Release info

나를 사랑한 스파이 The Spies Who Loved Me E08 201119-NEXT-iQIYI
A Commentary by RuoXi
Ep. 8 [iQIYI Ver.]. Synced for NEXT. Runtime > 01:09:00. Enjoy... ;). Check out My IG @ruo_xi_ss for subtitles updates ^^. Note : video download link in txt file or check my telegram channel at https://bit.ly/telchan. Sorry if the sub doesn't sync well si

Tags

other
Published on: 2020-11-19
Downloads: 6
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 198 lines.

Siasatan polis akan berakhir tak lama lagi.

Awak macam mana?

Rasanya saya dah tahu cara untuk masuk ke makmal penyelidikan itu.

Ada apa-apa masalah?

Kenapa awak tanya?

Awak nampak sakit.

Saya tak apa-apa.

Derek.

Kalau awak dapat cari orang yang bunuh Sophie,

awak akan balas dendam untuk dia?

Bolehlah awak bunuh orang itu?

Awak menaruh perasaan terhadap dia?

Jadi kenapa awak tak buat apa-apa?

Sebab saya tak cukup bagus untuk dia.

Saya akan buat hidup dia sengsara.

Lelaki paling teruk di dunia

ialah seseorang yang menyedarinya,

tapi tetap bercinta dengan dia.

Ya.

Betul.

Sophie!

Dia penghendap itu.

Kalau awak tak boleh lakukannya,

saya sendiri akan bunuh orang yang bunuh Sophie itu.

Dialah penghendap itu. Saya yakin.

Kenapa Derek bercakap dengan penghendap Sophie?

Derek, apa yang awak buat di belakang saya?

Tak guna!

Maafkan saya.

Selamat berkenalan.

- Saya Derek Hyun. - Si tak guna itu.

Baiklah.

Saya akan sertai kelab peminatnya

kalau ada.

Kelakar betul.

Tapi susah nak tipu suami saya.

Awak sukakah kalau awak jadi dia?

Macam mana Ah-reum boleh lepaskan dia setelah semua ini?

Ah-reum!

Lelaki gila apa yang dia kahwini?

[ Satu penghantaran telah dibuat kepada anda. ]

Dia ada deria keenamkah?

Pemasaannya memang luar biasa.

[ Satu penghantaran telah dibuat kepada anda. ]

Dia tahu ada sesuatu yang berlaku.

[ Satu penghantaran telah dibuat kepada anda. ]

Kalau saya terus abaikan dia, dia akan rasa ada sesuatu yang tak kena.

Suami dan bekas suami saya!

Awak di mana?

Mari kita berjumpa.

[ Sama ada awak tahu apa yang suami awak buat, awak ada masalah besar. ]

[ Kalau awak pura-pura semuanya okey, itu lebih teruk. ]

Dungu betul.

Awak perlu buat keputusan.

Hai.

Dah lama saya tak ke sini.

Apa ini?

Awak suruh saya jual buku-buku terpakai awak kepada penjual.

Saya lupa nak jualkannya.

Ia dah disimpan selama setahun.

Terima kasih.

Kenapa awak mahu wang tunai? Saya boleh buat pindahan kawat saja.

Ambil ini.

Maaf.

- Duduklah. - Kita dah bercerai, saya perlu tolak.

Dokumen kita masih dalam proses, tapi itu hanya alasan-alasan teknik.

Patutkah saya berdiri?

Boleh simpankan ini untuk saya?

Semasa kita berkahwin, awak jadikan rumah kita sebagai bilik simpanan.

Awak langsung tak berubah.

Saya tak ada di sini buat sementara waktu untuk tugasan seterusnya.

Itu semua barang milik saya.

Saya tak mahu sewa bilik simpanan.

Awak satu-satunya keluarga yang saya ada.

Maksud saya, bekas ahli keluarga

yang masih hidup.

Perlukah awak cakap begitu?

Ini bayarannya.

Hei, ambil balik!

Saya akan buang ini!

Ji-hun!

Saya balut ia dengan pembalut gelembung.

Awak patut simpan gambar ibu bapa awak dalam telefon awak.

Atau ia akan hilang selamanya.

Okey.

Saya akan buat begitu.

Terima kasih.

Disebabkan awak, benda ini tak hilang.

Saya terpaksa buang barang setiap kali berpindah.

Jangan hilangkan barang-barang awak.

Tentu seronok dapat tengok gambar ibu bapa awak.

Mereka mungkin akan muncul dalam mimpi awak.

Jadi pergilah tidur awal.

Saya pergi dulu.

Terima kasih.

Selamat malam.

Dungu betul.

Sekejap. Saya yang suruh dia datang?

Atau dia yang suruh saya datang?

Dia tak jumpa sesiapa?

Tidak.

Semalam dia duduk di rumah saja.

Pemilik Monves beritahu saya

yang Peter lebih tahu tentang pen berbanding dia.

Dia amat teliti.

Pen lebih berbahaya berbanding pedang, betul tak?

Macam mana dengan yayasan yang mengaitkan Peter dan Sophie?

Yayasan itu berikan biasiswa kepada orang Korea-Amerika

atau orang Korea yang belajar di AS. Pengasasnya tak diketahui.

Tak diketahui?

Kita suka mengesan orang yang begitu.

Teruskan menyiasat kes ini.

Young-gu, apa yang tak kena dengan rakaman kamera papan pemuka itu?

Saya rasa ia telah dipotong.

Tengoklah.

Ada satu lagi kereta dalam kemalangan itu. Jadi dapatkan rakaman dari kereta lain.

Seo-ra. Hubungi Kawasan Polis Barat.

Biar saya telefon.

Dia cuba lari daripada mesyuarat ini

sebab dia tahu saya akan berleter pada dia, bukan?

Jadi, apa cerita di Amerika?

Anak-anak saya tak boleh datang sebab ada kem musim panas di sana.

Jadi saya fikir nak melawat mereka.

Tapi kita sedang menyiasat satu kes.

Malang sekali.

Awak tak dapat jumpa mereka sebelum ini.

Saya boleh melawat mereka pada hari Krismas.

[ Saya ada maklumat tentang kematian Sophie Ahn. ]

Awak siapa?

Apa semua ini?

Kita berjumpa akhirnya.

Awak siapa?

Kalau saya beritahu awak,

kita mungkin akan jadi sekutu

atau musuh.

Saya akan buat keputusan itu.

Jadi beritahu saya.

Dr. Sophie Ahn.

Awak mungkin akan kehilangan nyawa

kalau awak cuba gunakan kematiannya untuk tawar-menawar.

Bila kali terakhir awak jumpa dia?

Semasa parti bujang dia.

Saya juga ada di sana.

- Kenapa awak ada di sana? - Saya

di sana untuk jumpa dia juga.

Tembakan itu.

Saya tak sempat ke sana untuk selamatkan dia.

Kenapa awak ada di sana?

Sebab mengapa saya di sana

adalah kerana

Sophie ialah informan saya.

Saya pegawai Interpol

yang Sophie hubungi untuk dedahkan maklumat tentang Helmes.

Itulah saya.

Awak berikan begitu banyak maklumat terlalu awal.

Sebab kita kesuntukan masa.

Jadi, apa yang awak tahu tentang kematian Sophie?

Sophie.

Saya...

Saya tak dapat lindungi dia.

Polis tak guna!

Kenapa awak cakap begitu sekarang?

Sophie mahu mulakan hidup baru.

Sebab itulah dia mahu lepaskan diri daripada cengkaman Helmes.

Kalau dia informan awak,

awak patut lindungi dia dengan nyawa awak!

Kehilangan sebelah mata adalah balasan kecil

kerana biarkan informan awak dibunuh.

Tolong saya.

Kenapa?

Kenapa saya perlu tolong awak?

Adakah Derek bunuh dia?

Satu perkara yang saya pasti

ialah siapa pun yang bunuh dia, pembunuh itu bukan awak.

Sebab itulah

kita perlu bekerjasama.

Macam mana saya nak percayakan awak?

Saya faham apa rasanya apabila gagal melindungi

orang yang kita sayangi.

Saya tak boleh

hidupkan Sophie semula.

Tapi kita boleh bawa

orang di sebalik kematiannya ke muka pengadilan.

Saya akan tolong awak.

Kenapa awak tawarkan diri untuk tolong saya?

Saya masih perlu lindungi seorang lagi.

[ Apabila kita berjumpa lagi, kita perlu berjumpa sebagai rakan sepasukan. ]

Bagus.

[ Kalau nak tangkap mangsa, lepaskan anjing pemburu ]

Ya.

Okey.

Apa? Awak jumpa sesuatu di dalam beg tangan Sophie?

Kad memori?

Kenapa ia ada di sana?

Ia tersembunyi di dalam bekas bedak asas dia?

Peliknya.

Letakkan ia di atas meja saya.

Okey. Jalan baik-baik.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left