Gretel & Hansel

Gretel & Hansel

Download Malay Subtitle

Release info

Gretel and Hansel 2020 WEB-DL (01:27:18)
Gretel and Hansel 2020 1080p WEB-DL DD5 1 x264-CMRG
Gretel and Hansel 2020 720p WEBRip 800MB x264-GalaxyRG
Gretel and Hansel 2020 720p/1080p WEBRip x264 AAC-[YTS MX]
A Commentary by Sanzoryu
SUBS MALAY PENUH --- ALL WEBRIP --- "Kini tak perlu kerut dahi." | Runtime 01:27:18 | Manual translated from explosiveskull | Rate kalau suka🙂

Tags

webrip
web
x264
720p
720
BRip
1080
TS
YTS
Web-DL
web-dl
WEB-DL
Published on: 2020-04-09
Downloads: 39
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Mari, anak-anak, dan dengar,

kerana kisah yang saya cerita ada pengajarannya.

Pengajaran yang mungkin suatu hari nanti menyelamatkan awak.

Jadi, rapatlah dan dengar baik-baik.

Ia adalah kisah tentang Anak yang Cantik

dengan topi merah jambunya.

Kelahirannya adalah satu anugerah kepada ibu dan ayahnya

pada zaman penderitaan dan kebuluran yang teruk.

Semua penduduk dalam kampung setuju

dia adalah kanak-kanak yang paling cantik.

Tapi satu penyakit menimpa dia,

dan ia telah diramal

bahawa musim sejuk pertamanya akan menjadi waktu terakhirnya.

Ayahnya bukan seorang yang tidak mempedulikan berita sebegitu,

dan bisikan-bisikan memberitahu ada seorang ahli sihir wanita

dengan kuasa untuk menyembuhkan apa jua penyakit.

Apa yang diperlukan hanyalah untuk ayahnya menjadi berani

dan mempercayai kegelapan.

Dan dia berani,

dan telah mempercayainya.

Tapi bila ahli sihir itu mengeluarkan penyakit itu,

dia tinggalkan pada anak itu satu kebolehan.

Rupanya anak itu telah dikurniakan Pandangan Kedua.

Semua orang fikir mereka mahu anak itu menilik masa depan mereka,

tapi kemudian tiada siapa mahu dengar apa yang dia lihat.

Kerana yang ada hanyalah pengakhiran buruk

yang datang kepada semua orang.

Dan dia sendiri memastikannya berlaku.

Bila ia semakin jelas...

...dia menjadi berkuasa dalam cara yang lain juga.

Nampaknya dia takkan biarkan sesiapa terlepas.

Walaupun ayahnya sendiri,

yang telah banyak berkorban untuk dia.

Maka, telah diperintahkan

bahawa anak itu dipulangkan kepada kegelapan yang menjadikannya.

Dia disembunyikan jauh, jauh di dalam hutan,

sendirian,

dengan tiada siapa untuk bermain.

Tapi masih juga, dia ada cara tersendiri

untuk membuat kawan.

Jadi, anak-anak, tolong, berhati-hati dengan hadiah.

Hati-hati dengan mereka yang menawarkannya.

Dan hati-hati dengan orang yang hanya lebih gembira untuk merampasnya.

Kisah dongeng ada cara yang aneh

untuk mempengaruhi fikiran awak.

Saya tak ingat di mana saya, atau bila,

yang kali pertama saya dengar kisah itu

tentang Anak yang Cantik dengan topi merah jambunya.

Rasa macam saya memang sentiasa mengetahuinya.

Saya hairan bagaimana seseorang itu dapat

kisah dongeng mereka disebarkan.

Saya pun mesti mahukannya.

Awak perlu lalui banyak masalah yang sangat teruk.

Kemudian, kebanyakan waktu, si putera muncul

dan kejutkan awak dari tidur.

Tapi saya tak nampak ada putera di sekitar ini.

Hanya ada adik lelaki saya.

Dia ikut walau ke mana saya pergi,

dan saya terpaksa berkongsi segalanya dengan dia.

Tapi sekurang-kurangnya dia darah daging saya.

Kenapa kakak pakai benda itu?

Kakak akan pergi jumpa John Stripp.

Dan isterinya, kalau dia ada isteri.

Ibu jangkakan dia perlukan seorang pembantu rumah.

Tapi kenapa bibir kakak berwarna pelik?

Okey.

Kalau kakak nampak banyak cebisan kek,

awak yang pertama akan tahu.

Okey?

Awak boleh membaca?

Uh... Tak. Tapi, saya boleh memasak dan basuh baju.

Ayah awak seorang peladang, ya?

Dulu, ya.

Dia dah meninggal dunia.

Uh, Ibu sendirian sekarang, dan buat apa yang dia mampu.

Saya patut fikir dia boleh bertahan sedikit

sehingga wabak teruk yang menular ini tamat.

Ada yang kata tanah ini disumpah.

Hanya dengan ketidakcekapan manusia,

dan juga sebab yang lainnya.

Sungguh, semua sistem ini memang tak masuk akal.

Maksud saya, tanpa kita sedar, kita berhutang gandum dengan biskop,

dan kita tak dibenarkan untuk beri makan kepada kita punya...

Awak akan buat lebih baik bila awak terhadkan perkataan

yang keluar dari mulut awak.

Baik, encik.

Buat sesuatu yang baik untuk orang tua ini, boleh?

Sebaliknya cuba panggil "tuanku".

Ya...

tuanku.

Itulah budak baik.

Saya rasa awak akan dapati tetamu kita lebih senang dengannya.

Sekarang, saya ada sesuatu nak tanya awak.

Awak dah jaga kewanitaan awak?

Apa dia ya tadi?

Awak boleh terus buat tak dengar,

tapi soalan saya tetap sama.

Adakah awak...

masih dara?

Macam mana kalau saya pergi pada dia dan tampar dia?

Adakah tapak tangan saya akan disengat oleh kebanggaannya?

Adakah saya takkan rasa apa-apa?

Susah sangat ke awak nak senyum pada lelaki itu?

Hanya untuk mengatakan "terima kasih"?

Dia tak perlukan pembantu rumah.

Awak tak boleh tinggal di sini, Gretel.

Kenapa pula?

Sebab dah tiada cukup ruang.

Tempat ini terlalu sesak dengan roh.

Roh-roh yang lapar,

kerana segalanya sekarang telah hilang.

Roh ayah awak sedang duduk di situ.

Dan roh ibu akan berada di sini tak lama lagi.

Ibu tak patut kata begitu.

Awak akan bawa adik awak, dan bergegas ke biara itu.

Melutut merayu pada kaki para biarawati itu,

dan berdoa mereka akan terima awak.

Hansel tidak akan diterima langsung di biara.

Dan saya takkan minta untuk dimasukkan ke sana.

Jadi awak berdua boleh mula bekerja

menggali kubur kalian sendiri.

Gretel.

Bila awak dan adik awak menggali nanti...

galikan lubang untuk Ibu juga.

Berambus!

Atau ibu akan cincang awak menjadi cebisan-cebisan kecil.

Saya tarik adik saya dari tempat tidurnya,

dan bersama-sama, kami lari dari satu-satunya rumah yang kami tahu.

Pintu itu tertutup di belakang kami,

dan dunia yang besar lagi jahat terbuka di hadapan kami...

seperti mulut yang busuk.

Hmm. Kakak patut dah kerja saja dengan lelaki itu.

Senyap kalau awak tak tahu apa-apa.

Kenapa kakak selalu buat begitu?

Kakak bukan sentiasa buat apa saja. Kakak bukan jam.

Kakak buat masalah.

Kakak dah boleh dapat bilik sendiri.

Kakak boleh nampak cebisan kek lambat laun nanti.

Tiada apa yang diberi tanpa sesuatu balasan.

Bila kita boleh balik pada Ibu?

Ingat lagi tak janda itu, Hayes,

yang pernah bagi Ayah telur-telur sebelum ayam-ayamnya sakit?

Dia tinggal di hadapan sana.

Mungkin dia boleh bagi kita tumpang tidur.

Macam mana mata kakak boleh tengok sejauh itu?

Kakak tak perlu melihatnya untuk tahu yang ia ada di sana.

Kakak pasti seorang wanita tinggal di sini?

Kakak pasti seorang wanita pernah tinggal di sini.

Tak bau macam wanita yang tinggal di sini.

Senyap.

Bersyukurlah ada bumbung untuk kita berteduh.

Bukan teruk sangat pun sini.

Marilah.

Kakak rasa ibu tak apa-apa?

Kakak rasa dia tak apa-apa

selagimana kita tak apa-apa.

Gretel,

kita akan okey ke?

Itu bukan atas kakak untuk tentukan.

Adik!

Gretel! Tolong! Jauhkan dia dari saya!

Hei!

Oh, biar betul.

Saya agak kalian telah dihalau keluar dari rumah.

Keluar untuk mempertahankan diri kalian

dengan hanya pakaian dan persembunyian kalian,

yang tidak membantu sangat.

Saya ada sebilah kapak.

Oh.

Saya yakin kapak itu sembunyi dalam bayang-bayang kamu dengan sangat baik, anak muda.

Maksud saya, saya ada kapak di rumah.

Diamlah.

Saya boleh tunjukkan jalan kepada penjaga hutan.

Orang yang baik.

Banyak syiling. Makanan, kalau kamu boleh bekerja.

Mereka akan bagi kamu sebilah kapak baru,

dan tunjukkan bagaimana untuk menggunakannya.

Kamu, budak perempuan,

akan belajar ilmu herba dan tanaman.

Supaya jangan ada para lelaki di dunia mahu gunakan kamu sebagai wanita semata.

Wahai tuan, apa yang mungkin kami perlu tawarkan atas hidangan ini?

Maksud saya, awak boleh memakannya kalau bukan kerana kami.

Saya tak suka daging arnab.

Jadi apa yang awak mahu dari kami?

Kamu tiada apa yang saya perlukan atau mahukan.

"Kerana kebaikan ada ganjaran tersendiri.

"Tapi kekejaman adalah luka yang dihiris sendiri.

"Si jahat mendapat habuan dengan penipuan,

"tapi mereka yang menanam kebaikan

"akan mengumpulkan habuan yang sebenar.

"Sememangnya, mereka yang membuat kebaikan

"akan menjalani kehidupan yang baik.

"Mereka yang mengejar kejahatan akan mati."

Tapi semua orang mati.

Betul. Tapi bukan sekarang.

Makanlah dan mungkin

kamu akan benarkan saya untuk sediakan mandian untuk kalian.

Budak ini sangat kotor,

dia boleh disalah anggap sebagai tahi

kalau bukan kerana warna putih pada matanya.

More Malay subtitles for Gretel & Hansel

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left