Release info

열혈사제 The Fiery Priest~E19-E20 NEXT-VIU
A Commentary by King_2

Tags

other
Published on: 2020-12-08
Downloads: 40
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

(Semua watak, tempat, syarikat dan kejadian...)

(dalam drama ini adalah rekaan semata-mata.)

Mari sini!

Tengkorak awak akan rasa sakit hari ini, perempuan hip-hop.

Jangan bergerak, semua pendosa!

Pergi balik.

- Ketua Pendakwa Raya. - Awak tidak sedar kedudukan awak?

Awak kata tadi awak sanggup buat apa sahaja yang saya suruh...

tanpa buat sebarang kesilapan?

Awak tahu...

perkara yang saya suruh awak buat?

Awak perlu sedar kedudukan awak,

siapa diri awak,

dan buat apa sahaja yang perlu dilakukan...

sebelum datang merayu pada saya.

Awak tidak fikir begitu?

Saya akan perbaiki diri saya, tuan.

Saya minta maaf.

Saya akan kembali ke Yeongwol.

Ya, Cik Jeong.

Apa?

Kami ada berita tergempar.

CEO pengedar makanan yang menjual produk yang sudah rosak...

telah memberi rasuah kepada Ketua Pejabat Kesihatan Gudam.

Dengan senyuman lebar,

dia menerima duit daripada CEO.

Pekerja pejabat kesihatan yang lain juga melakukan perkara yang sama.

(Kami menentang usul untuk merekodkan aktiviti pro-Jepun)

Paling penting, pengedar makanan ini...

mengupah sekumpulan samseng untuk gunakan kekerasan terhadap polis...

dan termasuk paderi yang membantu.

Bahagian kebersihan yang berpakat dengan pengedar makanan...

dan pejabat biro yang hanya sekadar menutup mata.

Kejadian yang saya saksikan hari ini adalah tindakan pecah amanah...

oleh para pegawai di Pejabat Gudam.

Sekian laporan daripada UBS.

Kenapa dengan awak?

Sudah berapa kali saya suruh awak ubah cara untuk selesaikan masalah?

Paderi itu sudah nekad ketika dia muncul.

Lagipun tidak guna berbincang dengan dia.

Jadi, kenapa masih hantar samseng murahan...

untuk selesaikan perjanjian penting ini?

Sepatutnya awak atau Pengarah Kim yang patut berada di sana!

Baiklah. Saya minta maaf.

- Saya sangat kesal. - Tidak.

Saya tidak mahu lagi dengar alasan itu.

Buat kesilapan semasa menguruskan Paderi Lee...

sudah lebih daripada cukup.

- Maaf. - Saya sudah selesai.

- Sudah siap. - Okey.

Awak tidak apa-apa? Awak dipukul dengan teruk tadi.

Keadaan tidak begitu teruk jika dibandingkan dengan jumlah penjahat.

Terima kasih atas tindakan awak tadi, Dae Young.

Yang itu?

Sekurang-kurangnya, itu yang saya boleh lakukan sebagai senior awak.

Kepala awak tidak apa-apa?

Rasanya awak masih belum tahu.

Tengkorak saya 1.5 lebih tebal berbanding manusia biasa.

Seperti memakai topi keledar.

Hari ini merupakan hari yang pertama...

awak nampak seperti senior sejak saya datang ke sini.

Saya rasa awak tidak anggap saya begitu selama ini.

Bagaimana saya mahu terangkan?

Jiwa awak jadi kuat dan ada kesungguhan di mata awak.

Mata saya sentiasa dipenuhi kesungguhan.

Rasanya awak berubah kerana sering bersama Paderi Kim.

Apa yang awak merepek ini?

Bagaimana boleh cakap begitu sedangkan sedar panas barannya?

Saya sudah terlalu lama bersabar.

Tapi, Paderi Kim nampak seperti polis, bukan?

Dia tahu segalanya tentang kerja kita.

Betul cakap awak. Dia lebih tahu daripada yang sepatutnya.

- Awak juga cedera, Paderi Kim? - Tidak.

Saya datang untuk bertemu Detektif Seo.

- Awak tidak apa-apa? - Saya tidak apa-apa.

Paderi Kim, tangan awak...

- Awak tidak apa-apa? - Ya, ini perkara kecil sahaja.

Kamilah penyerangnya.

- Bukan, kamilah mangsanya. - Kamilah mangsanya.

Kami dalam perjalanan pulang, tapi...

lelaki berpakaian hitam itu cakap tentang kombinasi.

Dia tiada di sini. Tapi, perempuan itu mula tendang...

dan menyerang saya dengan kepalanya. Inikah tindakan seorang polis?

Lihat keadaan muka saya.

Dengar cakap saya.

Saya tidak tahu itu adalah rasuah.

Saya ingatkan itu sepucuk surat.

- Awak rasa itu logik? - Kenapa saya mahu mengambil...

Kenapa pula ini dikatakan rasuah?

Detektif Koo, saya hanya rasa kesal kerana buat mereka bekerja keras.

Tepat sekali.

Jadi, saya fikir mereka boleh beli bibimbap.

- Ya, itu perkara yang sebenarnya. - Diam!

Tabik hormat.

Kenapa tiada sebarang perkembangan?

Kenapa awak tangkap semua sekali?

Mereka ditangkap ketika bergaduh...

jadi kami tiada pilihan selain tahan mereka semua.

Lupakan sahaja.

Tidak perlu minta waran tangkap.

Bebaskan mereka semua dan...

Siapa kata awak boleh bebaskan mereka?

Kenapa pula tidak boleh?

Saya ketua balai polis ini.

Tunggu dahulu. Saya terdengar sesuatu dari atas.

Tuhan cuba beritahu saya sesuatu.

Tunggu.

Dari atas sana...

Tuhan minta awak tutup mulut.

Apa?

Berani awak suruh saya tutup mulut?

Bukan saya yang suruh.

Tuhan yang suruh. Saya cuma sampaikan sahaja.

Berani awak?

Awak mempermainkan saya?

Awak. Apa cakap apa tadi? Awak sangka ia hanya sepucuk surat?

Awak berdua bercinta?

Adakah cintanya buat hati awak tersentuh dan tersenyum?

Jadi, saya akan tunjukkan rasa cinta juga.

Paderi Kim.

Kenapa pilih pembaris besi?

Kami ada pembaris plastik juga.

Ketika memukul seseorang, lebih baik gunakan pembaris besi.

Awak pula.

Awak makan bibimbap mahal yang mana?

Awak akan dipukul menggunakan sisi tepi pembaris.

Paderi Kim.

Saya akan uruskan dia.

Awak patut uruskan yang lelaki rambut bob itu.

Rambut bob?

Budak tidak guna.

Saya bukan lelaki berpakaian hitam.

Awak sepatutnya panggil saya paderi.

- Habislah awak nanti. - Oh Tuhan.

Kenapa awak semua begitu tebal muka...

sedangkan buktinya sudah jelas?

Semuanya ada di sini.

Bukankah begitu, tuan?

Saya akan diserang strok. Urut leher saya.

Ya, tuan.

- Awak mahu ke mana? - Pejabat Gudam.

Apinya ada di sana jadi saya patut pergi menonton pertunjukannya.

Awak pasti tujuan awak pergi ke sana bukan untuk burukkan lagi keadaan?

"Jadi, Tuhan hujankan api dan sulfur terbakar..."

"dari langit ke atas Sodom dan Gommorrah."

Genesis 19:24.

Api dan sulfur terbakar? Ada banyak kerja yang perlu dibuat.

Agaknya apa yang dia maksudkan dengan api dan sulfur yang terbakar?

Mereka tidak boleh terus mengelak kita!

- Mari masuk ke dalam. - Kita perlu berbincang.

Bagaimana ini...

Semua bukti yang mereka ada hanya wang tunai...

dan rakaman tempat kejadian.

Ya, tapi buat masa ini awak tidak boleh terlibat. Awak faham?

- Mula-mula, kita tengok... - Tidak.

Jika beri masa kepada pihak media,

mereka akan burukkan keadaan dengan memperbesarkan cerita.

- Saya akan ambil tindakan segera. - Tidak,

awak tidak boleh buat begitu. Mereka mungkin bersedia untuk...

Saya berpendirian tegas dalam kes ini.

Saya akan beri kerjasama...

dengan jalankan siasatan yang jelas dan adil.

Awak tidak sedar wujud penyelewengan kronik dan terancang...

di dalam pejabat kesihatan?

Siasatan ini akan menunjukkan sama ada ia terancang dan kronik...

atau hanya jenayah tunggal.

Tolong jangan tulis sebarang artikel sehingga siasatan selesai.

Saya juga tidak tahu tentang sebarang aktiviti jenayah.

Apa rancangan awak sekiranya penyelewengan ini...

memang dirancang dan kronik?

Saya akan rombak pejabat kesihatan...

dan akan mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih tulus.

Oh Tuhan.

Itu sahaja?

Maksud saya, awak ketua biro.

Awak memang menyalahkan sepenuhnya pekerja awak dan juga sistem?

Awak tidak mahu bertanggungjawab?

Apa hak awak mengajukan soalan itu?

Saya?

Saya bertanya sebagai penduduk.

Kenapa? Tidak boleh?

Baiklah, kalau begitu.

Apa yang harus saya lakukan untuk puaskan hati awak?

Perkara itu...

terpulang kepada awak, puan.

Tapi, jika awak berkeras mahu tahu pendapat saya,

saya rasa awak perlu bertanggungjawab...

atas tindakan mereka, bukan dengan niat.

Tapi, jika awak memang tidak mahu bertanggungjawab...

dan rasa awak tidak bersalah,

Awak boleh letakkan kesalahan pada pekerja atas perkara yang terjadi.

Tapi, mengelak tanggungjawab pada hari ini...

tidak bererti awak boleh buat perkara yang sama esok.

Biar saya jelaskan sekali lagi.

Dia akan naik angin.

- Dia akan naik angin. - Jika terbukti...

ia jenayah terancang dan kronik,

saya berjanji akan letak jawatan...

sebagai ketua biro.

(Sidang Akhbar Tentang Rasuah Pejabat Kesihatan)

More Malay subtitles for The Fiery Priest

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left