Happiness

Happiness (해피니스)

Download Malay Subtitle

Release info

해피니스-Happiness-E03-NEXT-VIU
A Commentary by Hennessey
Subtitle by Viu. Rate and Enjoy

Tags

other
Published on: 2021-11-15
Downloads: 36
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

(Semua watak, lokasi, organisasi, agama,)

(peristiwa, dan kumpulan dalam drama ini adalah fiksyen.)

Tempat apa ini?

Pangkalan tentera?

Kenapa kita di sini?

Di sinilah Sae Bom berada.

Awak patut turunkan saya dari tadi!

Saya nak berikan kek beras.

Tak guna.

Nak saya sediakan satu untuk awak?

Saya nak yang itu.

Cepat!

Tak, jangan buka!

Pastikan semua kenderaan dikunci.

Serta periksa...

- Saya perlu keluarkan Seung Young. - Apa?

Dia normal saja tadi.

Seung Young!

Tutup!

Awak tak apa-apa?

Yi Hyun.

Bagaimana awak sampai ke sini?

Baguslah...

saya sampai tepat pada masa.

Buka mulut.

Maafkan saya.

Saya sendiri tak faham kenapa saya buat begitu.

Mungkin saya nak buat sesuatu...

kerana tak adil jika mati begitu saja.

Ada sesuatu berlaku di dalam?

Semasa saya masuk,

mereka semua...

sepenuhnya hilang akal.

Saya nampak juga.

Sae Bom.

Macam mana kalau saya jadi salah seorang daripada mereka?

Isteri saya...

dan anak-anak saya...

Saya kecewa dengan awak.

Cik Yoon.

Lima orang rakan sejawat saya telah dijangkiti,

semasa cubaan menjaga mereka.

Apa lagi kami boleh buat?

Macam mana awak tahu berkesan guna bom tangan terpegun?

Askar tak akan bawa melainkan itu berkesan.

Mereka di sini untuk memerhati orang dijangkiti,

bukan untuk menghentikan serangan pengganas.

Pernah sekali, beberapa mangsa cuba melarikan diri daripada sini.

Di situlah kami dapat tahu.

Jadi, awak hanya kurung mereka di sini dan menunggu mereka mati?

Apa lagi yang kami patut buat?

Mereka tak rasional. Mereka hanya nak darah segar.

Nak kami beri mereka manusia hidup untuk setiap hidangan?

Namun mereka masih hidup.

Kita mesti cari harapan tak kira bagaimana pun.

Kami sedang cari harapan.

Kami melindungi pesakit yang menunjukkan simptom ringan.

Kami juga mengasingkan pesakit yang menunjukkan simptom teruk.

Encik Han.

Macam mana pula kalau keluarga awak yang ada di sana?

Mari jujur.

Awak anggap mereka raksasa.

Awak rasa tak ada masalah nak tembak jika mereka mendekati.

Awak tahu apa yang kami belajar daripada COVID-19?

Apa?

Kepentingan membasuh tangan?

Bertahan kesusahan lebih selamat daripada...

beberapa orang saling menuding dan membunuh diri masing-masing.

Demi melindungi keluarga, saya cuba untuk kekal selamat.

Berapa lama awak nak merahsiakan operasi ini?

Dedahkan semua kepada orang awam.

Kita perlu berbincang cara untuk rawat pesakit.

Sudah tentu.

Wartawan sudah tahu perkhabaran ini.

Lakukan cepat.

Atau saya akan dedahkan awak.

Semoga tak berjumpa lagi.

Oh, ya.

Mereka juga sedang bertahan.

Dengan apa yang mereka masih ada.

(Tolong gunakan kod QR untuk daftar masuk dan bayar!)

Akhirnya saya boleh bernafas lagi.

Saya ada simpan duit di akaun berasingan.

Saya juga dah rancang jadual perjalanan percutian ini.

Saya tak percaya ini.

Hulurkan tangan awak.

Hei, awak hampir sembuh.

Awak akan rasa pedih.

Tak mengapa jika saya seorang saja yang sembuh?

Hei, sekurang-kurangnya baguslah sebab awak semakin sembuh.

Saya pasti tak lama lagi mereka akan cipta ubat dan vaksin untuk ini.

Saya juga pasti...

kita akan berjaya harungi ini.

Jadi, jangan risau.

Adakah orang-orang itu...

dapat kembali juga?

Saya harap begitu.

Helo.

Awak dah cari kemeja-T itu?

Kemeja-T besar itu.

Saya sibuk hari ini.

Saya akan bawa lain kali.

Sae Bom!

Ibu, dia pegawai SOU yang tinggal berdekatan dengan kita.

Helo.

Seo Yoon ceritakan bagaimana awak menjaga dia.

Terima kasih.

Tempat ini cantik, bukan?

Dia suami awak?

Dia nampak kacak.

(Ulang Tahun ke-50 Pasukan Besbol Sekolah Tinggi Seyang 2021)

Baik.

Jumpa pun.

Baiklah...

Awak tak apa-apa?

Tiada apa...

Cuma rasa pelik dapat kembali hidup seperti biasa dengan mudah.

Nak lakukan ini lain kali?

Tak, kita lakukan ini untuk kembali hidup seperti biasa.

Mari lakukannya.

Namun...

awak fikir dia akan percaya yang kita akan berkahwin?

Sudah tentu.

Dia akan fikir kita saling mencintai,

jadi, tak perlu risau.

Nah. Teh bunga kamomil.

Teh ini akan hangatkan badan awak.

Rupa saya ada masalah?

Ya.

Pandang saya kemudian jawab.

Baiklah. Mari lihat.

Baik saja. Awak nampak cantik.

Siapa yang akan fikir kita berkahwin demi mendapatkan sebuah pangsapuri?

Sudah tentu mereka akan fikir kita saling mencintai.

- Awak sangat... - Sae Bom.

Helo, ibu.

Saya dah agak awak berdua akan bersama sejak bertemu dulu.

Saya pergi ke sekolah, awak berdua duduk di dalam ambulans,

dan nampak sepadan bersama.

Oh, gambar semasa waktu itu.

Kami tak nak lupa permulaan kami.

Sae Bom, saya nak beritahu sesuatu.

Ya, apa?

Boleh tinggalkan kami sekejap?

Saya perlu bercakap dengan Sae Bom.

Beritahu saya nanti.

Saya akan sampaikan kepada dia.

Adakah jiran tingkat atas awak bising?

Itu akan menyebabkan masalah.

Suruh mereka senyap.

Apa yang ibu nak beritahu saya?

Sae Bom.

Terima kasih banyak.

Yi Hyun hidup normal kerana awak.

Ibu, Yi Hyun sentiasa dalam keadaan baik.

Dia anak yang baik,

namun kadangkala dia emosi.

Selepas dia berhenti bermain besbol,

dia mula bergaul dengan orang yang salah.

Sebab itu ibu rancang untuk berhijrah ke Amerika,

namun dia tak nak pergi sebab tak pandai berbahasa Inggeris.

Saya rasa dia suka menjadi detektif.

Dia boleh tangkap orang jahat.

Sudah lewat, saya tertanya kalau ada apa-apa yang berlaku.

- Maafkan saya. - Saya bukan datang untuk itu.

Saya benar-benar risau. Awak tak apa-apa?

Ya.

Helo.

Saya tinggal di bawah dan keadaan sedikit bising.

Maafkan saya.

Sekejap.

Saya tak sempat cakap apa-apa kelmarin,

namun isteri saya sakit.

Dia sentiasa membaling barang dan menjerit.

Siapa dia?

Dia pengurus di klinik dermatologi isteri saya.

Dia datang untuk membantu kerana dia risau.

Isteri saya dah makan pil tidur,

jadi keadaan semuanya baik saja.

Adakah dia menggigit atau mencakar?

Tak. Dia cuma sensitif.

Kami tak akan buat bising lagi. Maaf.

Kenapa?

Apa...

nama klinik dermatologi itu?

Saya rasa kita patut mengadakan majlis perkahwinan.

Siapa akan merasmikan perkahwinan kita?

Mungkin...

Jung Guk?

Masuk akal juga.

Namun adakah dia pandai bercakap di khalayak ramai?

Tak.

Kita boleh ketepikan saja perasmian itu.

Kita cakap saya, "Kami akan bahagia."

Bagus juga.

Seung Young penyanyi yang hebat.

Mesti seronok kalau dia dah sembuh ketika itu.

Kita perlu pergi berbulan madu?

Awak nak ke mana?

Mana-mana yang awak sentiasa nak pergi.

More Malay subtitles for Happiness

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left