The first 200 lines.
"Drama ini hanyalah rekaan, tiada kaitan dengan sesiapa."
"Astaka Gyeongwon"
"Putera Yangmyeong Lee Yul, putera ketiga Raja Seongjo"
Tunggu di sini.
Sarjana Ha, awak tak apa-apa?
"Mi Su, Ketua Pawang Keempat Seongjucheong"
Tuan putera!
Tuan putera!
Bangun, tuan putera!
Tuan putera tak apa-apa?
Tuan putera!
Tuan.
Mata aku.
Ini...
Ini bukan Ha Ram.
Jangan datang dekat.
Jangan datang dekat.
Mata aku ada pada kau.
Mata aku!
Ha Ram.
Ini saya, Cheon Gi.
Tolonglah sedar.
Ha Ram!
Semangat Harimau.
Wahai syaitan. Ini istana raja.
Kau tiada kuasa di sini.
Semangat Harimau.
Kembalilah...
...ke tempat kau dikurung.
Berani sungguh kau?
Aku akan dapatkan mata aku semula.
Puan, kenapa dengan puan?
Syaitan itu dah kehilangan kuasa.
Ini bermakna...
...ada seseorang yang berjaya mengawal dia.
Dari dalam istana.
Awak tak apa-apa? Awak cedera tak?
Sarjana Ha. Awak tak apa-apa?
Dia akan sembuh tak lama lagi.
Sarjana Ha.
Sarjana Ha.
Tuan.
Tuan.
Tuan.
"Episod 9: Fisionomi Orang Yang Kekal Abadi"
Tuan. Apa yang berlaku pada tuan kali ini?
Jangan risau. Saya dah minta tabib diraja merawatnya.
Terima kasih, tuan putera.
Macam mana kalau dia tak sedar?
Apa yang akan berlaku nanti?
Tabib diraja kata dia akan sedar pagi nanti.
Kita tunggu saja dulu.
Sarjana Ha selalu pengsan beginikah?
Apa? Apa maksud tuan putera?
Saya tiba-tiba teringat pada hari...
...dia hilang di Gunung Inwang.
Hari itu juga...
...dia tiba-tiba pengsan...
...dan saya tak percaya.
Sarjana Ha, awak tak apa-apa?
Dalam perjalanan ke balai cerap Gunung Inwang malam tadi...
...saya tak sedarkan diri di dalam tandu.
Saya tak ingat apa-apa selepas itu.
Adakah Sarjana Ha ada kaitan...
...dengan tentera yang mati di Gunung Inwang?
Leher awak tak apa-apa?
Apa?
Ya, leher saya tak apa-apa.
Saya lebih risau tentang Sarjana Ha.
Kenapa dengan awak?
Tak ada apa-apa. - Ini bukan tak ada apa-apa.
Kenapa muka awak begitu pucat dan mata awak kelihatan bingung?
Saya rasa pelik.
Apa yang pelik?
Macam mana semua ini boleh berlaku...
...di tempat suci iaitu tempat potret para raja disimpan?
Sebaik saja Sarjana Ha sedar...
...saya akan bawa dia ke Unit Penyiasatan Biro Polis...
...dan suruh dia disoal siasat.
Unit Penyiasatan?
Bukankah itu tempat mayat diperiksa?
Unit Penyiasatan bukan saja memeriksa mayat.
Mereka menyiasat banyak kes...
...dan menyimpan rekod kelahiran, kematian dan penyakit.
Mereka boleh beri petunjuk tentang masalah Sarjana Ha.
Maksudnya, tuan putera nak periksa apa yang ada di dalam badannya?
Jika keadaan memaksa, kita harus lakukannya. Apa lagi pilihan kita?
Sarjana Ha berkelakuan seperti orang gila...
...dan dia cederakan awak dan pengawal.
Awak mungkin boleh mati.
Serta...
...itulah cara kita bantu Sarjana Ha.
Saya tak rasa ini berkenaan Sarjana Ha semata-mata.
Ada sesuatu juga berlaku pada saya di Astaka Gyeongwon.
Sebelum menyiasat tentang Sarjana Ha...
...bukankah tuan putera patut siasat Astaka Gyeongwon dulu?
Sarjana Ha cuma orang sakit yang tak boleh melihat.
Tolong pertimbangkan semula rancangan tuan putera.
Saya akan fikirkan apa yang terbaik untuk dibuat.
Sehingga itu, tiada siapa boleh tahu apa yang berlaku.
Saya akan berdiam diri, tuan putera.
Awak tak ikut sekali?
Saya nak tinggal dengan Sarjana Ha sekejap lagi.
Baiklah.
Awak tahu tak?
Awak...
...sangat istimewa bagi saya.
Saya nak awak sedar.
Kenapa saya rasa mengantuk sangat?
"Nenek Kebayan Samsin: Memberi Nyawa Sejak Awal"
Buat sementara waktu, syaitan tak dapat keluar.
Kenapa awak ambil tindakan yang rumit begini?
Syaitan memang begini sejak azali.
Dia tak boleh dimusnahkan sekali gus.
Anak ini mesti buka matanya yang suci itu tak lama lagi.
Saya mahu dia cipta bekas yang akan mengurung syaitan di dalamnya selama-lamanya.
Bekas itu...
Ia sesuatu yang hanya mereka berdua boleh buat.
Tuan. - Cik Hong.
Awak dah bangun?
Tuan?
Kenapa dengan awak?
Tidak.
Tidak, dia Ha Ram sekarang.
Tuan dah kembali normal?
Ya.
Syukurlah.
Saya minta maaf. - Tunggu dulu.
Apa yang berlaku di Astaka Gyeongwon semalam?
Tuan tak ingat apa-apa?
Tidak.
Jadi...
Mata tuan berpusing-pusing...
Mata saya berpusing?
Tak, ia tak berpusing. Maksud saya...
Mata awak jadi merah kehitaman...
...kuku memanjang...
Kuku saya memanjang? Apa maksud awak?
Dengan tangan itu, awak cekik saya.
Awak jadi sangat kuat, macam raksasa aneh.
Awak bermimpikah?
Apa?
Apa yang saya boleh cakap kalau tuan tak ingat apa-apa?
Beritahu saya dengan terperinci.
Tak apalah.
Makin banyak saya cakap...
...makin tuan akan fikir yang saya gila.
Sebab itulah, saya nak tahu perinciannya.
Awak nak...
...soal siasat orang yang jaga tuan sepanjang malam?
Siapa yang soal siasat siapa?
Tuanlah. Tuan mendesak saya.
Macam selamatkan orang lemas kemudian disaman sebab begnya hilang.
Baiklah.
Ceritakan perlahan-lahan.
Secara percuma?
Secara percuma?
Dari tadi lagi saya lapar.
Kalau nak saya cerita, saya perlukan makanan.
Makanlah.
Terima kasih.
Mana sapu tangan itu?
Tuan. Luka di leher tuan dah sembuh.
Ia sembuh...
...apabila saya bangun.
Ia pulih semalaman?
Ya.
Sapu tangan itu ada di sini.
Saya tak sangka awak masih menyimpannya.
Ia sangat bermakna bagi tuan.
Saya nak pulangkan kepada tuan, tapi...
Saya benar-benar berterima kasih.
Mari makan sebelum makanan jadi sejuk.
Baiklah.
Malam tadi di Astaka Gyeongwon, tuan berkelakuan macam orang gila...
...seolah-olah dirasuk sesuatu.
Serta warna mata tuan...
...jadi merah kehitaman.
Mata merah kehitaman.
Tuan.
Awak dah dapat tahu tentang syaitan itu?
Kami terima laporan dari merata tempat.
Tapi semuanya omong kosong yang kedengaran seperti...
...khabar angin yang dibawa mulut ke mulut.
Apa yang mereka kata?
Kononnya syaitan itu adalah roh jahat yang sangat berkuasa...
...yang wujud sejak dulu lagi.
Serta upacara mengurung syaitan yang dijalankan 26 tahun lalu...
...ada kaitan dengan potret Raja Youngjong.
Syaitan itu dikurung dalam suatu upacara?
Apa pula rancangan Putera Joohyang?
Tiada apa-apa.
Sudah tiba masanya untuk saya bertemu dengan dia.
Sebagai Ilwolseong.
Apa yang berlaku?
Ada kuasa suci yang melindungi istana raja...
...telah mengawal tenaga syaitan.
Saya percaya totem yang diletakkan di dalam bangunan telah digunakan.
Dah lebih 20 tahun saya cari syaitan itu.
Periksa setiap butiran.
No comments yet. Be the first to leave one.