Foundation

Foundation

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Foundation S01E09 720p WEB x265-MiNX
A Commentary by ShasyaLala
Apple TV Retail.

Tags

web
720p
720
x265
Published on: 2021-11-12
Downloads: 52
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

BERDASARKAN NOVEL ISAAC ASIMOV

Tanyalah ahli sejarah, "Apakah ciptaan terhebat manusia?"

Tayar? Roda? Pedang?

Saya rasa ia adalah sejarah itu sendiri.

Sejarah bukan fakta.

Ia cerita yang dijaga dan dibentuk oleh seseorang.

Dengan penulis yang betul,

penjahat menjadi wira,

pembohongan menjadi kebenaran.

- Ayah? - Ya?

- Kita datang dari mana? - Trantor.

Tak, sebelum itu.

Dari mana orang datang pada mulanya?

Ada banyak teori yang berbeza.

Kebanyakannya kata pada mulanya manusia tinggal di sistem planet tunggal.

Hanya satu?

Kita tak tahu planet mana. Sirius, Alpha Centauri…

Ada orang rasa kita datang dari tempat dipanggil Bumi.

Mari sini.

Semua orang yang kita tahu,

mereka juga berasal dari tempat sama? Anacreon dan Thespin juga?

Ya, Anacreon dan Thespin juga.

Jadi kenapa mereka benci kita?

Manusia ini rumit, Sal.

Kita berkongsi asal dan mitos yang sama.

Tapi kita dikawal oleh minda kita.

Kita berupaya berfikir secara rasional dalam minda kita

tapi emosi kita juga ada di sana.

Kadangkala emosi lebih berkuasa daripada logik.

Ada orang dengan emosi yang mengatakan Empayar melayan mereka dengan teruk.

Jadi mereka letupkan Jambatan Bintang.

Ya.

Keganasan ialah langkah terakhir bagi orang yang lemah.

Jadi mereka tak sama seperti kita, betul?

Awak juga ada emosi yang kuat, bukan?

Nampaknya begitu.

Mari sini.

Beginilah, Sal.

Berjuta orang mati apabila Jambatan Bintang itu runtuh.

Empayar membunuh lebih ramai orang Anacreon dan Thespis.

Siapa menang?

- Tiada pemenang? - Tiada pemenang.

Begitulah kita tahu kejatuhan itu akan berlaku.

Kelakuan masa lampau ialah peramal terbaik untuk prestasi masa depan.

Salvor Hardin…

Kita meloncat.

Lewis?

Lewis, awak di mana?

Terminus?

Kita dah pulang.

Kita meloncat pulang.

Lewis?

Tak guna.

Awak selamatkan kita.

Awak bawa kita pulang.

Terima kasih.

Menara kawalan Terminus, ini Salvor Hardin dari kapal perang empayar, Invictus.

Awak dengar?

Menara kawalan Terminus, awak dengar?

Ini Salvor Hardin.

Ada sesiapa dengar?

Ini Salvor Hardin menghubungi lancer Thespin.

Invictus dah meloncat dan kami mengheret kapal kamu ke dalam keracak kuantum kami.

Kita berada di orbit Terminus.

Jika kamu dengar, saya tak tahu cara untuk hentikan loncatan kapal ini.

Ia mungkin sejam dari sekarang atau dalam beberapa hari.

Saya terkandas di sini, melainkan…

Beggar.

Bagaimana awak pulang?

Tunjukkan jalan awak.

Koridor ini menghala ke mana?

Sistem pengairan bawah tanah.

Tapi awak boleh ikut laluan di atasnya melalui puing istana lama.

Ia berakhir di pintu keluar pekerja, di sebelah pintu pagar istana.

Jika saya keluar dari sini…

Stesen hyperloop ada di sana.

Pagar keselamatan ada pengimbas DNA.

Saya perlu peredam isyarat untuk nanobot supaya mereka tak boleh jejaki saya.

Saya boleh dapatkan untuk awak.

Saya tak mahu mati di sini.

Awak takkan mati.

Saya tak boleh janji ia akan berjaya.

Saya boleh janji saya bukan masalahnya.

Saya harus pergi. Abang Dusk…

Cleon…

Saya harap awak ada nama lain. Nama awak sendiri.

Esok awak boleh beri saya nama.

Dapatkan peredam isyarat itu dan kita jumpa di luar.

Maaf, Abang Dusk, saya…

Saya faham. Peredaran masa berbeza semasa muda.

Saya mahu berkongsi sesuatu dengan awak.

Seperti yang awak tahu, ini tempat kerja saya.

Tugas utama Dusk ialah merakam sejarah visual kita.

Penamat bagi Perang Robot.

Pemberontakan Kuda Emas.

Setiap detik menandakan perubahan penting untuk dinasti kita,

apabila takdir galaksi dalam keadaan genting.

Seperti di sini…

semasa saya menghukum dunia orang gasar kerana keganasan mereka.

Semasa saya melukisnya,

saya sedar bagaimana kita sebagai penulisnya akan dilukis.

Artis yang bijak memberi ulasan bersama hasil kerjanya.

Walaupun untuk sesuatu yang mudah seperti pilihan warna

mempunyai maksud yang tersembunyi.

Kadangkala ia tak begitu jelas.

Kadangkala kita tak perasan

dan kita tak sedar sehinggalah ia dah berlalu,

sehingga lukisan kita muncul di dinding.

Saya dah masukkan awak dalam legasi kita.

Pemburuan kita.

Awak nampak tiga ghillie raptor yang awak tembak?

Tentulah.

Saya mahu lakukan sesuatu satu hari nanti,

sesuatu yang layak untuk dimasukkan dalam mural ini.

Saya tak tahu sebab perkara kecil ini…

Saya berbesar hati. Terima kasih.

Saya tahu awak ada kehebatan Cleon dalam diri awak.

Tapi semasa pemburuan kita,

saya sedar ada benda lain dalam diri awak.

Saya akan biarkan awak menikmati detik yang hebat ini.

Jangan terburu-buru.

Hargai ketakketaraan itu.

Apa yang kita pilih untuk beritahu anak-anak kita dan apa yang ditapis.

Apa yang kita tonjolkan dan apa yang kita sorokkan.

Sejarah boleh ditambah dan dikurangkan.

Empayar, tuan dipanggil ke Menara Principium.

Saya tak boleh pergi. Saya sibuk.

Abang Dusk mahu awak datang.

Saya kurang sihat.

Saya mahu bersendirian dan saya akan datang. Sebentar.

Saya juga Empayar.

Ya, Empayar.

Tapi kita berdua berkhidmat.

Saya terlupa sesuatu. Saya perlu patah balik.

Ia boleh tunggu.

Kunci pintu masuk.

Jangan benarkan sesiapa masuk atau keluar.

Awak boleh ikut laluan melalui puing istana.

Ia berakhir di pintu keluar pekerja, di sebelah pintu pagar istana.

Laluan ini bawa awak ke sistem pengairan bawah tanah.

Stesen hyperloop ada di sana.

Berpecah.

Amaran. Kitaran air akan bermula.

Amaran. Kitaran air akan bermula.

Aduhai! Itu lompatan yang jauh.

Pergi.

Beggar, sedarlah.

Selamat datang, Kapten Hardin.

Maaf.

Ini aura empayar. Untuk jaket awak?

Awak boleh beritahu saya cara untuk ke Sektor Desnian di aras 33?

Ambil Jalan Cobalt ke bawah, kemudian tukar ke Ery Loop.

Awak perlu menuju ke pusat.

Beggar, buka saluran ke menara kawalan Terminus.

Saluran komunikasi dibuka.

Menara kawalan Terminus, ini Salvor Hardin. Sila jawab.

Tak guna.

Beggar, imbas semua frekuensi. Cari seseorang di saluran komunikasi.

Mengimbas.

Tiada saluran aktif dikesan di permukaan Terminus.

Awak jumpa seseorang?

Amaran. Serpihan beranomali pada trajektori pintasan yang berpotensi.

Tahap ancaman rendah.

Apa itu?

Amaran. Serpihan beranomali pada trajektori pintasan yang disahkan.

Tahap ancaman sederhana.

Saya perlu senjata. Mana senjata?

Beggar, tunjukkan senjata.

Amaran. Impak objek serpihan beranomali semakin dekat.

Tahap ancaman tinggi. Amaran.

Sasaran dikunci.

Sayang, awak ada di sana?

Hugo, itu awak?

Rancangan kita berjaya, Sal.

Bagaimana awak ke sini dari Jalur?

Saya bernasib baik.

Saya dapat hubungi Komander Thespin. Saya duduk sebelah pemandu lancer.

Saya nampak Invictus akan meloncat,

jadi saya guna kayu sedatif untuk pitamkan diri sebelum loncatan.

Saya suruh orang lain juga buat begitu.

Saya sedar dengan mendengar suara awak yang merdu.

Tapi saya tak faham bagaimana awak sedar begitu cepat.

Saya tak tidur. Ia seperti Bilik Kebal.

Saya tak boleh jelaskan cara dan sebabnya tapi loncatan tak jejaskan saya.

Awak bawa kita pulang ke Terminus?

Tak. Lewis yang lakukan. Dia mati untuk bawa kita pulang.

Asas tak menjawab?

Tiada orang menjawab,

termasuk orang Anacreon yang Phara tinggalkan.

Medan sifar itu.

Saya dapat rasakannya, Hugo.

Ia lebih besar. Lebih kuat.

Seperti ia menyelubungi seluruh planet.

Saya perlu hentikannya.

Awak dah hilang akal?

Bagaimana kalau mereka semua dah mati?

Bagaimana kalau kita saja yang tinggal sekarang?

Kita lari ke Red Corridor.

Saya akan tunjukkan awak Irina Four, Hesperus…

Saya tak boleh, Hugo.

More Malay subtitles for Foundation

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left