The first 200 lines.
BAHASA ASING
BAHASA ASING
Kejutan.
Kejutan.
BAHASA ASING
Saya Santosh Pandey dan saya pengasas bersama Offering Happiness
syarikat perancang kejutan dan pengedar kegembiraan pertama di Nepal.
Mereka melihat kami sebagai gadis
dan mereka hanya beritahu kami bahawa kami tidak tahu cabaran yang bakal kami hadapi
dan kami tidak tahu cara membina sebuah syarikat kimia.
Syarikat kimia yang wujud sekarang dibuat oleh seseorang,
jadi kenapa orang itu tidak boleh menjadi kami?
Kami tinggal di Thessaloniki. Ia terletak di bahagian utara Greece.
Kami ada Menara putih.
Menara putih, dulunya sebuah penjara.
Saya tidak tahu sebab kami bangga dengannya.
Ia bukannya putih sangat.
Warnanya keperangan, lebih kurang begitu.
Itulah pemasaran, kan? Pemasaran.
Saya seorang Pandu Puteri. Seumur hidup saya, saya menjadi Pandu Puteri.
Pandu Puteri boleh jual semuanya. Mereka menjual biskut sepanjang tahun.
Jika anda berdiet, jangan risau. Kami ada biskut tanpa gula.
Anda perlu jual biskut itu jika mahu menyertai kem.
Saya belajar bahawa, jangan berputus asa, teruskan usaha.
Saya menjadi penjenayah antarabangsa untuk 24 jam.
Saya rasa seperti Jack Bauer.
Saya rasa hanya saya yang boleh menanggung masalah itu dan selamat.
Jika peluang tidak datang kepada anda, berusaha untuk merebutnya.
Seratus juta perniagaan baharu bermula di seluruh dunia setiap tahun.
Kebanyakan akan gagal.
Semalam, terdapat 51 bangsa berlainan yang mewakili negara mereka
sebagai usahawan pelajar terbaik.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, pertandingan idea muncul
sebagai laluan untuk usahawan muda bagi menaikkan dana permulaan.
Salah satu yang paling berprestij
ialah Anugerah Usahawan Pelajar Global.
Semua orang yang datang ke Macau mahu menang.
Semua orang bercita-cita tinggi.
Anda tahu bahawa anda perlu mempersembahkan diri anda yang sepenuhnya
dan pelaksanaan itu yang penting.
Ini ialah kisah lima pelajar dengan impian yang sama:
Untuk memenangi hadiah utama $100,000 dan mengubah dunia.
Pemenang tempat pertama GSEA 2019, anugerah dimenangi kepada
"Bandar Raya New York"
"Makmal, Bahan Berbahaya Berpotensi Dilarang Merokok"
Kami tahu setiap lagu pop Latin.
Itu betul. Sebab Daniela mendengar semua lagu itu.
Saya rasa kita mungkin ada satu-satunya makmal di Amerika yang ada muzik reggae
muzik yang anda dengar di makmal.
Daniela akan memakai fon kepala.
Fon kepala ungu yang besar.
Kemudian, apabila anda lalu dan jika tiada orang di pejabat,
anda akan lihat dia menari begini.
Ya.
"Sekolah Kejuruteraan Tandon, NYU Institut Politeknik"
Jadi, kami bermula dengan reaktor pertama ini.
Ia adalah bukti konsep dan ia hanya sebesar tangan saya.
Larutan didatanginya dengan bahan tindak balas.
Tindak balas berlaku di dalam, kemudian produk dihasilkan.
Kemudian anda boleh menyambung sel solar kepada reaktor anda
dan seterusnya tindak balas dijana secara langsung dengan tenaga solar.
Selama bertahun-tahun, industri kimia
telah menggunakan haba daripada bahan api fosil untuk menjana tindak balas kimia.
Namun saya ada teknologi yang telah membuktikan
bahawa saya boleh membuat bahan kimia sintetik tapi dengan matahari.
Nilon ialah pasaran bernilai $35 bilion.
Syarikat kimia yang membuat nilon sekarang.
ia tidak semestinya cuba menjadikannya lebih mampan.
Setiap kali seseorang cuba masuk ke dalam pasaran,
mereka hanya akan mengetepikan orang itu.
Saya telah membangunkan proses untuk menghasilkan komponen utama
untuk nilon dalam cara yang lebih efisien,
kurang mahal dan buat kali pertama, ia juga boleh menjadi mampan.
BAHASA ASING
Saya rasa idea ini mampu mengubah dunia.
Penggunaan tenaga solar
tenaga boleh diperbaharui untuk menggerakkan proses kimia
benar-benar boleh mengubah dunia.
Apabila ia menjadi realiti,
kami fikir mungkin kami boleh jadikan ini satu perniagaan.
Saya dan Myriam, kami berdua ialah jurutera kimia,
tanpa pengetahuan dalam perniagaan, bergabung tenaga lalu lahirlah Sunthetics.
Tiada sesiapa percaya betapa kuatnya gadis-gadis ini.
Mereka tidak dianggap sebagai ancaman
walaupun saya rasa mereka benar-benar satu ancaman.
Ada banyak perkara yang di luar pengetahuan kami.
Misalnya, anda bercakap dengan dua jurutera kimia
yang langsung tidak tahu tentang kewangan.
-Misalnya, "Apakah permulaan?" -Perniagaan kanvas model, apa?
Ya. "Siapa pelabur? Apakah maksudnya itu?"
Lihatlah dia, dia sangat baik.
Kami hanyalah dua gadis yang comel.
Tiada siapa akan berkata,
"Gadis-gadis ini akan mengubah industri kimia."
Namun saya rasa kita akan buat begitu.
-Tunggu saja. -Ya.
Ya.
Mereka melihat kami sebagai dua orang gadis
dan mereka hanya beritahu kami bahawa kami tidak tahu cabaran yang bakal kami hadapi,
kami tidak tahu cara menaikkan serta membina sebuah syarikat kimia.
Namun kami akan buktikan mereka salah, jadi tidak mengapa.
Helo, mak.
BAHASA ASING
Saya membesar di Venezuela.
Ibu saya seorang ibu tunggal.
Dia bekerja sebagai jurutera awam.
Semasa membesar, saya sangat gembira.
Saya rasa selamat.
Kehidupan kami sangat baik.
Perhimpunan menjadi ganas.
Pergolakan yang berlaku hampir setiap hari di Venezuela
memuncak sekali lagi dengan kematian seorang pembantah.
Ekonomi kami benar-benar merosot.
Segalanya, termasuklah masyarakat kita juga mengalami keruntuhan.
Saya merupakan seorang pelajar dalam kejuruteraan kimia dan
ia menjadi sangat sukar.
Bantahan itu sangat teruk
sehingga kerajaan mula menyasarkan pelajar.
Saya rasa tidak selamat dan sedar bahawa saya tidak boleh tinggal di sana.
Saya datang ke Amerika Syarikat.
Saya diterima dalam program PhD dalam kejuruteraan kimia di NYU.
Saya tidak balik ke sana sejak itu.
Kami mempunyai hubungan yang indah, bukan hanya ibu dan anak, tapi kawan baik.
Memang kami berdua selama-lamanya.
Saya jenis yang kuat menyibuk, seorang ibu Latin.
Dia terlalu risau akan saya.
Ia benar-benar sukar.
Itulah cabaran paling besar saya berada di sini sebagai imigran.
Hakikatnya, saya tinggal jauh
dan hakikat bahawa saya hidup dalam kerisauan untuk orang kesayangan saya.
AMARAN, MAKMAL DILARANG MEROKOK
Syarikat Daniela tiada pelabur atau modal permulaan.
Masa depannya bergantung pada wang kemenangan dalam pertandingan idea.
Selamat datang ke Pertandingan Kebangsaan GSEA 2019.
Selepas memenangi pertandingan idea tempatannya
Daniela mewakili Bandar Raya New York di peringkat Kebangsaan Amerika Syarikat.
saya mahu semua orang rapat dan berundur ke belakang lagi.
Di peringkat Kebangsaan Amerika Syarikat,
saya ingat lagi berbual dengan mak saya di telefon dan berkata,
"Ini satu tahap yang baharu."
Baiklah. Ini dia. Satu, dua, tiga.
Cantik.
Setiap usahawan pelajar akan melontar idea mereka kepada panel juri.
Saya pasti semua juri tidak pernah melihat idea seperti ini,
idea yang saya akan berikan.
Ya, saya sangat teruja untuk melihat reaksi mereka.
Enam peserta terbaik akan bertanding dalam pusingan akhir untuk menentukan
individu yang akan mewakili Amerika Syarikat di pusingan akhir global.
Kami masuk ke pusingan kebangsaan tahun lepas dan mendapat tempat kedua.
Jadi, kami kembali ke sini mengharapkan hasil yang lebih baik.
Saya berpendapat idea semua orang adalah sangat bagus.
Sudah tentulah idea saya yang terbaik, tetapi
kita akan lihat siapa yang akan mara ke pusingan akhir.
-Baiklah. Kami sudah sedia. -Baiklah.
Selamat datang. Saya Evan Sledge.
Kami merupakan perkhidmatan panduan memburu dan memancing
yang kini terletak di Texas dan Alaska.
Saya Koby Lomax
dan saya kini menjalankan jenama peribadi, yang agak menguntungkan.
Saya selalu dapat komen begini.
"Itu tentu hebat jika awak membuat produk rambut awak sendiri
sungguh, sungguh."
Saya tidak tahu produk yang mereka cari atau siapa yang akan menang
kerana semuanya sangat berbeza.
Bitcoin adalah kemajuan teknologi terhebat dalam sejarah
di sebalik Internet sahaja.
Ada orang yang melontar idea kerja sosial yang sangat memberi inspirasi
di India atau negara Afrika.
India mempunyai beberapa bahasa berlainan di semua negeri yang berbeza
dan saya hanya fasih dalam empat bahasa.
Kriptowang mewujudkan ekonomi global dan dengan Kad Kuning
ekonomi tersebut terbuka dan boleh diperoleh oleh semua orang.
Selamat datang ke masa depan wang.
Ada orang yang melontar idea tentang cermin mata hitam.
Sebanyak 55% orang yang memakai cermin mata hitam, kehilangannya.
Ada banyak yang berlaku pada masa yang sama.
Anda lipat, letaknya di atas kepala. Ini yang menarik. Anda pakai semula.
Sekarang ia tidak, anda boleh bergoyang,
anda boleh buat sesuka hati, ia tidak akan jatuh.
Saya rasa bahagian paling sukar adalah melihat
ada seorang gadis yang masuk sebelum saya
dan apabila dia keluar, ibu dia ada di sana.
Mereka berpelukan dan mereka sangat gembira.
Saya rasa agak keseorangan.
Ia sangat sukar untuk saya buat seketika.
Namun, saya tidak boleh meneruskan ini.
Maafkan saya.
Maafkan saya.
Saya rasa salah satu perkara yang tidak disedari oleh sesiapa,
Daniela rasa amat tertekan.
Pertaruhan untuk kejayaan syarikat adalah sangat tinggi.
Bukan sahaja kerana syarikat itu sendiri,
tetapi juga kerana situasi peribadinya terikat dengannya.
Jika syarikat itu berjaya,
maka ia lebih mudah untuk dia membantu keluarganya, di kampung halaman.
Namun juga ada isu imigresen di Amerika Syarikat
yang akan lebih memudahkan jika syarikat itu berjaya.
Helo, semua.
Saya Daniela Blanco.
Saya pelajar PhD dalam kejuruteraan kimia di NYU
No comments yet. Be the first to leave one.