Revenant

Revenant (악귀)

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

Revenant SE01E02 2023 WEBRip-DSNP
A Commentary by Phat Huu
Ep 2

Tags

webrip
web
BRip
Published on: 2023-08-04
Downloads: 116
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

PENAFIAN

Rancangan berikut mengandungi penggambaran bunuh diri dan penderaan kanak-kanak.

Budi bicara penonton dinasihatkan.

REVENANT

WATAK, TEMPAT, ORGANISASI DAN PERISTIWA DALAM DRAMA INI REKAAN SEMATA-MATA

PENGGAMBARAN PELAKON KANAK-KANAK DILAKUKAN DALAM KEADAAN YANG SELAMAT

EPISOD DUA

Awak siapa?

Apa awak buat di depan rumah kami?

Maafkan saya, puan.

Puan ialah ibu kepada Hyunwoo?

Awak datang nak jumpa dia?

Awak tak tahu dia dah mati?

Awak perlu pergi!

- Kita dah selesai bercakap. - Namun...

Kalau tak, kami akan telefon polis.

Apa yang awak sedang buat? Mari masuk.

Apa yang sedang berlaku?

- Cermin. - Apa?

Awak ada cermin?

- Apa maksud awak? - Di mana saya boleh dapatkan cermin?

Ada cermin di bawah sana.

Dengar cakap mereka, cari nama mereka dan sebab mereka masih di sini.

Kenapa dia mati?

- Apa? - Kenapa Hyunwoo mati?

Awak yang bunuh dia?

Bukan, kami tak bunuh dia.

Kami tak bersalah.

Kami tak pukul dia pun. Orang lain yang pukul dia.

Sejuknya.

Kenapa si dungu itu asyik ikut kita?

Mungkin dia ingat kita berkawan sebab kita selamatkan dia daripada pembuli.

Saya harap dia berhenti mengekori kita.

Orang mula fikir kita buli dia...

...sebab dia asyik ikut kita.

Tolong saya.

Jangan pedulikan dia.

- Apa itu? - Akhirnya saya dapat juga.

Bukankah itu yang baharu?

Macam mana awak dapat?

Biar saya cuba.

Awak curi daripada orang tua itu?

Mana ada?

Hei.

Kenapa dengan dia?

Hei, apa yang awak buat?

Tolong pergi ke rumah saya.

Beritahu saya...

...apa yang berlaku kepada keluarga saya...

...selepas saya mati.

Apa yang dia maksudkan?

- Hei! - Hei!

Hei!

- Hei. - Apa yang berlaku?

Hyunwoo!

Bunuh diri?

Saya dah beritahu dari awal lagi.

Namun, saya asyik terima panggilan daripada dia.

Saya takut, jadi saya rakam rumah awak.

Saya sangka itu rumah dia.

Itu saja?

Sebenarnya...

Kenapa awak nak tahu maklumat tentang Jung Hyunwoo?

Dia ada adik-beradik?

Tiada, dia anak tunggal.

- Awak pasti? - Siasatlah sendiri kalau nak.

Saya dah periksa pendaftaran penduduk...

...dan sijil keluarga dia.

- Kenapa awak tanya? - Tak apalah. Saya akan telefon nanti.

Helo?

Budak yang mati itu selalu bercakap tentang seorang adik.

Dia kata dia kasihankan adiknya.

Itu yang budak-budak itu cakap.

Baiklah, saya akan hubungi awak semula.

Semua itu penipuan.

Saya dah tanya bekas rakan sekolahnya.

Dia tak pernah ada adik-beradik.

Saya rasa dia dah hilang akal.

Awak perlu balik.

Kenapa?

Hei! Awak nak ke mana?

Tak guna!

Awak tak apa-apa?

Sekejap.

Pak cik akan tolong awak.

Helo, tuan.

Awak masih ingat budak lelaki yang terjatuh dan mati baru-baru ini?

- Kenapa dengan dia? - Orang yang letak kereta berdekatan...

...nampak sesuatu yang pelik dalam kamera papan pemuka dan melaporkannya.

Itu lorong tempat kita jumpa mayatnya.

Betul.

Namun...

Bila dia ambil telefon Hyunwoo?

Awak dah periksa semua nombor yang dia telefon?

Saya jumpa seorang budak.

Namun, dia terjatuh dan mati...

...semasa melarikan diri.

Khabar angin akan tersebar...

...di kejiranan ini juga.

Kita tak daftarkan kelahirannya pun.

Biar pak cik tolong.

Kita boleh bunuh dia supaya tiada sesiapa dapat tahu.

Itu yang kita persetujui.

Apa kita nak buat dengan lelaki itu?

Apa yang awak buat?

Hei! Apa yang awak buat di dalam sana?

Tak guna!

Berhenti!

Biar pak cik tolong.

Mari kita keluar.

Abang Hyunwoo suruh pak cik tolong awak.

Awak kenal Abang Hyunwoo, bukan?

Abang Hyunwoo...

Berani awak buat laporan?

Berani betul!

Abang Hyunwoo suruh pak cik tolong awak.

Apa kata kita keluar?

Mari keluar.

Boleh awak buat begitu?

Hati-hati.

Bagus.

Bagus!

Apa yang awak sedang buat?

Apa yang awak tunggu? Cepat keluar!

Panjat. Awak boleh lakukan.

Awak dah hampir keluar.

Siapa awak?

- Apa yang awak cuba buat? - Lepaskan saya!

Hentikan!

- Lepaskan saya! - Jangan buat begini!

Awak tak apa-apa?

Awak masih nampak? Tompok merah.

- Awak yang jumpa mereka? - Ya.

Saya Gil Sunghyun, pelajar gred lapan Sekolah Menengah Oksun.

Macam mana awak jumpa mereka?

Saya mengekori wanita itu.

Seorang budak perempuan dikurung di bilik bawah tanah mereka.

Ibu bapa kita dah tidur, jadi awak boleh makan perlahan-lahan.

Abang dah fikirkan nama untuk awak.

Bagaimana dengan "Hyunji"?

Jung Hyunji.

Makan perlahan-lahan, Hyunji.

Ini dipanggil laut.

Cantik, bukan?

Mari pergi bersama-sama.

Abang janji akan bawa awak ke sana.

Saya tak nampak dia lagi. Dia dah hilang.

Semuanya dah tamat?

Belum lagi untuk awak.

Roh jahat itu masih ada pada awak.

Tidak.

Hantu tidak wujud.

Manusia lebih menakutkan daripada hantu.

Hyunwoo dan Jinwook mati disebabkan orang jahat...

...macam mereka.

Bukan kerana hantu.

KLINIK NEUROPSIKIATRI

INVENTORI KEMURUNGAN BECK

Cik Gu Sanyeong.

Tolong serahkan borang kalau awak dah selesai.

Sekejap, ya.

Tahap tekanan awak sangat tinggi.

Awak juga tak cukup tidur.

Kemungkinan besar awak akan berhalusinasi atau dengar sesuatu.

Mak saya dah lama mengalami kecelaruan keresahan.

Adakah keadaan itu memberi kesan kepada saya?

Kalau ahli keluarga rapat ada masalah kesihatan jangka panjang...

...itu mungkin salah satu faktor yang menyebabkan tekanan.

Namun, aspek keturunan belum dibuktikan secara saintifik lagi.

Saya akan beri awak ubat.

Mari lihat kalau ia boleh memperbaiki keadaan awak.

Doktor, awak percaya kewujudan hantu?

Maksud saya...

...doktor rasa hantu wujud?

Awak mungkin berhalusinasi dalam keadaan awak yang mudah terjejas...

...tapi hantu tak wujud.

Hantu tidak pernah wujud.

Rumah itu lebih teruk daripada rumah berhantu.

Tergamak mereka buat begitu?

Saya betul-betul nak pindah.

Saya kasihankan budak itu...

...tapi saya tak rasa saya boleh...

...tinggal di sana lagi.

Orang yang tinggal dalam apartmen itu tentu ada masalah juga.

Namun, saya lebih suka...

...menderita di sana.

Sekurang-kurangnya saya masih akan gembira walaupun hidup sengsara.

Awak nak saya berdoa untuk rohnya?

Ya, silakan.

JUNG HYUNWOO

Kenapa awak minum setiap hari?

Namun, saya faham.

Awak perlukan sesuatu untuk bantu awak menghadapinya.

Awak beritahu orang tentang benda yang awak nampak...

...tapi mereka fikir awak kurang siuman.

Akhirnya awak jumpa roh jahat yang awak cari...

...tapi awak tak boleh tangkap pun.

Tentang lelaki itu, Profesor Gu Gangmo.

Awak rasa kenapa dia buat begitu?

Dia tulis surat kepada awak, seorang yang tidak dikenali,...

More Malay subtitles for Revenant

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left