalau persekitaran berubah.
Jadi awak jangan lupa apa-apa.
Awak ini memang orang yang teliti.
Bukankah ini cerita cinta kamu dengan Won?
Apa ini?
(Saya takkan sesekali boleh cintakan kamu)
Apa ini?
Kamu! Oh Dae Bok!
Saya tak tahu kakak ada di rumah pula.
Kamu...
Skrip cerita di meja kakak itu!
Skrip cerita?
Cepat cakap. Beritahu semuanya!
Semua orang suka cerita itu.
Siapa suruh kamu tulis tentang cerita kakak itu
tanpa minta kebenaran dari kakak?
Tapi semua orang suka cerita cinta kakak dengan Abang Won.
- Mereka asyik tekan suka saja. - Hei!
Kamu sepatutnya beritahu kakak! Tak guna betul budak ini.
Kakak tak bolehkah biarkan saja dan tolong adik kakak untuk ini?
Inilah hal pertama yang terbaik saya pernah buat dan saya dihargai!
Apa?
Aduh, Tuhanku...
Saya tak tahu pun yang anak saya berbakat macam ini.
Terima kasih.
Patutlah kamu terperap lama di dalam bilik itu.
Inikah yang kamu sedang buat?
Ya, dan saya usaha bersungguh-sungguh.
Apa yang kamu mahu buat? Kamu sudah beritahu Won?
Belum.
Saya akan beritahu nanti.
Saya sendiri pun tak tahu yang orang akan suka cerita ini.
Sebelum itu, jangan letak harapan yang tinggi sangat.
Sabar dulu.
Fokus pada pelajaran.
Ini... Lelaki di sini Won, bukan?
- Dan perempuan ini Ha Na, bukan? - Ya, betul itu.
Inilah peluang yang pertama untuk saya, tolonglah.
- Bolehlah. - Nanti kita bincang lagi.
Kemahiran melukis dia sudah bertambah baik nampaknya.
Memang dia lukis dengan agak bagus.
Saya ingat dia sudah putus asa. Tapi saya sudah salah.
Perangai dia macam saya juga. Tak cepat putus asa.
Itu saya setuju.
Jangan lupa rancangan kita.
Yalah, saya terlupa mengubah tempahan.
Saya ada satu pembentangan projek esok.
Bergantung pada keputusan, saya mungkin ada hal lain.
Kamu sudah semakin fokus pada kerja kamu daripada saya.
Saya beri kamu amaran, Oh Ha Na.
Apa saya sudah buat?
Gila kerja itu satu penyakit, tahu tak?
Apa? Penyakit?
Hei!
Keluar.
Saya tak sempat cakap kepada kamu semalam.
Kerja lewat dan pergi makan malam syarikat itu
ialah gila kerja dan penyakit kamu kata?
Betul, lepas itu dengan saya kamu mengadu penat.
Ada kamu luang masa dengan saya tak sekarang ini?
Kamu tak boleh faham semua itu untuk kekasih kamu yang bekerja?
Kamu janganlah kerja teruk sangat.
Masalah kamu ialah kamu rasa kamu kena buat semuanya sendiri saja.
Masalah? Kamu cakap "'masalah"' tadi?
Hei, itu dipanggil tanggungjawab!
Jadi kalau kamu bertanggungjawab sangat,
kenapa asyik ubah rancangan dengan saya saja?
Apa sebenarnya yang lebih penting kepada kamu ini?
Saya tak patut dengar semua perkara mengarut itu daripada mulut kamu.
Saya bersama kamu pada hari minggu walaupun saya sibuk.
Apa gunanya kalau kamu ada pun?
Asyik pegang telefon dan tengok fail saja.
Kamu yang kata "'Saya suka tengok kamu kerja"', bukan?
Mana saya tahu kamu tak suka?
Kalau saya tahu, saya takkan kerja di depan muka kamu.
Pertandingan untuk rekaan Tandy yang baru itu,
Cik Hong dari bahagian pemasaran
dan Cik Min Ji, mereka berdua sudah menang
untuk pertandingan rekaan itu.
Terima kasih.
Pihak atasan pun ada pertimbangkan idea Cik Oh juga.
Tapi mereka fikir idea Min Ji dan Eun Jung ini
jauh lebih bagus kalau pelan pemasaran mereka
pun ditambahbaikkan.
Ketua pasukan, kerja dengan lebih keras.
Bukankah sebab ketua pasukan yang baguslah,
ahli-ahli pasukan boleh capai yang terbaik?
Itu betul, bukan, Cik Oh?
Buat kasut mengikut musim negara...
Hebat juga idea itu.
Betulkah ini?
Saya fikir mungkin bagus untuk buat kasut
yang kita boleh pakai dalam empat musim.
Sebab itu kami cadang untuk gunakan bahan semulajadi pada kasut.
Kalau kita berjaya, saya rasa kita boleh capai tahap yang sangat bagus.
Okey, baguslah itu. Saya akan baca lagi kertas kerja.
Okey.
Mesti kamu rasa janggal, Oh Ha Na.
Tengok semua junior berbakat itu,
mesti kamu rasa yang kamu telah dikalahkan.
Dan mesti susah untuk kamu tak pedulikan bakat mereka itu.
Saya kebudak-budakankah?
Itu memang normal. Janganlah sedih.
Terima kasih.
Kenapa muram saja ini? Awak bergaduhkah?
Saya takut kami akan selalu bergaduh saja nanti.
Tak mungkinlah.
Awak pergi ke Paris untuk cinta awak.
Betul cakap awak itu.
Tapi saya asyik bergaduh dengan dia sebab perkara kecil saja.
Ada sesetengah perkara yang saya tak boleh ikut.
Macam itulah cara para kekasih bergaduh untuk cuba mendominasi.
Mendominasi?
Ya, sebab itulah awak mesti menang.
Awak jangan sesekali menyerah kalah dengan mudah kepada mereka.
Tegas.
Cemburunya.
Saya pun mahu bercinta dan bergaduh juga.
Oh, ya.
Ini, ada orang suruh saya beri ini kepada awak.
Yakah?
"'Bergembiralah. Ikhlas dari Dong Gun..."'
Awak cuba mengusik sayakah?
Kenapa pula? Ini pun kasih sayang juga.
Untuk rakan sekerja.
Rakan sekerja?
Saya akan patahkan jari dia kalau dia buat lagi.
Saya rasa sunyilah.
Awak tak kerja kuat sangatkah ini?
Mesti awak rasa lebih bersemangat sekarang.
- Mahu balik sudah? - Bukankah awak ada dalam
usia untuk hati-hati dengan kesihatan awak masa kerja?
- Saya balik rumah dulu. - Okey.
Saya pun patut berehat juga.
Cik Oh.
Awak datang untuk ambil Min Ji, ya?
Ya, dia rasa gembira sangat dapat bekerja sekali dengan awak.
- Yakah? - Awak tahu?
Dia sudah bersedia dengan baik pagi ini.
Dia kata dia suka bekerja dengan awak,
tapi ada masa awak ada dinding yang tak boleh dipanjat.
Yakah?
No comments yet. Be the first to leave one.