Merlin

Merlin

Download Malay Subtitle

Season 5

Release info

Merlin S05E05 The Disir HDTV
A Commentary by arm_light
Episod 5- "The Disir"

Tags

HDTV
hdtv
HD
Published on: 2012-11-05
Downloads: 52
Hearing Impaired: Yes

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Di sebuah daerah mitos, pada zaman kegemilangan sihir,

takdir sebuah kerajaan besar terletak di bahu seorang lelaki muda.

Namanya

Merlin.

Osgar.

Kamu tahu apa yang perlu dilakukan?

Saya tahu.

Berdiri.

Ambil ni.

Nasib Arthur Pendragon berada di tangan kamu sekarang.

Saya tahu kamu menghormatinya.

Sarikata oleh Light_Arm

Episod 5 - The Disir -

Kamu semakin baik, Mordred. Sangat baik.

Tuanku. Mungkin saya boleh mula bertugas tak lama lagi.

Tuanku?

Dan.. kamu kena ingat..

Mordred guna 'tangkisan kilas' pada serangan saya.

Dia lakukannya dengan baik. Kan?

Kamu tahu apa itu 'tangkisan kilas'?

Saya rasa, sejenis tangkisan, dalam kedudukan hadapan,

berakhir dengan mengilas lengan.

Kamu semakin bijak.

Apa pendapat kamu tentang Mordred?

Dia, er, ada peningkatan.

Dia miliki bakat seorang kesatria, kamu setuju?

Ada banyak kesatria hebat di Camelot.

Ya, tapi saya yakin, dia akan jadi salah seorang yang terbaik,

dan saya akan terus beri galakan padanya.

'Kamu rasa dia belum bersedia?'

Bukan begitu. Dia hebat berlawan.

Kamu rasa dia terlalu muda? Dan keras kepala?

Dia sangat baik hati dan bersederhana.

Dia nampak sempurna, Merlin.

Saya tak boleh abaikan apa yang saya nampak.

Gaius, Mordred ditakdirkan untuk terlibat dalam kematian Arthur.

Mungkin ya, mungkin tak. Masa depan ada banyak rahsia. Dia salah satunya.

Pernahkah dia berbuat jahat terhadap Arthur selama ni?

Tidak, tapi..

Kalau Mordred nak sakiti Arthur, dia ada banyak peluang untuk buat begitu.

Dia budak yang disenangi, Merlin.

Saya tahu.

Saya pun suka dia, tapi saya tak boleh abaikan apa yang saya nampak.

Melihat tak sama seperti mengetahui.

Dan kita mesti betul-betul pasti sebelum bertindak.

Ada berita dari Timur, Sir Leon?

Saya rasa berita yang serius, Tuanku.

Macam yang kamu tahu, beberapa hari lalu, pengawal di Hutan Brechfa

mengesan seorang lelaki bernama Osgar.

Ahli sihir? Yang sama.

Mereka cuba menahannya dan dia gunakan kuasanya untuk larikan diri.

Saya sedih untuk melaporkan.. Sir Ranulf telah terbunuh.

Sir Ranulf?

Dia adalah kesatria sejati yang setia.

Letakkan semua tentera di wilayah timur dalam keadaan berjaga-jaga.

Ya, Tuanku.

Saya sendiri akan ketuai rondaan untuk bawa Osgar ke muka pengadilan.

Perlukah kamu sendiri pergi?

Raja mesti memimpin. Kalau tidak, apa gunanya dia?

Kamu memimpin tentera ketika selamatkan bapa Mithian..

Dan saya hampir kehilangan kamu.

Kematian Sir Ranulf mesti diadili.

Kamu ada ramai tentera hebat untuk membalas dendam.

Dia bukan sekadar kesatria, Guinevere, dia adalah sahabat.

Kami kenal sejak masih kecil.

Saya mesti pergi.

Jangan takut. Saya akan selamat.

Macam yang kamu kata, saya ada ramai kesatria hebat.

Ya?

- Kamu nak jumpa saya, Tuanku? - Ah, Mordred, sila, sila masuk

Dah tiba masanya untuk kamu mengiringi raja kamu.

Tuanku?

Saya nak kamu sertai saya meronda Pergunungan White.

Saya?

Ke Brechfa?

Tahniah.

Ini satu penghormatan besar. Saya..

Kamu berjaya mendapat tempat.

Sedia menunggang pada waktu subuh.

Baiklah, Tuanku.

Kamu tak akan menyesal.

Saya berjanji.

Dia ada bakat untuk jadi kesatria yang hebat.

Nampaknya kamu mula sukakan dia.

Saya pun rasa begitu.

Kamu yakini kamu tak lupa apa-apa, Mordred?

- Apa dia? - Dia tiada senjatanya?

- Saya tak nampak botol air. - Kasutnya. Rasanya dia tak bawa.

Kamu yakin ini idea yang baik?

Dia pandai berlawan, kesatria yang berani.

Dia masih muda.

Apa akan jadi pada kita, Merlin, kalau tak ada siapa beri kita peluang?

Tuan-tuan!

Merlin?

Kamu kan jaga dia?

Pasti tak mudah.

Saya tahu.

Merlin!

Ia adalah tradisi. Bertahun yang lalu.

Semua orang kena lakukannya pada rondaan pertama mereka.

Mordred, apa yang kamu lakukan?

Menggabung pelana, Tuanku.

Macam dalam tradisi purba.. menggabung.

Mestilah. Saya rasa seluar dalam kamu ada di keluar.

Tuanku?

Ini Osgar. Dia dah dekat.

Dia semakin cuai.

Tuanku?

Siapakah kamu? Apa tujuan kamu?

Saya rasa kamu telah ambil jalan yang salah.

Siapa kamu?

Nama saya Osgar. Dan saya ada mesej penting untuk raja kamu.

Bawa saya kepadanya.

Dengan senang hati.

Kamu tahu siapa saya?

Kamu seorang ahli sihir, pelampau dan pembunuh.

Tidak.

Saya seorang lelaki yang menghargai kebebasannya.

Bawa saya kepada raja kamu.

Adakah kamu mencabar saya?!

Berhenti!

Tuanku..

Nama saya Osgar.

Saya tahu siapa kamu.

Saya diutuskan oleh Disir.

Untuk serahkan penghakiman Arthur Pendragon, Raja pada Masa Depan.

Apa hak kamu nak berikan penghakiman?

Tiada siapa yang lebih mulia dari Disir. Walaupun raja.

Tugas saya adalah untuk menyerahkan,

penghakiman mereka terhadap kamu, tuan raja.

Tugas suci saya.

Tangan kamu.. Arthur Pendragon.

Selesai.

Apa maksudnya?

Ia adalah penghakiman dan nasib.

Kamu telah lancarkan perang ke atas penganut Agama Lama.

Kini dewa purba memberikan penghakiman mereka.

Disir telah bercakap.

Putaran nasib mula tertutup.

Walaupun Camelot sedang mekar,

benih kemusnahan juga telah disemai.

Mengarut betul?

Masih belum terlewat, Arthur.

Belum terlewat untuk mencari jalan yang benar.

Tebus diri sendiri.

Tiada lagi peluang yang akan diberikan.

Apa raja katakan?

Ahli sihir tak layak dikebumikan di kubur bertanda.

Tak apa, Merlin.

Saya pun akan buat perkara yang sama.

Dia pun salah seorang daripada kita.

Kita takkan berterusan begini.

Satu hari nanti kita akan hidup bebas semula.

Kamu betul-betul percayakannya?

Ya.

Sehingga itu,

Kita akan mati tak bertanda sama seperti semasa hidup.

- Bengkaknya akan surut esok pagi. - Harap-harap begitu.

Macamana keadaannya?

Saya dah sapu penawar. Mereka akan pulih sepenuhnya.

Kamu seorang tabib yang hebat, Merlin.

Saya cuma belajar dari Gaius saja.

Dia juga hebat sediakan sarapan, kamu akan tahu nanti,

Kan, Merlin?

Saya dah menyinggung dia.

Mari, Merlin, panaskan diri, minum.

Untuk Mordred, dan misi pertamanya yang berjaya.

Tak ada apa-apa. Cuma kena tepat pada masanya dan hati-hati.

Merlin!

Tahniah.

Kalau dia mati dan dijamin dengan ketenangan abadi,

saya yakin dia tak mati sia-sia.

Cepatlah, Merlin. Kita dah menang.

Osgar boleh bunuh kamu dengan mudah.

Tapi dia tak, kan?

Dia seorang ahli sihir, kuasanya agak hebat.

Dia gila.

Dan tanda tu?

Cuma sekadar perhiasan.

Sini.

Saya akan suruh tukang emas ukirnya sebagai tanda kejayaan kita.

Kamu okey, Merlin?

Sedikit, Tuanku.

Makin lama saya rasa yang muka kamu macam punggung kucing.

Tengok, kamu langsung tak ketawa pada jenaka saya. Biar betul..

Saya tak nampak kamu senyum sejak tiga hari lalu.

Saya tak tahu pula penting sangat untuk senyum.

Tuanku, terima kasih kerana datang.

Silakan.

Cakaplah yang Merlin pun dah buat kamu percaya benda karut ni, Gaius.

Ini adalah petanda, tuanku.

Semua orang cakap begitu.

Di masa dahulu, tanda ini menimbulkan ketakutan.

Ia diberikan kepada orang yang dihakimi oleh mahkamah Disir.

- Disir? - Mahkamah tertinggi Agama Lama.

Tiga wanita telah dipilih sejak lahir dan..

..dilatih sebagai peramal dan tukang tilik.

Tugas mereka adalah untuk mentafsir arahan Tiga Dewi.

Apabila penghakiman dibuat, keputusan mereka adalah muktamad.

Benda tahyul ni dah tak boleh dipercayai lagi.

More Malay subtitles for Merlin

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left