The Morning Show

The Morning Show

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

S01 - ATVP WEB-DL - MZABI / ION10
A Commentary by bontoutou
Official Subtitles - MZABI / ION10

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
Published on: 2020-01-22
Downloads: 36
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

58 PAGI

Ya Tuhan. Fred, apa yang terjadi?

Jadi, itu saja?

Habislah kita.

Tak, saya akan beritahu dia.

Pastikan ada orang yang mati.

TELEFON CHARLIE BLACK PANGGILAN TIDAK DIJAWAB

MESEJ CHARLIE BLACK HUBUNGI SAYA SEGERA

Tak guna.

Selepas itu, awak akan menemu bual Gerard Thompson,

di Jabatan Seni di Vanderbilt berkenaan lukisan Van Gogh yang baru muncul semula.

Saya jadualkan sejam untuk ucapan awak pada malam Jumaat.

Ia pasti lebih. Saya akan jadualkan semula sesi minum bersama Jane Fonda.

Kemudian, ada temu bual dengan senator tentang bukunya berkenaan polisi

dan kenapa ia gagal.

Awak perlu menyedang gaun awak untuk hari Jumaat.

Mereka akan bawa ke studio hari ini.

Jika awak mahu senator di rancangan lagi...

Ada mesyuarat PIBG di sekolah Lizzy minggu depan.

Chip cuba hubungi awak.

CHARLIE BLACK SURUH ALEX HUBUNGI SAYA SEGERA

Ya Tuhan.

Siapa yang mati?

25 PAGI

Ya Tuhan. Boleh awak matikan radio?

Dia menyanyi tentang kapal terbang terhempas sejak 50 tahun yang lalu.

Semua orang masih mati. Teruskan hidup.

- Betul tak, Joe? - Ya.

Hati-hati. Saya sedang memakai celak.

Saya...

Alan, apa ini? Apa benda yang mengarut ini?

Apa yang mengarut kali ini? Apa dia?

Idea bodoh ini akan meyakinkan loji kuasa arang batu seluruh dunia

untuk melabur dalam proses memerangkap karbon tanpa kaitan.

Bolehkah kita tak bercakap tentang kaitan ini lagi?

- Apa? - Ia bukan tentang kaitan.

Ini tentang bantahan dan bagaimana bandar itu berpecah.

- Itulah halnya. - Ya, saya tahu.

Siapa yang makan semua burger?

- Tak. - Ambillah kentang goreng saya.

- Terima kasih. - Ia dah sejuk.

Berapa banyak burger awak makan, Joe?

Kita akan bercakap bagaimana bandar itu berpecah.

Tapi kita akan masukkan betapa selamatnya karbon yang terperangkap.

Apa? Awak yang letak dalam teks.

Ini bukan agenda saya, Bradley, okey?

Saya cuma orang Harvard liberal yang perlukan kerja.

Ini batu loncatan untuk saya. Saya ikut peraturan.

Kebenaran tetap kebenaran, sama ada untuk akhbar khayalan

- atau The New York Times. - Tak guna.

- Harap kita di jalan yang betul. - Ya,

menggunakan perkataan "Harvard" dalam perbualan memang bagus.

Awak berdua, boleh kita...

Semua orang yang belajar di Harvard boleh berbual

dengan perkataan, "Harvard," seperti, "Harvard?"

Harvard.

Kita akan terus buat begini? Sampai bila?

Alamak. Mitch Kessler baru dipecat daripada The Morning Show.

- Apa? - Apa yang terjadi?

Biar saya lihat.

Kurang seorang yang menyampaikan berita ringan kepada orang ramai.

Sebelum dinamakan sebagai pengacara bersama The Morning Show,

Kessler ialah wajah bagi bahagian berita UBA,

berkhidmat sebagai wartawan UBA di Rumah Putih,

pengantara perdebatan presiden dan wartawan lapangan bagi rangkaian.

Penerima beberapa anugerah penyiaran

termasuklah anugerah Kepimpinan dalam Kewartawanan dari Yayasan Media New York.

Dia dan pasukan TMS telah memenangi 12 Daytime Emmy sepanjang tempoh 15 tahun.

Lewat malam tadi, The New York Times mendapat maklumat

tentang penyiasatan dalaman oleh UBA berhubung kes salah laku seksual Kessler.

Sehingga hari ini, The Morning Show ialah satu-satunya rancangan berita pagi

yang mengelak daripada skandal Me Too yang telah melanda pesaingnya.

- Bila? - Baru saja. Dia tahu?

Ya. Kita akan buat semula keseluruhan rancangan. Kita akan mula dalam 90 minit.

Bersedia. Layla sedang siapkan salinan baru. Hantar kepada Alex segera.

Baik.

Kita tiada pilihan. Ada beberapa aduan salah laku seksual.

Berapa banyak? Siapa? Bila?

Entahlah. Ia maklumat sulit. Ia dibocorkan kepada Times dalam tempoh semalaman.

Bagaimana?

Saya tak tahu siapa yang bocorkan. Saya harap saya tahu.

Saya cuba uruskan secara senyap.

HR dah menyiasat selama beberapa minggu. Saya tak mahu...

Saya tak mahu libatkan awak. Saya cuba lindungi awak, Alex. Sebelum awak...

Awak tahu dan awak tak beritahu saya?

Adakah saya tak penting untuk tahu apa yang berlaku?

Alex, saya cuba hormati privasi awak...

- Privasi saya. - Seperti yang awak minta

supaya awak boleh buat kerja awak setiap pagi,

apa yang Amerika mahukan.

Awak tak guna, Chip. Jangan libatkan Amerika dalam hal ini.

Mereka dah ada banyak masalah untuk diselesaikan.

Ini menjejaskan saya, okey? Pasangan saya di udara...

ialah pemangsa seks?

Kenapa awak rasa saya tak patut tahu tentang hal ini?

Awak ingat keserasian mudah dicari

dan kita boleh membelinya di kedai?

Pejabat Charlie Black. Sila tunggu.

Pejabat Charlie Black. Sila tunggu.

Rena. Dia di mana? Kita perlu bincang tentang rancangan hari ini.

Dia di dalam bersama Alex. Dia tak mahu diganggu.

Rena, kita akan bersiaran kurang daripada dua jam.

Pejabat Charlie Black. Sila tung... Hai. Saya akan cuba dapatkan dia.

- Biar betul? - Betul.

- Tumpang lalu. - Wah.

- Saya. Awak pun tahu. - Betul. Tapi...

- Apa? - Cory dan Fred dari rangkaian.

- Bagus. Sambungkan. - Ya.

Biar saya jawab.

- Hai, ini Alex. - Dan Chip.

Alex?

43 PAGI

- Cory di sini. - Dan Fred.

Saya bersimpati tentang semua ini. Saya rasa teruk.

Saya rasa seperti Mitch dah mati. Mitch yang saya kenal.

Baru sebulan saya mengetuai bahagian berita,

jadi saya tak dapat bayangkan perasaan awak.

Saya bersimpati, Alex.

Ini sukar bagi kita semua.

Kita sebagai satu keluarga dan kita mengalami tragedi. Jadi, kita...

Rangkaian takkan bertoleransi dengan sebarang salah laku seksual.

- Tak sama sekali. - Awak rasa awak mengenalinya...

Okey, terima kasih, Fred dan Cory.

Tapi saya tak boleh fikir sekarang kerana saya perlu fokus

pada apa kami akan siarkan dalam masa kurang daripada dua jam.

- Lebih kafein. - Terima kasih.

Terima kasih.

Sebab itulah awak seorang profesional.

Kita hanya perlu selesaikan satu demi satu, betul?

Jangan lupa ada pengiklanan beratus juta

dipertaruhkan di sini. Kita takkan biarkan ia...

ganggu kita sebab perubahan itu bagus.

Tragedi bagi seseorang mungkin peluang bagi orang lain.

Jadi, mari kita terima dengan hati terbuka.

Gunakan peluang ini untuk mengubah diri kita, menjadi lebih hebat dan baik.

Syukurlah kami ada awak, Alex. Awak akan menyelamatkan kita.

Sebab itulah mereka berlengah untuk menyambung kontrak saya.

Ya. Awak berdua.

Dengar sini,

naluri saya mengatakan saya sendiri patut beritahu berita itu secara jujur.

Memberitahu perkara sebenar ialah satu-satunya cara untuk jaga maruah kita.

Kita akan bercakap dengan mereka sebagai ahli keluarga kita.

Kita akan bersedih bersama mereka. Kita akan mengharunginya bersama.

Dia memang hebat.

Diam.

Jika kita gunakan dengan baik, kita ada peluang dapatkan penonton kita semula.

Saya bersetuju, Alex. Idea awak memang bernas.

Satukan keluarga. Untuk beberapa hari, pemeringkatan kita akan naik.

Saya memang akan cakap tentangnya.

Jangan lupa, tak lama lagi May sweeps akan tiba.

Ya. Kita boleh bincang tentang pengganti Mitch...

hari ini.

Tapi saya akan bercakap kepada Amerika sendiri.

Kita tiada pilihan.

Saya tak mahu sesiapa duduk di kerusi Mitch.

Bukan buat masa ini. Itu hak saya.

Saya tak boleh rasa apa-apa.

Jangan risau. Saya ada dengan awak.

Awak keluar dan awak akan rasakannya. Seperti biasa.

ANGIN BUKAN ARANG

SENN BERITA TERKINI

- Bradley. - Apa?

Saya mahu beritahu sesuatu. Untuk kebaikan awak.

Apa?

Awak teruk.

Sudahlah, Alan. Hanya kerana saya membantah?

Awak bukan membantah. Awak melawan. Semua orang kata begitu.

Awak lawan semua orang tentang semua benda.

Banyak kerja yang cincai di sini, kebanyakannya oleh awak.

Awak tahu jawatan kosong pemberita waktu malam?

Mereka beri kepada Sarah.

Sarah?

Lesbian konservatif yang kelihatan seperti Mary Hart

dan bersama stesen kurang tiga tahun daripada saya?

Orang sukakannya. Ia bukan salah.

Saya faham.

Tolonglah diri awak. Cuba jadi lebih menyenangkan.

Saya memang menyenangkan!

Arang memberi peluang pekerjaan!

Tak mahu arang!

Ialah keadaan sebelum ini...

WANITA ITU

Saya perlu jawab ini. Ada sesuatu yang berlaku di rumah.

Mak, tunggu sebentar.

Sayang. Awak macam tak mahu bercakap.

Sebentar, mak. Saya ada di satu bantahan sekarang. Ada apa?

Bantahan? Semuanya selamat?

Saya ada di lombong arang. Tak, saya selamat. Hal okey?

Dia okey.

Mak, cakap lebih kuat. Saya tak dengar.

Awak tengah sibuk. Mak cuma ingin beritahu yang mak bawa adik awak pulang.

Tidak.

Jangan cakap begitu. Bunyinya kasar, sayang.

Kita bercakap nanti.

Joe!

Tak guna!

Joe. Hei.

- Di sini. - Okey.

- Maaf tentang tadi. - Bradley, ini Jenna Macantire,

- dia membantah lombong. - Hei.

More Malay subtitles for The Morning Show

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left