The first 200 lines.
Ini sungguh menakjubkan. Cuba awak dengar.
Permainan Solitaire dikeluarkan dari komputer pekerja di Virginia...
kerana sudah enam minggu mereka tak buat kerja.
- Sungguh menyedihkan. - Awak tahu apa ini?
- Tidak. Apa? - Berakhirnya ketamadunan barat.
- Bukankah awak dah lambat? - Teknologi.
Sebut satu perkara yang kita peroleh dari teknologi.
- Elektrik. - Itu satu.
Kita ingat mesin itu kawan kita. Sebenarnya, tidak.
Saya nak pergi sekarang.
- Kita jumpa malam nanti. - Susyi!
Susyi! Selamat jalan.
Nama paparan: Shopgirl
Selamat datang.
Anda terima e-mel.
Nama: NY152
Subjek: Brinkley
Brinkley anjing saya.
Ia suka jalan-jalan di New York sama macam saya.
Ia suka makan cebisan piza dan bagel di tepi jalan...
tapi saya lebih suka membelinya.
Brinkley cekap menangkap.
Ia ditawarkan tempat dalam pasukan pelapis Mets...
tapi ia mahu terus tinggal dengan saya...
kerana boleh luangkan 18 jam sehari...
tidur atas bantal hijau sebesar tiub tayar kereta.
New York cantik di musim luruh.
Buat saya rasa seperti nak beli perkakas sekolah.
Saya dah hampir siap!
Saya akan hantarkan "sejambak" pensel yang baru diasah...
kalau saya tahu nama dan alamat awak.
Sungguh pun begitu, tak mengetahuinya juga ada baiknya.
- Awak dah tolak? - Ya. Saya dah tolak.
Saya dah lambat.
Random House pecat Dick Atkins.
Baguslah. Murray Chilton dah mati.
Kurang seorang lagi orang yang tak cakap dengan saya.
Cepatlah!
Vince dapat ulasan yang baik.
Tentu dia gembira.
Malam ini, makan malam PEN.
- Saya kena pergi? - Joe Fox, awak dah janji.
Majlis rasmi.
Tak bolehkah saya bagi duit saja?
Apa pula minggu ini?
Bebaskan penulis Albania?
Itu saya sokong.
Baiklah, saya akan pergi. Awak dah lambat.
Baiklah, saya pergi dulu.
Siapa anjing yang besar?
- Selamat datang . - Selamat datang.
- Anda terima e-mel. - Anda terima e-mel.
Baiklah, turun!
Sahabat yang dikasihi, saya ingin mulakan...
seolah-olah kita sudah setengah jalan berbual.
Saya berpura-pura kita dah lama berkawan baik...
dan bukan di sebaliknya...
iaitu orang yang tak tahu nama satu sama lain...
- Selamat pagi, En. Fox. - dan berkenalan di laman sembang ...
yang kita dakwa belum pernah kita lawati.
Apakah agaknya NY152 nak cakap hari ini?
Saya buka komputer saya.
Dengan penuh sabar saya tunggu sambungan dibuat.
Saya masuk ke talian dan nafas saya terhenti seketika...
sehinggalah saya dengar tiga patah perkataan...
"Anda terima e-mel."
Ketika itu, saya tak dengar apa-apa lagi...
walaupun bunyi bising lalu lintas di New York...
kecuali bunyi degupan jantung saya.
Saya terima e-mel daripada awak.
Kontraktor elektrik telefon. Traknya langgar rusa semalam.
Esok baru dia boleh datang.
Para di tingkat atas itu pula lambat siap...
kerana kayu pain yang dipesan ada kumbang.
Sangat bagus.
Kita juga disaman $50 ribu kerana pekerja buang air di atas bumbung.
Bagus. Bagus sangatlah itu.
Juruelektrik datang hari ini?
Saya cakap tadi dia langgar rusa. Saya tahu awak tak dengar.
Memang saya tak dengar.
"Bunyi bising lalu lintas pun saya tak dengar...
kecuali bunyi degupan jantung saya."
Begitulah bunyinya.
Awak dan Patricia dah bertunang, bukan?
Awak boleh beritahu saya.
- Bertunang? - Berterus teranglah.
Awak dah gila?
Saya ingat awak suka Patricia?
Memang saya suka. Saya cintakan Patricia.
Patricia hebat orangnya.
Dia buat semua orang gementar.
Kita patut umumkan kehadiran kita di kejiranan ini.
Biar mereka tahu, "Kami bakal tiba."
Entahlah. Ini Upper Westside.
Lebih baik kita cakap kita nak buka pusat membuat dadah.
Mereka akan benci kita.
Sebaik saja mereka dengar, mereka akan kata yang...
- kita akan rosakkan... - Cara hidup mereka.
Kita akan tawan hati mereka...
dengan pelbagai pilihan barangan, diskaun, tempat duduk yang selesa...
- serta kapucino. - Kapucino.
Betul, mereka akan benci kita pada mulanya...
tapi nanti mereka akan beli daripada kita.
- Awak tahu kenapa? - Kenapa?
Kerana kita akan jual buku-buku yang murah...
dan perangsang yang buat mereka ketagih.
Sementara itu, kita buat tanda...
"Akan dibuka. Kedai Buku Fox.
Berakhirnya Ketamadunan Manusia."
- Selamat pagi, Christina. - Selamat pagi, Kathleen.
Indah sungguh hari ini, bukan? Hari yang amat indah.
Agaknyalah.
Dungu! Apa awak buat?
New York hebat di musim luruh.
Sempurna.
- Tiada bau yang lebih hebat. - Pita scotch?
- Kenapa dengan awak? - Tiada apa-apalah.
- Awak sedang dilamun cinta. - Dilamun cinta? Taklah.
Ya! Memang betul. Saya mencintai Frank.
Saya sudah pun tinggal sebumbung dengan Frank.
Bolehkah awak siarkan iklan Krismas dalam minggu ini?
Hari Isnin. Saya janji.
Hari Jumaat ini, saya kena serahkan kertas kerja saya.
- Apa halnya ini? - Tiada apa-apa.
Saya akan berdiri di sini sehingga awak beritahu saya.
Baiklah.
Curangkah saya kalau berhubungan dengan orang melalui e-mel?
Sudah adakan hubungan seks?
- Tentulah tidak. Saya tak kenal dia. - Maksud saya, seks siber.
Tidak.
Jangan buat.
Sebaik saja awak buat, mereka takkan hormat awak lagi.
Hubungan kami bukan macam itu.
Kami cuma berhubung menerusi e-mel.
Saya juga terfikir nak berhenti kerana ia dah mula...
Jadi tak terkawal?
Mengelirukan, tapi tak juga kerana tiada apa-apa pun.
- Di mana awak jumpa dia? - Saya dah tak ingat.
Baiklah.
Pada hari jadi saya, saya masuk ke laman sembang...
hanya untuk suka-suka.
Dia ada di situ.
- Kami pun mula berbual. - Tentang apa?
Buku, muzik dan betapa kami sukakan New York.
Ia tak membawa apa-apa erti.
"Sejambak pensel yang diasah."
Apa?
Lupakan saja.
Kami tak berbual tentang hal peribadi.
Saya pun tak tahu namanya, kerjanya dan di mana dia tinggal.
Jadi mudah saja nak berhenti berhubung dengan dia...
kerana kami tiada apa-apa hubungan.
- Dia mungkin sesiapa saja. - Saya tahulah.
Mungkin dia...
George.
Selamat pagi.
Adakah awak guna Internet?
Setahu saya, Internet hanyalah satu cara lain...
untuk ditolak oleh seorang wanita.
- Selamat pagi. - Selamat pagi, Birdie.
Apa awak berdua bualkan?
Seks siber.
Dulu pernah sekali saya cuba seks siber...
tapi saya selalu dapat isyarat talian sibuk.
Saya faham.
Saya amat tertekan pada suatu malam Sabtu...
- Masa untuk buka kedai! - Saya ingat...
Jessica dan Maya. Apa khabar kamu hari ini?
Kamu nak sapa Kathleen?
- Hai, Kathleen. - Hai.
Shop Around the Corner. George bercakap, boleh saya bantu?
Pembinaan berjalan lancar. Kita boleh buka tepat pada masanya.
Tapi saya dan Kevin bimbang sedikit tentang respons penduduk kejiranan.
Sofa ini guna fabrik apa? Ia ada nama?
- Duit. - Apa?
Namanya adalah duit.
Tentu Gillian yang pilih.
- Tekaan yang tepat. - Ayah awak akan berkahwin lagi.
- Betul? - Ya.
Tahniah.
- Terima kasih. - Kenapa?
- Entahlah. - Cinta?
- Mungkin. - Saya rasa awak dungu.
Matthew sudah empat tahun.
Bagus juga kalau dia tahu ibu bapanya telah berkahwin.
Saya nak cakap sesuatu.
Kedai Buku City di 23rd Street akan ditutup.
Satu lagi kedai gulung tikar.
Seterusnya pula.
Saya nak beli kesemua buku mereka tentang seni bina...
dan sejarah New York untuk kedai baru kita itu.
Berapa harganya? Berapa yang kamu kena bayar?
Apa pun kosnya.
Harganya tentu tak semahal sofa yang tak selesa itu.
Bulunya penuh di sut saya.
- Ambil ini. - Terima kasih.
Kami juga nak sediakan seksyen khas...
untuk para penulis yang tinggal di Westside.
- Untuk ambil hati penduduk. - Sempurna.
Itu akan pastikan penduduk liberal di Westside...
No comments yet. Be the first to leave one.