The first 181 lines.
Ya!
Selamat tengah hari!
Hei, orang biasa, saya penyampai, Mymo!
Ya!
- Kenapa asyik saya saja yang memandu? - Mari kita dengar ramalan cuaca hari ini!
Kalau orang lain yang memandu, saya akan tertidur.
Paling bahaya sekali kalau Gris yang memandu.
Ia sangat selesa, saya takkan perasan kalau dia memandu ke dalam gaung pun.
Tapi Daerah Kamuatari selamat.
Cuaca mendung sepanjang masa.
- Pandulah dengan cermat, Enjin! - Seterusnya, Wad Timur yang bermasalah!
- Bukan salah saya! Jalan ini yang teruk! - Ribut yang diramalkan minggu lepas
- Aduh… - akhirnya tiba!
- Azimat Remlin tak boleh rawat luka? - Bayang itu mungkin ribut sampah!
Mungkin ia cuma menyembuhkan luka yang mengancam nyawa.
Saya rasa Remlin cakap begitu.
Tapi kebanyakan kecederaan kamu disebabkan oleh Tamsy.
Walaupun dia tiada pilihan.
Saya betul-betul rasa bersalah.
Apa pun, kita semua baru balik dari Tanah Larangan.
Saya rasa kita patut jumpa doktor.
Ada seorang doktor berdekatan.
Bandar ini…
Saya rasa saya pernah ke sini.
Doktor yang awak maksudkan…
Jangan kata…
Lama tak jumpa!
Kamu nak apa?
Saya sedang bekerja!
Lelaki tua…
Nenek.
Betul, budak!
Diamlah, perempuan tua!
Kepala saya rasa nak meletup.
Tak bolehkah awak rawat saya senyap-senyap?
Awak yang buat bising!
Kalau awak datang jumpa saya, diam dan biar saya rawat awak!
Sudahlah! Cucu-cucu saya datang jumpa saya hari ini.
Saya tak boleh buat apa-apa kalau mereka bising!
Okey! Dah siap!
Cepat bayar dan pergi dari sini!
Saya takkan datang lagi, perempuan tua!
Sebab inilah awak tak dapat pelanggan baru.
Kenapa saya perlu berubah demi orang yang cuma tahu merungut?
Kata-kata awak agak hebat.
Enjin selalu singgah di sini apabila dia ada berdekatan bandar ini.
Nampaknya dia suka personalitinya.
Itu pun salah satu sebabnya tapi perempuan tua ini menakjubkan!
Dia terkenal sebagai doktor pertama yang merawat pencemaran badan.
Dia sentiasa terjerit-jerit akibat kesan sampingan
kerana tersedut bahan cemar semasa mengkajinya untuk tujuan perubatan.
Perempuan tua ini dahsyat dari banyak segi.
Panggil nama saya!
Nama saya Alice!
Alice Stilza!
Ingat nama itu!
Nama yang comel.
Stilza?
Nenek!
Snek ini
rasanya menjijikkan!
Hei, janganlah terlalu berterus terang.
Apa?
- Kenapa kamu semua… - Apa?
Kenapa kamu semua ada di sini?
Mereka keluarga?
Kami datang ke sini sekali-sekala.
- Kami tiada ibu bapa… - Mereka dah lama meninggal dunia!
Kami belajar perubatan di sini.
Pakar bedah yang bijak.
Hei, August!
Kalau kamu merungut tentang snek nenek, nenek takkan beri kamu snek lagi!
Tapi ia memang tak sedap, nenek!
- Seperti biasa, keluarga ini banyak isu. - Tak sedap? Tapi kamu habiskannya!
August.
Rawatan semua orang sudah selesai.
Mari kita balik.
Saya penat.
Kamu naik kereta, bukan? Tumpangkan kami juga.
Tapi kita naik motosikal ke sini!
Dia mangsa isu keluarga itu.
Bagaimana perjalanan kamu ke Tanah Larangan?
Bagaimana topeng yang saya buat?
Kamu terlalu bising!
Leceh nak jelaskannya. Awak bacalah laporan kami.
Saya benci laporan.
Lagi satu! Awan Gelap akan tiba di sekitar sini.
Berlindunglah daripada hujan sampah.
Kami akan berhati-hati.
Kami pergi dulu!
Rasanya kita akan menemuinya dalam perjalanan pulang.
Awan Gelap?
Sfera sentiasa bergerak.
Kadangkala mereka buang sampah macam ini.
Biasanya ia mengambil laluan yang tetap,
jadi zon selamat dibina untuk mengelak laluan-laluan itu.
Tapi ia jatuh dari ketinggian itu.
Jadi, ramai yang pernah mati kerana dihempap.
Sebab itulah semakin ramai orang yang bencikan Sfera.
Tapi yang sedihnya,
kalau nak naik ke atas untuk balas dendam pun,
kita akan melanggar sempadan dan mati.
Ia betul-betul misteri.
Bagaimana Rudo dan malaikat itu menyeberangi sempadan itu?
Saya tak tahu.
Tapi saya rasa macam saya nampak sesuatu.
Awak nampak sesuatu?
Apa dia?
Saya tak tahu.
Memori itu kabur.
Tapi…
Saya punya.
Ada apa?
Enjin, awak di mana?
Semiu?
Kami dalam perjalanan balik. Saya akan beritahu ceritanya kemudian.
Baiklah.
Tapi lebih baik kamu balik ikut pintu belakang hari ini.
Kita sedang menghadapi masalah serangga perosak.
Pintu belakang? Serangga perosak?
Apa maksudnya?
Itulah pintu belakangnya.
Tapi kelakarlah kalau Pembersih ada masalah serangga perosak.
Ada serangga masukkah?
Betul!
Serangga perosak yang dipanggil Penyerang!
Tepat pada sasaran!
Saya dengar kamu sorokkan orang Sfera, jadi saya sangka pertahanan kamu kuat!
Tapi kamu begitu terdedah, Pembersih!
Tentu mudah saja untuk kita rampas orang Sfera itu!
Penyerang?
Bukankah itu teruk?
Kita perlu pergi tolong cepat!
Aduhai, kami baru saja balik dari Tanah Larangan.
Janganlah beri kami kerja yang menyusahkan!
Hei, Pembersih!
Ada cara bagus untuk halang kami buka lebih banyak lubang di pangkalan kamu.
Serahkan orang Sfera itu kepada kami.
Kalau tidak, kami akan ratakan tempat ini.
Saya terkejut.
Rupanya serangga perosak pun pandai buat tawaran.
Saya tak tahu kamu diperdayakan oleh maklumat siapa,
tapi ia menyegarkan kerana kamu menyerang dari depan.
Walaupun ia tak bermakna.
Kami berlawan dengan adil.
Gurau saja!
Kami cuma umpan.
Sementara kami buat kecoh, ramai orang kami dah menyusup masuk.
Awak tak perlu pura-pura tenang, cik.
Kalau kamu serahkan orang Sfera itu, kami takkan buka lubang lagi.
Saya bukan perempuan.
Gurau saja.
Senang betul kamu terpedaya.
Apa?
Jangan pandang rendah pada kami, perempuan tak guna!
Lagipun, mana lubang yang kamu buka itu?
Apa?
Kami baru letupkan…
Apa?
Hei…
Apa?
Apa yang kamu semua buat?
Kamu sepatutnya menyusup masuk!
Tentang itu…
Kami tak boleh masuk bangunan ini tak kira apa pun yang kami buat.
Kalau kamu nak masuk ke pangkalan kami, kamu perlukan kebenaran.
Kebenaran daripada si terperap yang paling kuat.
Kita diserang lagi.
Itu terlalu menakutkan!
Tapi malang sekali.
Kamu takkan dapat kebenaran.
Biar saya hapuskan kamu semua.
Apa yang kamu tunggu lagi?
Tunjukkan kemampuan kamu!
Awak memang berani, cik!
Rasakan!
Awak…
Pengurnia tak guna!
Tak guna, penagih objek!
Dia…
terlalu kuat.
No comments yet. Be the first to leave one.