Percy Jackson and the Olympians

Percy Jackson and the Olympians

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Percy Jackson and the Olympians S01E02 I Become Supreme Lord of the Bathroom 2160p DSNP WEB-DL DDP5 1 Atmos HDR-DV H 265-Telly
A Commentary by Tuturuu
Retail Hotstar Resync ke versi DSNP

Tags

other
Published on: 2023-12-20
Downloads: 46
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Kisah-kisah yang ibu ceritakan tentang dewa-dewi Greek dan wira

serta raksasa, semuanya benar.

Kamu orang kacukan dan orang kacukan tak selamat di dunia ini.

Apabila mencecah umur tertentu, mereka mula faham siapa sebenarnya diri mereka.

Kuasa-kuasa dahsyat cenderung mencederakan mereka

sebelum mereka cukup kuat untuk menentangnya.

Jangan risau, Puan Jackson, Percy pasti selamat di kem.

- Bersumpah. - Saya bersumpah.

Ibu!

Selamat datang ke kem, Percy Jackson. Kami menantikan kehadiran kamu.

Saya berada di mana?

Air liur awak meleleh ketika tidur.

Tak apa. Awak selamat.

Ia betul-betul berlaku.

Membunuh raksasa begitu bukan calang-calang.

- Saya nak semua orang tahu... - Awak nampak?

Nampak apa yang berlaku pada ibu saya?

Saya nampak.

Saya bersimpati... atas...

segala yang berlaku.

Tugas saya adalah melindungi awak, bawa awak ke sini dengan selamat.

Mungkin kalau saya berterus terang lebih awal,

- ibu awak masih ada... - Tolong, cukup.

Saya tahu ia tak mudah tapi saya nak cakap.

Saya tak nak.

Tugas awak ialah bawa saya ke sini.

Jadi, tugas awak dah selesai.

Awak nak ke mana?

Saya berada di sini sebab ayah saya seorang dewa.

Jadi, saya akan cari dia.

Ya, tapi tak... semudah itu.

Maaf. Saya Percy Jackson, saya baharu di sini.

Peter Johnson dah sampai!

Okey. Itu bukan nama saya. Boleh saya tahu di mana pejabat?

- Atau sesiapa yang bertanggungjawab... - Sekejap.

Sekejap. Percy, ini Encik D, Pengarah Kem.

Encik D, ini Percy Jackson.

Ya, Grover. Saya dah dengar tadi.

- Ya, tapi awak... - Okey.

Jangan cari pasal dengan dia.

- Dia yang cari pasal dulu. - Percy, D ialah untuk Dionysus.

Dia Dionysus.

Apa maksud awak, Dionysus?

- Dewa Dionysus? - Ya.

- Tak mungkin. - Ya.

Maafkan saya, Tuanku.

Saya rasa ayah saya ada di sini.

Saya tak tahu nak cakap macam mana. Nama dia pun saya tak tahu.

Tapi saya perlu jumpa dia. Saya...

Saya sangat perlu jumpa dia.

Boleh awak bantu saya?

Sebenarnya...

Saya rasa boleh.

Anakku.

- Ayah? - Ya, Peter.

- Percy. - Tepat sekali.

Sebelum kita saling berkenalan,

ada sesuatu yang penting kamu kena buat untuk saya, okey?

Di galei,

ada sebotol Chateau Haut-Brion tahun 1985.

Boleh kamu ambilkan?

Itu saja yang awak nak cakap?

- Hei, Encik D, walaupun Percy... - Grover, diam.

Ini saat yang menarik, janganlah rosakkan.

Galei itu di sebelah sana.

Ambil botol itu dan kita akan bercakap tentang apa saja yang kamu nak.

Awak, saya, siapa-siapalah.

- Percy. - Encik Brunner?

Nama sebenar Encik Brunner ialah Chiron.

Pengarah aktiviti kem, dewa jurulatih wira-wira, dia...

Grover, terima kasih. Biar saya sambung.

Oh, Percy, mesti kamu susah nak terima semua ini.

Tak. Tak ada apa-apalah. Awak kuda,

ayah saya tak nak cakap selagi saya tak ambilkan minuman.

Ini semua nampak normal

- dan biasa saja. - Tidak.

Encik D bukan ayah kamu.

- Mungkin. - Ya, tapi kamu pasti?

Kenapa awak mesti rosakkan segala-galanya?

Encik D tahu yang Zeus melarang dia minum alkohol.

Separa dewa pula boleh memenuhi permintaan dewa

yang dewa tidak boleh buat sendiri.

Encik D sengaja mengambil kesempatan.

Percy...

ayuh kita ambil angin dan saya ceritakan segalanya.

Grover, awak tak perlu ikut.

Saya rasa tak sedap hati.

Apa, kejayaan?

Awak berjaya bawa budak itu ke kem. Jangan fikir banyak sangat.

Ya. Tapi...

Ini lembah suci, Percy. Manusia tak boleh nampak.

Raksasa tak boleh masuk.

Dunia pun tak boleh ganggu.

Kamu dibawa ke sini dengan penuh hati-hati dan penuh pengorbanan.

Hei, tunggu saya!

Ada sesuatu yang saya nak cakap.

Saya hilangkan pedang pen awak.

- Harap bukan itu saja yang ada. - Periksa poket kamu.

Tidak, saya… Saya kehilangannya malam itu, di bukit.

Periksa poket kamu.

Selagi kamu tak serahkan kepada sesiapa, ia akan sentiasa kembali kepada kamu.

Objek sakti tak ikut hukum fizik dunia biasa.

Pen kamu, kerusi roda saya, semuanya sebahagian daripada dunia ayah kamu,

macam diri kamu sekarang.

Saya nak tunjuk sesuatu.

Dua belas kabin, untuk dua belas dewa Olympian.

Setiap kabin adalah kediaman anak yang telah dituntut oleh dewa.

Bagus. Kabin saya yang mana?

Kamu belum dituntut, Percy.

Jadi, bila saya akan dituntut?

Dewa akan tunjuk reka bentuk mereka apabila mereka mahu, bukan sebelumnya.

Mungkin ayah kamu tuntut kamu esok, mungkin juga minggu depan,

- atau mungkin... - Tak tuntut.

Sampai sekarang, dia tak nak ada kena-mengena dengan saya.

Apalah yang saya buat di sini? Tiada tempat untuk saya.

Ada tempat untuk kamu.

Di sini.

Hermes, Dewa Kembara.

Kabinnya merupakan kediaman dua orang anaknya,

dan juga yang tak dituntut.

- Perhatian. - Sekejap.

Perhatian, semua.

Ini Percy Jackson. Saya harap kamu bantu dia di sini.

Saya tahu kamu rasa lemah, tapi kamu bukannya lemah.

Semua akan diketahui nanti.

- Ia melompat ke atas! - Saya nampak!

- Ya. - Ia di atas sini.

- Itu dia. - Saya rasa dialah yang bunuh Minotaur.

Kalau awak nak cari pasal, esok sajalah.

Saya dah tak larat lagi.

Saya dengar apa yang berlaku di atas bukit. Saya...

nak kata yang saya bersimpati.

Saya tahu apa yang awak lalui. Percayalah.

Saya Luke.

Percy.

Kamu usik lagi.

Ya.

Kamu terlalu tegas dengan diri sendiri, Grover.

Sejak dulu lagi.

Jangan gementar.

Jujur saja.

Okey.

Lambat laun, awak kena pilih.

Maaf mengganggu, adakah sesuai untuk bercakap sekarang?

- Tidak! - Ya, teruskan.

Tentang Sally Jackson.

Saya rasa saya tahu apa yang berlaku.

Saya tak pernah lihat Minotaur menghancurkan manusia,

tapi saya anggap mereka mudah dipicit

atau mungkin macam pisang masak ranum, mungkin.

- Grover... - Tapi dia tersejat.

Macam raksasa.

Saya ke Majlis Telapuk,

dan mereka kata perkara sebegini pernah berlaku.

Apabila manusia begitu hampir dengan kematian,

Hades boleh muncul dan...

Ya, kami tahu.

Tapi kamu tak cakap apa-apa dengan Percy?

Tak. Tiada sesiapa akan cakap apa-apa dengan dia.

Tapi dia berhak tahu kebenaran, bukan?

Grover, kebenaran adakalanya berbahaya jika ia tak diuruskan dengan berhati-hati.

Saya tak nak tipu dia lagi.

Sudahlah. Ada kuasa-kuasa dahsyat yang terlibat.

Kuasa yang memusnahkan Bumi sebelum ini,

dan hampir dapat musnahkannya lagi.

Sayangnya, kamu tak nak menipu kawan kamu.

Saya rasa kamu perlu menjauhi dia.

Kamu tak akan beritahu dia apa-apa. Kamu faham?

Dia tinggalkan kamu di sini, tinggalkan kamu sebatang kara.

Saya tahu apa yang kamu rasakan.

Kamu mahu apa yang telah diambil daripada kamu.

Kamu mahu keadilan.

Awak okey?

Sangat okey.

Kami semua pun mengalaminya.

Mimpi buruk menakutkan, berulang kali. Itu normal di sini.

Mimpi siang hari juga, ADHD dan disleksia.

Cara separa dewa menerima kenyataan berbeza dengan manusia.

Buat pertama kali dalam hidup, awak sama macam orang lain.

Jadi, awak pun...

- Tak tahu siapa... - Tak dituntut?

Tak, Hermes ialah ayah saya.

Itu tak penting, kita semua sama saja di sini.

Kenapa perkara itu okey?

Kenapa mereka nak bawa kita ke sini kalau untuk biarkan saja?

Kalau awak asyik nak tahu kenapa dewa-dewi ini bertindak begitu,

awak boleh naik gila nanti.

Lebih cepat awak berhenti, lebih cepat awak menikmati

apa yang ada di sini.

Apa dia?

Kemasyhuran.

Separa dewa sentiasa bertempur untuk kemasyhuran. Mereka panggil kleos,

ia seolah-olah melekat pada nama awak.

Ia buat kita lebih besar, menakutkan, lebih penting.

Orang dengar bila awak bercakap, bekerja keras untuk jadi kawan awak

dan fikir dua kali untuk cari pasal.

Hei!

Hei. Sudahlah, Clarisse. Ini hari pertama dia.

Sekejap, dialah yang bunuh Minotaur. Betul?

Ya.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left