Release info

그놈이-그놈이다-To All The Guys Who Loved Me-E05-E06 NEXT VIU
A Commentary by ANANG2196

Tags

other
Published on: 2020-07-15
Downloads: 9
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Sub bY VIU

Resynced == ANANG KASWANDI ==

Awak dan Encik Hwang...

akan tinggal di sini bersama?

Ya.

Jadi awak kata yang awak berdua...

Maksud saya...

Awak berdua akan makan dan tidur...

- di rumah sama? - Betul.

Mari naik atas. Saya mahu buat awak bekerja,

jadi saya belum punggah barang.

Baik.

Ta-da.

Apa masalahnya?

Beritahu saya apa berlaku, dan jangan tinggalkan apa-apa.

- Cepat. - Selepas awak pergi,

Setiausaha Nam telah telefon saya.

Dia kata ada masalah dengan studio saya...

dan saya harus pergi ke alamat baru.

Saya datang ke alamat itu. Itu sahaja.

Walaupun begitu, kenapa terima saja dan punggah barang awak?

Saya juga terkejut pada mulanya,

tapi ia tidak teruk.

Ada sebuah kedai buku besar dan perpustakaan berdekatan.

Tambahan, rumah ini sangat bagus.

Tapi, ini tidak betul.

Dia orang asing, tambahan dia CEO syarikat kita.

Bukankah itu tidak selesa.

Kami boleh jadi rapat.

Kami akan berbual sambil makan malam,

dan kami boleh tonton filem bersama.

Dan pada waktu malam,

kami boleh minum bersama.

Kenapa awak mahu buat begitu dengan Encik Hwang?

Kenapa tidak boleh?

Saya tidak kata tidak boleh.

Saya fikir awak tidak suka dia.

Tanggapan pertamanya tidak baik,

tapi lepas bercakap dengan dia, dia kelihatan menawan.

Menawan?

Jangan buat ini. Mari pergi ke rumah saya.

Tidak sukar untuk cari studio,

jadi kita akan cari tempat baru dalam seminggu dan pindah.

Ia huru-hara dan meletihkan untuk pindah lagi.

Saya perlu rancang projek saya juga.

Saya akan tinggal di sini.

Tidak, saya tidak boleh bagi awak tinggal di sini.

Oh Tuhan.

Ia semakin lewat.

Apa kata awak makan dulu sebelum pergi?

Encik Hwang,

saya tidak tahu awak boleh masak juga.

Saya tidak boleh panggil ini masakan.

Ia hidangan yang sangat sederhana.

Awak patut berbangga dengan masakan awak.

Saya akan masak untuk awak selalu.

Terima kasih.

Terdapat khabar angin yang Hwang Ji Woo...

adalah gay.

Maaf kerana mengganggu masa makan kita.

Tapi saya akan...

duduk di sebelah awak, Encik Hwang.

Tiba-tiba? Kenapa?

Saya percaya pada feng Shui.

- Awak? - Saya sangat suka...

menghadap air dan ada gunung di belakang.

Seperti yang awak lihat, ada sumber air di situ.

Dan ada gunung.

Ini adalah tempat terbaik dalam rumah.

Saya faham.

Makanlah.

Adakah awak tidak suka makanan ini?

Apa? Tidak.

Ini sedap.

Ia sedap.

Adakah awak okey?

Ya.

Encik Hwang.

Kenapa awak tidak mempertimbangkan semula...

berkongsi rumah dengan Encik Park?

Saya rasa dia menyusahkan awak.

Saya akan sering kunjung dia untuk kerja.

Awak tidak perlu risau.

Saya akan beri kad kunci berasingan untuk rumah ini.

Ya. Itu lebih baik.

Menekan loceng dan membuka pintu akan membebankan.

Apa?

Saya akan bunuh awak.

Ini masalah serius.

Encik Park biasanya lukis webtoon dia pada lewat malam.

Dia akan berada di ruang tamu dan dapur dan buat bising.

Jadi, tidakkah awak akan terganggu bila awak perlu berehat?

Saya kebetulan tidak banyak tidur ketika siang.

Saya akan beri snek malam bila awak bekerja.

Terima kasih, Encik Hwang.

Hei, awak sudah sampai.

Adakah kelas awak baru habis?

Tidak. Saya terpaksa bercakap dengan ibu bapa.

Ini adalah akademi, bukan sekolah.

Tapi ibu bapa sangat menuntut.

Dan mencari nafkah untuk diri sendiri lebih menuntut.

Adakah awak mahu berkahwin semula?

Ada seorang duda yang sangat baik di tempat kerja suami saya.

Bekas suami saya juga sangat baik.

Tapi saya ceraikan dia kerana keluarganya tidak baik.

Saya tidak akan jatuh cinta dua kali.

Saya tidak keberatan untuk janji temu dia.

Min Jung, tiada apa untuk kata pada saya?

- Mahu saya pesan hidangan tambahan? - Ini bukan mengenai makanan!

Kenapa awak tidak jodohkan saya dengan seorang lelaki?

Oh Tuhan, dia...

mahu janji temu Jin Ah lepas lihat foto Jin Ah...

yang saya muat naik di media sosial.

Betul. Bukankah awak ada janji temu minggu ini?

- Betul. - Saya ditinggalkan sebelum bertemu.

Kenapa dengan dia?

Awak pendapat awak tentang studio ini?

Oh Tuhan, ini yang terbaik.

Awak berdua kelihatan sangat rapat.

Kerana masalah keluarga,

ibu bapa dia jaga saya dan besarkan saya sejak kecil.

"Rapat" tidak akan cukup untuk gambarkan hubungan kami.

Jadi awak berdua seperti adik beradik.

Saya tidak akan kata itu.

Dia adalah Seo Hyeon Ju. Dan saya Park Do Gyum.

Apa pun, saya iri hati.

Saya tidak rapat dengan adik-beradik saya.

Mahu saya jadi adik lelaki awak?

Saya fikir awak tidak suka saya pada mulanya.

Oh Tuhan, kenapa pula?

Saya terima berpindah ke sini kerana saya suka awak.

Saya sebenarnya fikir awak tidak suka saya pada mulanya.

Kalau saya tidak suka awak,

saya tidak akan buka rumah saya untuk studio awak.

Betul.

Atau...

awak mungkin ada motif tersembunyi.

Tidak mungkin.

Saya sudah lama tinggal bersendirian.

Saya fikir ada rakan serumah akan okey.

Begitu. Saya faham.

Saya harap kita dapat bergaul baik.

Sama di sini.

Saya sudah agak akan ada drama,

tapi saya tidak tahu ia akan berlaku begitu cepat.

Hei, tiada drama.

Jadi, apa itu?

CEO awak dan Do Gyum mula tinggal bersama.

Dan dia sukakan Do Gyum.

- Berhenti reka cerita. - Sekejap.

Kenapa Do Gyum dengan rela hati bersetuju untuk pindah ke sana?

- Apa? - Itu paling membingungkan saya.

Dia terima tawaran itu tanpa sebab yang jelas.

Betul.

Adakah ini bermaksud Do Gyum juga...

Hei! Tidak, itu tidak benar. Tidak pernah!

Hei, saya tinggal bersamanya sejak dia kecil.

Saya pasti akan tahu.

Tidak. Awak tidak akan tahu.

Adakah awak kenal kawan saya, Park Jin Kyu?

Orang yang gay secara terbuka?

Ya. Tidak seorang pun rakan rapatnya...

atau ibu bapanya tahu.

Mustahil untuk tahu jika dia mahu sembunyikannya.

Hei, saya akan jujur.

Walaupun Do Gyum suka lelaki,

apa saya boleh buat? Saya tidak dapat kata apa-apa.

Ia hidup dia dan itu diri dia.

Jadi awak tidak akan peduli jika dia janji temu CEO awak?

Kenapa tidak boleh?

Tidak boleh! Encik Hwang sangat kaya!

Awak fikir dia akan bersikap terbuka?

Dia lebih tua, jadi dia mungkin ada perkahwinan yang diatur.

Jadi apa berlaku pada Do Gyum?

- Kekasihnya? - Kekasih?

- Awak mahu mati? - Bertenang.

Hei, tiada gunanya bercakap di antara kita.

Awak patut periksa video lucah...

yang disimpan Do Gyum di komputer dan sejarah cariannya.

Awak akan tahu minat dia dengan itu.

Betul. Tidak apa selagi Do Gyum tidak minat pada lelaki.

Hei, saya ada janji temu lain. Saya perlu pergi.

Selamat tinggal.

Bergembiralah.

Apa ini?

Kosong, sembilan, lapan, tujuh, enam, empat...

Apa ini? Adakah dia tukar kata laluan?

Sembilan, kosong, lapan...

Jin Ah.

Kenapa awak di rumah pada jam ini?

Apa? Saya terlupa sarung tangan yang saya mahu edarkan.

Kenapa awak ke sini?

Saya cuma lalu di sini.

Apa?

Ini rumah saya. Dan awak di tingkat 15.

Saya berjalan sekitar tingkat pangsapuri untuk bersenam.

Oh Tuhan, panas.

Saya hanya bersenam dalam perjalanan.

Adakah itu salah?

Tidak.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left