The first 149 lines.
"Zuho sebagai Ko Gun"
"Jo Soo Min sebagai Cha Se Young"
"Seo Ji Won sebagai Joo Tae Ha"
"Under the Gun"
Beri saya telefon awak.
"Cha Se Young"
Jangan padam bentuk hati.
Mari. Biar saya hantar awak balik.
Tak nak.
Apa?
Hari ini, saya nak teman awak ke sana.
Lupakan saja.
Kenapa?
Kalau begitu, kita berpisah di sini saja.
Adil, bukan?
Tak, saya nak ikut awak.
- Saya kena kerja. - Saya takkan menyusahkan.
Lagipun, saya mungkin boleh tolong awak.
Sebelum ini pun, saya lindungi awak...
...daripada budak-budak yang main permainan haram itu.
Betul?
Apa pun, saya tahu di mana kedai serbaneka itu...
...jadi saya tetap akan ke sana walaupun awak tak benarkan.
Hei, sekejap...
Apa?
Boleh saya tanya kenapa awak bekerja keras?
Tentulah untuk cari duit.
Adik saya sakit.
Dia 16 tahun.
Dia menghidap leukemia.
Maafkan saya. Saya tak tahu.
Mari.
Nampaknya dia teman wanita awak.
Ya, betul.
Dia sentiasa bersama awak sambil belajar.
Saya rasa ia sangat comel.
Terima kasih.
- Belajar rajin-rajin. - Baiklah.
- Berusaha. - Terima kasih.
Hei, awak buat apa?
Saya memang kena belajar, tak kisahlah di mana saya belajar.
Saya boleh belajar di sini, duduk di sebelah awak.
Apa?
Orang yang dapat gred bagus akan sentiasa buat dengan baik.
Awak tak nampak macam orang yang cemerlang di sekolah. Aduhai.
Apa?
Biar saya tolong awak.
Tak apa. Pergilah belajar.
Tak nak, saya nak tolong awak.
Kenapa awak pandang saya begitu?
Ibu bapa awak tak marahkah kalau awak keluar sampai lewat malam?
Saya mungkin tak nampak begitu, tapi dah lama saya tinggal di AS.
Saya berjiwa bebas dan sukakan cabaran.
Saya tak biarkan ibu bapa saya mengawal saya.
Baiklah.
Apa? Kenapa ada di sini?
Patutkah saya letak di sini? Macam ini?
Kenapa awak terkejut?
Taklah. Sebab...
Aduhai. Kita dah bercium. Pegang tangan bukan masalah besar.
Hei!
Saya tinggal di sini.
Hati-hati balik rumah.
Hati-hati balik rumah.
Jangan pusing. Saya malu!
Kenapa awak malu?
Jumpa esok, okey?
"Tarik Diri: Tindakan menyerahkan tangan..."
"...dan menamatkan penglibatan seseorang di dalam permainan."
"Sekolah Tinggi"
Kamu semua tertidur lagi macam biasa...
...jadi saya akan masukkan apa yang saya cakap hari ini dalam ujian.
- Alamak! - Alamak!
Jangan cakap begitu.
Selamat menjamu selera!
- Okey. - Okey.
Hei, Se Young. Kenapa awak muram saja hari ini?
Entahlah.
Tentu ada sebabnya.
Saya pasti sebab Gun tak datang hari ini.
Ini penyakit.
- Demam cinta. - Cinta!
"Awak tak balas mesej saya?"
Ada sesuatu berlaku?
Doktor.
Apa kami boleh buat?
Imatinib lebih berkesan...
...daripada pilihan rawatan lain dalam memanjangkan...
...dan meningkatkan kualiti hidup...
...tapi ia agak mahal.
Berapa kosnya?
Ia tak dilindungi insurans.
Beritahu saja berapa kosnya.
Hei, ayah datang.
- Ayah. - Ya.
Abang Gun.
Jangan risau sangat.
Awak akan sembuh tak lama lagi. Mereka kata awak semakin pulih.
Kenapa abang nampak kurus?
Risaukan diri awak dulu.
- Ayah. - Ya.
Boleh ayah pergi belikan jus untuk saya?
- Jus? - Ya.
Abang Gun.
Ya? Apa?
Jangan terlalu mencuba disebabkan saya.
Jun Hee.
Abang tak perlu bersusah payah begini seorang diri.
- Saya tak apa-apa. - Ko Jun Hee.
Saya tak mahu membebankan abang.
- Jadi tolonglah... - Awak tak membebankan.
Tolong jangan cakap begitu lagi. Okey?
Saya tahu...
...kos pembedahan saya...
Jun Hee.
Saya tak mahu buat abang tertekan lagi.
Apa maksud awak yang awak buat abang tertekan?
Itu tak benar.
Memang tak benar.
Semuanya tak berjalan lancar.
Helo?
Hei.
Ada apa?
Dia sedang tunggu awak.
Saya tarik diri.
Mari kita bertaruh.
- Saya tak berminat. - Dengar dulu, awak akan berminat.
Mari kita main satu permainan.
Kalau awak menang, awak takkan jumpa saya lagi.
Tapi kalau saya menang...
...saya nak awak berhenti buat Se Young keliru.
Siapa yang kelirukan siapa?
Saya tak pernah kelirukan dia...
...tapi dia yang kelirukan saya banyak kali.
- Budak ini... - Saya belum buat apa-apa lagi.
Awak buat begini...
...hanya akan buat saya mahu jadikan dia milik saya.
Lebih baik awak jangan buat saya marah begini.
Saya cuba hidup dengan senyap. Kalau awak terus buat saya marah...
...saya tak tahu apa saya akan buat.
"11 malam ini, Apartmen Hanseo, Unit 2806. Jawab kalau boleh datang."
Ji Chul.
Jangan panggil saya ke sini lagi untuk sesuatu yang keji begini.
- Tak guna. - Polis.
Awak ditahan atas aktiviti perjudian haram.
- Bawa mereka. - Baik, tuan!
- Hei, bertenang! - Saya dengarlah!
Diam!
- Lekas. - Okey, saya dengar.
No comments yet. Be the first to leave one.