The first 200 lines.
Christos, ini mesej ketiga yang saya tinggalkan untuk awak
dan saya tahu awak tidak mengendahkan saya.
Saya sangka awak akan datang.
Kita boleh ucapkan selamat tinggal
seperti manusia yang beradab.
Namun jelas awak tak mahu, jadi...
Nak tahu sesuatu? Pergilah mati, Christos.
Pergilah mati.
Awak pandai mencari gadis Amerika.
Tolonglah, gadis itu nampak tak betul.
-Cakaplah dengan dia. -Saya ada kerja.
Pergilah, saya tahu senarai lagu awak.
Mula-mula muzik R&B, selepas itu muzik disko.
Ia bukan muzik R&B atau pun disko!
Muzik ini 20 minit. Marilah!
Hei! Yalah!
HARI JUMAAT
-Maaf. -Maaf.
Dengar sini.
Awak orang Amerika. Awak juga orang Amerika.
Awak lelaki dan awak perempuan. Ciumlah.
-Tak guna awak, Argyris! -Siapa lelaki itu?
Argyris. Awak kenal dia?
-Tidak. -Perangai dia teruk.
Ya, kamu cium juga!
Mahu pergi dari sini?
-Ya. -Marilah.
Marilah.
Selamat pagi!
-Ada budak-budaklah! -Pakai tuala.
Mahu saya bawakan kopi?
Kenapa dengan mereka?
Cepat pakai baju.
Ada budak-budaklah. Buatlah sesuatu.
Pakai tuala awak, puan!
Itulah tujuan kita datang.
Pakai baju, cepat.
Mereka mabuk. Gari mereka dan mari kita pergi.
Hai, saya Mickey.
Chloe.
Selamat berkenalan.
Ayuh.
Ayuh.
Selamat datang!
-Selamat tengah hari. -Ya?
Mereka bogel di tepi pantai,
Apa? Kamu nak saya tolong mereka pakai baju?
-Kami dah pakaikan baju mereka. -Buka gari mereka!
Ada kad pengenalan? Pasport?
-Ya -Pasport? Kad pengenalan?
Alamak. Beg saya dah hilang.
Kami...
Orang Amerika!
Kami dari Amerika.
Kamu sokong pasukan bola keranjang mana?
Pasukan Cavaliers.
Dia dah jawab. Awak pula?
Pasukan Milwaukee.
-Greek Freak. -Ya, Greek.
-Ya. -Ya.
Ambil rekod dan bebaskan mereka.
Ya.
-Pakai sesuatu. -Baik.
-Pakai baju di pantai. -Ya.
Ya, tentulah.
Nak bogel, balik rumah.
Awak nak ke mana?
Saya perlu kembali ke rumah itu untuk beg saya.
Biar saya ikut awak.
Saya nak ambil motosikal.
Okey.
Awak akan kembali ke pantai, bukan?
Saya nak merokok.
Hei, tolonglah. Merokok tak sihatlah.
Tolonglah bawa kami.
Mari, saya bawa.
Aduhai.
Terima kasih.
Terima kasih banyak.
Aduhai! Saya harap semua orang masih hidup.
Ia berkunci?
Ya.
Helo!
-Saya rasa dia tiada. -Helo.
-Awak telefon siapa? -Argyris.
-Siapa? -Lelaki yang perkenalkan kita.
Tak guna.
Ya, ini rumah neneknya.
Atau nenek lagi satu.
Baiklah.
Aduhai!
Kita kena kembali ke pekan.
Tak, saya perlukan beg saya.
Nanti kita telefon dia. Saya akan bawa awak ke sini.
-Awak akan bawa saya pulang? -Ke mana-mana saja awak nak.
Di sini.
-Terima kasih banyak. -Wah, cantiknya.
Ya.
Terima kasih.
Terima kasih hantar saya. Saya hargainya.
Sama-sama.
Gembira dapat kenal awak.
Ya, gembira dapat kenal awak juga.
Mickey.
Saya tahu.
-Chloe. -Chloe.
Apa rancangan awak malam ini?
Saya perlu kemas barang. Saya akan pulang ke Amerika esok.
Yakah? Berapa lama?
Sampai bila-bila.
Saya dah serik dengan Greece.
Kalau awak nak berpisah secara elok,
malam ini saya akan jadi deejay di sini.
Ia pasti menyeronokkan.
Lebih baik saya kemas barang-barang saya.
Saya pergi dulu, ya?
Terima kasih kerana tak berperangai buruk.
Ia sesuatu yang baru bagi saya.
Ya, cuba untuk tidak berperangai buruk.
Okey, saya pergi dulu.
Tiada kunci, betul? Awak simpannya dalam beg?
Ya.
Namun mesti ada jiran yang...
Mahu pergi ke sebuah pulau?
Jemputlah masuk.
Dah sampai.
Maaf, rumah ini bersepah sikit.
-Ia cantiklah. -Ya, maksud saya...
Kypseli.
Ini gambar kawan awak, Argyris si tak guna itu.
Ya, dia memang tak guna. Namun hatinya baik.
Memang awak simpan gambar dia? Atau ini rumah dia?
Rumah ini milik neneknya yang dah meninggal dunia.
Namun, dia wanita kaya.
Baiklah. Kalau kita cepat, kita masih sempat kejar feri.
Saya perlu mandi atau bersihkan badan.
Yakah? Perlukah awak mandi?
-Ya. -Awak pasti?
Tolonglah. Ada baju yang boleh saya pakai?
Saya tak boleh pakai ini lagi.
Ya, ambil ini.
Saya ada baju itu.
-Kemudian... -Okey.
Terima kasih.
-Awak ada tuala? -Betul.
-Nah. -Terima kasih.
-Okey. Mandi di sini? -Tidak, di sini sebenarnya.
-Terima kasih. -Ini bilik rakan serumah saya.
Bagus. Terima kasih.
Ya. Awak tak akan apa-apa atau...
Ada pasir.
Saya tak akan apa-apa.
-Okey. -Okey? Jumpa lagi.
Hei, Mickey?
Tidak, itu...
Apa yang awak nak buat?
Awak akan merosakkan seluar awak.
Kita perlukan kesabaran.
Boleh potong sebelahnya juga?
Ada banyak objek tajam di sekeliling...
Kita baru berkenalan untuk ini.
-Itu... -Oh Tuhan.
-Baiklah. -Okey.
Baiklah. Saya boleh menggayakan ini. Ia nampak elok.
Baiklah. Saya akan tarik ke bawah sedikit.
Begitulah.
Lengan pula?
Mari saya tolong.
Ya, ia...
Ia nampak elok?
Hei! Baiklah, kita perlu pergi.
Saya mandi sekejap.
Apa yang awak buat di Greece?
Saya seorang peguam imigrasi. Saya bekerja bebas.
Oh Tuhan!
-Oh Tuhan! -Tolonglah.
Saya tolong orang yang mahu ke Amerika.
-Baguslah. -Kenapa? Awak tak suka peguam?
Bergantung pada peguam itu.
Semua orang berbeza.
Sebab awak nampaknya macam suka peguam ini.
Kita akan lihat nanti.
Kalau saya kena menyanyi, awak kena buka baju.
Jaga-jaga.
Awak akan rindu semua ini, bukan?
Saya dah cuba selama 18 bulan. Saya rasa itu dah cukup lama.
Yakah?
Kenapa datang ke sini? Ceritalah.
Awak ada bekas suami?
Awak ada anak-anak?
Awak kena pecat?
Saya ada banyak sebab.
Ya, tak mengapa.
Awak suka berahsia.
-Sudah berapa lama awak tinggal di sini? -Tujuh tahun.
Benarkah? Kenapa lama sangat?
Kenapa? Tengoklah sekeliling.
Ya, betul juga.
Awak berasal dari Cleveland?
Awak suka Cleveland Cavaliers?
No comments yet. Be the first to leave one.