The Wheel of Time

The Wheel of Time

Download Malay Subtitle

Season 1

Release info

The Wheel of Time S01E06 The Flame of Tar Valon 1080p AMZN WEB-DL DDP5 1 H 264-NTb
A Commentary by ShasyaLala
Amazon Retail.

Tags

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
1080
Published on: 2021-12-10
Downloads: 33
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

SEBELUM INI DALAM

Selama 20 tahun kita cari, tapi mereka dah hilang.

Kami dah tangkap lelaki yang mengaku dirinya Jelmaan Semula Naga.

Hukum itu tertakluk kepada kita dan juga dia.

Awak telah sentuh Sumber itu.

Tidak!

Awak takkan sama seperti dulu.

Mengantaralah untuk saya.

Cahaya, lindungilah saya.

Awak siapa?

Sekali manusia merasai Kuasa Esa

dan kehilangannya, mereka seperti sudah mati.

Kita perlu jauhkan Mat daripada Aes Sedai.

Apabila mereka tiba, saya pasti tahu.

Awak beritahu saya tak?

Mungkin dia tak boleh dipercayai.

Jangan pandang rendah wanita di Menara ini.

Mereka semua ada matlamat dan agenda sendiri.

Amyrlin dah pulang dari Caemlyn

dan mahu kita jelaskan kes Logain di Dewan.

Dia akan hukum seseorang.

Bangun, Siuan.

-Ikan dah bangun, ayah? -Ya, ia berenang ke permukaan air.

Untuk mendapatkan sarapan pagi?

-Inilah masa untuk tangkap ikan. -Sebelum orang lain tangkap.

Ayuh.

Siuan.

Orang tak nampak.

Hanya apabila kita berdua jauh dari kampung. Kita dah setuju.

Tapi ayah…

Seorang wanita yang bijak tentu tahu batasannya.

Jangan melampaui batas.

Awak tak boleh buka ikatan minggu lepas.

Awak semakin cekap.

Ayah?

Berlatih guna umpan dan ikatan setiap hari.

Jangan malas dan guna Kuasa itu pula.

Bagaimana ayah nak tangkap ikan sendiri nanti?

Ayah boleh cari jalannya.

Tapi tanpa perahu dan rumah?

Jangan risau tentang ayah.

Bilakah saya boleh pulang?

Apabila keadaan di Tear selamat untuk gadis seperti awak.

Ikutlah saya, ayah.

Sayang, ayah bagai si lumpuh hendak merantau.

Ramai orang lumpuh lain dah merantau.

Tengoklah.

Awak terlalu bijak untuk berada di sini.

Awak perlu pergi.

Menara Putih bukan tempat saya.

Saya patut berada di sini dengan ayah.

Siuan.

Tengok sini.

Awak akan jadi wanita yang hebat.

Jika mereka cuma menjatuhkan awak,

tunjukkan diri awak yang sebenar.

Siuan Sanche.

Anak sungai.

Sepintar memerang.

Sekuat…

air pasang.

Sila beri perhatian.

Dia datang.

Penjaga Cakera,

Api Tar Valon, Kerusi Amyrlin.

Bawa Naga palsu masuk.

Kenapakah dia dirantai?

Dia telah digentaskan dan tidak lagi berbahaya.

Logain Ablar.

Awak tahu kenapa awak di sini?

Awak tahu kata-kata orang tentang awak semua…

Tentang Aes Sedai apabila berada jauh dari Menara?

Awak lemah.

Lebih lemah daripada sebelum ini.

Seratus tahun yang lalu, jika seorang lelaki bangkit dan kata

dia mahu pergi ke Menara Putih untuk menggulingkan Kerusi Amyrlin,

tiada sesiapa mahu menyertainya.

Malah, mereka akan bunuh saya kerana kata begitu.

Tapi apabila saya kata saya mahu menggulingkan awak,

saya berjaya bina sepasukan tentera dalam masa setahun.

Walaupun dengan perarakan awak untuk menayangkan kejayaan awak…

Awak tahu apa yang orang akan ingat?

Orang akan ingat bahawa seorang lelaki telah melawan

sembilan Aes Sedai yang gagah.

Malah, saya berjaya bunuh wanita Hijau itu.

Tak kira apa yang mereka kata di luar kota ini…

saya takkan terpedaya.

Jika awak mahu dihukum bunuh,

impian awak takkan tercapai

walau sebanyak mana kejahatan yang awak lakukan.

Awak akan menjadi contoh

kepada semua Naga palsu yang berani cuba mengantara.

Awak akan sentiasa diperhati dan dikaji,

dan takkan bebas

sehingga awak gila sepenuhnya.

Itulah hukuman awak.

Bawa dia pergi.

Bunuhlah saya.

Tolonglah bunuh saya. Saya merayu.

Tidak!

Bunuhlah saya. Tolonglah.

Saya merayu.

Bunuhlah saya.

Tolonglah bunuh saya!

Bunuhlah saya!

Liandrin.

Alanna.

Moiraine.

Mari sini.

Yang lain boleh pergi.

Lelaki itu sepatutnya dibicarakan, bukannya dihukum di medan perang.

Kami terpaksa, Ibu.

Dia lelaki paling berkuasa yang saya pernah jumpa.

Dia bertuah tak mati.

Awak ambil selendang itu bertahun-tahun yang lalu, Liandrin.

Awak dah lupa latihan awak?

Pertama, bebat.

Kedua, gentas. Akhir sekali, baru bunuh.

Tapi Ibu tak nampak perbuatannya!

Maafkan saya, Ibu.

Saya mohon pengampunan Amyrlin.

Kerene mati semasa melindungi kami

kerana dia tahu yang Naga palsu itu terlalu kuat.

Liandrin buat keputusan yang tepat.

Kami semua pun sama.

Kalau dia tak dikawal,

semua Aes Sedai akan terkorban, bukan Kerene saja.

Undang-undang wujud bukan demi nyawa

dan keselesaan kita.

Ia wujud untuk melindungi manusia daripada kita.

Liandrin, semasa Kerene mati, awak yang bertanggungjawab.

Maka, awak yang bersalah dan harus menerima hukuman.

Saya akan fikirkan hukumannya.

Ada apa-apa lagi yang awak mahu kata?

Saya cuma terkejut.

Ibu tak pedulikan gadis itu.

Semasa kami berjumpa dengan Moiraine,

dia bersama perantara paling berkuasa

yang wujud sejak sekian lama. Malah, lebih berkuasa daripada Ibu.

Namun, Moiraine tak sebut apa-apa langsung tentangnya.

Kami tak tahu pun

sehinggalah Nynaeve al'Meara sembuhkan semua luka kami.

-Saya tak tahu dia boleh mengantara. -Apa awak kata?

Saya tak tahu dia boleh mengantara.

Tapi awak tentu tahu dia bukan budak kampung biasa

dan dia istimewa.

Saya syak saja.

Apa yang awak mahu kata, Liandrin?

Moiraine keluar masuk Menara

selama 20 tahun.

Tujuannya, seperti tujuan Aes Sedai Biru yang lain

adalah untuk merisik dan mengesan bahaya sebelum ia menimpa kita,

sebelum ia menimpa Ibu.

Tapi Trolloc berjaya menyerang dari barat

dan tentera Logain berkembang dari selatan

tanpa sebarang amaran daripada Moiraine.

Kenapa?

Ibu patut tanya dia.

Ini urusan Biru, Ibu.

-Orang lain tak perlu ambil tahu. -Semua urusan dibincang di sini, Maigan.

Melainkan awak rasa Amyrlin tak perlu tanya Moiraine

kerana Ibu juga bekas ahli Biru?

Sedai Moiraine…

Awak tinggalkan Menara ini dua tahun yang lalu.

Ke mana awak pergi?

Dari Tear ke Dua Sungai dan segala yang di antaranya.

Apa tujuan pengembaraan awak?

Maaf, Ibu. Saya tak boleh beritahu.

Tak boleh?

Atau tak mahu?

Melutut.

Saya akan tanya sekali lagi.

Apa tujuan pengembaraan awak?

Ia rahsia.

Awak berani mencabar saya?

Mungkin darah bangsawan awak, Lady Moiraine Damodred,

yang buat awak pandang hina terhadap Aes Sedai lain.

Di luar Menara itu, awak buat sesuka hati awak.

Tapi saya Kerusi Amyrlin.

Ini Menara, kota saya,

dunia saya,

dari Tear hingga ke Dua Sungai dan segala di antaranya.

Ingat hakikat itu selama awak di sini.

Ingat semasa dahi dan bibir awak menyentuh marmar ini

dan awak memohon belas kasihan Ibu awak.

Saya akan jatuhkan hukuman untuk awak esok.

Sekarang, kamu boleh pergi.

Mohon keampunannya secara terbuka, selagi sempat.

-Apa gunanya? -Jangan degil.

Apa?

Awak ingat saya mahu berterima kasih atas kata-kata awak tadi?

Awak buat segalanya untuk kepentingan diri sendiri.

Awak lupa, saya kenal awak

dan apa saja yang awak mahu buat,

buatlah segera.

Esok, hukuman awak akan dijatuhkan.

-Bagaimana keadaannya? -Sangat teruk.

Ini biliknya?

-Ya, Aes Sedai, tapi… -Turun bawah.

Jangan sesekali naik.

More Malay subtitles for The Wheel of Time

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left