The first 200 lines.
Apa yang menghalang awak?
Mereka akan cuba bunuh awak esok.
Bunuh mereka.
Itulah
pilihan terbaik yang awak ada sekarang.
Encik.
Jangan buat begitu.
Awak...
bukan orang begitu.
SQUID GAME 3
EPISOD 5
Ada nampak apa-apa?
Kabus terlalu tebal, saya tak nampak apa-apa!
Tengok pukul dua awak.
Ada beberapa pulau di sana.
Detektif Hwang Jun-ho.
Awak dengar?
Ya.
Awak patut mengalah sekarang.
Sepatutnya awak biar saya mati.
Kalau awak terus menyiasat permainan ini,
awak akan mati.
Kalau begitu, bunuhlah saya.
Sila beri perhatian.
Permainan terakhir akan bermula sebentar lagi.
Sila ikut arahan staf kami.
Ulang suara.
Kau kembali seorang diri?
Aku suruh kau bawa dia sekali.
Maafkan aku.
Aku sangka aku kenal kau lebih daripada orang lain.
Kalau kenal, kau patut tahu aku takkan ikut arahan kau.
Apa yang kau nak?
Aku nak semua rekod Pemain 246 dipadam.
PARK GYEONG-SEOK
ADAKAH ANDA MAHU MEMADAM FAIL INI?
Itu saja?
Ya.
Termasuk rekod dalam pelayan utama.
Malangnya,
aku kena padam rekod yang tersimpan dalam otak kau sekali.
Ada satu lagi.
Salinan bercetak.
Kau kena musnahkan salinan itu untuk memadam rekod Pemain 246.
Di mana tempatnya?
Bilik kapten di tingkat atas.
Tak semua orang ada akses.
Aku seorang saja selain kapten.
Identiti disahkan.
Sila pilih aras.
Perlahan-lahan.
Pemain sekalian,
sila masuk ke dalam lif di depan anda sekarang.
UTAMAKAN KESELAMATAN
Selamat datang ke permainan terakhir.
Permainan terakhir dipanggil
Permainan Sotong Langit.
Kenapa kau buat begini?
Aku dah baca rekod.
Kau dan Pemain 246 bekerja di tempat yang sama.
Kau ada perasaan pada dia?
Kalau Pemain 246 mati...
budak itu pun mati.
Anak perempuan dia?
Kau buat semua ini untuk selamatkan anak orang lain?
Kau nak hilangkan rasa bersalah sebab kau tinggalkan anak kau sendiri?
Jangan apa-apakan dia dan anaknya.
Okey.
Aku faham perasaan kau sedikit sebanyak.
Tapi
kau dah melampaui batas.
Bukan sikit, tapi banyak.
Aku anggap kau istimewa
bukan sebab kita sama-sama dari Utara.
Aku sangka kau memahami aku lebih daripada orang lain di sini.
Sama macam kau,
aku kehilangan orang yang aku sayang di sana.
Semuanya kerana aku tak dapat buah pinggang.
Sedangkan di sini mudah didapati.
Tuan, ini bilik kawalan.
Tuan, sila jawab. Ini bilik kawalan.
Teruskan.
Kami mahu memulakan permainan. Semua dah bersedia.
Mulakan.
Aku datang sekejap lagi.
Aku salah menilai kau.
Aku patut masukkan kau ke dalam permainan macam orang lain.
Aku fikir kau lain daripada yang lain sebab kau tinggalkan anak kau di sana.
Tak perlu fikir tentang anak orang lain
dan pergilah bersama anak kau di langit.
Biar aku tamatkan penderitaan kau.
Kau nak lari lagi?
Nak ke mana?
Takkan kau tak tahu?
Lif itu takkan berfungsi.
Kau perlukan topeng aku.
Sila dengar peraturan permainan dengan teliti.
Pemain akan bermain di atas menara segi empat sama, segi tiga dan bulatan.
Anda akan bermain permainan tolak-menolak di atas menara ini.
Pusingan pertama akan dimainkan di menara segi empat sama
tempat anda berdiri.
Jika anda menolak seorang atau lebih pemain hidup-hidup dari menara,
pemain yang tinggal akan mara ke menara segi tiga untuk pusingan kedua.
Sama juga, jika anda menolak seorang atau lebih pemain
di menara segi tiga pada pusingan kedua,
anda akan mara ke menara bulatan.
Peraturan yang sama untuk pusingan akhir di menara bulatan.
Jika anda menolak seorang atau lebih pemain,
pemain di atas menara yang masih hidup akan diisytiharkan sebagai pemenang akhir.
Sila ambil perhatian,
jika anda gagal menyingkirkan sesiapa sebelum masa tamat,
semua pemain di atas menara tersebut akan disingkirkan.
Rasanya kita dah tahu tiga pemain yang bakal disingkirkan.
Kita tengok turutannya nanti.
Min-su.
Min-su.
Min-su.
Kawanku, aku rindu kau.
Tolong aku, Min-su.
Kau nak pil lagi?
Aku bagi kau sikit.
Tolonglah!
Dapat pun, celaka.
Jantan keparat!
Hei, pulangkan pil aku.
Pulangkan pil aku!
Kawanku, Min-su.
Kau takkan dapat tahan.
Pulangkan pil aku, celaka!
Kau memang penakut!
Aku nak pil aku, celaka!
Kenapa dengan dia?
Daripada 456...
Sila tekan butang di lantai untuk memulakan pusingan pertama.
Permainan telah bermula.
Anda ada 15 minit.
Baiklah, dengar sini.
Mari kita bincang secara rasional.
Kalau kita menolak sesama sendiri dan semuanya kelam kabut,
kita semua akan mati. Setuju?
- Ya. - Ya.
Memang payah, tapi menyingkirkan seorang pemain dalam setiap pusingan
mungkin pilihan terbaik untuk mengurangkan korban.
Apa pendapat kau?
- Rancangan yang bagus. - Betul cakap kau.
Macam mana kita nak tentukan siapa yang kita akan singkirkan?
Itulah masalahnya, bukan?
Mari kita mengundi.
Begitulah cara kita tentukan sama ada permainan diteruskan atau tidak.
Mari kita pilih pemain yang bakal disingkirkan melalui undian.
Baiklah, cadangan yang bagus.
Aku setuju.
Buat secara demokrasi.
Mari kita calonkan pemain yang patut disingkirkan,
kita bincang, kemudian mengundi.
Aku rasa cara ini yang paling adil.
Logik juga.
Dia kata dia seorang guru.
Patutlah nampak macam bijak!
Baiklah.
Memandangkan kita ada masa lagi,
mari kita calonkan pemain yang kita rasa patut disingkirkan.
Aku rasa kita patut singkirkan Pemain 222.
Boleh beritahu kami sebabnya?
Sejujurnya, Pemain 222 sudah disingkirkan sekali,
tapi tempatnya digantikan oleh anaknya.
Tak masuk akal langsung.
Tak adil untuk kita.
Aku setuju.
Pemain 222 sepatutnya tak kembali ke dalam permainan, itu tak adil.
Lebih teruk lagi,
bayi itu tak boleh bermain sendiri atau mengundi.
Aku yakin dengan menyingkirkan Pemain 222,
permainan dan proses undian lebih adil untuk semua pemain.
Penjelasan kau buat aku pening.
Bayangkan kalau si kecil itu berjaya keluar dari sini.
Apa nasibnya nanti?
Ibunya dah mati.
Nampaknya bayi ini tak ada bapa.
Siapa yang nak jaga dia?
Malangnya,
bayi ini tak ada harapan untuk hidup.
Kau tak fikir begitu?
Baiklah.
Kalau semua setuju, kita teruskan undian untuk singkirkan Pemain 222.
Tunggu sekejap.
Saya tak setuju.
Apa masalah kau?
Permainan ini ada tiga pusingan.
Kita kena buat keputusan yang lebih rasional.
Apa lagi yang lebih rasional?
Saya rasa Pemain 456 akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi bayi itu.
Itu yang dia buat sekarang,
tapi kalau kita ugut nak tolak dia, tentu dia akan lepaskan bayi itu.
Nyawa dia dalam bahaya.
Cuba fikir, ada betulnya hujah dia.
Kamu semua nampak.
Dia bawa bayi itu menyeberang jambatan dalam permainan Lompat Tali.
Aku tak tahu sebabnya, tapi dia takkan mengalah dengan mudah.
Mungkinkah dia
No comments yet. Be the first to leave one.