The first 155 lines.
PERAS UGUT
Ada yang kata juvenil.
Saya kata ia pintar!
Jangan ganggu saya!
Matt, saya sedang bersiap untuk pengijazahan saya!
Matt!
Ucapkan selamat tinggal kepada mainan awak.
Ucapkan helo kepada Matt yang menguasai kakaknya untuk selama-lamanya.
Semalam kamu masih memakai lampin, kini kamu tamat sekolah menengah.
Kamu telah dewasa dan mak tak percaya kamu akan pergi ke Rom
selama dua minggu sendirian tanpa mak.
Di sana tanpa mak.
Kamu di sana tanpa mak.
Mak, saya rasa itu semua gabungan
perkataan yang boleh mak buat.
Lizzie, hari ini hari yang bermakna buat kamu, sayang.
Dia akan memetik kata-kata orang mati.
Seperti yang William Shakespeare tulis, "Jangan takut pada kehebatan.
Sesetengah orang dilahirkan hebat, ada yang mencapai kehebatan,
dan ada yang diberikan kehebatan."
Terima kasih, ayah. Saya cuma mahu tamatkan pengajian.
Kehebatan boleh menunggu sehingga mimpi ngeri ini berakhir.
Hei, Gordo. Saya nampak okey?
Lizzie, saya kawan baik lelaki awak.
Awak patut tanya Miranda tentang hal ini.
Namun dia berada Mexico City.
Ya, jubah biru awak lebih cantik daripada gadis-gadis lain.
-Terima kasih. -Ya, Tuhan.
Hanya awak yang fikir awak boleh sembunyikan gaun biru
dengan lengan gelembung yang murah itu
tapi ia mungkin gaun bencana besar dengan kandungan fiber diragui
yang awak pakai untuk tarian musim bunga.
Lizzie McGuire, awak pakai gaun yang sama!
Namun saya...
Mungkin saya pakai gaun yang sama,
tapi awak ingat pakaian orang lain, yang sama menyedihkan.
Dia tiada perkara lain untuk lakukan
selain menjadikan hidup saya sengsara?
Maksud saya...
Dulu kami kawan baik.
Ya, tapi itu sebelum dia jadi popular.
McGuire!
Pergi.
Hei, En. Escobar.
Losen selepas bercukur yang menarik.
Terima kasih.
Margaret Chan sama ada dijangkiti Ebola atau selsema teruk.
Apa-apa pun, giliran awak.
Ke mana?
Di atas podium.
Awak akan sampaikan ucapan presiden kelas.
Bagaimana dengan naib presiden?
Dia tak lulus.
Bendahari setiausaha seterusnya.
Saya cuma kendalikan tunai runcit.
Maafkan saya, awak tak boleh lepaskan diri.
Sekarang saya mahu awak sampaikan ucapan awak
dengan kebanggaan dan komitmen seperti Margaret Chan.
Walaupun awak bukan Margaret Chan.
Awak bukan Margaret Chan.
Awak bukan Margaret Chan.
Awak bukan Margaret Chan.
Lari!
Tuan-tuan dan puan-puan, Lizzie McGuire.
Margaret Chan tak dapat hadir malam ini,
jadi saya menggantikannya.
MARGARET CHAN PELAJAR TERBAIK PRESIDEN KELAS
Bukannya sesiapa boleh buat begitu, tapi...
Bagaimanapun.
Sayang.
Sayang, saya tak dapat rasa buku jari saya.
-Saya rasa kita semua bersetuju bahawa -Okey.
sekolah menengah penuh dengan saat memalukan, kekok
dan ada kalanya menghinakan, bukan?
Saya juga bukan begitu.
Ia amat menyedihkan.
Rasa seperti menonton haiwan berbulu yang dibunuh di saluran Discovery.
Saya rasa Margaret Chan mahu saya minum sedikit air sekarang.
Mainkan sesuatu! Buatlah sesuatu!
Ya!
Ayuh! Mak! Ayah!
Saya perlu keluar dari negara ini! Cepat!
Sayang, mak tahu kamu masih sedih, tapi ia taklah teruk sangat.
Benarkah, mak?
Adakah majlis tamat pengajian mak muncul dalam Good Morning America?
Si dungu mana yang menghantar Diane Sawyer sebuah video
untuk memalukan kamu begitu?
Apakah itu?
Itu Cik Ungermeyer.
Hei!
Dia akan jadi pengetua sekolah kita selama empat tahun akan datang.
Jika kita tidak timbulkan masalah,
kita akan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah liga Ivy.
Bagaimana jika kita berada dalam senarai buruknya?
Maafkan saya! Saya perlu mengemop muntah.
Kita...
Kita akan jadi lelaki itu?
Tidak.
Kita bekerja untuk lelaki itu.
-Cik Ungermeyer? -Cik Ungermeyer?
Boleh awak pastikan tak ada produk bawang putih atau soya
dalam makanan Brittany?
Cik Ungermeyer, Luke pemain tenis.
Boleh sesiapa tolong angkat begnya?
Cik Ungermeyer, anak saya menghidap asma dan dia harus ada alat sedutya.
-Cik Ungermeyer, dia perlukan... -Itu seperti Brittany. Dia ada alah...
Perhatian, ibu bapa.
Diam.
Saya ada misi
untuk mengheret anak-anak awak ke 31 tempat bersejarah di Rom dalam dua minggu.
Apabila mereka pulang kepada awak,
mereka akan merasai sedikit budaya,
sebelum meneruskan hidup mereka melipat pakaian di pusat beli-belah.
Kebanyakan rakan sekelas awak memilih untuk menaiki bas 36 jam
ke taman tema gelongsor air.
Namun awak yang bukan pelajar dungu,
awak akan alami keseronokan di Bandar Abadi
Rom, Bandar Abadi.
Tiada sesiapa membaca risalah maklumat?
Perhatikan dan belajar.
Cik Ungermeyer.
Saya ingin katakan yang tak sabar
untuk menikmati percutian akademik mengujakan dan memperkayakan ini.
-Siapa nama awak? -David Gordon.
David Gordon.
Saya rasa dalam bahasa Itali,
itu bermaksud orang yang suka mengampu dengan agenda tersembunyi.
Ya! Cepat, daftar beg itu!
Saya mahu lihat beg didaftarkan.
Okey.
Mak.
Okey, dua minggu saja, mak.
-Sayang, dia perlu pergi. -Dua minggu.
-Jumpa lagi, sayang. -Selamat tinggal.
-Selamat jalan. -Okey.
Okey?
Penerbangan 72 ke Rom.
Panggilan terakhir, penerbangan 72 ke Rom.
Hei!
Kita akan ke negara yang mencipta spageti!
Semua penumpang sekarang...
Ya, dan yang terbaiknya
ialah Kate dan kawan-kawannya yang rambut ditiup kering dan gigi diputihkan
yang memarahi saya kerana merosakkan majlis tamat pengajian
semuanya pergi ke taman tema gelongsor air.
Berapa banyak Lizzie yang diperlukan untuk memasang mentol lampu?
Entahlah, tapi hanya seorang saja untuk merosakkan majlis tamat pengajian.
LUFTHANSA
Hei! Diamlah.
Baiklah. Teruskan. Bertenaga!
Kita telah sampai. Terus masuk.
Nombor satu, nombor dua.
Selamat datang ke Hotel Cambini.
Walaupun awak fikir awak ramai dan saya hanya seorang
dan awak fikir mudah untuk perdayakan saya, fikir semula.
No comments yet. Be the first to leave one.