The first 200 lines.
A VAMPIRE IN THE FAMILY
Dah sedia? Kita dah bersiaran! Helo, semua!
Selamat datang ke audio siar paling popular di Brazil.
Saya Fernandinho Tramontina, dan ini Rembat Bola Itu, Fernandinho!
REMBAT BOLA ITU, FERNANDINHO!
Hei, Ameba!
- Pintu garaj terbuka. - Maaf, Fernandinho.
- Apa ini, Ameba? - Fokus!
Teruskan.
Anda boleh tanya soalan.
Kita ada soalan?
Oh, ada satu soalan.
- Daripada Batista. - Hei.
"Claudionor, pernahkah awak terlepas buat jaringan atau jual perlawanan
macam Fernandinho?"
Dengar sini.
Seumur hidup, saya tak pernah jual perlawanan.
Ada nyamuk masuk lubang hidung saya semasa saya nak jaringkan gol.
Ya, kami kalah perlawanan akhir itu. Itulah yang berlaku.
Ameba, mainkan pita itu. Biar saya tunjuk.
- Lagi? - Ini audio siar saya.
Kalau tak suka, buatlah audio siar sendiri.
Ameba, mainkannya. Ketika ini, saya dapat bola.
- Tengok saya menggelecek. - Wah!
Kawal bola.
Saya sangat lincah.
Saya berlari sambil kawal bola.
Saya gelecek penjaga gol.
Pintu gol ternganga. Saya nak rembat.
Dia merembat dan…
Mainkan semula dalam gerakan perlahan.
Masa inilah nyamuk itu masuk hidung saya.
- Tersasar. - Tak nampak pun.
Ini bukti saya tak pernah khianati Vasco! Tidak sama sekali!
Tolonglah, Fernandinho.
Musim berikutnya, awak main untuk Flamengo.
Ameba, soalan seterusnya.
- Jumpa nanti, Fernandinho. - Di luar, panggil saya Encik Fernando.
Maaf, Fernandinho.
Eh! Encik Fernando.
Sayang, di mana Neymar?
Jangan marah, tapi Chicão tak jemput dia.
Awak dah janji dengan Monica yang Neymar akan datang!
Saya tahu.
- Semua orang tunggu. - Ya, saya tahu. Saya minta maaf.
Dahlah dia tak suka trufel pisang hijau itu.
- Dia takkan ingat. - Dah seminggu dia cakap pasal ini.
- Nanti dia lupalah. - Neymar tak datang?
Saya nak buat video TikTok dengan dia!
Buatlah dengan ayah. Ayah bekas pemain bola sepak terkenal.
Ayah, itu dulu. Lagipun, siapa nak tengok ayah?
Itulah dia perangai anak perempuan.
- Pergi panggil seorang lagi. - Okey.
Saya nak berus gigi dulu.
Hai, sayang.
Semua okey?
Yakah?
Hari dah nak senja.
Semua orang tunggu kamu di bawah.
Kamu tak dengarkah?
Itu saja jawapan kamu?
Carol, ayah cakap dengan kamu ini.
Turunlah sekejap.
Tak nak! Saya tak suka parti hari jadi.
- Lagi-lagi yang ada trufel labu siam. - Jijik.
Terima kasih beritahu.
Bila kamu nak buang poster hantu ini?
Saya dah cakap itu bukan hantu.
Ayah rindu poster Dora the Explorer itu.
- Yang ayah hadiahkan itu. - Saya dah besar.
Tampallah yang elok sikit. Poster ini menakutkan.
- Kita boleh rasa aura jahatnya… - Ayah.
Itu Ravengorok. Dia watak baik dalam Hayu Mokusha.
Sayang, tolonglah. Turunlah sekejap.
Yalah, nanti saya turun.
Yalah itu.
Ayah turun dulu.
Kuat betul aura jahatnya. Boleh demam ayah dibuatnya.
Ayah tunggu.
Hei! Jangan main benda itu!
Ini hasil kerja keras, bukan mainan!
Jangan usik barang orang.
- Ini piala saya. - Sayang!
- Ya, sayang. - Carol tak turun?
Saya dah ajak.
Kadang-kadang, saya tak faham dia.
Entah apa salah saya.
Jom! Kita nak potong kek.
- Ada orang datang. - Saya nak potong kek.
Dah malam baru nak datang.
Mentang-mentanglah makan percuma.
Tak tahu malu.
Seram sejuk.
Oh, Tuhan!
Peliknya.
Selamat petang.
Awak tak cam saya?
Sejujurnya…
Maaf, saya tak cam awak.
Ini sayalah, bang!
- Gregório? - Ya, saya!
- Lama tak jumpa! - Cium pipi?
Semuanya baik-baik saja.
Boleh saya masuk?
Apa? Masuklah.
Masuk, Gregório.
Silakan.
Tak payahlah cium.
Jom potong kek.
- Sekejap. - Okey, jomlah.
Gregório?
Adik!
Oh, Tuhan! Tak sangka kamu datang!
- Saya pun. - Wah!
Nanti kita potong kek.
Dengar sini, semua.
Sekejap lagi kita potong kek. Ada tetamu istimewa.
Kenalkan adik kesayangan saya, Gregório.
Tapi dia lebih tinggi.
Kenalkan adik ipar saya, Gregório.
Dah lima tahun dia menghilang tanpa berita.
Ada banyak cerita dia nak kongsi.
Kami nak dengar semuanya.
- Ceritalah! - Pak Cik Greg?
- Hai, pak cik! - Carol!
- Saya rindu pak cik! - Kamu dah besar.
- Dah remaja. - Dia masih kecil.
Tahniah! Cantik anak dara abang.
- Terima kasih. - Aduh, terkehel!
Fernandinho, tunggu apa lagi?
- Ambilkan dia air. - Beg galas saya.
Ambil beg galas dia.
Greg tetamu kita.
- Kakak nak dengar semunya. - Okey.
- Ke mana kamu menghilang? - Meriahnya malam ini.
- Saya akan cerita semua. - Kacaknya kamu!
- Oh, Tuhan! - Apa benda ini?
Kamu bawa mayatkah? Beratnya beg ini!
Sekejap.
- Tolonglah. - Fernandinho…
- Jangan mengada-ngada. - Aduhai.
Boleh buasir dibuatnya! Dah terkeluar!
Bukan soal kuat atau tidak!
Tak guna.
Geramnya aku.
- Ibiza okey. - Ya.
Saya jadi DJ di banyak kelab.
Seronok. Banyak prospek.
Meriah dan gajinya lumayan.
Teka siapa saya jumpa di sana?
David Guetta. Dia sangat hebat.
Saya suka dia! Ada gambar dengan dia?
Tiada. Pak cik tak suka ambil gambar.
Kenapa?
Polis cari kamu? Kamu penjenayah dikehendaki?
- Fernandinho. - Apa?
Swafoto pun tak suka?
- Tak. - Macam ini?
Tak, swafoto pun tiada. Telefon saya tiada kamera.
Raja dadah saja guna telefon macam itu.
Fernandinho!
- Ya? - Dahlah itu. Cukup.
Gurau saja! Abang bergurau saja, dik.
Cukup, Fernandinho.
Betul, bukan? Dah lima tahun dia hilang tanpa berita.
Tiba-tiba saja, macam angin kentut yang lalu.
Langsung tiada berita.
Dia tak bergambar, bersosial dan guna telefon zaman batu.
Mujur tiada butang dail.
Tahu telefon itu?
- Pelik, bukan? - Fernandinho.
Janganlah rosakkan suasana.
Relakslah. Semua orang nak dengar cerita dia.
Tak apa, kak. Betul cakap abang.
- Betullah itu. - Terima kasih.
Saya minta maaf.
Dah bertahun-tahun saya hilang dan tak tanya khabar,
tapi impian saya mengembara ke serata dunia.
Saya nak hidup bebas tanpa komitmen. Saya nakkan pengalaman itu.
Itulah impian saya.
Saya pun sama.
Sejak bila?
Sayang, salahkah saya pasang impian? Salah?
- Apa negara kegemaran pak cik? - Romania.
- Peliknya. - Kakak teringin nak ke Romania.
Boleh kita pergi, ayah?
Kita pergi Beto Carrero.
Dekat sikit. Lagipun, ada kereta api…
Roller-coaster…
Apa ada di Romania?
Pernah nampak iklan percutian ke Romania? "Lawat Romania!"
Pernah nampak kemeja-T "Saya suka Romania"? Pernah?
Pemandangan di Romania antara yang tercantik di atas muka bumi.
Bar-barnya pun meriah.
Oh, ya! Ada satu lagi.
Perempuan Romania cantik macam perempuan Brazil.
Amboi, manisnya mulut!
Sejak kecil lagi dia memang macam itu.
Dia memang kaki perempuan.
Samalah! Saya pun kaki perempuan.
No comments yet. Be the first to leave one.