The first 200 lines.
WILAYAH UTARA OUTBACK AUSTRALIA
Ayuh, Banjo.
- Kita akan dapatkan sedikit umpan. - Ya.
Kalau kamu nak ikan besar, kamu perlukan umpan yang bagus.
Baiklah!
Itu sama ada ikan besar
atau ada cicak dalam lubang ini.
Itu tak bagus.
Buaya?
Itu tak bagus langsung.
- Ada buaya besar di dalam. - Alamak!
Tengok itu!
- Lihat ekornya di sana. - Oh tuhanku.
Ia tak sepatutnya berada di kawasan ini. Kita perlu keluarkannya.
Ada lembu di sini. Ada orang datang ke sini.
Kita perlu keluarkannya dengan cepat.
Ya. Kita cuma perlu fikirkan
buaya, anak, air.
- Jadi,… - Jangan biarkan dia ke dalam air.
Kita akan cucuk damak ini di belakang kepalanya.
Damak ini takkan cederakannya.
- Jaga-jaga. - Buaya.
- Awak akan pegang ini? - Ya.
- Saya tunggu. - Ya. Kamu tunggu di sana.
Mak ada buaya yang sangat besar.
Ia tak gembira.
Letak tali pada muncungnya.
Ia tak nak main-main. Ia datang.
Tunggu sajalah.
Hati-hati!
Pegang!
Saya Matt Wright.
Saya menangkap dan memindahkan buaya terbesar di Bumi.
Untuk melindungi mereka dan keselamatan orang terjaga.
Tengok sini!
Bekerja dengan buaya ada dalam darah saya.
Dan saya percayakan pasukan saya dengan nyawa saya.
Itu saja.
Keluarga saya anggap Wilayah Australia sebagai rumah.
Ia antara sempadan paling liar di Bumi.
Tiada apa yang lebih liar …
Tarik!
…atau lebih bahaya daripada ini.
Willow, awak dah bangun?
Ada buaya besar yang memakan lembu di Stesen Coolibah.
Awak buat persiapan. Saya akan jumpa awak di sana.
- Baiklah. - Bersedia. Jumpa lagi.
Selamat pagi. Kamu nak pergi beri buaya makanan?
Ya.
Atas sana.
Kamu tunggu di sana.
Sedia?
Ia datang.
Wah!
Ia buaya kecil.
- Buaya kecil? - Ya.
Ia tak besar, tapi ganas.
Selamat pagi, Banj!
- Itu Mak. - Hei.
Apa kamu buat?
- Adakah itu menakutkan? - Ya.
- Jauhkan diri daripada buaya? - Ya.
Budak baik. Saya akan pergi.
- Hubungi saya bila awak mendarat. - Baiklah, sayang.
Jumpa lagi, sayang.
- Sayang awak. - Saya sayang awak juga.
Lambai selamat jalan.
Jumpa lagi!
Kita ada lebih kurang 150,000 buaya di kawasan liar di Wilayah Utara sekarang.
Bila ada masalah di mana buaya memakan ternakan
atau beri risiko meragut nyawa manusia,
itulah bila kami mendapat panggilan.
Kami masuk dan bawa buaya ini ke tempat yang lebih selamat.
Ia bukan tugas paling mudah di dunia, tapi, akhirnya,
seseorang perlu lakukannya.
HANGAR MATT
Awak dapatkah?
Kami menuju ke Stesen Coolibah untuk menangkap buaya.
Awak tak apa-apa.
Kami akan peri jauh ke dalam Outback.
Bersedia!
Kami jauh dari mana-mana kedai atau kedai perkakasan.
Kami perlu pastikan kami bersedia untuk apa saja.
Kami ada jerat buaya. Kami ada alatan lain.
Kereta bugi, bot, helikopter.
Kami dah bersedia untuk apa saja yang diperlukan.
Hei, Willow. Awak di saluran?
Ya, saya dengar awak.
Saya menuju ke arah yang betul. Jocko di depan.
Kami akan pergi sepantas mungkin.
Baiklah. Jumpa lagi.
Awak nak orang yang dipercayai untuk tenang dalam tekanan
kerana keadaan boleh bertukar buruk dengan cepat.
Saya jumpa Matt semasa berusia 18 tahun bekerja di balai lembu.
Selepas beberapa botol rum dan keputusan yang buruk,
sejak itu, kami menjadi sahabat.
Selama bertahun-tahun, kami ada saat bahaya
tapi itu yang menarik.
Saya bersama Matty selama tujuh tahun sebagai juruterbang helikopter.
Campur helikopter dan buaya menjadikannya agak berbahaya.
Saya kehilangan beberapa jari,
tapi kerja yang kita buat, bukan jari yang awak risaukan.
Lebih kepada tangan dan kaki awak.
STESEN LEMBU COOLIBAH WILAYAH UTARA
Saya baru saja tiba ke Stesen Coolibah.
Pemilik stesen itu, Milton, ada masalah dengan buaya besar.
Ia perlu ditangkap dan dipindahkan.
Mari pergi.
- Milton. - Hei, Matty.
Apa khabar?
Awak okey?
Bagaimana keadaannya? Awak ada masalah dengan buaya di sini?
Seekor saja. Ya.
- Betul. - Agak besar.
Jack panggil dia "Beef Cheeks".
Saya suka buaya, tapi bukan semasa mereka makan lembu awak.
Apabila awak menguruskan lembu di sejuta ekar hutan seperti Milton,
buaya adalah risiko pekerjaan. Dan yang mahal.
Ia akan membunuh seminggu sekali.
Lembu mungkin bernilai 1,200 dolar hari ini.
Boleh kehilangan 20 atau 30 ekor lembu setahun dengan mudah.
Kita tak boleh musnahkannya, tapi kita boleh menangkap dan memindahnya.
Itu bila Matty memainkan peranan.
OPERASI BEEF CHEEKS
Pemilik hartanah yang tak gembira, buaya yang bermasalah.
Tugas saya untuk memindahkannya dari sebarang bahaya,
sama ada ke lokasi yang lebih jauh,
atau ke kawasan perlindungan seperti Darwin.
Semasa saya cuba lihat Beef Cheeks,
saya dapat rasa tangkapan ini akan jadi serius.
Ada lima batu kawasan semak di antara mereka dan sungai.
Mereka perlu bawa 2,000 paun jerat buaya ke situ
dan jalan telah rosak akibat air.
Melihat Wilson di depan saya, dia hanya ada dua roda di darat.
Tak mungkin awak dapat melaluinya.
Saya dah jumpa.
Ia budak besar.
Willow, awak dengar saya?
Terima. Kami dengar awak.
Kami jumpa haiwan yang besar
dengan seekor lembu.
Kita akan masuk, sediakan jerat dan lihat jika kita boleh keluarkannya.
Lembu itu nampak teruk. Kita mungkin akan memasangkan ambin
keluarkan lembu
dan dapatkan sedikit umpan.
Ya, jalan ini agak teruk.
Apa kemungkinan untuk tinggalkan treler dan alihkan segalanya dari sini?
Ya, itu mungkin berkesan. Ya.
Apabila awak ada jerat tergantung dari helikopter, awak perlu peka.
Keadaan boleh bertukar buruk dengan cepat.
Tiada ruang untuk kesilapan.
Cuma perlu pusing.
Baiklah.
Kami membina jerat ini hanya 30 meter
dari tempat buaya besar itu mengunyah lembu itu.
Bekerja dalam air paras lutut tak sesuai, tapi…
awak perlu buat apa yang perlu.
Ia kembali ke arah awak.
Ya, begitu.
Saya mahu awak ke lembu itu dan letakkan tali itu di lehernya.
Saya akan angkatnya ke belakang jerat
dengan sedikit umpan.
- Baiklah. - Hati-hati.
Buaya itu ada di sana.
Ini akan jadi lebih menarik.
Bekerja dengan buaya, awak perlu berhati-hati
supaya awak tak meletak diri awak dalam risiko.
Awak boleh lihat saiz seretan di sini.
Ia semestinya bukan buaya kecil.
Kesan seretan besar.
Perkara paling menakutkan tentang menangkap buaya
ialah kita tak tahu lokasi buaya itu.
Saya tak nak masuk ke dalam air.
Saya nak buat cara paling selamat.
Ia mungkin satu meter dari awak bila awak dalam air paras lutut atau pinggang.
Awak tak tahu di mana mereka berada.
Jadi, saya cuma mencucuk saja.
Pastikan jika saya kena sesuatu, itu yang pertama dia gigit.
Juga pastikan tiada lubang dalam yang ia boleh berada.
Saya mengikatnya.
Sebaik saja Matt kembali, dia boleh angkatnya ke jerat.
Boleh awak bau itu?
Berbau busuk!
Awak ingin berada di mana lagi?
Masukkan pin.
- Turun sedikit. Semuanya okey? - Ya.
Jerat itu agak mudah. Tali picu itu diikat pada umpan.
Baguslah.
Apabila buaya masuk, ia mesti cukup besar untuk cabut tali itu.
Kemudian ia mencetuskan picu itu, tarik pin dan pintu akan jatuh.
Saya nak pasang kamera jejak ini.
Ia beri petunjuk tentang buaya yang kita tangkap.
Cepat datang, Beef Cheeks. Kami ada nombor awak.
Ia mungkin ambil masa beberapa jam atau hari untuk Beef Cheeks ke sini.
Sementara kita tunggu, Kaia dan Banjo telah datang.
Kami akan keluar dan berlatih beberapa kemahiran belukar.
Kerana di negara terpencil seperti di Wilayah Utara,
awak tak tahu bila awak perlukannya.
- Sedia untuk berkhemah, Banjo? - Ya!
Ya? Ayuh, mari pergi!
No comments yet. Be the first to leave one.