คลับฟรายเดย์เดอะซีรีส์ 16 เรื่องรัก เรื่องร้อน
The first 200 lines.
(Plot telah diselaraskan untuk tujuan hiburan saja.)
(Kami tak berniat untuk menyinggung mana-mana kerjaya,)
(menggalakkan nilai seksual yang tak bermoral,)
(atau cipta sikap pesimis terhadap jantina atau sekumpulan orang.)
(Kami ingin memohon maaf terlebih dulu atas sebarang salah faham.)
Selamat hari lahir, Night.
Adakah mak cik orang pertama yang mengucapkan selamat hari lahir?
Sudah tentu.
Mak cik yang pertama...
dan mungkin satu-satunya orang yang akan menelefon saya.
Kamu mengeluh tentang menjadi bujang,
tetapi kamu tak nak cari kekasih.
Tak, terima kasih sajalah.
Saya gembira bersama mak cik.
Jika saya mencari kekasih,
orang itu mesti sayangkan saya...
dan juga mak cik sekali.
Sudahlah.
Mak cik tak nak bercakap mengenainya.
Mak cik perlu pergi. Selamat hari lahir sekali lagi.
- Selamat tinggal. - Selamat tinggal.
Hei awak.
Buatkan saya minum.
Saya minta maaf,
tapi kami dah tutup.
Sayangnya.
Tapi saya dah berada di sini.
Tambahan pula, saya baru turun dari kapal terbang.
Minuman sejuk akan menjadi sempurna.
Thailand sangat panas.
Buatkan saya minuman, ya?
Tolonglah.
Nah…
Siapa nama awak?
Night.
Tolong buatkan saya minum, Night.
Tolonglah.
Saya…
Kenapa awak lambat sangat?
Adakah ini milik seseorang?
Jika tak, boleh saya minum?
Tunggu.
Hei.
Wah.
Rasanya bagus.
Awak lebih baik...
daripada pelayan bar di L.A.
Terima kasih.
Tapi saya bukan macam itu.
Hei.
Minuman ini ada nama?
Jadi saya tahu apa yang perlu dipesan lain kali.
Saya sedang mencipta minuman baru.
Tapi awak mencuri minuman itu sebelum saya sempat merasainya.
Jadi saya tak tahu sama ada ia cukup baik...
untuk diletakkan pada menu.
Irene.
Apa?
Itulah nama saya, Irene.
Memandangkan saya orang pertama yang merasai minuman ini,
awak boleh menamakan minuman itu dengan nama saya.
Saya takkan mengenakan bayaran kepada awak.
Okey, yalah.
Hei.
Wah.
Tutup bar cepat dan pulang ke rumah untuk makan kek hari lahir.
Saya…
Saya minta maaf. Saya tak bermaksud…
Apakah perkataan itu?
S…
Curi tengok.
Ya.
Saya tak bermaksud untuk melihat.
Adakah hari lahir awak hari ini?
Ya.
Selamat hari lahir, Night.
Saya tak ada hadiah untuk awak,
jadi saya akan memberi awak ciuman sebaliknya.
Terima kasih.
Awak seorang yang agak peramah.
Awak panggil saya penyibuk?
Tak.
Bahasa Thai awak tiba-tiba menjadi begitu fasih.
Maksud saya awak bertindak seperti...
kita dah lama berkawan rapat.
Kami telah mengenali antara satu sama lain selama 30 minit.
Ia dikira lama.
Sesetengah orang mula bercinta pada masa itu.
Sekarang kita di sini,
boleh awak buatkan saya minuman lagi?
Jom sambut hari lahir awak.
Tolonglah.
- Baiklah. - Tunggu.
Ciuman di pipi dan ciuman di tangan adalah hadiah hari lahir awak...
daripada saya kerana awak terlalu comel.
Jangan lapkannya.
Ini hadiah saya kepada awak.
Baik.
Awak kekok, bukan?
Comelnya.
Saya tak tahu mengapa saya rasa mabuk ini.
Mungkin kerana saya tak makan sejak saya mendarat.
Saya hanya minum dua minuman.
Begitu.
Awak pasti awak boleh pulang sendiri?
Sudah tentu.
Ini tempahan perjalanan saya.
Saya akan tolong awak.
Saya akan pergi dulu.
Selamat tinggal.
Harumnya bau awak.
- Saya pergi dulu. - Baik.
Selamat malam.
Selamat tinggal.
Irene.
Dengar.
Saya telah memutuskan untuk ikut awak.
Saya akan hantar awak pulang.
Aoy dan Chod,
ia lucu bagaimana kita sentiasa mencari cinta...
apabila kita tak menginginkannya.
Sebenarnya cinta ini tak pelik langsung.
Kami hanya dua wanita yang kebetulan bertemu,
jadi rapat,
dan jatuh cinta.
Kenapa saya dan Irene...
perlu menghadapi rintangan dan sentiasa membuktikan diri...
hanya kerana kami perempuan?
Tak seperti hubungan biasa antara lelaki dan wanita,
di mana cinta saja dah memadai.
Tiada siapa campur tangan seperti mereka campur tangan.
Dunia ini sangat tak adil, Aoy dan Chod.
Walaupun seluruh dunia cuba tunjukkan...
sikap terbuka dan penerimaan,
akhirnya, masih ada orang yang tak mampu menerima kita.
Lebih-lebih lagi apabila hubungan jenis ini...
melibatkan ahli keluarga mereka.
Helo.
Di mana awak sekarang?
Saya menunggu awak.
Saya dalam perjalanan, sayang.
Saya bukan sayang awak.
Kita hanya tidur bersama secara santai.
Jangan panggil saya begitu lagi.
Saya boleh jadi apa saja yang awak nak saya jadi...
asalkan saya dapat dekat dengan awak, Faye.
Awak ikut Irene ke mana?
Awak balik lambat sangat.
Ke sebuah bar.
Dia berparti sebaik saja dia mendarat.
Awak tahu apa yang lucu?
Kebetulan pemilik bar itu...
bekas teman wanita saya.
Betul ke?
Saya tak terkejut pun.
Awak telah bercinta dengan ramai wanita.
Dia pasti akan terserempak dengan salah seorang daripada mereka.
Pernah tak awak terfikir untuk mempergunakan bekas kekasih awak?
Saya rasa awak menamatkan hubungan dengan cara yang tak baik.
Sudahlah, ia untuk kebaikan kita berdua.
Boleh ke kita berhenti bercakap?
Ada perkara lain yang saya lebih suka lakukan.
Awak tak sabar bila perkara ini berlaku.
Irene.
Ke mana kamu pergi malam tadi?
Penerbangan kamu mendarat pada pukul 11 malam.
Kamu sepatutnya tiba di rumah sebelum pukul 1 pagi.
Kamu pulang subuh.
Kamu pergi mana?
Begini ke cara ibu menyapa anak yang dah lama ibu tak berjumpa?
Ibu pernah mengambil berat tentang saya?
"Kamu rasa lesu tak dari penerbangan?"
"Kamu dah makan ke?"
Tahu tak cakap macam itu?
Kamu tak kisah pun...
sama ada ibu mengambil berat tentang kamu atau tak.
Kami hanya mementingkan duit.
Jika ibu mengheret saya ke balik supaya kita boleh berlawan,
saya juga boleh kembali ke L.A.
Ia menjengkelkan.
Ibu heret kamu balik supaya kamu boleh mula bekerja.
Berhenti menjadi bodoh dan membazirkan duit ibu.
kamu dah cukup dewasa untuk mengetahui dengan lebih baik.
Ibu tak takut saya akan merosakkan syarikat ibu?
Kamu seorang gadis yang bijak.
Kamu sentiasa berjaya apabila kamu dah bertekad...
pada sesuatu.
Tapi kamu yang tak nak buat macam itu.
Ibu tahu kenapa saya jadi begitu, bukan?
Kerana kamu mempunyai darah kotor ayah kamu.
Ibu!
Jangan cakap pasal ayah saya macam itu.
Dia seorang lelaki yang baik.
Adakah begitu?
Kamu kata lelaki yang tinggalkan anak isteri itu lelaki yang baik?
Irene.
Khabar angin mengatakan...
yang kamu gunakan dadah semasa berada di luar negara.
Itu benar, bukan?
Fikirkan apa yang awak nak.
No comments yet. Be the first to leave one.