The first 200 lines.
Lee So-woo bukan bunuh diri. Saya nampak!
Dia telah dibunuh oleh Choi Woo-hyuk!
Mari kita siasat sendiri, sebab apa Lee So-woo mati.
Para pelajar tak boleh tahu lebih banyak kes Lee So Woo.
Hentikannya bila ada peluang.
Kau mahu perbicaraan ini diketahui umum, supaya pihak sekolah tak boleh batalkannya?
- Ya. - OK!
Kau tak bunuh Lee So-woo. Aku percayakan kau.
So Woo tak bunuh dirinya sendiri. Ini buktinya.
Minum.
Aku cakap minum .
Aku tak minum arak.
Minum saja, sementara aku minta baik-baik.
- Aku tak nak minum. - Aku nak pastikannya.
Samada kau main-main atau tipu aku bila kau cakap kau percayakan aku,
aku perlu tengok seikhlas mana kau supaya aku boleh buat keputusan, bodoh.
Jadi, minum.
Ji Hoon.
Ji Hoon! Han Ji Hoon.
Ji Hoon.
Kau ada di dalam, Ji Hoon? Kau sihat tak?
Ayah. Saya tengah mandi.
Mampus! Mampus kau betina!
Mampus!
Betina jahanam!
Mampus!
Mampus, kau!
Mampus kau betina! Mampus!
Kau ingat Ayah tak akan tahu kau mabuk kalau kau tak tunjukkan muka?
Maafkan saya.
Air dicampur madu. Kau akan rasa lebih baik lepas minum.
Saya dah kecewakan Ayah, kan?
Ya.
Ayah tahu kau mungkin ada sebab sendiri.
Kau bukan jenis yang bertindak tanpa berfikir. Sama seperti Ayah.
Ayah.
Saya menyerupai Ayah?
Mestilah, kau menyerupai Ayah.
Tengok. Kening, mata. Hidung pun sama macam Ayah.
Dan juga rambut.
Semuanya sama. Dan ketinggian kau.
Kau lebih tinggi sebab Ayah beri kau banyak makanan berkhasiat semasa kau masih kecil.
Kalau tidak, kau akan sama ketinggian dengan Ayah.
Ayah akan masakkan sup untuk hilangkan rasa mabuk, kau minumnya esok pagi.
Ini kali pertama Ayah masakkan sup itu untuk kau.
Itu bukan kes bunuh diri.
So Woo...
dia tak bunuh diri.
Apa akan jadi kalau Lee So Woo tak bunuh diri?
Go Seo Yeon - Apa akan jadi kalau Lee So Woo tak bunuh diri?
Solomon's Perjury Episod 5
Saya dah gila.
Macam mana saya tak dengar 5 deringan jam loceng?
Tak pelik pun kau terbangun lambat. Kau hanya tidur 3 atau 4 jam sahaja antara belajar dan persediaan perbicaraan itu.
Bagaimana kau boleh bangun pukul 7?
Saya tak sanggup nak mengalah dalam apapun.
Bagaimana saya boleh lambat?
Nak Mak telefon sekolah cakap kau sakit?
Saya lebih tak suka begitu.
Tak mengapa kau pura-pura sakit sekali sekala. Mak pun pernah buat begitu.
Rekod kedatangan saya tak bagus.
Sudah begitu lambat?
Saya pergi dulu.
Seo Yeon! Satu lagi...
Go Seo Yeon!
Kau tak dapat mesej aku? Aku suruh kau pergi dulu sebab aku terlambat bangun.
Sebab itulah.
Ini.
Apa nak buat ni? Aku rasa kita dah betul-betul lambat. Cepat, cepat!
Pegang kuat-kuat.
Ah, nasib baik.
Berbaloi naik basikal, kan?
Bae Joon Yeong. Penyelamatku.
Nanti, jom kita ke kedai. Aku belanja kau sesuatu yang sedap.
Tak mengapa. Jom masuk.
Hei! Kenapa dengan kau?
Kenapa kau lambat?
Untuk menyiapkan kerja berkumpulan, tiga orang, A, B dan C, mengundi untuk memilih seorang daripada mereka sebagai wakil.
Ini soalan terakhir.
Antara semua pilihan, yang mana akan anda fikir adalah bukti yang paling penting?
A. cap jari yang ditemui di lokasi kejadian
B. rakaman CCTV yang merakam kejadian
C. keterangan saksi kejadian
A. cap jari yang ditemui di lokasi kejadian
- Anda telah terpilih. - Anda telah tersingkir.
Itu sahaja soalan kami. Anda boleh keluar sekarang.
Calon juri yang seterusnya, sila masuk.
Kamu belum habis memilih juri, kan?
Calon baru.
Pemilihan Juri bagi Kelab Perbicaraan
Cikgu! Ini tak masuk akal.
Bagaimana kami nak pilih Baek Hae Ri sebagai juri?
Kamu cakap mana-mana pelajar Sekolah Tinggi Jeong-guk boleh memohon.
Bukankah Hae Ri juga pelajar Sekolah Tinggi Jeong-guk?
- Siapa perempuan itu? - Baek Hae Ri.
Dia kerap menjadi teman wanita Choi Woo Hyeok dan putus beberapa kali sejak dari sekolah menengah. Pasangan gila.
Yang penting, dia mahu jadi juri.
Bila saya cakap macam tu?
Kemahuan itu lebih penting, kan?
Sekurangnya, temu ramah dia dulu.
Cikgu pergi dulu.
Dia cakap banyak pula.
Jaga mulut kau. Dia cikgu penasihat kelab kami.
Bukankah sudah masanya kau berhenti berlagak seperti pelajar contoh?
Aku dengar kau buat perjanjian dengan pihak sekolah dengan menggunakan video kau ditampar tempoh hari.
Oh ya. Hei, kau yang duduk tu.
- Kau yang jumpa mayat, kan? - Ya.
Lepas kau jumpa mayat Lee So-woo
betul kau terkencing dalam seluar?
Aku dengar guru kelas kau terpaksa lari ke kedai untuk belikan kau seluar dalam.
Kami tak ada masa nak dengar kau bercakap pasal itu.
Kami akan mula beri soalan.
Nanti. Kita belum buat keputusan samada nak temu ramah dia atau tidak.
Aku juga tak mahu ditemu ramah.
Jadi kenapa kau datang? Mainkan kami?
Bukan~
Aku nak menjadi juri tanpa ditemu ramah.
Begitu sajalah.
Makin kau tak dengar apa kami cakap, makin banyak markah ditolak.
Siapa kau semua untuk hakimi aku?
Apa hak yang kau ada?
Kau boleh adakan perbicaraan itu, bukan kamu sendiri yang putuskan.
Tandatangan semua pelajar itu yang membolehkan kelab ini ditubuhkan, jadi kenapa kau buat keputusan sendiri?
Aku juga ada beri tandatangan.
Jadi apa hak yang kau ada?
Hak kerana aku yang paling cantik di sini.
Mungkin kerana Choi Woo Hyeok.
Betul. Kerana Woo Hyeok.
Kita tak boleh jadikan seseorang yang terlalu rapat dengan defendan sebagai juri. Perbicaraan akan hilang objektiviti.
Daripada mula, perbicaraan ini tak ada objektiviti kerana perbicaraan ini diadakan di sekolah defendan.
Sebaliknya, dengan adanya seorang yang rapat dengannya akan mengimbangkan keadaan.
Seimbang atau tak, Choi Woo Hyeok dan Lee Joo Ri,
kita perlu berhadapan dengan dua orang yang berangai teruk. Perlukah kita tambah satu lagi?
Aku tak setuju.
Aku juga tak setuju. Perempuan itu sangat menakutkan.
Budak lelaki pun dia pukul.
Tapi, aku fikir ini lebih logik.
Betul pun, kita semua tak suka dengan Choi Woo Hyeok.
Bukankan kita perlukan seorang seperti dia sekurangnya untuk imbangkan semuanya?
Aku juga...fikir begitu.
3 setuju, 3 membantah.
Betul cakap Go Seo Yeon.
Perkara asas bagi seorang juri adalah objektiviti.
Tak boleh ada persahabatan dengan defendan, mangsa, pendakwaraya atau peguambela.
Walaubagaimana pun.
Aku fikir kata-kata Han Ji Hoon juga betul.
Perbicaraan ini diadakan berasaskan kepada perasaan tak suka pada Choi Woo Hyeok.
Jadi apa? Kau setuju atau bantah?
Aku...
Doktor.
Terima kasih untuk hari ini.
Joo Ri, kau OK, kan? Jumpa lagi pada sesi seterusnya.
Jumpa lagi nanti.
Jom, Joo Ri.
- Hei. - Apa?
Terima kasih untuk hari ini.
Mari pergi, Joo Ri.
Saya tak mahu hadiri apa-apa sesi lagi.
Apa? Kenapa?
Kau tak suka doktor psikologi itu? Nak Mak cari tempat lain?
Saya hanya tak suka. Tak mahu hadirinya lagi.
Sebab orang di klinik kenal kau siapa?
Saya dah cakap saya tak mahu, kenapa tanya lagi?
Kau nak pindah tak, Joo Ri?
Jom pindah, kita akan ada kawasan baru, rumah baru, dan hidup baru.
- Kau boleh pindah sekolah juga. - Apa maksud Mak?
Kenapa saya perlu pindah sekolah? Apa salah saya?
Kau tak buat salah, Mak tahu itu.
Jadi kenapa kita nak pindah? Kita nak larikan diri?
Maksud Mak, kita boleh hidup dengan lebih selesa di tempat baru di mana tak ada siapa pun kenal kita.
Orang yang tak kenal saya?
Mungkin mudah bagi Mak sebab Mak tak ada media sosial.
Ke mana juga atau siapa pun saya jumpa, saya Lee Joo Ri, budak yang muatnaik video kejadian di Sekolah Tinggi Jeong-guk
Ke mana juga atau siapa saya jumpa, semuanya sama!
- Berhentikan kereta. - Joo Ri.
- Berhenti. - Maaf, maafkan Mak.
Saya akan buka pintu dan lompat keluar.
Kau ada masa esok?
Eso...
Apa perlu aku buat supaya kau datang ke perbicaraan?
Joo Ri, kau apa khabar...
Go Seo Yeon?
Perbicaraan pertama akan diadakan esok pagi pukul 10, di auditorium sekolah.
Kenapa kau beritahu aku?
Aku mahu kau datang dan lihat.
Kerana perbicaraan ini adalah untuk kau.
Hei. Kau berdua nak pergi tengok perbicaraan itu esok?
Kenapa aku nak pergi tengok? Kau fikir aku ada banyak masa untuk dibazirkan?
Aku nak pergi. Choi Woo Hyeok akan hadir esok.
Aku nak tangkap gambarnya duduk di kerusi defendan & muatnaik gambarnya.
Lebih menarik kalau kita edit pakaian banduan pada gambarnya.
Kau datang?
Kau perlu bercukur. Kau nampak teruk.
Apa kau cakap ni? Kenapa kau cakap benda remeh ni?
Tempat ini bagus?
Kau nampak tempat ni tempat tinggal yang bagus?
Teruk. Ada satu tandas saja, dan aku tak boleh merokok kerana jiran komplen.
Ada banyak yang tak ada.
Kenapa kau nak pergi?
Perbicaraan itu. Apa yang kau dapat?
No comments yet. Be the first to leave one.