The first 200 lines.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Semua pernah dengar, bukan?
Sindrom Salieri.
Keadaan psikologi
di mana orang kedua rasa amat rendah diri terhadap orang pertama, bukan?
PENGENALAN ESTETIKA
Ada sesiapa tahu dari mana istilah ini datang?
Amadeus.
Betul. Filem Amadeus.
Saya tak kenal awak, tapi nampaknya awak agak berusia.
Jadi siapa tahu apakah plot filem Amadeus?
Kisah benar tentang Salieri
yang cemburukan kewujudan Mozart.
Dalam filem itu, Salieri cakap begini.
"Tuhan,
jika Engkau berikan keinginan, Engkau juga patut berikan bakat.
Kenapa Engkau cuma berikan kebolehan untuk aku memahaminya
setelah Engkau memilih budak angkuh, penuh nafsu dan kurang ajar?"
Zaman sekarang, ada orang gunakan kebolehan itu sebagai pekerjaan.
Siapa, ya?
Mereka ialah pengkritik.
Itu pekerjaan yang menyedihkan, bukan?
Jika Salieri hidup pada zaman moden,
tentu dia sangat terkenal.
Sebab dia pandai menilai bakat.
Estetika ialah satu bidang yang menarik di mana kita belajar
mengembangkan bakat seperti itu.
Jadi pada semester ini,
saya akan memulakan kelas pengenalan
dengan buku 40 Jawapan Tentang Seni
oleh Syarikat Penerbitan Mingyeong.
Apa yang berlaku?
Semua dah pergi.
Ya.
Kenapa awak buat begitu?
Awak…
tak setanding dengan saya.
PEMANDANGAN YANG INDAH
Yu-bin, cepat bangun.
Cepat bangun.
Kamu perlu buat latihan mendengar selama 30 minit.
Hari ini ada perdebatan, bawa semua bahan yang kamu pelajari semalam.
Cepat bangun.
Hari Rabu pertama pada setiap bulan sentiasa menjadi hari terburuk
- di Rumah Kebajikan John Greer. - Mari duduk.
Itu ialah hari pemegang amanah dan Persatuan Wanita datang melawat.
- Sudah tentu… - Makanlah.
Mak suruh kamu buka pintu. Nanti kamu tak dengar.
Mak perlu pergi ke kelab, kamu pergi ke sekolah bersama Yu-bin.
Yu-bin, nanti pergi sekolah bersama abang, ya?
Okey.
Mak.
Bukankah baju ini agak kecil?
Orang yang bergaya memang pakai baju begitu.
Su-in, ini jenama Pierre.
Susah payah mak dapatkan baju ini.
Mak rasa kamu sangat comel. Sangat comel.
Mari duduk.
Mak perlu cepat pergi ke kelab.
Waktu makan!
Aduhai.
Mak suruh kamu habiskan brokoli, bukan?
Kenapa tak luak?
Mak dah cakap jaga tabiat makan ketika kecil amat penting, bukan?
Nah, cepat makan.
Mak perlu ke kelab.
Bagus. Kamu juga Sae-bom.
Bagus.
Semoga hari ini juga menggembirakan.
Pintu akan ditutup.
KHIDMAT PEMINDAHAN BARANG
KELAB IBU HIJAU
Maaf, boleh kongsi sedikit dengan saya?
Terima kasih.
Semua dah bersedia?
Mari keluar sekarang.
Okey.
Jom!
SEKOLAH RENDAH SANGWE
KAWASAN SEKOLAH
KESELAMATAN LALU LINTAS BERHENTI
AKADEMI BAHASA INGGERIS LECY
AKADEMI BAHASA INGGERIS DAN MATEMATIK
AKADEMI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH, MENENGAH DAN TINGGI
PEMANDANGAN YANG INDAH
KAWASAN SEKOLAH HAD KELAJUAN 30 KM/J
KAWASAN SEKOLAH
Helo. Saya petugas kelab hari ini.
Hati-hati.
KESELAMATAN LALU LINTAS
Alamak!
Hei! Alamak! Jangan!
Bahaya!
Budak bertuah!
- Kamu okey? - Terima kasih.
BUKAN SEMUA JIRAN BAIK
Angkat!
Sebentar.
"Tidak menonjol."
"Meleraikan."
Helo.
"Meramal, mengganggu."
"Herotan, terpendam."
"Mudah terpengaruh."
"Meleraikan."
"Merosot."
Siapa sangka Sangwe-dong ini
sarang naga tidur yang bangkit?
Ya.
Memandangkan ini zon pelajaran terbaik selepas Gangnam,
saya dah jangka ramai yang akan datang, tapi ini amat ramai.
Boleh dapat pelajaran berkualiti akademi swasta tanpa belajar di sana.
Saya dengar itulah sebab anda berpindah ke sini. Betulkah?
- Ya. - Betulkah?
- Ya. - Ya.
Tapi…
maaf kalau ini akan menghampakan anda,
tapi kebolehan anak-anak belajar boleh dikatakan diwarisi daripada ibu bapa.
Anda tak tersinggung, bukan?
Awak tersinggung?
Awak tak tersinggung, bukan?
Nasib baiklah
dulu hampir 80 ke 90 peratus kebolehan belajar ditentukan oleh genetik.
Tapi sekarang, cuma 50 peratus.
Jika mak berusaha keras, ia boleh diubah.
- Ya. - Betul.
Jadi bagaimana? Bagaimana?
Okey.
Lee Se-dol dan Son Yeol-eum.
Anda rasa apakah rahsia kejayaan mereka berdua?
Siapa tahu?
Mereka bermula awal.
BERMULA PADA USIA 5 TAHUN
Jika kerap berlatih, secara semula jadi kita akan dapat keyakinan.
Memang kita tak boleh memaksa anak-anak dan pelajaran bukan segalanya.
Tapi jika tak suruh mereka bersaing dalam masyarakat bersaing,
siapa akan bertanggungjawab jika mereka ketinggalan?
- Siapa? - Saya mak Jul-pin.
Sebagai ibu ketua kelas, saya datang untuk dengar perkongsian maklumat,
tapi ini menggalakkan pendidikan awal dan melanggar hak asasi kanak-kanak.
Apa pendapat kamu semua?
Matlamat kami ialah menyediakan peluang pendidikan dan persekitaran ideal
kepada semua pelajar.
Mulakan bersama-sama…
Entahlah.
Saya rasa ceramah ini lebih bermakna berbanding ceramah
yang bercakap tentang perkara asas.
Kami menggunakan sistem yang lebih menumpukan kepada teknik intensif.
Selain itu, kami fokus kepada kemajuan…
Betulkah ini lebih bermakna?
Betul apa yang dia cakap.
Kadangkala, anak-anak perlu dipaksa belajar.
Ini gangguan bagi ekosistem pendidikan yang disamarkan sebagai ceramah.
Saya akan buat aduan kepada pengetua.
Saya akan berterima kasih kepada pengetua.
Jangan jadikan pendapat awak sebagai pendapat semua, Mak Jul-pin.
Kami akan melatih para guru secukupnya
dan kelas akan ditentukan
berdasarkan matlamat yang ditetapkan oleh sekolah…
Kenapa rambut penceramah itu begitu tebal? Itu rambutnya atau rambut palsu?
Serta mengajar anak-anak memahami kecerdasan buatan.
Oleh itu, perkembangan kendiri
dinilai berdasarkan beberapa peringkat dan topik yang berbeza.
Topik yang penting diberikan…
Maaf, saya tersalah hantar mesej.
Kami ada guru yang membantu
perkembangan pelajar dan mata pelajaran yang praktikal.
Puan.
Saya dah pilih barangan untuk dibuang. Bagaimana dengan rak buku?
Sayang jika dibuang.
Apa kata jual sebagai barangan terpakai?
Awak dah ucapkan selamat tinggal kepada mereka berdua?
Ya.
Di mana mereka dikebumikan?
Tanah Perkuburan Paris Pantin.
Mungkin
saya dan Henry sepatutnya ikut juga.
Tidak. Saya sibuk uruskan macam-macam selepas kemalangan itu.
BAKERI MONDE DU PAIN
Pintu akan ditutup.
Puan, ini letak dalam bilik tidur utama?
Tidak. Bukan letak di situ, tapi di dalam bilik bacaan.
Puan, pinggan mangkuk…
- Saya letak di sini. - Ya.
Tapi tolong lap dahulu sebelum simpan.
Okey.
Helo. Tentu awak sibuk sebab baru berpindah.
Saya tinggalkan penyapu dan kain lap.
Ini beberapa petua yang berguna.
Saya syorkan Bakeri Monde Du Pain di depan blok kita.
Bakeri lain biasa saja.
Saya syorkan Pusat Pediatrik Min Jae-hui di seberang jalan.
Doktor di sana baik.
Paling penting, jaga-jaga dengan mak Yu-bin.
Tolong buang nota ini selepas baca.
Eun-pyo!
Eun-pyo.
- Eun-pyo! - Awak dah datang?
Aduhai, Eun-pyo.
Rumah ini sangat cantik.
No comments yet. Be the first to leave one.