The first 200 lines.
Apa awak buat?
Lepaskan.
Cukup!
Lepaskan.
Cukup.
Selamatkan dia.
Selamatkan mak saya.
Ya, saya telah menafikan segala tuduhan yang dikenakan oleh pihak pendakwaraya. Jadi, keadaan agak tenang buat masa ini.
Bila awak akan dipanggil sekali lagi?
Mungkin bulan depan.
Di manakah awak sekarang?
Saya sedang dalam perjalanan untuk mengesahkan identiti wanita itu.
Dr. Han, ada seorang pesakit datang.
Encik kurang sihatkah?
Betul-betul mirip.
Jae Hui.
Saya Han Seung Hui.
Saya ialah doktor yang merawat Gim Eun Hui
semasa dia berada di hospital cawangan.
Sayalah yang menguruskan pemindahannya ke hospital utama.
Saya mendapat tahu yang dia telah meninggal dunia.
Saya berasa kesal mendengarnya.
Apa semua ini?
Ketika dia menjalani rawatan pesakit luar,
dia bertanya jika saya boleh tinggal bersama dia.
Rumah ini hampir dengan hospital dan tambahan pula, katanya dia kesunyian.
Dia kesunyian?
Pergi. Kelak, jangan datang mencari saya lagi
Kalau saya datang mencari kamu pun, anggaplah kamu tak mengenali saya.
Tapi kenapa dia melayan saya sebegitu?
Kamu dah membesar setinggi ini.
Aigoo, anak mak.
Katanya, dia membelinya setiap tahun pada hari jadi anaknya.
Itulah barang yang paling berharga baginya.
Macam mana dia--
Mungkin dia sentiasa memerhatikan awak secara diam-diam.
Tapi kenapa dia berbuat begitu?
Dia tak habis-habis cuba menjauhkan saya dari sisinya selama ini.
Kalau dia tak berbuat begitu,
dia mungkin akan membenci dirinya suatu hari nanti.
Pasti dia merasakan...
asalkan anaknya hidup dengan selesa bersama ayahnya,
maka anaknya akan berasa gembira.
Tak.
Katanya, anak perempuannya sangat serupa dengannya.
Meninggalkan kehidupan mewah,
dan tenggelam dalam kasih sayang yang dipandang rendah oleh orang lain.
Benar-benar serupa.
Tak, tak.
Mak sentiasa memikirkan, asalkan kamu hidup gembira,
itu dah cukup bagi mak.
Mak.
Mak menangis setiap hari kerana merindui kamu.
Mak sentiasa teringatkan kamu, anak mak.
Saya minta maaf, mak.
Walaupun trombosis dikesan dan rt-PA telah diberikan... (trombosis - pembentukan darah beku yang menghalang aliran darah, rt-PA - ubat untuk memecahkan darah beku)
namun jantung pesakit terhenti sebelum sempat trombosis dirawat.
Ini ialah penilaian yang tak masuk akal.
Semasa merawat trombosis, macam mana
awak boleh langsung tak mempertimbangkan kemungkinan yang pendarahan berlebihan akan menyebabkan kejutan?
Asalnya kami telah dapat menghentikan pendarahan.
Tetapi disebabkan keadaan pesakit yang kurang memberangsangkan--
Jangan cuba mencari alasan.
Pesakit ini menghidap barah paru-paru peringkat akhir.
Dalam keadaan sebegitu,
bukankah awak sepatutnya telah dapat menjangkakan risiko itu?
Saya percaya tiada pembedahan yang tidak mempunyai risiko.
Selain itu, disebabkan saya tahu tentang risiko itulah...
maka saya menjalankan pembedahan tersebut.
Disebabkan itulah pesakit meninggal dunia.
Betul tak?
Atas kematian pesakit ini, saya benar-benar minta maaf.
Sekali lagi saya meminta maaf.
Kami bukannya mahu mendengar permohonan maaf awak.
Kami di sini untuk membincangkan punca kematiannya agar kejadian ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi kelak.
Pakar bedah yang bertugas telah melakukan yang terbaik,
dan punca kematian pesakit telah pun dikenal pasti.
Mari kita teruskan dengan kes seterusnya.
Kenapa awak menjalankan pembedahan itu?
Pesakit itu tidak sesuai untuk dibedah.
Adakah pembedahan itu benar-benar perlu?
Kadar kejayaan sememangnya amat rendah.
- Tetapi-- - Sebenarnya berapakah peratusan
kadar kejayaan yang awak jangkakan?
Saya percaya kadar kejayaannya adalah kurang daripada 5%.
Awak memang hebat kerana dapat menjalankan pembedahan yang tidak masuk akal.
Walau apapun, saya mahu menyelamatkan dia.
Dan--
Saya mahu mengatakan sesuatu kepada dia.
Saya merayu kepada awak.
Selamatkan dia.
Apapun,
bagi saya, walaupun hanya ada 1% peluang, saya masih akan menjalankan pembedahan...
kerana itulah tanggungjawab seorang doktor.
Tanggungjawab seorang doktor?
Bukan disebabkan awak mahu menunjuk-nunjuk kebolehan awak?
Awak tidak peduli tentang pesakit.
Awak hanya mahu menunjuk-nunjuk kebolehan bodoh awak itu.
Bagaikan doktor palsu yang tiada otak, itulah apa yang awak lakukan.
Awak faham?
Ketua Jabatan, kata-kata tuan itu agak--
Diam!
Seorang doktor yang sepatutnya menyelamatkan nyawa, sebaliknya telah membunuh.
Keangkuhan awak telah menyebabkan kematian pesakit.
Kata-kata tuan itu agak keterlaluan.
Kalau bukan begitu, kenapa awak menjalankan pembedahan itu?
- Tentang itu-- - Jawab soalan saya.
Kenapa awak menjalankan pembedahan itu?
Baiklah.
Disebabkan wang.
Disebabkan wang?
Takkanlah awak menjalankan pembedahan Gim Eun Hui disebabkan wang?
Ya.
Awak cakap awak menjalankan pembedahan disebabkan wang?
Itukah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang doktor?
Siapa yang mengajar awak untuk mendapatkan keuntungan melalui pembedahan?
Saya tahu saya tidak melakukan apa-apa pun dengan betul.
Jadi sampai di sini sajalah.
Saya hampir gila kerana berasa cemas memikirkan yang saya akan dipecat.
Sila kembali ke tempat awak. Hal ini masih belum selesai.
Saya sudah selesai.
Kembali ke tempat awak.
Kenapa?
Awak tak mahu mengikut arahan saya?
Baiklah.
Pergilah.
Tapi, biar saya mengatakan satu perkara lagi.
Awak bukan seorang doktor.
Saya bukan seorang doktor?
Sampai di sini saja hari ini.
Sebenarnya, saya juga berpendapat...
memang benar yang saya bukan seorang doktor.
Doktor jenis apa yang menjalankan pembedahan disebabkan wang?
Namun begitu,
berdasarkan kata-kata tuan itu, bagaimana pula dengan semua orang di sini?
Bukankah mereka semua dibayar gaji untuk menjalankan pembedahan?
Apa awak cakap ini?
Macam mana dia boleh cakap begitu?
Kenapa saya menjalankan pembedahan itu?
Kerana saya mahu menjadi seorang doktor.
Merawat orang yang sakit adalah tugas seorang doktor,
doktor seperti tuan.
Tetapi kenapa tuan tidak melakukannya?
Kerana kadar kejayaan yang terlalu rendah?
Jadi menjalankan pembedahan dengan kadar kejayaan yang tinggi
dikira sebagai seorang doktor?
Pesakit mempunyai keinginan untuk hidup. Begitu juga terdapat orang yang mahu agar pesakit terus hidup.
Berputus asa hanya disebabkan kadar kejayaan yang rendah,
dan membiarkan pesakit mati dikira sebagai seorang doktor?
Cakaplah.
Hei.
Kamu memang dah gilakah?
Itulah. Nampaknya saya memang dah gila tadi.
Tetapi apa yang saya cakap itu tidak salah pun.
Macam mana kalau pengarah mahu memecat kamu juga?
Macam mana kamu boleh membuatkan semua doktor memusuhi kamu?
Betul juga, tuan.
Apa yang patut saya lakukan sekarang?
Apa lagi?
Tentulah kamu perlu pergi memohon maaf.
Betul juga. Dia pun ialah salah seorang penjaga pesakit.
Pergilah.
Dia sepatutnya masih ada di situ.
Bukankah awak agak keterlaluan?
Saya hanya mengatakan apa yang sepatutnya.
Awak hanya melampiaskan kemarahan awak.
Melampiaskan kemarahan?
Kerana awak tak dapat menjalankan pembedahan itu.
Pembedahan itu menyebabkan pesakit meninggal dunia.
Saya, sebagai penjaganya, yang meminta pembedahan dijalankan.
Terdapat juga penjaga yang menolak pembedahan dijalankan.
Saya faham.
Awak tak boleh mengingkari arahan pengarah.
Tapi awak sendiri pun nampak, bukan?
Dr. Pak,
memang telah melakukan yang terbaik.
Walaupun mak saya meninggal dunia,
tapi saya sangat berterima kasih kepadanya.
Tapi awak hanya melampiaskan kemarahan awak.
Diri awak yang sekarang ini,
saya benar-benar tak dapat memahaminya.
Saya melakukan kesilapan, tuan pengarah.
Pengarah.
Kelak, Dr. Pak akan bekerja dengan sebaik-baiknya.
Tolonglah memaafkan dia kali ini.
Dah agak terlambat...
untuk meminta maaf.
Saya benar-benar minta maaf kerana tidak dapat menyelamatkan pesakit.
Saya akan meminta maaf sekali lagi.
Inilah kesilapan kamu.
Kesilapan kamu bukanlah kerana tak dapat menyelamatkan pesakit,
tapi kerana mengingkari arahan saya.
Kamu patut merayu dan memohon maaf atas perkara ini.
Apapun, kamu tidak diambil bekerja secara rasmi...
jadi perkara ini tak perlu melibatkan Jabatan Sumber Manusia.
Keluar dari hospital ini sekarang juga.
Saya mengakui kesilapan saya kerana mengingkari arahan tuan.
Kelak, ia takkan berulang lagi.
Tak perlu cakap banyak.
Keluar sekarang juga.
No comments yet. Be the first to leave one.