Thunderbolts*

Thunderbolts*

Download Malay Subtitle

Release info

Thunderbolts WEBDL
A Commentary by helminuri

Tags

webdl
Published on: 2025-07-01
Downloads: 879
Hearing Impaired: No
FPS: 23.976

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Ada sesuatu yang tak kena dengan aku.

Satu kekosongan.

Mungkin ianya terjadi sejak kakak aku meninggal dunia,

tapi kini perasaannya menjadi sesuatu yang lebih besar.

Menjadi kosong.

Atau mungkin aku cuma bosan.

Mereka beri aku kerja,

aku masuk kerja, keluar kerja, faham?

aku melakukan kerja pembersihan.

Minggu ini, Malaysia. Minggu depan, siapa tahu?

Mungkin dengan fokus dalam kerja adalah kuncinya.

Namun aku tak fokus, dan tak gembira,

dan aku tiada tujuan.

Dan tanpa tujuan, aku hanya hanyut seperti sungai...

atau seperti daun tua.

Atau seperti daun tua di dalam sungai.

Mana awak rasa lebi... Hei!

Awak tak dengar apa yang aku cakap.

Fikiran awak berada di tempat lain.

Tak kisahlah. Awak tak berguna pun kecualilah

jika awak boleh bantu aku melepasi pengecaman muka itu.

Helo.

Boleh awak bantu aku masuk ke sana?

Tak boleh?

Nampaknya awak pun ada masalah sendiri.

Tiada tulis pula cara untuk musnahkan bukti di dalam tugasan ini.

Ini akan jadi bersepah.

Jangan bergerak!

Hai.

Itu wajah yang boleh buka pengimbas ini.

Valentina yang hantar awak?

Penyelidikan ini hak milik Kumpulan OXE.

Awak akan beritahu aku.

- aku tak faham. - Awak tak faham.

- Kami buat penemuan baru. - Awak buat penemuan baru.

- Ia akan mengubah dunia. - Tak.

Ia boleh menamatkan dunia.

Valentina tak faham apa yang jadi di sini.

Salahkan kerajaan AS kerana siasatan mereka yang menyusahkan.

Kita kena hapuskan semua ini.

Awak ingat aku suka ikut arahan?

Melakukan kerja yang sama setiap masa?

Jangan lakukannya. aku takkan lakukannya.

Asyik merampas pistol saja.

Ya Tuhan.

Awak tembak, aku elak.

Ya Tuhan.

Beritahu Valentina yang dia dah buat silap.

Kamu semua tak pandai membidik.

Mesti ada mangsa keadaan.

Ucaplah kata-kata terakhir.

Projek Sentry bukan seperti yang dia fikirkan.

Tapi awak mula terlelap.

Tak guna.

aku perlukan wajahnya.

Baiklah.

Tugasan ini... Oh, tunggu. Sekejap.

Tugasan selesai.

Apa seterusnya?

Perwakilan Barnes,

sebagai ahli kongres baru, ada komen tentang perbicaraan hari ini?

Baiklah, aku bukan dalam jawatankuasa pemecatan,

tapi khabar angin tentang salah laku itu sangat membimbangkan.

Ia sangat membimbangkan dan merisaukan.

Dan penduduk Brooklyn berhak mendapat yang lebih baik,

jadi kita akan menyiasat masalah yang membimbangkan ini hingga ke akar umbi.

Terima kasih.

Hari ini, jawatankuasa bermesyuarat

untuk menyiasat pegawai yang duduk di hadapan kau.

Dia telah menerima artikel pemecatan.

Dan bila undian memihak kepada pemecatan,

dia akan disingkirkan dari jawatannya secara kekal.

Sila nyatakan nama awak untuk rekod.

Valentina Allegra de Fontaine.

- Cik Fontaine... - Tidak.

Ianya "de Fontaine." Awak terlupa menyebut "de."

En. Anderson, sebagai contoh,

dia Setiausaha Pertahanan, bukannya setiausaha "tahanan."

Cik de Fontaine.

Awak kini berkhidmat sebagai pengarah CIA, betul?

Betul.

Dan sebelum itu, awak pengerusi lembaga.

Kumpulan OXE?

Ya. Tapi, aku dah sepenuhnya keluar dari OXE sejak memegang jawatan.

aku kini berada di lembaga dalam kapasiti bimbingan strategik.

Dan kerana bimbingan strategik ini,

Kumpulan OXE mengekalkan pegangan yang signifikan

di makmal yang tak dikawal selia di negara asing

dan ada khabar angin tentang uji kaji manusia.

Sebahagian daripada operasi haram

untuk membangunkan orang perkasa kamu sendiri.

Boleh aku bercakap sekarang, Ahli Kongres?

Ya.

Pertama sekali, aku tiada masa untuk melayan khabar angin dan gosip ini.

Kini, terdapat beberapa negara penyangak

dengan teknologi yang jauh melampaui kita.

Dan ingatlah yang presiden terakhir kita telah bertukar menjadi

raksasa gergasi merah

yang hampir memusnahkan bandar ini.

Avengers takkan membantu.

Kita tiada wira yang boleh dipercayai.

Sebab itu tanggungjawab terletak pada aku, pada kita semua,

pada kerajaan Amerika, untuk melindungi rakyatnya.

Dan kamu tahu...

Puan Pengarah.

...apa saja yang aku lakukan,

sama ada di OXE atau di CIA,

aku lakukannya dengan matlamat.

Diam. Puan Pengarah.

aku secara rasmi menolak artikel pendakwaan ini.

Ini hanya membazir masa semua orang.

Dan siasatan kamu hanya menemui jalan buntu,

tak kiralah berapa banyak sudut dan celah

yang kamu cuba siasat.

Jadi awak tak keberatan

jika jawatankuasa meneruskan siasatan ini?

Oh, sudah tentu tidak.

Tak guna.

Kita kena keluarkan semuanya segera.

Ya. Setakat ini mereka dah keluarkan semua kajian kes...

Okey, buang semua kertas undi tergantung

yang boleh menyebabkan aku dipecat atau masuk ke penjara persekutuan.

Faham, tak mahu penjara.

Macam mana dengan operasi rahsia kita di luar sana?

Semua masalahnya dah diselesaikan?

Masalah dah diselesaikan, namun muncul masalah baru.

Apa?

Boleh awak cakap macam biasa?

Okey, seorang perisik meletupkan seluruh makmal

- di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. - Tak kisahlah.

Tugasan baru dah dihantar?

Ya, puan. Hanya seorang belum membalasnya.

Di mana dia?

Brezhnev.

Dia melambai.

Berambus dari sini.

Berambus dari...

aku pesan "tinggalkannya di beranda."

aku akan laporkan "ketidakpatuhan" awak ke Ibu Pejabat DoorDash.

Alexei, ini aku. Bukalah.

Yelena?

Tunggu!

Servis limosin red guardian

"Melindungi kau dari malam yang membosankan."

Yelena! Gembira sangat berjumpa kamu.

Hai, Ayah.

Maaf kerana menunggu.

Ayah ada panggilan penting.

Panggilan sangat sulit.

Sudah berapa lama, ya? Setahun?

Wah, ya, rasanya memang dah setahun.

Ayah sibuk dengan kerja?

Oh, ya.

Ya, banyak kerja.

- Begitu juga aku. - Terlalu banyak kerja.

Kerja keselamatan.

Bisnes limosin ayah.

Kamu takkan percaya orang penting

yang ayah jumpa semasa memandu.

Jadi ayah berasa gembira?

Oh, ya.

Ya, sangat gembira.

Pindah ke DC adalah keputusan terbaik yang pernah ayah buat.

Bukankah secara teknikalnya ini Baltimore?

Tidak. Baltimore bermula di blok seterusnya.

Tapi kenapa kamu tanya?

Kenapa kamu datang ke sini?

aku nak bercakap dengan ayah tentang Valentina.

Baiklah, tugasan baru.

Kamu datang berjumpa Red Guardian dan mahukan bantuan.

Tidak, aku mungkin akan berhenti.

Apa?

Ayah sanggup bakar bandar ini sehingga abu demi bekerja dengannya.

Apa? Bukankah tadi ayah kata yang ayah dah gembira.

Lena, ayah berbohong.

Lihat sekeliling kamu. Ayah sengsara. Beri nombornya.

- Tidak. - Berikannya.

- Alexei, berhenti. - Ayah akan hubunginya. Ayah...

Lena!

Lena, apa masalahnya?

Cahaya di dalam diri kamu malap

walaupun mengikut standard Eropah Timur.

aku hanya tertanya-tanya, apa gunanya?

Dengan semua ini?

Gunanya kerja itu adalah untuk kemasyhuran dan kekayaan.

Kekayaan membeli kawan, cinta,

dan banyak pakaian yang menarik.

- Baiklah, terima kasih. - Baiklah...

- Tidak, lupakan saja. Tak apa. - Tidak, baiklah.

Kamu mahu tahu bila ayah benar-benar gembira?

Ya, silakan.

Bila ayah berkhidmat untuk negara ayah sebagai seorang wira.

Menyelamatkan orang awam di jalanan.

Di sorak oleh orang ramai.

Dipuja seperti dewa.

Tiada panggilan yang lebih tinggi.

Kakak kamu memahami sesuatu tentang itu.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kamu ikut jejak langkahnya.

Kenapa ayah keluarkan gambar itu?

Kami sangat teruk.

More Malay subtitles for Thunderbolts*

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left