The first 200 lines.
Subtitle bY iQIYI Resynced == ANANG KASWANDI ==
[Nama, perniagaan, tempat dan kejadian yang disebutkan di sini adalah rekaan.]
Hei.
Bukankah awak Pengarah Cho Hyeong-u?
Apa awak buat di sini?
Pasti Ji-uk tak beritahu awak.
Saya bekerja di padang golf berdekatan.
Saya suruh jauhkan diri daripada Ji-uk.
Tolonglah. Saya tak boleh buat begitu.
Dia kawan kegemaran saya yang saya sayang.
Tak guna.
Saya memang nak telefon awak.
Macam mana khabar awak?
Kenapa awak nak telefon saya?
Pergilah, tak guna.
Janganlah. Awak tak patut layan saya begini.
Saya dah berfikir untuk
padam gambar-gambar itu tanpa kerelaan.
Tak guna.
Apa? "Gambar"?
Awak cakap awak dah padam semuanya.
Aduhai, awak sangat naif.
Pengarah Cho.
Ada teknik yang dipanggil "salin".
Siapa yang ugut orang dengan fail asli?
Awak memang dungu.
Sebab itulah awak ditipu oleh orang macam saya.
Apa awak cakap?
Lepaskan saya.
Saya akan jumpa awak nanti dengan gambar itu.
Lebih kurang enam tahun lalu,
dia bawa dua gadis dan kata mereka peminat saya.
Saya tak nak minum, tapi dia asyik beri saya alkohol.
Saya hampir tak minum apa-apa,
tapi saya bangun dan dapati diri saya berada di bilik hotel.
Dan saya nampak
dua gadis itu tidur di sebelah kiri dan kanan saya.
Gadis-gadis itu bawah umur
dan dia ugut awak dengan gambar-gambar itu untuk minta duit?
Dia dah ambil sepuluh juta won daripada isteri saya.
Jadi, awak pecah masuk ke rumah Joo Gang-san
untuk cari gambar-gambar itu. Betul?
Ya.
Tapi bila awak masuk,
dia tak ada komputer riba, komputer
atau pemacu keras?
Saya tak tahu di mana dia simpan, tapi saya tak jumpa apa-apa.
Jadi, saya keluar saja.
Awak pecah masuk rumah Joo Gang-san sekitar pukul 7:30 malam
dan anggaran masa kematian Joo adalah antara pukul 8:00 hingga 10:00 malam.
Kalau begitu,
kami tak boleh ketepikan kemungkinan
yang awak bunuh Encik Joo.
Saya tak bunuh dia.
Maksud saya, ya, sudah tentu.
Saya benar-benar nak bunuh dia, tapi saya tak bunuh dia.
Saya cuma nak cari gambar saya.
Kalau awak bukan pembunuhnya,
kenapa awak tak beritahu kami tentang ini pada waktu pembunuhan
semasa awak disoal siasat sebagai pemberi keterangan?
Itu...
Sejujurnya,
saya tahu saya akan disalah anggap sebagai pembunuh.
Jeong-hae.
Apa kamu berdua buat di sini?
Kenapa awak pegang tangan dia?
Awak rasa kenapa?
Dia kata nak pergi ke rumah Hae-suk, jadi saya halang dia.
Selamat tinggal.
Tak guna.
Jangan salah faham.
Jae-hun mungkin fikir
awak mungkin rasa tersinggung melihat saya bersama Hae-suk.
Kalau Jae-hun halang saya sebab dia ingat saya akan tersinggung,
maknanya ada sebab untuk saya rasa tersinggung.
Tak ada sebab.
Dia mungkin bertindak keterlaluan sebagai seorang kawan.
Lelaki memang begitu, Jeong-hae.
Adakah Jae-hun
orang yang akan bertindak keterlaluan untuk seorang kawan?
Sudah tentu.
Kadang-kadang dia memang keterlaluan.
Tapi, sebenarnya dia seorang yang baik hati dan bertimbang rasa.
Jadi?
Apa yang awak buat dengan Hae-suk?
Saya tak buat apa-apa. Kami semua pergi minum, lepas itu mereka balik.
Saya cuma duduk di sana lebih lama.
Betul. Kenapa awak duduk di sana lebih lama?
Awak tahu...
- Jeong-hae, sebenarnya... - Tidak.
Jangan cakap apa-apa. Saya tak nak tahu.
Ini semakin meletihkan.
Jeong-hae.
Saya nak tidur.
Okey. Selamat malam.
Sebab saya dah hancurkan hati awak.
Nampaknya, saya dihukum kerana itu.
Jae-hun, kita akan berumur 50 tahun tak lama lagi.
Bukankah awak patut
cakap perkara yang awak benar-benar rasa kadang-kadang?
Awak yang pilih Gung-cheol dan tahu awak akan sengsara.
Awak dah lupakah?
Awak kata dia orang pertama yang buat awak nak hidup.
Jadi, awak patut hidup bahagia. Kenapa awak bersusah payah?
Awak yang tinggalkan jemputan di depan pintu kami,
bukan?
Pernahkah awak beri saya jemputan?
Ia kedengaran macam
ada orang tinggalkan kad jemputan di depan pintu rumah awak.
Saya pergi dulu.
Awak fikir saya buat begini kepada awak
sebab saya masih ada perasaan pada awak?
Bukannya awak suka saya. Sebab awak bencikan saya.
Kenapa saya nak benci awak?
Awak tak bersalah pada saya.
Saya tidur dengan awak sedangkan awak tak mahu
dan saya lari walaupun awak cakap awak akan bertanggungjawab.
Jadi, kenapa awak buat begini?
Disebabkan isteri awak,
Nam Jeong-hae.
Kenapa dengan Jeong-hae?
Apa yang dia pernah buat pada awak?
Awak tahu tak
kekejaman yang telah dia lakukan?
Awak tahu tak
berapa banyak kehidupan yang dia dah musnahkan dengan apa yang dia buat?
Beritahu saya.
Beritahu saya tentang kekejaman yang dia lakukan.
Saya perlu tahu.
Orang yang...
Orang yang sebarkan gambar saya dan Profesor Han pergi ke hotel
ialah Jeong-hae!
Disebabkan itu, Profesor Han mati
dan isterinya cuba membunuh diri!
Awak kata dia tertekan,
jadi, awak cadangkan rumah penjagaan itu sebagai terapi.
Jadi, macam mana isteri
Profesor Han Eung-sik yang mati 20 tahun lalu
ada di rumah penjagaan itu?
Ia
kebetulan.
Kenapa...
Awak di mana?
Kenapa bos awak telefon pada waktu begini?
Isteri saya telefon.
Okey, begitu.
Baiklah. Saya nak tanya beberapa soalan lagi.
Awak tahu yang anak awak Kang Ji-uk
dan Joo Gang-san rapat, bukan?
Mereka tak rapat.
Saya tahu mereka saling mengenali di sekolah.
Sehari sebelum pembunuhannya,
Joo Gang-san kenalkan Kang Ji-uk dengan seorang wanita.
Bukankah itu hubungan rapat?
Adakah anak awak tahu apa yang berlaku
antara awak dan Joo Gang-san?
Dia beritahu saya yang si tak guna itu beritahu dia.
Jadi, saya betul.
Ketika kami menyoal anak awak,
dia dipenuhi rasa marah
terhadap Joo Gang-san.
Detektif.
Ji-uk tak bersalah.
Ji-uk terlalu lembut
untuk membenci seseorang.
Saya tak kata anak awak yang bunuh dia.
Terima kasih kerana teman saya pulang.
Pulang baik-baik.
Saya tak nak tinggalkan awak.
Tak bolehkah saya tidur di sini saja?
Awak kata awak akan dihalau jika awak tak balik semalaman lagi.
Kalau begitu, biarlah saya dihalau.
Saya tahu awak tak maksudkannya.
Awak kata awak tak suka bersendirian.
Saya nak berada di sisi awak.
Saya keseorangan dulu,
tapi saya ada awak sekarang.
Saya tak kisah bersendirian. Awak pergilah.
Okey. Saya akan hubungi awak bila saya sampai di rumah.
Saya cintakan awak.
Selamat tinggal.
Selamat tinggal.
Apa khabar?
Awak dah ada teman lelaki.
Jadi?
Terima kasih atas kerjasama awak.
Baiklah. Selamat malam.
Dia mencurigakan, bukan?
Dia nampak sangat gementar.
Itu perkara biasa.
Dia disiasat oleh polis kerana membunuh.
Tak normal kalau dia tenang.
Yakah?
Macam mana kalau kes ini tak selesai?
Jangan cakap bukan-bukan!
Ludah tiga kali, tak guna.
Lompat dengan satu kaki sebanyak tiga kali.
Awak dah rosakkannya sekarang. Tak guna.
Kenapa dia buli saya?
Ikut sini. Helo.
No comments yet. Be the first to leave one.