The first 200 lines.
Hello Bos! Ini kawasan larangan.
Hello Guru! Ini juga kawasan larangan.
Tak ada siapa yang dibenarkan masuk ke dalam.
Hello, kau siapa dan kenapa kau macam tak faham?
Jessica!
Ya!
Sarikata oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew 2018-
Kes penculikan dan pembunuhan Vignesh Hedge sudah masuk minggu kedua,
..kes ini telah diserahkan kepada CBI dari Jabatan Polis Karnataka.
Ini adalah ucapan Ketua Jabatan..
Kami telah menyerahkan semua laporan dan fail kepada Cawangan Jenayah Khas, CBI.
Mengarut, kau patut tanya Pengarah CBI tentang itu.
Dua minggu lalu di Bengaluru.
Vignesh Hedge, anak Pawan Singhm Pengerusi Syarikat Kumpulan Hedge..
..telah diculik daripada padang Golf.
Beliau berusia 22 tahun.
Pegawai CBI, Ramesh Bhatt menyatakan..
..Ya, secara rasminya CBI akan menguruskan kes selepas ini.
Kami akan menjalankan pelbagai siasatan.
Nampaknya penculikan ini tidak dilakukan hanya untuk wang tebusan.
Kemungkinan ini akan berterusan.
Dalam hal ini..
..ibu bapa sila hubungi kami tanpa teragak-agak.
Kami mempunyai pegawai terbaik dalam menguruskan kes ini.
Kau dah sampai? Aku suruh kau ke mana?
Ya, aku dah sampai.
Bagus, sekarang belok kanan.
..dan mula berjalan.
Sekejap.
Aku tahu anak aku, Jessica ada bersama kau.
Tapi pemuda yang kau culik sebelum ini..
..kau dah bunuh dia, walau pun wang tebusan telah dibayar.
Jika aku berikan wang itu pada kau sekarang..
..apa jaminannya yang kau akan lepaskan anak aku?
Jaminan!?
Jika kau nak Jessica semula..
..kau kena ikut peraturan aku, George.
Kau tak ada pilihan lain.
Dengar, sebenarnya senang saja.
Jangan minta bantuan dari Polis atau CBI.
Jika kau tutup mulut kau dan ikut arahan aku..
..aku akan lepaskan anak kau.
Sekarang..
..belok kanan dan mula berjalan.
Bergerak!
Anjali di sini, Rachel masuk.
Ya, puan!
Kau dah kesan panggilan itu?
Kau dah dapat lokasinya?
Tidak puan, dia gunakan panggilan internet.
Dia gunakan TOI untuk memanipulasi lokasi dan alamat IP.
Setiap kali 'refresh' dia akan berada di negara yang berlainan setiap saat.
Bijak!
Okey semua dengar sini!
Ya puan! Ya Puan!
Mungkin hanya seorang pelaku yang buat segalanya..
..atau mungkin ia mempunyai rangkaian besar.
Kita perhatikan dulu.
Ekori saja lelaki yang datang dan ambil wang tunai dari dia.
Maklumkan pada saya dan tunggu arahan.
Teruskan berjalan.
Teruskan berjalan.
Dia di sini.
Anbuarasan, dia ada di sini dan perhatikan segalanya.
Kenapa cakap begitu, Anjali?
Semasa ambulans melepasi George, aku dengar bunyi bergema.
Dan aku rasa, dia juga menggunakan peranti perubah suara.
Ada herotan dan variasi di dalam suaranya.
Ambil gambar semua orang, yang sedang menggunakan telefon di sini.
Pemuda, anak gadis, lelaki, perempuan, semua orang.
Teruskan berjalan!
Teruskan berjalan!
Berjalan!
Teruskan berjalan!
Berhenti!
Kau nampak van putih di sebelah kiri?
Jauh di sana.
Tinggalkan beg itu di dalamnya, George.
Ada orang nampak pandangan di sebelah kiri?
Van apa tu? Dan dah berapa lama ia di parkir disitu?
Dalam pemeriksaan, kami tak dapat melihatnya dengan jelas.
Pegawai, saya nak seseorang pergi periksanya segera.
Teruskan berjalan.
Teruskan berjalan.
- Kamera di jalan itu. - Uh.. okey!
Tidak, bukan di sini.
Teruskan berjalan.
Tak guna!
Oh!
Oh.. Oh!
Tidak!
CBI!
Aku dah rasa tak sedap hati sejak awal.
Macam mana mereka boleh sampai ke sini, George?
Aku pasti, kau tak suruh mereka datang.
Kerana kau nak anak kau semula kan?
Dan kamu mahu dia hidup-hidup.
Jadi siapa yang beritahu mereka?
Aku panik..
..aku beritahu CBI agar jangan masuk campur dalam hal ini.
Aku betul-betul tak tahu mereka ada di sini.
Anak aku..
..tolong jangan apa-apakan Jessica.
Kau besarkan dia dengan penuh kasih sayang.
Dia membesar menjadi seorang anak gadis.
Aku dah culik gadis yang cantik.
Sebagai ayah, apa yang berada di fikiran kau..
..mereka tak tahu, tapi aku tahu.
Kasihan..
Fahami sentimennya Encik George.
Puan Anjali Vikramadithyan.
SP, CBI!
Apakhabar?
Apa kata, kita teruskan urusan kita, Encik George.
Mereka tak akan dapat apa-apa tapi mereka akan tengok satu keseronokan.
Okey, jadi kita berikan mereka satu persembahan.
Suruh orang di dalam van itu turun.
Letakkan beg itu di dalam.
Kau boleh memandu?
Dia ada di atas.
Anjali, kita naik ke teres.
Tunggu!
Okey George!
Kau nampak Barleyz di bangunan berhadapan kau?
Aku nampak.
Empat tingkat dengan lif, satu tingkat dengan tangga.
Aku ada di teres.
Mari, mari!
Semua pegawai dan jurufoto ambil posisi di teres setiap bangunan sekitar.
Aku nak tahu siapa dia.
Anjali kau dah buat silap.
Kami ada senjata, apa kata kita pergi ke teres dan tangkap dia.
Apa gunanya?
Kita masih tak tahu sama ada dia sendirian atau berkumpulan.
Bagaimana kalau dia tempatkan Jessica di tempat lain.
Kita kena selamatkan gadis itu.
Itu objektif utama kita.
- Buat saja apa yang aku arahkan. - Ya, puan.
Kailash!
Tak guna!
Ambil kedudukan! Ambil kedudukan!
Teruskan berjalan.
Puan, macam tak ada sesiapa di teres itu.
Ya puan, tak ada siapa di dalam.
Sekarang berhenti!
Kau campak beg itu ke bawah.
Apa?
Campakkan saja!
Tak guna...! Jurufoto tunggu di sini.
Aku nak gambar semua orang keluar dan masuk dari aras bawah tanah.
Perhatikan beg itu, pegawai serbu masuk ke aras bawah tanah segera.
Ya, puan!
- Arah situ! - Ya, tuan!
Anjali dia tak ada disini untuk ambil beg itu.
Dia ada rancangan lain.
- Puan! - Uh!
Tak ada siapa di dalam.
Jessica! Jessica!
Jessica!
Itu Jessica, George.
Jessi..
George..!
Tidak!
Jessica!
Aku dah tengok laporan bedah siasat.
Mati kerana kehilangan darah yang banyak.
Untuk menghalang darah daripada membeku..
..dia berikan suntikan anti pembekuan.
..dan darah terus mengalir dari tubunya.
Dia telah menggodam setiap CCTV, kamera, di tempat dia berada.
Macam mana pula?
Tak ada cap jari, malah tiada kesan DNA.
Gadis itu tidak di perkosa.
Untuk lebih tepat lagi, dia tak sentuh pun mangsa.
Itu bukan motif dia..
..dia seronok melihat mereka mati.
Dia mungkin seorang..
..Psiko!
Dan selepas penjelasan panjang lebar, kamu masih tanyakan isunya?
Pakcik dah gilakah?
Orang di luar sana..
..tak tahu bagaimana nak membesarkan gadis kecil yang comel ini.
Tengok sini, kamu tak perlu cakap semua itu.
Bila kamu nak datang?
Saya tak suka berada di sini.
Rasa tertekan sangat.
Shalu dah makankah?
Hey, mak cakap dengan kamulah.
Tidak puan, dia tak sarapan pun.
Dia tak makan?
Kenapa tak makan? Kamu bercakap dengan siapa?
Saya bercakap dengan siapa pun, pentingkah bagi mak?
Lagipun, mak dah tipu saya.
Baiklah, minta maaf. Sekarang beritahu mak, kamu bercakap dengan siapa?
Saya bercakap dengan pakcik.
Oh Arjun, berikan pada mak.
Dia nak bercakap dengan kamu.
Nampaknya dia tak nak cakap dengan mak.
Tak mahu cakap dengan mak! Berikan saja pada mak.
Pakcik, saya tak berikan mak telefon..
No comments yet. Be the first to leave one.