Signal

Signal (시그널)

Download Malay Subtitle

Release info

Signal E01 160122 HDTV H265 720p-WITH
A Commentary by cocojae
Selamat menonton :) | Tolong rate jika subtitle ini membantu anda. Tq! | Blog: http://cjsubs.blogspot.com | FB: CJ SUBS

Tags

HDTV
hdtv
720p
720
HD
Published on: 2016-03-05
Downloads: 75
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Episod 1

- Selamat tinggal. - Jumpa esok.

- Hujan lah. - Macam mana ni?

Berita tergempar.

Seorang budak perempuan dilaporkan hilang selepas waktu persekolahan hari ini.

Pihak polis sedang menyiasat kes ini.

Bagaimana rupa Yoon Jung?

Kamu kenal Yoon Jung?

Kamu ni kawan dia?

Apa pendapat kamu tentang kes penculikan ni?

Kamu kenal dia?

Boleh ceritakan pada kami tentang dia?

Pihak polis telah mengenal pasti suspek untuk kes penculikan baru-baru ini.

Menerusi cap jari pada surat ugutan yang ditemui di lokasi kejadian...

suspek dikenalpasti sebagai Seo Hyung Joon, seorang pelajar jurusan perubatan Universiti Sangjin...

Tapi penculik Yoon Jung tu.. perempuan.

- Betul. - Kita tak ada banyak masa.

Abang saya tak bersalah!

Lepaskan dia!

- Pakcik, dia bukan lelaki. - Siapa yang bukan lelaki?

- Penculik tu bukan lelaki. - Balik lah.

Orang dari syarikat kad kredit dah telefon?

Saya dah serahkan semua dokumen tu.

- Ada berita tentang budak yang diculik tu? - Belum lagi.

Kenapa mesti kamu?

Kesiannya kamu Yoon Jung.

Mak tak boleh hidup tanpa kamu. Yoon Jung, mak perlukan kamu.

Beribu-ribu risalah, beratus-ratus polis,

dan berjuta tandatangan berjaya dikumpul menerusi petisyen,

namun, Kim Yoon Jung telah ditemui mati.

Suspek kes ini, Seo Hyung Joon,

telah mengambil wang tebusan sebanyak 50 juta won

dan menghilangkan diri tanpa kesan.

Suspek merupakan penjenayah dikehendaki dan waran tangkap telah pun dikeluarkan,

namun ada kemungkinan suspek telah melarikan diri ke luar negara.

Sekatan undang-undang..

untuk kes penculikan Kim Yoon Jung akan tamat tidak lama lagi.

Penculik hanya akan dibicarakan jika..

dia berjaya diberkas sebelum tengah malam pada 29 Julai 2015.

(3 hari sebelum 'statute of limitation' - had masa undang-undang tamat)

Semuanya tentang keadaan separa sedar.

Trofi di almari, gambar di atas meja,

buku di dalam bilik air, semuanya merujuk kepada keadaan sedar seseorang.

Pakar psikologi memanggilnya 'pengintipan'.

Jadi, awak berjaya dapatkan semua ni dengan mengintip?

- Apa? Mereka bercinta ke? - Bukan lah.

Mereka berdua berjumpa pada pukul 10:30 malam tadi di pagar belakang Taman Hyunjin.

Hantu saja yang boleh tahu pasal tu.

Semua orang tahu...

mereka terlibat dalam cinta tiga segi sewaktu penggambaran sebuah drama tahun lepas.

Saya tengok drama tu. Saya suka kan Encik Oh.

Gambar ni diambil di lapangan terbang 5 hari lepas.

Salah seorang daripada dua lelaki ni...

pegi ke luar negara selama 4 hari untuk sesi penggambaran.

Jadi 2 pihak yang tinggal pun ambil kesempatan ni untuk berbincang.

Baru-baru ni Im Si Wan jemput kru TV ke rumahnya.

Boleh nampak gambar dan poster besar di ruang tamu.

Menurut statistik, orang macam ni biasanya...

selalu rasa bangga dan suka memuji diri sendiri.

Mungkin Kang Sora ada hubungi dia, tapi dia takkan jawab panggilan tu.

Sehari sebelum Byun Yo Han pulang dari sesi penggambaran,

ialah waktu keadaan psikologi mereka mula berkecamuk.

Sebab itu lah kenapa ia berlaku semalam, pada 26 Julai.

Macam mana pula dengan masa? Kenapa mesti 10:30 malam?

Waktu perjumpaan biasanya ditentukan menerusi keadaan psikologi mereka.

Si Wan ada latihan konsert pukul 10 pagi keesokan harinya.

Katakanlah dia kena bangun pukul 8 pagi,

tolak masa untuk tidur dan masa untuk berjumpa So Ra,

dan kita kena pertimbangkan juga masa taman tu ditutup.

Ia berlaku pada pukul 10:30 malam.

Macam mana dengan lokasi? Kenapa mesti Taman Hyunjin?

Apabila Perang Dingin tamat pada 1989,

Presiden Bush dan Gorbachev...

berjumpa bukan di USA atau Russia, tapi di Malta. Kenapa?

Lebih berisiko sesuatu perjumpaan, lebih neutral lokasi yang dipilih.

Semua manusia sama saja.

Mereka berdua ni seperti sedang berperang.

Adakah mereka akan berjumpa di rumah?

Tempat yang tak banyak lampu jalan dan tak ramai pejalan kaki pada waktu malam.

Tempat yang seseorang tak akan nampak pelik bila pakai baju, seluar trek dan topi.

Jadi, bangku di pagar belakang Taman Hyunjin. Ok?

Jadi, boleh kita bincang tentang perjanjian yang seterusnya?

Mereka berdua ni. Agaknya di mana mereka akan berjumpa minggu depan?

Mereka tengah bercinta ke? Tak kan lah.

- Wah. Macam mana awak tahu semua ni? - Dengan membongkar tong sampah.

Jadi bukan nya kucing liar yang bongkar tong sampah tu.

Polis rupanya yang buat semua tu!

Saya dah hampir-hampir nak letak racun untuk bunuh kucing-kucing tu.

Kamu Inpsektor Park Hae Young dari Bahagian Kawalan Bukdaemun kan?

Lee Bo Young buat aduan tentang kamu kerana menghendap.

Menghendap?

Saya cuma tengok sampah yang dia buang saja.

Kenapa dia tak buat aduan tentang mereka yang ambil sampah dia yang boleh dikitar semula?

Kamu ni masih tak faham agaknya.

Seorang polis...

bongkar sampah seorang selebriti wanita.

Kamu ni penyumbaleweng ke? Siap jual maklumat dan dapatkan duit.

Saya terima duit? Siapa yang cakap?

Cuba lah periksa akaun bank saya. Saya tak terima sesen pun.

Ini cuma hobi saja.

Ada orang suka memancing, ada yang suka menjahit.

Hobi saya ialah mencari maklumat dan berkongsi dengan orang lain.

Salah faham saja semua ni.

Kamu tak tahu ke...

pihak atasan sedang cuba ketatkan kawalan disiplin?

Tak boleh jadi ni Detektif Cha.

Buat aduan tentang kelakuan tak senonoh dia ni, supaya dia dipecat.

Kelakuan tak senonoh?

Nak tahu apa itu kelakuan tak senonoh bagi pegawai polis?

Ini meja awak kan?

Kes kebakaran lot parkir,

kes kecurian bangunan Jinyang...

dan kes pelacuran Oasis.

Awak tengah protes sebab beban kerja terlalu banyak ke?

Dikelilingi timbunan fail,

awak siasat daripada satu kes ke kes yang lain..

dan akhirnya sumbat orang yang tak bersalah ke dalam penjara.

Apa yang kelakar, ialah orang macam awak

kat tempat macam ni...

awak saja yang tahu.

"Setiap gari membawa 2.5 liter tangisan"

Awak tulis kata-kata yang hebat macam ni untuk 'brainwash' diri sendiri.

Awak beritahu diri sendiri, betapa hebatnya pegawai polis macam awak ni.

Tapi tak rasa ke Batman ni agak melampau?

Apa pun, meja ni nampak juga seperti meja seorang detektif.

Tapi meja di sana tu, nampak seperti meja seorang jurujual.

Hei, jangan ambil yang tu!

Garis panduan siasatan ni dah jadi lapik makanan dia.

Dan dia hanya baca buku berkaitan golf atau panjat gunung.

Dah lah tu, budak tak guna.

Apa yang penting sekarang ni...

dia ada koleksi kad perniagaan sebanyak ni.

Saya jamin dia ada kad perniagaan pengurus Lee Bo Young.

Nampak sangat pengurus dia yang suruh kamu siasat.

Kalau tak, kenapa saya boleh disiasat skuad siasatan jenayah?

Saya salah ke?

Kamu panggil ni kelakuan baik ke?

Siapa yang cakap pasal kelakuan tak senonoh tadi?

Polis di Korea ni pernah berkelakuan baik ke?

Mereka cakap kita ada mulut untuk cakap benda yang betul.

Memang ada mulut, tapi kenapa tak pernah cakap benda yang betul?

Siapa yang harapkan pihak polis untuk berkelakuan baik?

Mereka tak ajar benda ni di Universiti Kebangsaan Polis nampaknya.

Sebab tu lah kerja kamu akhirnya membongkar tong sampah.

Saya sedang menyiasat sesuatu.

Sekejap, tak boleh ke cakap tu hormat sikit?

Kamu pun tahu kami ni semua tak senonoh.

Macam ni lah cara orang tak senonoh bercakap.

Bahagian Homisid Satu.

Baiklah. Saya faham.

Berita buruk.

Saya baru nak rasa bersemangat.

Mereka dah gugurkan dakwaan.

Bagi saya ia belum tamat lagi..

Saya akan siasat samada awak terima rasuah untuk siasat kes ni.

- Dah tentulah kamu akan buat. - Bagi tu pada saya.

Kamu bongkar tong sampah dan kami terima rasuah.

Perlawanan yang hebat.

Saya tak boleh nak jangka siapa yang akan lebih malu nanti.

Mari lihat siapa yang akan menang.

Duduk.

Dah lewat ni.

Kamu bertuah hari ni.

Budak tak guna.

- Syukurlah. - Nak saya hantar keluar?

Dah lah tu.

Pegawai polis yang sangat tinggi moralnya dan bencikan polis lain.

Cari lah kerja lain.

Kamu tak sesuai jadi pegawai polis.

Apa?

Harap kita tak perlu bejumpa lagi.

- Siasat mereka semua. - Ok.

Ada berita dari syarikat kad kredit?

Saya dah bercakap dengan mereka dan hantar semua dokumen tu.

Ada berita tentang Yoon Jung?

Belum lagi.

Apa yang kamu buat kat sini? Kamu datang dengan ibu kamu ke?

Kamu sesat ke? Buat apa kat sini?

Baliklah, budak.

Oh tuhan. Hei!

Apa semua ni...

Lee Jae Han, cepatlah.

Ok.

Saya ada mesyuarat.

- Ambil ni. - Saya akan bercakap dengan awak lagi nanti.

- Hantar satu salinan. - Ok.

Susun semua tu.

Zoom kan lagi.

Selamat sejahtera tuan.

- Mulakan. - Ok.

Mari kita mulakan sesi penerangan tentang kes penculikan Kim Yoon Jung.

Insiden ni berlaku pada 29 Julai, 2000.

Anggaran dalam pukul 1 petang selepas tamat waktu persekolahan.

Aduan dibuat pada pukul 6.44 petang pada hari yang sama.

53 jam selepas insiden tersebut,

keluarga mangsa telah diugut untuk membayar wang tebusan sebanyak 50 juta won.

Sila beri kerjasama.

Kami dari Balai Polis Jinyang.

Polis yang dihantar untuk menyiasat kafe yang disebutkan dalam surat ugutan,

walaupun mereka gagal menangkap suspek,

More Malay subtitles for Signal

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left